Showing posts with label Set Sendi Tulang. Show all posts
Showing posts with label Set Sendi Tulang. Show all posts

Thursday, 6 April 2017

A.V.E Kenapa ESP Shaklee Menjadi Pilihan Ramai?

Kenapa ESP SHAKLEE jadi protein soya pilihan ramai?

❏ Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi non-GMO 
(non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah.

❏ Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi
 isoflavones seperti genistein dan daidzein.

❏ Setiap 850g (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber
 tenaga segera dan boleh bertahan lama.

❏ ESP dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 
9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.

❏ Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua 
peringkat umur – tua dan muda.

❏ Menyediakan 14g protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk kesihatan jantung.

❏ Kandungan Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39 menjadikan ia sangat sesuai juga 
kepada penghidap diabetes.

❏ Satu hidangan ESP bersamaan dengan 2x ganda daging, 4x ganda telur, dan 12x ganda susu.

❏ Ia rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia 
dan tidak membebankan buah pinggang.

❏ Setiap hidangan ESP membekalkan 50% daripada Nilai Harian Kalsium untuk menyokong tulang 
yang kuat.

❏ Mempunyai kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat, payudara dan menapous.

❏ Mengekalkan tenaga dalam badan dan menahan rasa lapar kerana ESP membekalkan 
sumber tenaga berterusan ke dalam salur darah.

❏ Tiada perasa, pewarna tiruan, pemanis, kafein, atau bahan tambahan selainnya.

❏ ESP sesuai untuk vegetarian.


Ambil ESP sahaja pun hasil dah cukup baik, apatah lagi bila ditambah dengan supplemen lain.




Sila baca DISCLAIMER



Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan, Mutiara Rini, Mutiara Mas

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

Monday, 3 November 2014

A.V.E : Salah Pilih Saiz Kasut Picu Sakit Tumit



kasut tumit tinggi
Punca Sakit Tumit

Sakit kaki di bahagian tumit kerap berlaku kepada individu. Kajian mendapati bahawa secara puratanya seorang daripada lima individu mengalami sakit tumit. Tidak hanya menyebabkan kesakitan, sakit kaki yang kronik juga didapati memberi kesan negative kepada kualiti kehidupan yang lebih rendah serta gangguan kepada aktiviti harian.

Antara factor-factor yang dikaitkan dengan sakit tumit ialah berat badan yang berlebihan dan peningkatan usia kerana kesan penuaan serta perubahan kepada system saraf, otot, dan juga struktur tulang kaki. Mereka yang mengalami kesakitan pada sendi-sendi yang lain seperti sendi lutut dan paha juga berisiko untuk mengalami sakit kaki (tumit).


Sakit tumit
Sakit Tumit


Kajian ke atas kaum wanita yang bekerja di Malaysia mendapati, penggunaan saiz kasut yang lebih kecil daripada kaki serta bentuk kasut yang tidak sesuai dengan kaki berkait rapat dengan sakit tumit. Tambahan lagi, penggunaan kasut bertumit tinggi serta penggunaan kasut dalam jangka masa yang lama juga lebih berisiko untuk mengalami sakit kaki.

Sakit tumit boleh disebabkan oleh kerosakan kepada tisu otot, tendon, tulang kaki, serta saraf. Antara penyakit tersebut ialah plantar fasciitis, keretakan tulang calcaneum, penyakit gout, kerosakan saraf samada di bahagian kaki ataupun saraf tunjang di pinggang, pertumbuhan tulang yang tidak normal di bahagian tumit (heel spur). Radang pada tendon yang menyambungkan otot dan tulang seperti Achilles Tendon di belakang tumit juga boleh menyebabkan sakit tumit.


sakit tumit
Punca Sakit Tumit


Selain daripada itu, sakit kaki atau tumit juga boleh disebabkan oleh saraf kaki yang terhimpit oleh struktur kaki iaitu flexor retinaculum. Ini menyebabkan tekanan pada saraf yang seterusnya menyebabkan kesakitan yang berpanjangan.

Mereka yang mengalami sakit kaki dinasihatkan untuk berjumpa dengan doctor untuk mengenal pasti penyebab sakit tumit tersebut. Doktor akan memeriksa kaki anda dengan teliti iaitu, system saraf, arteri iaitu pembuluh darah di kaki, tendon serta struktur tulang. Doktor juga mungkin akan melakukan pemeriksaan x-ray di bahagian tumit, serta ultrasound ataupun MRI sekiranya perlu bergantung kepada penyebab sakit tumit tersebut.

Rawatan untuk sakit kaki tumit bergantung kepada penyebab penyakit tersebut. Ini termasuklah berehat atau mengurangkan aktiviti berjalan, pengambilan ubat antiradang dan penahan sakit, dan senaman khas yang diberikan oleh ahli fisioterapi.

Penggunaan kasut yang sesuai serta pelapik tapak kasut juga amat penting untuk mengurangkan kesakitan serta mengelakkan sakit tumit berulang. Mereka yang disyaki pesakit gout pula mungkin memerlukan ubat tablet untuk mengurangkan paras asid uric. Sekiranya perkara-perkara di atas telah dilakukan, namun kesakitan masih lagi tidak berkurangan, rujukan kepada pakar tulang (ortopedik) adalah perlu untuk rawatan lebih lanjut.

[Sumber majalah isihat]


Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, 7Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan

*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

Monday, 5 May 2014

A.V.E : Risiko Patah Tangan

Tangan manusia terdiri daripada 29 tulang dan 29 sendi.  Setiap hari pula, kita menggunakan tangan untuk melakukan pelbagai aktiviti.  Malah, jika kita terjatuh, anggota pertama kita yang akan pantas menahan tubuh adalah tangan.  Begitu juga ketika diserang, tangan dijadikan alat perlindungan diri.  Darjah kebebasan tangan yang cukup tinggi menyebabkan ia berupaya melakukan pelbagai aktiviti yang dirasai perlu.

Menurut Dr. Mohd ISkandar Mohd Amin, Konsultan Ortopedik, Tangan dan Pembedahan Mikro dari Hospital Pantai Kuala Lumpur, fungsi tangan yang pelbagai itu jugalah yang menyebabkan  tangan menyumbang sehingga 12 ke 15 peratus kes dalam masalah patah yang berlaku di anggota badan.

"Patah berlaku apabila daya yang sangat tinggi dikenakan ke atas tulang.  Apabila ia berlaku, biasanya pesakit akan mengalami rasa sakit, bengkak dan penggunaan bahagian yang tercedera akan berkurangan.  Ramai yang beranggapan bahawa keretakan adalah berbeza dengan patah, tetapi kedua-duanya adalah sama sahaja jika berlaku di bahagian tangan.

"Patah boleh menjadi mudah dirawat dan sembuh bilamana kepingan tulang adalah sejajar dan stabil.  Jenis patah yang lain adalah tidak stabil di mana tulang cenderung untuk beralih tempat atau menjadi serpihan.  Patah terbuka pula berlaku apabila serpihan tulang memecah melalui kulit lalu menyebabkan kulit pesakit terbuka sehingga menampakkan bahagian tulang.

"Patah ini biasanya berlaku akibat kemalangan jalan raya, semasa bersukan atau tangan termasuk dalam mesin.  Risiko jangkitan boleh berlaku dalam patah jenis ini.  Apabila keadaan ini berlaku, perkara pertama yang perlu doktor lakukan adalah mencuci dan menutup luka tersebut terlebih dahulu.

"Sebelum memikirkan untuk membetulkan semula kedudukan tulang yang patah, bahagian kulit perlu ditutup terlebih dahulu bagi mengelakkan jangkitan kuman.  Apabila pesakit datang kepada kami dalam keadaan ini, kami tidak boleh terus melakukan pembedahan bagi menyambung semula tulang yang patah.  Masih ada prosedur lain yang perlu dilakukan dahulu.

"Patah tertutup pula adalah keadaan di mana bahagian kulit yang terlibat tidak terbuka.  Kawasan yang patah biasanya ditunjukkan dengan keadaan kulit yang kelihatan bengkak dan lebam.  Dalam keadaan ini, kami akan terus melakukan prosedur memasukkan serta membetulkan kembali keadaan tulang pesakit.

pembedahan patah tangan


Tidak semua memerlukan pembedahan

" Pemeriksaan lanjut dan x-ray akan dilakukan bagi menentukan bahagian tangan yang patah dan tahap keretakan yang berlaku bagi mengenal pasti kaedah rawatan yang akan dilakukan.  Ada keadaan di mana tulang masih boleh diselaraskan tanpa perlu pembedahan bergantung pada tahap patah yang dialami pesakit.

" Anduh atau pendakap akan digunakan bagi menahan tulang yang patah tadi daripada bergerak.  Ia mungkin dipasang dari hujung jari, melalui pergelangan tangan hingga ke siku bagi memastikan tulang kekal berada tempatnya.

" Namun begitu, patah teruk akan memerlukan pesakit menjalani pembedahan.  Terdapat dua jenis pembedahan iaitu pembedahan terbuka dan juga minimally invasive.  Wayar, skru atau plat akan di implan di bahagian yang patah bagi tujuan memegang tulang di tempatnya.  Pembedahan terbuka adalah keadaan di mana doktor perlu membuat bukaan yang besar semasa pembedahan.

'Minimally Invasive' pula hanya melibatkan bukaan yang kecil sahaja.  Namun begitu, pembedahan ini memerlukan tahap kepakaran yang tinggi kerana doktor hanya membuat lubang kecil sahaja dan memasukkan implan yang sepatutnya dengan hanya berpandukan pada x-ray di hadapannya sahaja.

patah tangan

patah sendi



6 Minggu Tempoh Penyembuhan

Dalam apa jua pembedahan mahupun rawatan, perkara pertama yang pesakit ingin tahu adalah tempoh masa penyembuhan.  Secara amnya, selepas pembedahan, pesakit mengambil masa tiga minggu untuk sembuh.  Namun begitu, tiga minggu lagi diperlukan bagi memastikan tangan mendapat kekuatan yang asal.

" Kunci utama rawatan patah tangan adalah mengembalikan sepenuhnya fungsi utama tangan.  Untuk itu, terapi tangan perlu dilakukan sepanjang tempoh penyembuhan bagi tangan dapat digunakan sepenuhnya.  Namun begitu, itu merupakan tempoh masa penyembuhan bagi kategori patah tangan tertutup.

" Bagi patah tangan terbuka di mana ia mengakibatkan bahagian kulit terkoyak, tempoh menyembuhannya adalah lebih panjang. Ini kerana proses rawatan mereka adalah lebih di mana luka pada kulit perlu ditutup terlebih dahulu sebelum pembedahan ke atas tulang boleh dijalankan, dengan kepakaran yang ada sekarang pakar bedah tangan dapat melakukan pembedahan ke atas kulit, tisu lembut dan tulang sekaligus dan ini akan mempercepatkan lagi jangka waktu penyembuhan.

[sumber majalah i sihat]


Vitamin yang disyorkan untuk penyembuhan tulang retak


dvanced joint health tablet
Advanced Joint Health Tablet

Antara kebaikan AJHT ni :

  • menyokong keselesaan sendi
  • membantu mengekalkan tulang rawan
  • memelihara tisu penyambung yang sihat

ostematrix
Ostematrix

10 fungsi & kebaikan ostematrix shaklee
1. Menguatkan Tulang
2. Mencegah Obesiti 
3. Melindungi Otot Jantung 
4. Mengelakkan Kanser Kolon 
5. Mencegah Blues Pra-haid 
6. Mencegah Batu Karang 
7. Memastikan Tahap pH Alkali Yang Sihat 
8. Kawalan Tekanan Darah
9. Mengekalkan Gigi dan Gusi yang sihat 
10. Membantu Pengangkutan Nutrien

penyembuhan luka dengan cepat
Energizing Say Protein



Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*