Wednesday 30 July 2014

A.V.E : Punca Resdung Tiada Kaitan dengan Ulat Resdung


Percaya atau tidak, segelintir daripada masyarakat Malaysia percaya kewujudan ulat resdung yang dikatakan menjadi punca penyakit resdung. Mereka percaya ulat resdung itu bukan mitos dan ulat resdung itu adalah sejenis parasit yang tinggal dalam rongga hidung seseorang. Sekaligus dikatakan menjadi punca seseorang itu berasa gatal-gatal , tak selesa dan hidung selalu tersumbat dan dipenuhi hingus. Hakikatnya, ulat resdung ini tidak wujud dan hanyalah mitos semata-mata. Mesti ada antara kita pernah melihat video di Youtube yang menunjukkan kewujudan ulat resdung yang dikeluarkan daripada hidung semasa merawat penyakit resdung. Dari mana datangnya ulat resdung ini jika dakwaan ini adalah mitos semata-mata?


Punca Sebenar Resdung

Sebenarnya, ulat resdung ini memang tidak wujud dan daripada mana datangnya ketika rawatan itu juga tidak diketahui. Jika kita memahami dengan betul bagaimanakah punca penyakit resdung ini terjadi maka kita akan faham kenapa ulat resdung itu hanyalah mitos semata-mata kerana daripada kajian-kajian yang dijalankan dalam bidang perubatan, ulat resdung ini tidak pernah wujud. Pakar Hidung, Telinga dan Tekak Hospital Pakar Perdana, Dr. Mohamad Hamzah menyatakan dalam bidang perubatan moden ‘ulat resdung’ tidak pernah dibuktikan kewujudannya. Ini kerana resdung adalah sejenis penyakit hidung yang berpunca daripada radang pada membran. Sinus pula merujuk kepada rongga dalam tulang muka yang dipenuhi mukosa. Rongga sinus yang tersumbat berisiko menyebabkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya serta menghasilkan nanah. Tambahan pula, resdung juga boleh berpunca disebabkan oleh rerambut halus silia dalam rongga sinus yang gagal menyempurnakan tugas untuk melancarkan aliran mukus. Gerak kerja seperti menyelam ataupun berenang juga boleh menjadi faktor penyumbang kepada risiko penyakit resdung.

punca resdung
image googled

Implikasi Dan Rawatan Yang Disyorkan

Andainya jangkitan ini dibiarkan terus berlarutan, nanah boleh merebak ke mata sehingga mengakibatkan buta selain merebak ke otak. Antara simptom-simptom adalah hidung tersumbat, hingus, deria bau bermasalah, sakit kepala, bau busuk dalam hidung, demam dan muka rasa sakit. Pesakit mungkin mengalami kesan sampingan seperti jangkitan kuman atau nanah merebak ke bahagian tekak, paru-paru, tulang muka dan juga dalam rongga mata yang boleh menyebabkan kecacatan pada deria penglihatan jika lambat menerima rawatan.
Antara komplikasi:
  • Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
  • Jangkitan otak (meningitis)
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Memburukkan keadaan lelah
  • Berdengkur yang kronik
  • Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
  • Alahan hidung atau hidung sensitif
  • Selesema biasa yang melarat.
Jika anda ada simptom-simptom seperti yang dinyatakan ini, jangan berlengah untuk mencuba rawatan alternatif semula jadi. Anda boleh mencuba Set Resdung Shaklee bagi mengatasi masalah resdung anda. Produk Shaklee adalah produk semulajadi dan bebas dadah.

[credit to celikvitamin.com]

Set Resdung Shaklee


set resdung shaklee

Rasa malu nak call saya atau macam tak sempat nk call, anda boleh juga membuat pembelian terus, semuanya hanya di hujung jari anda. Klik-klik, buat pembayaran then barang pun terus sampai depan rumah. Mudahkan!!

Happy Shopping!!


 Order Now

Sila Baca Disclaimer

Jika anda berminat untuk mendapatkan set ini, saya ingin membantu anda sihat kembali. Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:





Nurul Fazreen bt Othman
PM : www.facebook.com/awesomevitaminsever
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

No comments:

Post a Comment