Thursday 31 July 2014

A.V.E: GLA Complex

Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E
GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan

Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *

Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
1Fann YY, Chapkins RS.Importance of dietary gamma-linolenic acid in human health and nutrition. Journal of Nutrition. 7998;128:1411-1414

Fungsi GLA Complex SHAKLEE
*Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid

*Membantu meningkatkan kesuburan

*Melegakan PMS (sindrom pra-haid)

*Membantu dalam menangani menopus

*Menguatkan kuku dan rambut

*Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri

*Membantu menangani ekzema

*Melegakan simptom akibat artritis reumatoid

*Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
*Menguatkan imuniti tubuh
*Memperlahankan proses penuaan
*Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
*Mengawal kencing manis dan darah tinggi
*Mengawal kolesterol
*Untuk fungsi saraf





SIAPA YANG MEMERLUKAN GLA? 
GLA sangat diperlukan oleh semua kaum hawa samada yang telah berkahwin atau tidak…

GLA diperlukan bagi golongan wanita yang menghidap Pre Menstrual Syndrom atau PMS.

GLA sangat diperlukan oleh pengidap arthritis rheumatoid dan eczema dan mereka yang menghadapi masalah kencing manis serta mereka yang bimbang dengan lebihan berat badan.

English Primrose Oil vs. Borage Oil (GLA Complex Shaklee)

Ramai yang bertanya tentang produk EPO Shaklee, mendorong saya untuk berkongsi tentangnya. EPO atau English Primrose Oil, dibuat dari sejenis bunga bernama English Primrose, sekian lama digunakan untuk menyelesaikan masalah wanita dan sakit sendi. Hinggakan nama EPO disalah-sangka sebagai nutrien macam DHA, EPA, etc. EPO sebenarnya minyak dari bunga english primrose.


Dalam minyak english primrose ni mengandungi GLA (gamma-linolenic acid) dan minyak inilah yang berguna untuk selesaikan beberapa masalah tersebut. GLA ini juga terkandung dalam bunga borage yang digunakan sebagai bahan utama dalam GLA Complex Shaklee.


Perbezaan English Primrose Oil dengan Borage Oil?
Jadi, apakah perbezaan antara EPO dengan borage oil? Borage oil mengandungi GLA yang lebih tinggi dari EPO iaitu sebanyak 25% berbanding 10% GLA dalam EPO.
Kelikatan GLA yang lebih tinggi terbukti lebih baik untuk membantu dalam beberapa masalah kesihatan seperti PMS, arthritis, malah ekzema.
Bukan itu saja, GLA Complex Shaklee mengandungi Vitamin E dan minyak biji bunga matahari yang kaya dengan asid lemak Omega-6. Daun borage juga dikatakan galactogogue yang bagus (dalam GLA Complex Shaklee bukan daun, tapi biji bunga borage).
Borage oil juga digunakan pada akhir kehamilan untuk mematangkan serviks.


[credit to celikvitamin.com]


Anda juga boleh membuat pembelian secara ONLINE!! Dengan beberapa langkah yang mudah, barang anda terus boleh sampai depan rumah. 

Jangan lupa selepas membuat pembelian secara ONLINE, anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara ekslusif dari saya.

Happy Shopping!!


 Order Now

Sila baca DISCLAIMER

Jika anda berminat untuk mendapatkan vitamin ini, saya ingin membantu anda sihat kembali. Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:

Nurul Fazreen bt Othman 
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*




A.V.E : Beraya Sambil Menyusukan Si Manja

beraya sambil menyusu


Salam Syawal 1435H Selamat Hari Raya Aidilfitri buat ibu-ibu comel yang sudi singgah sini ;)

Dalam pada kita seronok meraikan kemenangan selepas sebulan berpuasa, disini fazreen nak kongsikan tips-tips untuk bantu ibu menjayakan penyusuan dan mengelakkan susu merudum walaupun sakan beraya ya! Memudahkan ibu menyusu sambil beraya. 

Tips Menyusu Sambil Beraya

(1) Sebotol Air Masak – pastikan ibu membawanya walau dimana sahaja ibu pergi beraya. Minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi pada musim panas ni.

(2) Pam Susu - bagi ibu yang bekerja atau biasa mengepam. Masukkan peralatan pam susu dalam senarai barang yang perlu dibawa pulang ke kampung.

(3) Baju Menyusu - Menyusu sambil beraya, pilih pakaian menyusu yang sesuai ya untuk memudahkan penyusuan ibu.

(4) Makan makanan sihat – hidangan raya semuanya enak-enak belaka. Kurangkan pengambilan makanan yang pedas dan berminyak.

(5) Menyusu On Demand - susukan bayi bila-bila masa bayi perlukan, tidak perlu rasa malu atau segan untuk mengelakkan bengkak susu.

(6) Pam On Time – Jika ibu sukar untuk mengepam on time seperti jadual biasa. Pam sekurang-kurangnya 1 sesi waktu subuh dan 1 sesi sebelum tidur ya.

Semoga bermanfaat!

Selain tips menyusu sambil beraya, ibu juga boleh ikhtiarkan dengan pengambilan vitamin untuk memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga, ceria dan secara tidak langsung mampu merangsang penghasilan susu ibu untuk si manja ;) Pengambilan suplement sahaja bukan jalan pintas untuk membanyakkan susu ibu ye!

Set Penyusuan Triple M (3M) dari Shaklee adalah salah satu ikhtiar dapat membantu ibu menghasilkan susu lebih berkualiti.

Antara kebaikan Set Penyusuan Triple M (3M) Shaklee :

Sentiasa BERTENAGA sepanjang hari.
Meningkatkan KUALITI susu (susu lebih pekat).
Mengurangkan sakit pinggang dan lenguh badan.
Mengembalikan KEINTIMAN hubungan suami isteri.
Membantu ibu menyusu KEKAL CERIA tanpa rasa stres.
Di dalam Set Penyusuan Triple M (3M) ada beberapa jenis vitamin :

(1) ESP Soy Protein Isolate Powder - protein merupakan salah satu komponen utama susu ibu yang menghasilkan susu ibu lebih pekat, ibu juga lebih bertenaga, menghasilkan sel-sel kulit lebih cantik dan menganjalkan payudara.

(2) Vita-Lea Iron Formula – multivitamin (28 vitamin penting yang di perlukan dalam badan)

(3) B-Complex – untuk anti stres yang menjadi faktor susu ibu merudum serta dapat mengurangkan rasa penat.

(4) Alfalfa Complex – milk booster, atasi keputihan, mengurangkan bau badan serta merapatkan vagina.

(5) Sustained Release Vita-C Plus - sebagai antibodi dan bantu mempercepatkan baik pulih luka terutama luka akibat gigitan si manja.

(6) OsteMatrix – sumber kalsium komponen utama susu ibu untuk tumbesaran tulang, gigi si manja dan kesihatan tulang ibu.

Kini ibu-ibu menyusu memilih untuk mengamalkan Set Penyusuan Triple M (3M) Shaklee memberikan si manja susu ibu yang lebih berkualiti dan yang terbaik! In shaa Allah.

[Credit to cahayavitamin.com]

Beraya Sambil Menyusu



Anda juga boleh membuat pembelian secara ONLINE!! Dengan beberapa langkah yang mudah, barang anda terus boleh sampai depan rumah. 

Jangan lupa selepas membuat pembelian secara ONLINE, anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara ekslusif dari saya.

Happy Shopping!!


 Order Now

Sila baca DISCLAIMER

Jika anda berminat untuk mendapatkan vitamin ini, saya ingin membantu anda sihat kembali. Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:

Nurul Fazreen bt Othman 
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*


A.V.E : Kombinasi Supplement Terbaik Untuk Ibu Mengandung

Adakah anda masih lagi mencari-cari apakah supplement atau vitamin yang sesuai semasa mengandung?

Lain ibu lain ragamnya. Pelbagai cabaran harus ditempuhi dalam tempoh kehamilan. Ibu yang mengandung memerlukan supplement atau vitamin yang lengkap bernutrisi bukan sahaja untuk ibu mengandung malahan untuk tumbesaran yang sihat anak dalam kandungan.

Bagaimana pula jika anda sering mengalami morning sickness seperti penulis? Ada sestengah ibu mengandung pada awal kehamillannya tidak lalu untuk minum susu. Jadi jika anda di luar sana masih lagi mencari-cari supplement atau vitamin yang sesuai semasa mengandung, vitamin ibu mengandung Shaklee ada jawapannya kerana ianya semulajadi dan bebas-dadah (drug free)!!


image googled

OsteMatrix (Calcium-Magnesium) – 4 biji sehari


Ibu mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

Energizing Soy Protein – minum sehari sekali


Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

Omega 3 (Omega Guard) – 1 biji sehari


Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan

Vitamin B Complex – 1 biji sehari


B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.


Vitamin C – 1 biji sehari

Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.


Vita-Lea Iron Formula -1 biji sehari


Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

Untuk memudahkan kawan-kawan, kami telah menyediakan set untuk preggy momma yang terdiri daripada :

Kombinasi Supplement utk TRIMESTER PERTAMA

  • Vitalea (MULTIVITAMIN LENGKAP DGN IRON)
  • B complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC)
  • Vitamin C
  • Ostematrix (Calcium-Magnesium)
  • ESP (Energizing Soy Protein) -tambahan


KOMBINASI Supplement utk TRIMESTER KEDUA & KETIGA

  • Vitalea (MULTIVITAMIN LENGKAP DGN IRON) ,
  • B complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC),
  • Vitamin C
  • Ostematrix (Calcium-Magnesium)
  • Omega Guard (MINYAK IKAN, DHA)
  • ESP (Energizing Soy Protein)


1. ESP - Protein membantu pertumbuhan plasenta, uterus dan penghasilan susu, membantu mengekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi

2. Vitalea - Multivitamin & zat besi yang penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin. Membantu menstabilkan bacaan HB darah ibu yang hamil

3. B Complex - Lengkap 8 Kumpulan B termasuk rumusan penting iaitu asid folik. Asid Folik sangat penting untuk pembinaan tulang bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina blinda'

4. Vita C - Meningkatkan sistem imun ibu mengandung

5. Ostematrix - Kalsium magnesium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi.

6. Omega Guard - Minyak ikan tulen yang membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA & EPA yang sangat penting untuk otak dan mata bayi.

[credit to celikvitamin.com]


Rasa malu nak call saya atau macam tak sempat nk call, anda boleh juga membuat pembelian terus, semuanya hanya di hujung jari anda. Klik-klik, buat pembayaran then barang pun terus sampai depan rumah. Mudahkan!!

Happy Shopping!!


 Order Now

Sila baca DISCLAIMER

Bagi ibu-ibu yang hamil,dan anda rasa ragu2 nak ambil vitamin shaklee,cube baca ni..jika anda dah ambil vitalea,b complex dan vitamin C Shaklee,anda dah tak perlu ambil obimin…

Dapatkan vitamin yg sentiasa selamat,semulajadi dan sentiasa berkesan untuk anda dan baby…Bertukarlah ke arah yg lebih baik


Jika anda berminat untuk mendapatkan vitamin ini, Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:

Nurul Fazreen bt Othman
PM : www.facebook.com/awesomevitaminsever
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*














Wednesday 30 July 2014

A.V.E : Punca Resdung Tiada Kaitan dengan Ulat Resdung


Percaya atau tidak, segelintir daripada masyarakat Malaysia percaya kewujudan ulat resdung yang dikatakan menjadi punca penyakit resdung. Mereka percaya ulat resdung itu bukan mitos dan ulat resdung itu adalah sejenis parasit yang tinggal dalam rongga hidung seseorang. Sekaligus dikatakan menjadi punca seseorang itu berasa gatal-gatal , tak selesa dan hidung selalu tersumbat dan dipenuhi hingus. Hakikatnya, ulat resdung ini tidak wujud dan hanyalah mitos semata-mata. Mesti ada antara kita pernah melihat video di Youtube yang menunjukkan kewujudan ulat resdung yang dikeluarkan daripada hidung semasa merawat penyakit resdung. Dari mana datangnya ulat resdung ini jika dakwaan ini adalah mitos semata-mata?


Punca Sebenar Resdung

Sebenarnya, ulat resdung ini memang tidak wujud dan daripada mana datangnya ketika rawatan itu juga tidak diketahui. Jika kita memahami dengan betul bagaimanakah punca penyakit resdung ini terjadi maka kita akan faham kenapa ulat resdung itu hanyalah mitos semata-mata kerana daripada kajian-kajian yang dijalankan dalam bidang perubatan, ulat resdung ini tidak pernah wujud. Pakar Hidung, Telinga dan Tekak Hospital Pakar Perdana, Dr. Mohamad Hamzah menyatakan dalam bidang perubatan moden ‘ulat resdung’ tidak pernah dibuktikan kewujudannya. Ini kerana resdung adalah sejenis penyakit hidung yang berpunca daripada radang pada membran. Sinus pula merujuk kepada rongga dalam tulang muka yang dipenuhi mukosa. Rongga sinus yang tersumbat berisiko menyebabkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya serta menghasilkan nanah. Tambahan pula, resdung juga boleh berpunca disebabkan oleh rerambut halus silia dalam rongga sinus yang gagal menyempurnakan tugas untuk melancarkan aliran mukus. Gerak kerja seperti menyelam ataupun berenang juga boleh menjadi faktor penyumbang kepada risiko penyakit resdung.

punca resdung
image googled

Implikasi Dan Rawatan Yang Disyorkan

Andainya jangkitan ini dibiarkan terus berlarutan, nanah boleh merebak ke mata sehingga mengakibatkan buta selain merebak ke otak. Antara simptom-simptom adalah hidung tersumbat, hingus, deria bau bermasalah, sakit kepala, bau busuk dalam hidung, demam dan muka rasa sakit. Pesakit mungkin mengalami kesan sampingan seperti jangkitan kuman atau nanah merebak ke bahagian tekak, paru-paru, tulang muka dan juga dalam rongga mata yang boleh menyebabkan kecacatan pada deria penglihatan jika lambat menerima rawatan.
Antara komplikasi:
  • Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
  • Jangkitan otak (meningitis)
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Memburukkan keadaan lelah
  • Berdengkur yang kronik
  • Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
  • Alahan hidung atau hidung sensitif
  • Selesema biasa yang melarat.
Jika anda ada simptom-simptom seperti yang dinyatakan ini, jangan berlengah untuk mencuba rawatan alternatif semula jadi. Anda boleh mencuba Set Resdung Shaklee bagi mengatasi masalah resdung anda. Produk Shaklee adalah produk semulajadi dan bebas dadah.

[credit to celikvitamin.com]

Set Resdung Shaklee


set resdung shaklee

Rasa malu nak call saya atau macam tak sempat nk call, anda boleh juga membuat pembelian terus, semuanya hanya di hujung jari anda. Klik-klik, buat pembayaran then barang pun terus sampai depan rumah. Mudahkan!!

Happy Shopping!!


 Order Now

Sila Baca Disclaimer

Jika anda berminat untuk mendapatkan set ini, saya ingin membantu anda sihat kembali. Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:





Nurul Fazreen bt Othman
PM : www.facebook.com/awesomevitaminsever
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

Tuesday 29 July 2014

A.V.E : Bagaimana Omega 3 Dapat Membantu Mencegah dan Mengurangkan Serangan Asthma

Asma adalah penyakit kronik berpunca daripada kekejangan otot di cabang tenggorok yang menyebabkan saluran pernafasan bengkak dan sempit.
Meskipun ia tidak boleh diubati, asma boleh dikawal dengan cara mengurangkan serangan melalui penjagaan rapi.
Malah, pakar-pakar turut menganggarkan 80 peratus daripada kematian di kalangan penghidap asma boleh dicegah jika mereka diberi pendidikan yang sempurna bagi menangani penyakit berkenaan.
Walaupun ia tidak berjangkit, asma boleh diwarisi, di mana anak-anak kepada penghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi.
Berdasarkan perangkaan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat lebih daripada 100 juta penghidap asma di seluruh dunia.
Daripada jumlah tersebut, kira-kira satu juta adalah penduduk Malaysia dan 340,000 merupakan kanak-kanak di bawah 15 tahun.
Pengurus Besar Total Health Concept, Jagdev Singh berkata, kajian Institut Strategik dan Pengajian Antarabangsa (ISIS) dan Persatuan Thorasik Malaysia mendapati asma adalah penyebab utama kanak-kanak tidak hadir ke sekolah kerana sakit.
Statistik menunjukkan lebih dari 53 peratus kanak-kanak tidak hadir ke sekolah kerana masalah paru-paru dari September hingga November 2001.
Malah, ibu bapa juga terpaksa menanggung perbelanjaan yang tinggi untuk kos perubatan seperti ubat, lawatan ke doktor dan penginapan di hospital.
“Meskipun kanak-kanak lebih terdedah kepada asma, ia boleh dikurangkan dengan memastikan mereka mendapat pemakanan yang dapat mencegah penyakit tersebut.
“Satu kajian di Hospital Diraja Prince Alfred, Australia menunjukkan mereka yang makan ikan lebih dari sekali seminggu dapat mengurangkan risiko yang berkaitan dengan masalah pernafasan,” katanya.
Menurut beliau, hasil kajian itu mendapati tidak wujud kumpulan makanan atau khasiat lain yang mempunyai kaitan dalam meningkat atau mengurangkan risiko asma kecuali ikan.
Ini memberi gambaran bahawa bahawa pengambilan minyak ikan dapat mencegah penyakit asma terutama semasa kecil.
Bagi mereka yang menghidap asma kronik pula, pengambilan dos tinggi minyak ikan dapat mengurangkan serangannya.
“Ikan atau minyak ikan mengandungi Omega 3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (DHA).
“Omega 3 inilah yang bertindak mencegah penyakit asma ketika kanak-kanak, serta dapat mengurangkan serangan bagi mereka yang menghidapinya,” jelasnya.
Tambah Jagdev, antara sumber Omega 3 terbaik ialah ikan laut sejuk seperti tuna, kod, halibut, salmon, sardin dan mackerel.

ikan omega
image googled
sumber

Antara ubatan yg biasa dicdgkan oleh doc utk merawat asma/ asthma adalah steroid. Tp kita tahu steroid memberi kesan sampingan dlm jangka masa panjang. For info, kandungan omega 3 mampu bertindak spt steroid tapi ianya tidak akan memberikn kesan sampingan seperti mana steroid. Bonus kpd ibu mnyusu kerana kandungan DHA dlm Omega Guard akn disalurkan kpd anak (DHA baik utk otak anak).
Kajian juga menunjukkan mereka yang menghidap penyakit berkaitan inflamasi seperti asma/ asthma mempunyai kandungan Omega-3 yang rendah.
Pengambilan Omega-3 dari minyak ikan terbaik Omega Guard membantu meredakan inflamasi.

Mengapa Omega Guard Shaklee berbanding minyak ikan lain?
1. Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
OmegaGuard Shaklee terdiri daripada 7 asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), ALA dan lain-lain lagi. Satu hidangan OmegaGuard (3 biji) menyediakan 990mg Asid Lemak Omega-3.

2. Ultratulen & Bergred Farmaseutikal
Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat di bawah suhu rendah yang terjaga. Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak Omega-3 yang asli dan menghilangkan pencemaran termasuk logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

3. 50% lebih pekat dari mana2 produk di pasaran

Jadi dapatkan sekarang! Berikan yg terbaik buat anda dan anak anda!

omega guard

asthma
image googled

Rasa malu nak call saya atau macam tak sempat nk call, anda boleh juga membuat pembelian terus, semuanya hanya di hujung jari anda. Klik-klik, buat pembayaran then barang pun terus sampai depan rumah. Mudahkan!!

Happy Shopping!!


 Order Now

Sila baca Disclaimer

Jika anda berminat untuk mendapatkan vitamin ini boleh hubungi saya melalui :  

Nurul Fazreen bt Othman 
PM : www.facebook.com/awesomevitaminsever
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*