Bismillah...
Kebiasaanya, orang dewasa yang datang ke klinik kerana sakit perut rupanya bukanlah sakit, tapi lebih kepada rasa tak selesa dan rasa perut penuh. Ataupun kita panggil sebagai kembung perut. Tambah-tambah lagi tidak berkentut sepanjang hari
Kembung perut boleh disebabkan oleh banyak sebab. Bermula daripada sebab paling ringan iaitu pergerakan usus yang semakin perlahan apabila usia meningkat, tersalah makan atau tidak sesuai dengan laktosa dan yang berat iaitu kanser.
Untuk entry ini kita bincangkan pasal kembung perut yang biasa-biasa sajalah, walaupun saya tahu tentu ramai yang risau kembung perut sebab kanser kan? Tapi, kembung perut disebabkan kanser disertai oleh tanda-tanda lain dan bukan kembung perut semata-mata, kecuali jika anda ada sejarah keluarga yang mempunyai kanser, jadi mungkin anda berisiko.
Sebab-sebab biasa kembung perut dan cara mengatasinya.
1. Terlebih makan
Mungkin ini adalah sebab yang paling utama. Maklumlah dah jumpa makanan kegemaran, jadi mesti kena makan 3 pinggan. Cara untuk elakkan ialah makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap.
2. Makanan yang tinggi lemak.
Lemak mengambil masa yang lebih lama untuk dicerna berbanding karbohidrat dan protein. Jadi perut akan berasa penuh dalam jangkamasa yang lama. Jadi, perlu kurangkan makanan berlemak dalam diet harian.
3. Makan terlalu laju
Alahai, kalau dah sibuk nak kejar masa makan pun tak boleh pelan-pelan. Rasulullah dah beri panduan supaya kita mengunyah makanan sebanyak 44 kali. Pakar juga percaya makan secara perlahan-lahan boleh mengurangkan risiko terlebih makan
4. Pergerakan usus perlahan
Apabila usia meningkat, otot usus dan perut hilang keanjalannya dan juga fungsi pencernaan akan merosot. Tempoh pencernaan makanan mengambil masa yang lama menyebabkan makanan berada dalam perut dalam tempoh yang lama dan menyebabkan kembung.
Kurangkan gas dalam usus
Gas dalam usus juga boleh menjadi penyebab kembung perut. Separuh daripada gas ini adalah udara luar yang ditelan. Separuh lagi adalah daripada tindakan bakteria dalam usus yang membantu proses pencernaan. Jika gas ini tidak dikeluakan dengan betul, maka terjadilah kembung perut dan tidak selesa.
Udara mungkin boleh masuk dalam perut melalui aktiviti di bawah:
1. Minum dengan penyedut minuman.
2. Mengunyah gula-gula getah.
3. Banyak minum minuman bergas.
4. Makan gula-gula seperti lolipop atau candy.
Ada juga orang yang cenderung menelan banyak udara ketika gemuruh atau gelisah. Jadi kalau anda ada masalah begini, perlu belajar cara mengawal tekanan dan kurangkan gelisah. Contohnya teknik pernafasan dan belajar untuk relaks.
Elakkan makanan yang boleh menyebabkan kembung perut
1. Kekacang dan kacang merah
Kekacang mempunyai gula yang tidak dicerna di perut iaitu oligosakarida dan akan dicerna di usus oleh bakteria pencernaan.
2. Buah-buahan dan sayuran yang mengandungi gula dan kanji yang menghasilkan gas di dalam perut.
Contohnya kubis, kubis bunga, lobak merah, prun dan aprikot.
3. Pemanis makanan seperti sorbitol dan fruktosa yang ditambah dalam makanan yang diproses sukar untuk dihadam dan mungkin boleh menghasilkan gas dalam perut.
4. Produk tenusu perlu dielakkan terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah tidak serasi dengan laktosa.
5. Bijirin penuh pula walaupun dikatakan bermanfaat untuk kesihatan namun mungkin boleh menyebabkan kembung perut kerana kandungan serat yang tidak boleh dihadam.
[credit to ketamkecil.com]
Dan berikut adalah petua orang Melayu untuk membuang angin dalam badan:-
Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya. Hiris bawang putih nipis-nipis. Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas. Minum ramuan ini sebulan sekali.
Satu lagi petua yang saya jumpa ialah dengan menggunakan halia. Ambil sebuku halia yang sederhana besar, dibersihkan dan ditumbuk (jangan terlalu lumat). Campurkan ke dalam setengah gelas air panas yang mendidih. Tutup gelas tersebut dengan piring selama 10 minit. Kemudian tapis dan ambil airnya. bahagikan kepada dua bahagian. Anda boleh minum satu bahagian dan satu bahagian lagi boleh disimpan di dalam peti sejuk. Bila mana anda merasa perut kembung, minumlah bahagian tersebut. lakukan sehingga kembung perut anda hilang.
Cadangan Supplemen Shaklee Bagi membantu Membuang Angin dalam Badan ketika kembung perut:-
Peppermint Ginger Plus
Peppermint Ginger Plus Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.
|
Peppermint Ginger Plus Membantu Melegakan Kembung Perut |
Nota: Kesemua vitmain ini adalah supplemen kesihatan BUKAN UBAT jadi kesannya berbeza ikut tahap kesihatan individu. Krisis pemulihan @ healing crisis mungkin berlaku selama 2 minggu hingga beberapa bulan. Diharap anda bersabar jika mengalami krisis penyembuhan kerana penyakit yang bersarang dalam badan mengambil masa yang lama untuk muncul.
Maka untuk menyembuhkannya juga memerlukan masa untuk badan membuang toksin yang terkumpul sekian lama, menguatkan sistem imum, membaiki sel-sel rosak, menghasilkan sel-sel baru dan melawan penyakit dalam badan anda. KESABARAN & ISTIQAMAH adalah kunci kepada penyembuhan. Mencegah sebelum parah lebih baik dari mengubati ketika kronik.
Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan, Mutiara Rini, Mutiara Mas.