Showing posts with label Tip Untuk Tinggi. Show all posts
Showing posts with label Tip Untuk Tinggi. Show all posts

Friday, 10 October 2014

A.V.E : Harapan Untuk Si Pendek | Tip Tinggi Secara Semula Jadi

Ya, tidak semua beruntung untuk memiliki ketinggian yang baik. Malah, banyak fakta yang sudah membuktikan bahawa mereka yang lebih tinggi mempunyai banyak kelebihan berbanding individu yang lebih rendah. Sebab itulah, usaha untuk menjadi lebih tinggi bagi mereka yang lebih rendah tidak pernah putus-putus. Mereka seolah-olah tidak berpuas hati dengan apa yang dimiliki. Mereka cenderung untuk memiliki lebih daripada itu.

Individu yang rendah ini ingin menjadi tinggi dengan fakta orang-orang yang lebih tinggi mendapat perhatian lebih, lebih banyak peluang dan sentiasa di hadapan dalam apa-apa sahaja keadaan. Bagi lelaki pula, mereka lebih dilihat berbanding rakan-rakan yang lebih rendah.

Namun begitu, di dunia pada hari ini, segala-galanya adalah mungkin. Jika anda ingin menjadi lebih tinggi, sudah tentu ada jawapan di sebalik dilemma anda. Terdapat banyak pilihan untuk anda cuba untuk menjadi lebih tinggi. Mungkin ada yang mudah, rumit dan mungkin ada yang mahal. Tetapi, jika keinginan hati anda adalah untuk menambah sekurang-kurangnya dua inci lagi, maka anda pasti dapat melakukannya.

Berita baik ialah anda boleh melakukannya secara semula jadi dengan bantuan makanan dan senaman. Anda hanya perlu tahu apa perkara yang anda boleh lakukan untuk membantu diri sendiri.


harapan si pendek


Senaman Untuk Tinggi

Ramai yang tidak sedar senaman merupakan factor terbesar sekiranya anda mahu meningkatkan ketinggian. Mengetahui jenis senaman yang betul sangat membantu perkembangan tulang belakang anda. Senaman paling utama tidak lain bukan ialah regangan. Regangan adalah bentuk latihan terbaik yang boleh dilakukan. Latihan ini sangat membantu dalam regangan tulang. Antara satu cara paling mudah ialah dengan menghulurkan kedua-dua tangan anda ke atas kepala sejauh mana yang boleh. Ia sangat membantu dalam membangunkan otot-otot yang berehat. Cubalah lakukan regangan sejauh mana kemampuan anda.

Selain itu, anda juga boleh membuat latihan gantung atau bergayut. Anda boleh bergayut di bar seperti yang ada di taman permainan dan biarkan anda dikawal oleh tangan yang memegang bar tersebut. Lakukan selama 3 hingga 5 minit atau sehingga mengikut kemampuan anda sendiri. Pergerakan ini sebenarnya sama sahaja seperti regangan.

Tidak lupa, anda juga boleh melakukan aktiviti renang. Berenang merupakan cara yang terbaik untuk menambah ketinggian. Ini kerana, semasa berenang, seluruh badan akan mengalami peregangan dari badan sampai ke hujung kaki. Di samping itu, gerakan renang hampir melibatkan semua otot tubuh. Jika tidak pandai berenang, memadai melakukan aktiviti kayuhan berbasikal.

Tetapi, ia bukan seperti yang sering anda lakukan dengan basikal pegun yang ada di gym. Bawa belakang badan anda ke belakang dan kayuh seperti anda menungggang basikal. Kayuh selama seminit dan lakukannya sehingga anda berupaya untuk mengekalkannya.



senaman untuk tinggi



Tip Tinggi Secara Semula Jadi

Selain daripada senaman, ada beberapa perkara lain yang perlu diberi perhatian anda boleh lakukan. Berikut adalah antara tip lain untuk tinggi secara semula jadi

1) Pastikan mendapat kadar tidur yang mencukupi

Kajian menunjukkan bahawa badan kita membesar dan menghasilkan tisu ketika berehat. Tidur yang betul dan cukup benar-benar diperlukan badan kerana dipercayai hormone pertumbuhan manusia dihasilkan secara semula jadi dalam badan semasa tidur. Mandi air panas sebelum tidur boleh meningkatkan kualiti tidur anda.

2) Cukup Gizi

Pastikan anda mendapat protein, lemak, vitamin (seperti vitamin A dan D) dan mineral (zat besi, kalsium, zink dan natrium) yang mencukupi kerana sumber ini sangat mempengaruhi proses pertumbuhan badan.

3) Lakukan senaman yang kerap dan aktiviti bersukan

Antara cara terbaik untuk meningkatkan ketinggian secara semula jadi ialah dengan memiliki fizikal yang sihat dan aktif seperti kanak-kanak. Senaman dan aktiviti sukan berupaya meningkatkan ketinggian. Apabila anda aktif, badan memerlukan nutrient yang lebih sihat dan kesannya, peningkatan dalam pengambilan nutrient dalam pertumbuhan.

4) Mengamalkan Diet Seimbang

Adalah amat penting untuk mendapatkan nutrisi yang betul. Justeru itu, anda disarankan untuk menjauhkan diri daripada memakan makanan ringan. Badan anda memerlukan semua vitamin dan mineral untuk berkembang dengan ketinggian maksimum anda. Antara makanan terbaik untuk menambah ketinggian ialah ikan, telur, tauhu, biji labu, sayur bayam, susu, lobak, pisang, ayam dan yogurt.

5) Amalkan Gaya Hidup Sihat

Mengambil dadah, alcohol dan merokok pada usia muda bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan, malah boleh menyebabkan pertumbuhan terbantut serta menghalang mencapai ketinggian maksimum. Selain itu, pengambilan kafein harus dihadkan untuk memastikan mendapat tidur dengan nyenyak dan teratur. Seperkara lagi, steroid juga telah didapati menghalang pertumbuhan tulang dan boleh menjejaskan ketinggian.

Panduan Ibu dan Bakal Ibu

1) Bagi ibu mengandung, adalah penting untuk mereka tidak merokok atau mengambil alcohol semasa mengandung.

2) Ambil asid folik yang mencukupi, Vitamin A dan D, diet yang kaya dengan karbohidrat, protein, lemak tepu, kalsium, zat tambahan dan asid lemak Omega 3.

3) Selepas bersalin, beri susu badan yang secukupnya pada bayi

4) Semasa anak akil baligh, pastikan mereka mengambil diet yang berkhasiat dan mendapat tidur yang cukup. Kajian mendapati gangguan tidur boleh mengganggu tahap hormone pertumbuhan seseorang individu.

5) Sebelum umur mencecah 23 hingga 25 tahun, kanak-kanak lelaki mahupun perempuan digalakkan untuk melakukan senaman regangan yang mencukupi. Regangan belakang dapat meningkatkan sebanyak 2% kadar ketinggian tubuh manusia.

6) Dinasihatkan juga ibu bapa menggalakkan anak berjalan lurus dan mengekalkan postur yang baik bagi mengekalkan ketinggian yang baik.

[ sumber majalah isihat ]


Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, 7Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan

*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

Thursday, 9 October 2014

A.V.E : Postur Badan Rangsang Ketinggian



tip untuk tinggi

Sesetengah individu sangat beruntung kerana memiliki kadar ketinggian yang baik dan ideal. Malah, menjadi tinggi dan langsing dilihat menepati trend pada hari ini. Jika anda tinggi, anda bakal mendapat banyak manfaat daripadanya seperti dipilih sebagai calon dalam pertandingan ratu cantik, dapat menyertai syarikat permodelan, bekerja sebagai pramugari, menjadi terkenal dan banyak lagi kelebihan yang dimiliki.

Antara selebriti terkenal di luar yang memiliki susuk tubuh yang tinggi ialah Arnold Schwarzenegger, 183cm, Samuel Jackson, 188cm. Di Malaysia pula kita ada Erra Fazira dengan ketinggian 168cm, Farid Kamil, 176cm (sekadar menyebut beberapa nama).

Melihat antara nama-nama yang dinyatakan di atas seolah-olah menyokong bahawa untuk menjadi ‘terkenal’ atau ‘dikenali’ perlu mempunyai tubuh yang tinggi. Ini kerana, mereka dipandang lebih oleh orang luar berbanding individu yang bertubuh rendah. Maka, tidak hairanlah ramai yang mahu menjadi tinggi hari ini.

Tidak dinafikan trend menunjukkan semua mahu kelihatan tinggi. Jika tidak secara fizikal, fesyen dan postur badan juga boleh membuatkan seseorang itu kelihatan tinggi. Terdapat banyak factor yang mempengaruhi kadar pertumbuhan seseorang individu itu. 65 hingga 701 peratus sebab adalah disebabkan oleh factor genetic.

“Ia juga berkait dengan gangguan tertentu seperti kerdil, kelewatan dalam pertumbuhan, kemiskinan, kurang bersenam, diet yang tidak betul dan lain-lain yang membawa kepada 30 hingga 35 peratus. Secara purata pula, anak lelaki atau anak perempuan masih boleh mendapat manfaat sekiranya salah seorang daripada ibu bapa adalah tinggi.

“Untuk meningkatkan ketinggian, adalah penting untuk memahami pertumbuhan mana-mana tulang. Sebarang tulang panjang dalam tubuh manusia mempunyai plat pertumbuhan epifisis yang terletak pada hujung tulang. Plat ini biasanya akan bersambung pada usia 23 hingga 25 tahun. Ini bermakna, sebarang pertumbuhan tulang hanya mungkin akan berlaku sehingga umur 23-25 tahun sahaja.

“Petumbuhan maksimum berlaku semasa akil baligh di mana lelaki biasanya mencapai waktu tersebut semasa usia 11 hingga 12 tahun manakala perempuan lebih awal iaitu pada umur 10-11 tahun.

“Telah terbukti secara saintifik 35% daripada ketinggian seseorang individu itu terdapat pada tulang belakangnya. Oleh sebab itu, jika kita boleh membetulkan masalah tulang belakang dan membetulkan postur badan, kita boleh mendapatkan dua hingga empat inci serta merta. Ia mengambil masa untuk membetulkannya terutamanya bila anda mempunyai postur badan yang tidak betul selama ini. Ini hanya salah satu daripada banyak lagi rahsia bagaimana anda boleh menjadi tinggi.

“Namun begitu, selepas seseorang individu itu mencapai umur 25 tahun, semua pertumbuhan akan berhenti dan tiada lagi pemanjangan tulang akan berlaku. Jika ada yang mendakwa ketinggian boleh meningkat selepas umur 25 tahun, anda mungkin sudah tertipu. Malah, mengikut sebab-sebab perubatan juga, ia adalah sesuatu yang mustahil kerana pemberhentian pertumbuhan akibat gabungan plat pertumbuhan tadi.

Supplemen Untuk Ketinggian : Perlu atau Tidak?

Dalam peringkat awal umur, supplemen hormone pertumbuhan mungkin memberi kesan dan manfaat. Ini kerana hormone pertumbuhan manusia memainkan peranan besar dalam menentukan ketinggian anda. Oleh itu, sambil mencari jawapan kepada bagaimana untuk meningkatkan ketinggian, anda mungkin perlu mempertimbangkan berjumpa doctor anda untuk mendapatkan maklumat mengenai paras hormone pertumbuhan manusia anda.

“Jika kepekatan hormone anda rendah, anda tidak dapat mencapai ketinggian yang sepatutnya. Bagi individu tertentu, terdapat beberapa supplemen yang boleh digunakan untuk meningkatkan paras hormone pertumbuhan anda sehingga ke tahap yang normal.

“Seperkara yang perlu anda sedar, hormone ini hanya digunakan sebagai ikhtiar terakhir anda kerana ia boleh meningkatkan risiko kanser, penambahan berat badan, pertumbuhan yang tidak seimbang, komplikasi kardiovaskular dan sebagainya. Maka ia perlu dilakukan di bawah penyeliaan perubatan yang ketat.

“Apa sahaja makanan tambahan bersumberkan herba pula boleh diambil pada peringkat seterusnya tetapi dengan berhati-hati serta di bawah seliaan doctor.

Kelebihan Orang Rendah


kelebihan orang rendah


Hampir semua inginkan tinggi yang ideal. Tetapi tidak bermakna anda perlu berasa rendah diri dan malu kerana bertubuh kecil dan rendah. Masih ada lagi kelebihan yang anda miliki berbanding mereka yang tinggi.

Antaranya ialah:

1) Lebih panjang umur

Kajian terbaru di Sardinia dan yang diterbitkan di Jurnal Sains Kehidupan individu rendah cenderung untuk hidup 2 tahun lebih lama berbanding mereka yang tinggi

2) Lebih Subur

Menurut penyelidik Belanda, wanita yang lebih rendah cenderung mempunyai anak yang lebih banyak daripada wanita yang tinggi. Sebabnya masih belum jelas, tetapi penyelidik kajian tersebut mengandaikan wanita bertubuh rendah menggunakan banyak tenaga semasa 

bersetubuh.

3) Lebih Kelakar

Penulis buku Short:Walking Tall When You Are Not Tall menyatakan bahawa mereka yang rendah bekerja lebih keras, bertanggungjawab dan mempunyai selerahumor yang tinggi.

4) Kurang Risiko Kanser

Penyelidik yang diterbitkan di The Lancet Oncology menyatakan wanita bertubuh pendek menanggung risiko kanser lebih sedikit berbanding wanita bertubuh tinggi. Bahkan, penyelidik turut mendapati risiko kanser naik 16 peratus bagi setiap kenaikan 4% tinggi badan wanita.

5) Pemain Bola Juga Rendah

Jika anda seorang lelaki, jangan bimbang. Lihat pemain bola sepak yang lincah seperti Lionel Messi. Dia bertubuh rendah, tetapi berupaya meledak gold an menggelecek bola dengan baik. Messi ramai peminat bukan?

[ sumber majalah isihat ]


Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, 7Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan

*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

Wednesday, 8 October 2014

A.V.E : Untung Bila Tinggi

Untung Bila Tinggi

keistimewaan orang tinggi


Bagi segelintir individu, ketinggian mungkin bukanlah sesuatu yang perlu diberi perhatian. Ini mungkin kerana mereka telah mencapai ketinggian badan yang mencukupi atau mungkin lebih tinggi berbanding dengan orang yang berada di sekitar mereka. Mereka ini pastinya tidak pernah merasai perasaan menjadi orang yang bertubuh rendah.

Kajian telah membuktikan individu yang bertubuh rendah kurang berpeluang menjalinkan hubungan romantic, mempunyai bilangan anak yang kecil, dan pada amnya menerima gaji yang rendah. Mereka juga sukar mencari fesyen pakaian dewasa. Wanita yang bertubuh rendah sering berkata mereka tidak dipandang serius berbanding rakan mereka yang lebih tinggi.

Kajian statistic di Australia pula mendapati lelaki yang tingginya lebih dari enam kaki, purata pendapatan tahunan mereka lebih tinggi daripada lelaki biasa! Bukan sahaja berpendapatan tinggi, lelaki yang bertubuh tinggi juga mudah mendapat perhatian oleh wanita. Wanita suka akan lelaki yang lebih tinggi kerana dikatakan tinggi menandakan mereka sihat.

Malah, pelbagai jenis profesion seperti juruterbang, pramugara, tentera, polis, atlet olahraga tertentu dan lain-lain lagi mensyaratkan ketinggian badan yang minimum pada tahap tertentu. Situasi ini seolah-olah menafikan hak mereka yang rendah untuk menikmati keistimewaan yang sama dimiliki oleh orang-orang yang tinggi ini.

Atas sebab itu jugalah, tidak menghairankan pelbagai cara dilakukan oleh individu yang rendah ini untuk menjadi tinggi. Tidak keterlaluan, ada juga yang sanggup menyakitkan diri melakukan pembedahan memanjangkan kaki bagi memastikan mereka menjadi lebih tinggi! Jika pembedahan tersebut Berjaya, mungkin dirasakan berbaloilah menanggung kesakitan. Bagaimana pula jika tidak?

Benar, jika ibu bapa kita rendah, potensi untuk kita tinggi mungkin berkurangan kerana factor genetic yang lebih kuat. Namun begitu, selain daripada pembedahan yang menyakitkan, masih ada cara selamat dan semula jadi yang boleh dilakukan bagi memberi sedikit harapan dan peluang untuk anda menjadi tinggi.

Bagaimana untuk kita jadi lebih tinggi dengan cara yang lebih selamat. Jom kita ikuti sambungannya nanti. Tunggu!!

[ sumber majalah isihat ]


Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, 7Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan

*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*