Showing posts with label Set Kiddy. Show all posts
Showing posts with label Set Kiddy. Show all posts

Wednesday, 2 August 2017

A.V.E Ada Apa Dengan Omega Guard Shaklee?

Bismillah... 

Minyak Ikan Tulen Berkepekatan Tinggi




Antara pelbagai lemak yang ada, terdapat satu yang anda tidak boleh kurangkan – 
asid lemak penting omega-3, dimana tubuh anda tidak mampu hasilkan sendiri. Dua jenis 
utama adalah EPA dan DHA, penting untuk kesihatan manusia.

"Spektrum lengkap asid lemak perlu omega-3 dengan 
ketulenan tinggi adalah nutrien yang anda perlukan untuk 
badan yang kuat dan sihat"


Keistimewaan Shaklee


Omega Guard

Minyak Ikan Berpekatan Tinggi

OmegaGuard™ membekalkan spektrum lengkap tujuh jenis asid lemak perlu Omega-3
tulen, yang biasanya ditemui secara semula jadi dalam ikan kecil di habitat lautan dalaman
air sejuk. Setiap hidangan mengandungi kepekatan 999mg Omega-3 (546mg EPA yang 
bermanfaat untuk kesihatan anda dan 360mg DHA yang penting untuk perkembangan dan 
fungsi normal tubuh).

Penyulingan Molekul Berganda

Untuk memastikan ketulenan dan kepekatan, minyak ikan di dalam OmegaGuard™ 
menjalani proses moden Penyulingan Molekul Tiga Peringkat yang memekatkan asid 
lemak Omega-3 dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti raksa, plumbum, kadmium, 
arsenik dioksin, PBC dan lain-lain bahan cemar. Mengurangkan bau dan rasa kesan hanyir.

Sahabat Laut

Diiktiraf oleh Friend of the Sea® untuk membantu memastikan bekalan berterusan minyak 
ikan berkualiti tinggi yang stabil untuk produk Shaklee tanpa menjejaskan alam sekitar.

Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee


1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair 
    sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)

2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik. 

3. Omega 3  dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari 
    ketumpatan minyak hati ikan.

4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-
    satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3
    semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.

6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal 
    berteknologi terkini

7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask 
    omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, 
    merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.

Nota: Sustained Release Vitamin C adalah supplemen kesihatan BUKAN UBAT jadi kesannya berbeza ikut tahap kesihatan individu. Krisis pemulihan @ healing crisis mungkin berlaku selama 2 minggu hingga beberapa bulan. Diharap anda bersabar jika mengalami krisis penyembuhan kerana penyakit yang bersarang dalam badan mengambil masa yang lama untuk muncul.
Maka untuk menyembuhkannya juga memerlukan masa untuk badan membuang toksin yang terkumpul sekian lama, menguatkan sistem imum, membaiki sel-sel rosak, menghasilkan sel-sel baru dan melawan penyakit dalam badan anda. KESABARAN & ISTIQAMAH adalah kunci kepada penyembuhan. Mencegah sebelum parah lebih baik dari mengubati ketika kronik.
Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan, Mutiara Rini, Mutiara Mas.

Sunday, 23 July 2017

A.V.E Ambil Peduli Apabila Anak Sembelit

Bismillah...

Sembelit adalah keadaan di mana seorang kanak-kanak atau bayi menghasilkan najis yang keras atau kurang kekerapan ke tandas membuang najis. Frekuensi pembuangan najis untuk pelbagai peringkat umur adalah seperti berikut :
  1. Bayi yang menyusu badan mungkin membuang air besar selepas setiap penyusuan atau sekali dalam tempoh 7 hari.
  2. Bayi menyusu formula atau kanak-kanak mungkin membuang najis sekali setiap 2-3 hari.
Apa yang lebih penting adalah konsistensi najis daripada kekerapan pembuangan air besar. Masalah ini sering terjadi di kalangan kanak-kanak yang sedang belajar mengawal pembuangan najis dan selepas keadaan yang menyakitkan atau menakutkan sewaktu pembuangan najis.
Sembelit boleh menyebabkan :
  • Sakit perut yang datang dan pergi (“abdominal cramps”).
  • Rasa tidak selesa.
  • Luka di dubur (“anal fissure”) yang boleh menyebabkan kesakitan dan pendarahan sewaktu membuang najis.
  • Sering terjadi di mana kanak-kanak yang mengalami masalah ini cuba menahan pembuangan najis untuk mengelakkan rasa sakit. Contohnya, mereka mungkin mencangkung (“squatting”), duduk sambil menyilangkan kaki atau enggan untuk duduk di mangkuk tandas.
  • Kadang-kala ketulan najis yang keras boleh dirasa di abdomen (perut).
Masalah sembelit berpanjangan boleh menyebabkan :
  • Enkoparesis atau keadaan di mana najis keluar tanpa sedar. Selalunya dilaporkan oleh ibu bapa sebagai tompokan najis cair di seluar dalam anak mereka.
Sebab terjadinya sembelit :
  • Semula jadi iaitu sesetengah kanak-kanak mengalami keadaan di mana usus besar mereka kurang aktif daripada biasa (slow colonic transit).
  • Boleh terjadi apabila kanak-kanak tidak mengendahkan rasa (urge) untuk membuang air besar kerana terlalu sibuk bermain atau mungkin enggan menggunakan tandas yang tidak biasa mereka gunakan contohnya sewaktu di sekolah.
  • Akibat menahan pembuangan najis untuk mengelakkan rasa sakit. Ini akan memburukkan lagi masalah sembelit yang dialami.
  • Ianya boleh diburukkan lagi dengan tabiat pemakanan yang kurang serat, kurang air atau terlampau banyak produk tenusu.
  • Jarang berlaku di mana sembelit disebabkan oleh penyakit seperti ketiadaan saraf di usus besar (Hirschprung’s disease), masalah saraf tunjang (spinal cord defect), masalah kurang hormon tiroid (hypothyroidism) dan masalah metabolik seperti tinggi tahap kalsium di dalam darah (hypercalcaemia).
Rawatan :
  1. Latihan pembuangan najis : Selalunya dilakukan selepas waktu sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Biasanya, seseorang akan mengalami rasa untuk membuang najis selepas makan kerana “gastrocolic reflex”. Kanak-kanak digalakkan duduk di mangkuk tandas yang bersesuaian saiznya dengan saiz kanak-kanak tersebut (penggunaan potty amat digalakkan jika perlu). Mereka perlu duduk di mangkuk tandas selama 2-3 minit walaupun telah membuang najis sebelum itu. Penggunaan “sticker” yang dilekatkan di diari atau carta yang direka dengan kreatif untuk memberikan motivasi boleh membantu.
  2. Penggunaan mangkuk tandas yang bersesuaian atau “potty” boleh mengelakkan rasa takut untuk jatuh apabila menggunakan tandas biasa. Ubat julap turut membantu mengelakkan rasa sakit apabila membuang najis yang keras.
  3. Pengambilan makanan tinggi serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran adalah digalakkan. Mengehadkan pengambilan susu lembu kepada 500ml sehari (untuk kanak-kanak lebih daripada 18 bulan) mungkin boleh membantu terutamanya pada kanak-kanak yang banyak mengambil produk tenusu.
  4. Untuk bayi yang mengalami sembelit, sila hubungi doktor anda kerana ada di antara mereka mungkin mengalami masalah alahan kepada susu lembu dan perlu intervensi khas. Untuk bayi berumur 6 bulan ke atas, ibu bapa boleh mencuba menambah sayur-sayuran dan buah-buahan di dalam diet mereka.
  5. Penggunaan ubat-ubatan (laxatives) di bolehkan atas nasihat doktor anda.
[credit to myheath.gov.my]

Antara vitamin atau makanan tambahan untuk membantu kanak-kanak dari mengalami sembelit

set kiddy shaklee
Mealshakes

· Kanak-kanak tiada atau kurang selera makan atau memilih makanan

· Kanak-kanak gemar makanan segera atau makanan ringan

· Kanak-kanak selalu demam atau kurang sihat terutama yang dijaga di taska atau nursery

· Kanak-kanak yang aktif bersukan atau bermain seharian

· Kanak-kanak yang mudah alami sembelit

Maklumat lanjut tentang Kebaikan Mealshakes. Silla KLIK

Omega Guard

· Amat penting bagi perkembangan dan fungsi otak

· Meningkatkan system imunisasi

· Menapis segala virus dan bacteria daripada badan

· Kanak-kanak yang mengambil Omega-3 sejak kecil dapat mengurangkan jangkitan pernafasan, demam dan selsema

Maklumat lanjut tentang Kebaikan Omega Guard. Silla KLIK

Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan, Mutiara Rini, Mutiara Mas.

Sunday, 18 June 2017

A.V.E Punca Bayi Kembung Perut

Bismillah...
kembung perut

Apa itu kembung perut (Colic)?
Kembung perut biasanya dikaitkan dengan bayi yang menangis disebabkan oleh sakit perut. Diagnosis ditentukan berdasarkan ciri-ciri berikut:
  • Bayi menangis berterusan atau kerap menangis buat masa yang lama tanpa sebab-sebab yang jelas.
  • Masalah ini berlarutan selama 2 hingga 4 jam sehari untuk sekurang-kurangnya 5 hari seminggu dan selalunya bermula pada umur bayi 2 hingga 3 minggu dan beransur kurang/pulih apabila bayi mencapai umur 3 hingga 4 bulan.
Mengapakah sesetengah bayi mengalami kembung perut?
Sebab tidak diketahui. Beberapa teori termasuk :
  • Usus:
    • Alah kepada protein susu lembu.
    • Alah kepada laktosa.
    • Usus belum matang. Pencernaan karbohidrat yang tidak sempurna akan menyebabkan kembung dengan “angin” yang berlebihan.
    • Ketidak selesaan disebabkan “angin”.
  • Biologi:
    • Cara menyusu : kurang atau lebih menyusu dan kurang sendawakan bayi.
    • Terdedah kepada asap rokok. Ibu yang merokok sewaktu mengandung atau di dalam pantang akan menyebabkan bayi berisiko tinggi untuk kembung perut.
  • Psikososial:
    • Ibu bapa yang tertekan.
  • Lain-lain:
    • Sistem saraf bayi yang belum matang menyebabkan ia lebih sensitif kepada faktor persekitaran.
Adakah ramai bayi yang mengalami masalah ini?
Dianggarkan 1 hingga 5 dalam 10 bayi mengalami kembung perut. Apakah tanda-tanda bayi anda mengalami kembung perut? Bayi akan selalunya :
  • Menangis sekuat hati dalam jangka masa yang lama.
  • Diikuti menarik kedua belah kaki ditarik ke perut dan tangan dikepal.
  • Tidak semestinya berkaitan dengan perut buncit, muntah, demam atau tanda- tanda penyakit yang lain
Adakah kembung perut akan menyebabkan masalah serius yang lain?
  • Kebiasaannya bayi akan sihat dan boleh membesar dengan baik.
  • Bagaimanapun, masalah ini mungkin boleh menyebabkan tekanan perasaan dan kebimbangan di kalangan ahli keluarga.
  • Ibu bapa merasa kecewa dan risau melihat keadaan bayinya.
Bagaimanakah untuk mengelakkan masalah ini?
  • Tiada rawatan yang khusus. Keadaan ini akan pulih dengan sendiri apabila bayi berumur 3 hingga 4 bulan.
  • Jika anak anda kembung perut :
    • Elakkan terlalu kerap mengangkat bayi ketika ia merengek.
    • Selimutkan bayi sehingga selesa dan dodoikan dengan lemah lembut
    • Kurangkan bunyi bising
    • Bawa bayi anda bersiar-siar
    • JANGAN SEKALI-KALI MENGGONCANG BAYI ANDA
    • Jika ibu bapa merasa tertekan atau penat, cuba dapatkan bantuan orang lain untuk menjaga bayi dan ambil rehat yang secukupnya.
Dapatkan nasihat doktor jika :
  • Tangisan bayi anda seperti di dalam kesakitan.
  • Ada masalah lain seperti muntah, perut buncit, cirit-birit atau sembelit.
  • Bayi anda demam
  • Ibu bapa terlalu bimbang atau penat dan tidak boleh menangani masalah ini sendiri.
Apakah ubat yang boleh membantu?
  • Tiada ubat yang berkesan untuk meredakan kembung perut.
  • Anda boleh mencuba ubat untuk “angin” atau “colic” dan sejenis ubat bernama “dimethicone” untuk mengurangkan rasa kembung.
Bagaimanakah untuk mengelakkan masalah ini?
Jika bayi anda menghisap susu botol:
  • Amalkan teknik penyusuan yang betul, pastikan saiz puting yang sesuai dan sendawakan bayi anda di antara penyusuan.
Jika bayi menyusu badan :
  • Teruskan penyusuan susu ibu, tetapi ibu perlu mengelakkan makanan tertentu seperti kobis, brokoli, bunga kobis, dan kafein.
Peringatan
  • Kembung perut (colic) adalah masalah yang mencabar tetapi ia tidak menimbulkan kesan bahaya kepada bayi pada masa akan datang. Diagnosis yang tepat adalah penting.
  • Dapatkan nasihat doktor jika:
    • Diagnosis tidak dapat dipastikan
    • Adanya tanda-tanda penyakit serius yang lain.
[credit myhealth.gov.my]

Sila baca DISCLAIMER


Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan, Mutiara Rini, Mutiara Mas.

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*