Showing posts with label Diet Seimbang. Show all posts
Showing posts with label Diet Seimbang. Show all posts

Monday, 10 July 2017

A.V.E Tabiat Makan Malam

Bismillah...
Pengenalan


piramid makanan

Makan malam merupakan waktu makan utama dan sama penting seperti sarapan dan makan tengah hari.
Makan malam sering kali diabaikan oleh sesetengah daripada mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Pada tanggapan mereka, makan malam boleh mengakibatkan mereka menambahkan berat badan. Tanggapan ini sebenarnya tidak tepat. Ini kerana faktor-faktor lain seperti makan secara berlebihan, makan makanan yang berlemak, berminyak serta tinggi kalori dan gaya hidup yang sedentari boleh menyumbang kepada kegemukan.
Kepentingan makan malam
Makan malam penting untuk membekalkan tenaga dan nutrien untuk keperluan tubuh badan. Pengambilan makanan yang teratur penting untuk memastikan tubuh badan mendapat tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk berfungsi dengan normal. Makan malam melengkapkan pengambilan makanan yang mungkin tidak mencukupi di siang hari seperti pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan susu.
Selain daripada kepentingan biologi, makan malam juga penting untuk memenuhi fungsi psikologi dan sosial. Sekiranya ibu bapa bekerja di siang hari, makan malam adalah penting untuk merapatkan kemesraan di antara ahli keluarga. Ini kerana waktu makan malam mungkin merupakan satu-satunya masa untuk bersama ahli keluarga yang lain.
Bagi fungsi psikologi pula, makan malam mungkin adalah salah satu cara untuk merehatkan fikiran selepas seharian berdepan dengan pelbagai masalah terutama bagi mereka yang bekerja.
Benarkah makan malam boleh mengakibatkan berlebihan berat badan ?
Salah satu faktor yang menyumbang kepada berlebihan berat badan adalah pengambilan makanan yang melebihi keperluan. Pengambilan makanan harian boleh dibahagikan kepada beberapa hidangan dalam sehari termasuk makan malam.
Oleh itu, makan malam yang sihat dan tidak melebihi keperluan kalori harian tidak akan mengakibatkan berlebihan berat badan.
Apa yang penting adalah jumlah kalori yang diambil dalam sehari, tidak kira sama ada semasa sarapan, makan tengah hari ataupun makan malam.
Namun begitu, makan malam sering kali dikaitkan dengan masalah kegemukan disebabkan oleh beberapa faktor :
  • Makan malam biasanya masa untuk berkumpul bersama ahli keluarga. Kajian mendapati makan dalam kumpulan yang ramai mempengaruhi saiz hidangan. Kita akan makan lebih banyak semasa makan bersama orang lain daripada makan bersendirian.
  • Sesetengah orang, terutama wanita, suka melangkau(skipping) waktu makan semasa di siang hari. Melangkau sesuatu waktu makan boleh menyebabkan kelaparan yang tidak terkawal dan membuat seseorang itu makan berlebihan terutama semasa makan malam.
  • Makan malam juga mungkin dijadikan sebagai salah satu cara untuk melepaskan tekanan selepas seharian berhadapan dengan pelbagai masalah. Bagi sesetengah orang, makanan dijadikan sebagai bahantara untuk melepaskan tekanan dan melupakan segala masalah yang dihadapi. Ini akan mengakibatkan pengambilan makanan secara berlebihan.
  • Waktu malam adalah waktu yang digunakan untuk berehat dan bersantai untuk melepaskan kepenatan setelah seharian bekerja. Masa rehat ini mungkin digunakan untuk menonton televisyen. Beberapa kajian yang dijalankan menunjukkan perkaitan antara menonton televisyen dengan masalah kegemukan. Ini kerana semasa menonton, kita akan cenderung mengambil makanan yang tinggi lemak dan kalori seperti ais krim, coklat, kerepek, keropok dan sebagainya.
Panduan makan malam yang sihat



  • Utamakan makanan yang seimbang pada setiap waktu makan malam. Pastikan hidangan anda mengandungi bijirin seperti nasi atau roti, ikan, ayam atau kekacang serta sayur-sayuran mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia.
  • Hadkan pengambilan makanan yang bergoreng, berlemak dan berminyak.
  • Ketahuilah saiz hidangan makanan anda. Makan malam sepatutnya membekalkan anda 400-500 kalori.
  • Waktu makan malam yang sesuai adalah di antara 6.30 petang hingga 8.30 malam. Sekiranya anda tidur lewat dan berasa lapar, anda boleh mengambil snek yang ringan sebelum tidur seperti buah-buahan, roti, biskut atau segelas susu suam.
  • Tidak digalakkan mengambil makanan pada lewat malam. Ini adalah kerana pengambilan makanan hampir dengan waktu tidur akan menyebabkan ketidakselesaan dan akan mengganggu tidur anda.
  • Elak makan malam sambil menonton televisyen. Ini adalah kerana anda tidak sedar berapa banyak anda makan sambil menonton rancangan kegemaran anda tersebut.
  • Elak mengambil teh atau kopi selepas makan malam. Pengambilan teh atau kopi boleh mengakibatkan gangguan tidur.
  • Sekiranya anda perlu menghadiri jamuan makan malam, anda tidak perlu makan semua jenis makanan yang dihidangkan. Makan secara sederhana dengan mengambil saiz hidangan yang kecil. Pilih makanan yang lebih sihat. Utamakan buah-buahan serta air kosong.
[credit to myhealth.gov.my]

Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan, Mutiara Rini, Mutiara Mas.

Tuesday, 21 March 2017

A.V.E Siapa perlu ambil ESP Shaklee?

Siapa perlu ambil ESP Shaklee? 

1. Ibu mengandung – makanan nutrisi yg terbaik,membantu kehamilan dan perkembangan fetus dengan lebih baik 

2. Ibu yang menyusu – mengalakkan dan mengekalkan penghasilan susu. Pengambilan esp yang konsisten sepanjang tempoh penyusuan dapat membantu perkembangan fizikal bayi yang lebih sihat.

3. Kanak-kanak 1 tahun ke atas – sangat sesuai untuk tumbesaran yang sempurna

4. Pelajar/pekerja/individu dewasa/warga emas - penambah tenaga/energy booster

5. Penghidap kencing manis

6. Lelaki dan wanita –  untuk mencegah dari penyakit

7. Orang yang alergik atau alahan. 

8. Wanita ingin menguruskan badan


Kebaikan dan Kelebihan ESP



1. Dilengkapi dengan unsur kalsium untuk elakkan kerapuhan tulang kerana serbuk soya yang tidak bersifat keasidan. 

2. Membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam 

 3. Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan

 4. Membantu menjadikan kulit lebih berseri dan menganjalkan kulit/awet muda kerana protein penting untuk kulit.

 5. Meransang regenerasi kulit dan otot, mengurangkan kedutan,  

6. Memberi ton warna kulit yang sekata 

7. Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu

8. Protein yang lengkap (mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan) 

9. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral 

10. Rendah lemak, tanpa kolestrol 

11. Diproses pada kadar suhu rendah dan menjaga kualiti protin yang tinggi 

12. 1tin 850g dihasilkan dari 30kg kcg soya 

13. Diproses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone 

14. Protein soya(tumbuhan )lebih mudah dihadam berbanding protein haiwan 

15. Membantu mengurangkan risiko kanser, 

16. Bertindak sebagai antioksidan,  

17. Menguatkan sistem imun tubuh, 

18. Mempertingkatkan tahap kolestol baik,

19. Memelihara kesihatan jantung  

20. Membaiki pigmentasi – membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, pigmentasi, kedutan dan kesan tua 

21. Membaiki memori – meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan 

22. Pembekal tenaga – membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan  sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan

23. Baik untuk hormon – kacang soya kaya dgn isoflavones.  

24. Membantu merendahkan paras kolestrol, 

25. Mencegah osteoporosis  

26. Membantu pembentukan sel-sel baru. 

27. Membantu menyembuhkan gastrik.  

28. Memberi kekenyangan, sesuai untuk diet menguruskan badan. 

29. Mempercepatkan pemulihan luka selepas pembedahan. 

30. Memudarkan parut 

31. Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak 

32. Kecantikan kulit dan rambut


 Perbezaan ESP dengan soya lain

1. Dihasilkan daripada soya non-GMO (selamat dari risiko toksin)

2. mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan

3. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral

4. 1tin 850g dihasilkan dari 30kg kcg soya

5. Diproses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone 

6. Rendah lemak, tanpa kolestrol 

7. Diproses pada kadar suhu rendah dan menjaga kualiti protin yang tinggi Sel badan kita terbetuk dari protein. Seharusnya kita memerlukan protein yang berkualiti bagi pertumbuhan sel baru. Sel yang sihat lebih mudah menyerap zat dan vitamin dan ini secara tidak lansung badan kita sentiasa sihat,cergas dan bertenaga. 


JOM MINUM ESP!!!, dah ramai telah buktikan kulit mulus, gebu, cantik, susu melimpah dengan penggunaan esp shaklee.

Sila baca DISCLAIMER


Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan, Mutiara Rini

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*


Monday, 20 March 2017

A.V.E MENGAPA PERLU PENGAMBILAN SUPLEMEN?

MENGAPA PERLU PENGAMBILAN SUPLEMEN?



Memang benar, bagi pesakit saya, selain dari meneruskan ubat yang diberikan dan penjagaan makanan, saya juga menggalakkan suplemen yang bermanfaat.

Saya tidak menafikan bahawa mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang, mungkin mencukupi untuk kekal sihat. 

Tetapi sebenarnya makanan yang kita ambil tidak dapat menampung keperluan antioksidan tubuh kita. 

Sebagai contoh orang Jepun mempunyai penduduk yang mempunyai pesakit jantung yang paling rendah di dunia disebabkan pemakanan mereka yang kaya dengan antioksidan seperti sayuran, ikan, dan teh hijau.

Tetapi apabila mereka berhijrah dan menetap di Amerika Syarikat,  pesakit jantung di kalangan orang Jepun di sana meningkat secara mendadak dan sangat tinggi berbanding dengan orang-orang Jepun yang masih tinggal di negara Jepun.

Ini kerana corak pemakanan mereka yang berbeza (western food)  yang kaya dengan kalori dan lemak, dan kurang sayuran dan buah-buahan (fiber).

Apa kurangnya di Malaysia sekarang? Zaman dulu kita banyak  memakan ulam-ulaman mentah atau sayur-sayuran yang dimasak. Tetapi sekarang sangat sukar untuk mendapat ulam-ulaman jika kita makan di luar.

Tidak hairanlah jika pelbagai jenis penyakit ‘orang kaya’ juga melanda orang yang hidup sederhana. Masalah kegemukan, penyakit diabetis, darah tinggi, jantung, ginjal, stroke dan banyak lagi penyakit kronik, sudah biasa menyerang, bukan saya orang yang berumur, tetapi juga orang muda.

Makanan yang kita makan setiap hari sudah kehilangan banyak khasiat  yang penting termasuklah sebatian antioksida, vitamin dan mineral semasa proses penyediaan makanan ketika memasak.

Malah makanan seperti sayuran, buah-buahan, dan bijirin yang sepatutnya mempunyai kandungan mineral yang tinggi, tidak lagi memberikan khasiat kerana penggunaan tanah yang berulang.

Penggunaan baja kimia, racun rumpai dan racun serangga yang tidak terkawal juga menjadikan sumber pertanian kita kurang selamat. 

Produk pertanian yang diangkut pada jarak jauh dari ladang ke pasaraya turut menyebabkan ianya kehilangan lebih banyak zat-zat yang penting seperti vitamin C dan mineral. Begitu juga ketika makanan disimpan (distor) dan dimasak.

Oleh kerana pengambilan pil-pil suplemen perlu bagi menampung kekurangan  seperti multivitamin, mineral dan sebatian antioksida.

Petikan status Dr Zubaidi

Sila baca DISCLAIMER


Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan, Mutiara Rini

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

Monday, 30 March 2015

A.V.E : Peranan Diet Yang Sihat

piramid makanan seimbang
Piramid Makanan Seimbang


Pengambilan air alkali juga tidak perlulah sehingga tahap ia menjadi minuman ‘wajib’ kerana diakui minuman tersebut memberikan impak yang baik dalam menstabilkan pH badan. Tetapi, cara yang baik adalah dengan memastikan pengambilan diet yang sihat dan betul.

Walaupun badan dapat mengekalkan keseimbangan pH tubuh, tetapi pengambilan makanan berasid atau beralkali secara berlebihan boleh mengakibatkan pelbagai penyakit kerana nilai nutrisinya yang tidak seimbang.

Terutamanya apabila kerap mengambil makanan daripada sumber haiwan yang tinggi lemak dan kolesterol kerana ia merupakan makanan yang paling berasid. Kaedah memasak seperti BBQ dan bergoreng juga menukarkan sebatian dalam makan haiwan itu kepada sebatian yang tidak baik untuk kesihatan kita.

buah-buahan
Buah-buahan


Makan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar pula memberikan kesan kealkalian terhadap tubuh kerana ia membantu untuk menderma electron kepada ion hydrogen dalam cecair berasid dan meneutralkannya. Ia juga tinggi kandungan fiber dan antioksidan yang baik untuk kesihatan.

[sumber majalah isihat]

Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan



*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

Monday, 22 December 2014

A.V.E : Pisang Cergaskan Badan

Suasana iklim di Malaysia memungkinkan pisang sangat mudah didapati dan harganya juga tidaklah begitu mahal. Seperti yang kita tahu, terdapat pula pelbagai jenis dan spesies pisang yang terkenal seperti pisang emas, pisang raja, pisang montel, pisang tanduk dan berbagai-bagai lagi dengan berlainan cita rasa.

bush pisang
Buah pisang


Lebih menarik lagi pisang boleh diolah menjadi pelbagai jenis hidangan, sebut sahaja jenis hidangan tempatan seperti pengat pisang, pisang goring, kek pisang sehinggalah yang ala-ala barat seperti banana split dan banana shake.

smooties pisang
Smooties pisang



Selain itu, pisang juga sudah tidak asing lagi dalam dunia kecergasan dan sukan sebagai sumber nutrisi yang berzat, menambah tenaga dan dapat mengawal pengambilan kalori. Malahan ia telah menjadi trend di kalangan ahli sukan mahupun mereka yang rutin bersenam di gim untuk mengambil pisang sebelum mahupun selepas bersenam.

Sama ada dalam bentuk pisang utuh ataupun yang telah diolah seperti banan shake atau milk shake banana yang biasanya dicampurkan dengan susu mahupun produk protein yang lain. Hakikatnya, dengan menjadikan pisang sebagai makanan kegemaran asalkan tidak berlebihan, banyak manfaat kesihatan yang boleh kita peroleh.

Meredakan Tekanan

stress
Tekanan


Jika anda mengalami tekanan perasaan, stress atau kegelisahan, cubalah mengambil pisang. Hanya dengan 110 kalori dan 14 gram gula, sebiji pisang bukan sahaja membuatkan anda kenyang, meningkat dan menstabilkan kadar gula darah, memberikan vitamin B6 sebanyak 30% daripada keperluan harian, tetapi ia juga akan membantu otak mengeluarkan hormone serotonin yang memberi kesan penenang dan dapat meredakan tekanan emosi.

Memelihara jantung dan mengawal tekanan darah

blood pressure
Pemeriksaan tekanan darah


Dengan kadar potassium/kalium mencapai 400miligram dalam sebiji pisang yang berukuran sedang, ia sangat bermanfaat untuk memelihara kesihatan jantung serta mengawal tekanan darah. Mengikut kajian, kalium telah terbukti sangat baik untuk memelihara fungsi otot dan saraf serta menjaga keseimbangan cairan dalam badan.

Ia akan memelihara fungsi otot jantung serta otot-otot dinding pembuluh darah sekali gus megawal tekanan darah. Selain otot jantung dan pembuluh darah, kalium yang terdapat di dalam pisang juga dipercayai dapat mencegah kekejangan otot semasa bersukan/bersenam. Dengan kata lain, pisang juga dapat mencegah kecederaan semasa bersukan

Makanan ringan/snek yang sihat

Dengan hanya 110 kalori, anda boleh mendapatkan 3 gram serat dari sebiji pisang. Serat sangat penting dalam membantu system badan melancarkan proses pencernaan dan memperpanjang rasa kenyang. Ini penting bagi mereka yang sedang merancang diet dan mengawal berat badan.

Pisang juga menyediakan karbohidrat sebagai sumber tenaga. Dan apa yang bagusnya lagi, pisang tidak mengandungi lemak dan kolesterol! Dengan manfaat ini, kesan sekunder yang akan anda dapatkan adalah berat badan yang ideal seperti yang didamkan.

Melancarkan Pencernaan

lancarkan pencernaan
Melancarkan Pencernaan


Pisang mengandungi prebiotik. Komponen ini memudahkan penyerapan nutrisi di dalam badan terutama kalsium yang diperlukan dalam membentuk kekuatan tulang dan gigi. Pisang juga mengandungi pectin, yang membantu untuk melancarkan pencernaan secara keseluruhan dan mencegah sembelit.

Bukan itu sahaja, pisang mempunyai kesan antacid, yang membantu mencegah gastric dengan meneutralkan asid berlebihan yang terkandung dalam system pencernaan. Kesan mengurangkan gastric atau pedih ulu hati sangat penting kerana ia biasa dialami oleh mereka yang aktif bersukan dan bersenam.

Kakuatan Tulang

senaman menguatkan tulang
Senaman menguatkan tulang


Pisang juga adalah sumber zat besi(mangan dan zink). Sebiji pisang berukuran biasa menyediakan sekitar 3 miligram zat besi, sementara anda hanya memerlukan 1.8-2.3 mg zat besi sehari. Zat besi ini penting untuk kesihatan dan kekuatan tulang serta metabolism badan.

Penyerapan ini juga dibantu oleh adanya kalium pada pisang yang secara lansung dapat mengurangkan risiko osteoporosis atau kerapuhan tulang lalu menjadikan anda seorang yang tegap dan kuat meskipun telah dimamah usis serta tidak mudah mendapat risiko patah tulang pada kecederaan-kecederaan yang kecil.

Kata orang “Pisang emas dibawa belayar, masak sebiji di atas peti…”. Tetapi dalam dunia kecergasan, “Pisang sumber nutrisi yang hebat, badan sihat ambil sebiji pasti nak lagi”…Manfaat pisang tersangatlah banyak dari manfaat fizikal, system dalaman badan hingga emosi.

Jadi, ia sesuai dijadikan antara menu makanan sihat harian kita dalam usaha mendapatkan kesihatan, kecergasan dan keseimbangan alamiah badan tanpa tambahan sumber-sumber bukan alami. 

Semoga Bermanfaat!!!

[Sumber Majalah isihat]


Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, 7Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan



*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*