Showing posts with label Tiroid / Thyroid. Show all posts
Showing posts with label Tiroid / Thyroid. Show all posts

Monday, 19 May 2014

A.V.E : Makan Banyak Berat Tak Naik, Petanda Penyakit Graves

Bismillah...

Siapa yang tidak suka bila makan dengan banyak, berat badan langsung tidak naik atau terjejas? Golongan ini biasanya dikaitkan dengan kadar metabolisme mereka yang tinggi di mana tubuh dapat memproses makanan dengan cekap dan menyebabkan mereka sukar untuk gemuk.  Tetapi, kini mungkin anda perlu fikir sekali lagi kerana itu mungkin petanda penyakit Graves!

Jangan cepat melatah.  Lihat juga simptom-simptom yang lain.  Jika terdapat juga bengkak atat benjolan di leher di samping kelopak mata tertarik ke dalam dan mata putih di bahagian atas pula boleh dilihat dengan jelas, jangan buang masa lagi.  Segera dapatkan pemeriksaan daripada doktor anda.

Menurut Dr. Vijay Ananda Paramasvaran, Konsultan Pakar Perubatan dan Endokrinologi dari Hospital Pantai Kuala Lumpur (PHKL), penyakit graves merupakan antara salah satu masalah gangguan hormon berlebihan berpunca daripada tiroid.

Penyakit ini boleh menyebabkan bengkak yang disebabkan oleh gangguan autoimun yang membawa kepada pengeluaran berlebihan daripada kelenjar tiroid di mana ia menghasilkan tiroksina yang terlalu banyak.  Tiroksin (T4) adalah hormon yang dihasilkan oleh kelenjar tiroid yang membantu mengawal pertumbuhan dan metabolisme kawalan dalam badan.

"Penyakit Graves adalah satu bentuk hipertiroidisme.  Apabila paras tiroksin meningkat, kadar metabolik pesakit juga akan meningkat.  Keadaan ini akan memberi kesan pada penampilan fizikal mereka dan juga perubahan pada emosi.  Sebab itu, walaupun pesakit makan dengan banyak, berat badan mereka tidak meningkat.

"Ia boleh menyerang pada mana-mana peringkat umur kedua-dua lelaki mahupun wanita.  Namun begitu, penyakit ini kerap dialami oleh wanita yang berumur 20 tahun dan ke atas.  Ketika ini, masih tiada ubat-ubatan atau rawatan bagi menghentikan sistem imun pesakit daripada menyerang kelenjar tiroid mereka.  Tetapi, wujud rawatan bagi mengurangkan gejala dan mengurangkan pengeluaran tiroksin.

Penyakit Graves

Diagnosis Penyakit
"Apabila pesakit datang kepada kami, doktor atau pakar akan melakukan pemeriksaan fizikal dahulu.  Kami akan melakukan pemeriksaan pada mata dan juga tiroid mereka.  Selain itu, kadar degupan jantung dan juga tekanan darah juga akan diperhatikan.  Sejarah perubatan dan keluarga pesakit juga diambil kira untuk pemeriksaan tersebut.

"Antara gejala yang akan dihadapi pesakit ialah berat badan berkurangan, selera makan bertambah kerana fungsi metabolisme yang tinggi, sering merasa letih, jantung berdebar-debar, mudah rasa penat, berpeluh dan rasa panas sepanjang hari.

"Seterusnya, ujian darah akan dilakukan bagi mengetahui tahap hormon perangsang tiroid (TSH) dan tahap tiroksin.  TSH adalah hormon yang merangsang kelenjar tiroid di mana ia dihasilkan  dan dikeluarkan oleh kelenjar pituitari.  Kami dapat mengenal pasti pesakit menghidap penyakit Graves sekiranya tahap TSH dan tiroksin mereka adalah rendah.

tiroid

Rawatan Penyakit Graves
"Pesakit yang disahkan menghidapi penyakit  ini akan diberikan ubat-ubatan sahaja.  Biasanya kami akan berikan mereka propylthiouracil dan carbimazole.  Ubatan ini akan menghalag kelenjar tiroid daripada terus menghasilkan hormon tiroid.  Dalam Kebanyakkan kes, pesakit perlu mengambil ubat-ubatan ini sekurang-kurangnya selama setahun dan mungkin lebih lama.

"Tetapi ada juga keadaan di mana penyakit ini kembali berulang.  Ia berlaku apabila pesakit menghentikan pengambilan ubat lebih awal daripada sepatutnya.  Terdapat juga kes kecil di mana penyakit ini sudah lama dirawat dan sembuh, tetapi datang kembali juga.  Jika ini berlaku, mereka perlu kembali melakukan pemeriksaan dan jalani rawatan sekali lagi.

"Biasanya, jika penyakit ini tidak reda selepas dua tahun, pesakit akan dinasihatkan mengambil rawatan radioaktif iodin yang boleh mengurangkan aktiviti tiroid sekali gus untuk jangka masa panjang.

"Pembedahan bagi mengeluarkan kelenjar tiroid (throidectomy) akan dilakukan sekiranya pesakit tidak boleh bertoleransi dengan ubat-ubatan anti-tiroid yang dibekalkan atau mereka tidak mahu menerima terapi radioaktif iodin.  Pesakit kemudiannya akan memerlukan rawatan tiroksin bagi memastikan tahap hormon tiroid adalah mencukupi", ujar Dr. Vijay.

[sumber majalah isihat]

hypertiroid


Antara vitamin yang disyorkan selain daripada mengambil ubat-ubatan

1. Pesakit HYPOTIROID boleh mengambil VitaLea, Vita-E Complex, OmegaGuard dan B Complex dan alfalfa (tidak boleh mengambil ESP)

Fungsi-fungsi vitamin untuk pesakit HYPOTIROID, sila klik SINI

2. Pesakit HYPERTIROID boleh mencuba Vivix dan ESP (tidak boleh mengambil Vitalea dan Alfalfa Complex)

Fungsi-fungsi vitamin untuk pesakit HYPERTIROID, sila klik SINI
--------------------------------------------------------

Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*






Sunday, 6 April 2014

Rawat Thyroid / Tiroid / Goiter Yang Terbaik

Penyakit tiroid bagi yang tidak mengetahui kesannya mungkin akan menganggap penyakit ini sebagai penyakit remeh. Namun hakikat sebenar, penyakit tiroid ini merbahaya hingga boleh membawa maut pada si pengidap jika tidak dirawat dengan segera.

Jika mengikut dari bacaan dari beberapa sumber seperti wikipedia dan akhbar Utusan, wanita lebih mudah untuk diserang penyakit tiroid berbanding lelaki. Empat nisbah satu penyakit tiroid menyerang wanita berusia 20 tahun ke atas kerana sebab dan alasan yang tidak diketahui hingga kini. Penyakit ini boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan.

APA ITU KELENJAR TIROID?


Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga)

KATEGORI PENYAKIT TIROID

 Ada dua jenis penyakit tiroid yang utama:-

     1)   Hipertiroidisme / Tirotoksikosis
     2)   Hipotiroidisme

1) Hipertiroidisme / Tirotoksikosis

Hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah :
  • Grave’s disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya semua (atau sebahagian besar) sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan
  • Thyroiditis (tiroid bengkak). Selalunya keadaan ini boleh elok sendiri
  • Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan
Tanda-tanda orang yang menghidapi hipertiroidisme:
  • Bengkak di leher
  • Cirit birit
  • Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
  • Gementar dan gelisah, terketar-ketar
  • Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
  • Kesuburan turun
  • Penumpuan kurang
  • Mata menjadi besar (bulging)
  • Angin yang tidak menentu
  • Kejang otot
  • Osteoporosis (kereputan tulang)
  • Pengeluaran peluh banyak, bertambah. Kulit lembap
  • Suhu badan naik, tak tahan panas
  • Rambut tidak kuat
  • Sukar bernafas
  • Sukar tidur
  • Tekanan darah naik
  • Turun berat badan walaupun selera naik
  • Lemah
2) Hipotiroidisme

Orang yang menghidap hypothyroidism pula mempunyai kurang hormon tiroid.

Tanda-tanda orang yang menghadapi hipotiroidisme:
  • bengkak kaki
  • ingatan terganggu
  • lembap
  • malas
  • kuat tidur
  • badan sering terasa sejuk dan boleh mengakibatkan masalah jantung
BAGAIMANA MERAWAT PENYAKIT KELENJAR TIROID?
  • Pesakit yang mengalami penyakit HIPOTIROIDISME mudah dirawat, tetapi terpaksa mengambil hormon tiroksin seumur hidup. Dos ubat juga mungkin diubah secara berkala bergantung kepada aras hormon tiroid.
  • Bagi yang mengalami sakit HIPERTIROIDISME pula, iodin beradioaktif diberikan untuk memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid. Pembedahan juga salah satu daripada kaedah rawatan.
Walaupun dengarnya seperti menakutkan, tetapi penyakit ini tidak merbahaya sekiranya pesakit menerima rawatan dari peringkat awal.


APA SHAKLEE BOLEH BANTU?

Pesakit HYPOTIROID boleh mengambil VitaLea, Vita-E Complex, OmegaGuard dan B Complex dan alfalfa (tidak boleh mengambil ESP)



  • Multivitamin yang mempunyai semua vitamin baik seperti iodin, vit A, D, E, B2, B3 dan Zinc sangat sesuai untuk pesakit hipotiroidisme
  • Sumber iodin (sumber kekurangn iodin adalah punca penyakit hypotiroidisme)
  • vitamin A dan D menambah keberkesanan t3 (hormon tiroid yg aktif)
  • vitamin B2, B3 dan B6 berfungsi dalam pengahsilan hormon tiroid
  • Zinc diperlukan dalam penghasilan tiroksin atau T4 (hormon tiroid yg tidak aktif) dalam kelenjar tiroid dan proses penukaran T4 kepada T3 (hormon tiroid aktif)



  • Vitamin E mengandungi 10mg selenium semulajadi. Ia diperlukan dalam proses penukaran T3 dan juga mengurangkan antibodi kepada tiroid. 
  • Sebab salah satu penyebab hipotiroidisme adalah autoimmune atau kehadiran antibodi terhadap sel tiroid dalam badan. Kalau dapat kurangkan antibodi ni maka lebih banyak hormon dari kelenjar tiroid dihasilkan. 



1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair 
    sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)

2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik. 

3. Omega 3  dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari 
    ketumpatan minyak hati ikan.

4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-
    satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3
    semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.


B Complex


Vitamin A - untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkita, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

Vitamin E - melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung; kardiovaskular dan kesihatan otot; membaiki fungsi imun; menguatkan otot badan; mambawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah' membantu fokus mata.

Vitamin U - menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

Vitamin B6 - membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; ,membantu mengurangkan loya.

Vitamin K - penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.

Vitamin D - mengawal penggunaan kalsium dan fosferus di dalam badan dan oleh itu diperlukan untuk pembentukan gigi dna tulang yang kuat dan sihat.


Pesakit HYPERTIROID boleh mencuba Vivix dan ESP (tidak boleh mengambil Vitalea dan Alfalfa Complex)


  • mengandungi protein soya yang mempunyai estrogen
  • Kajian mendapati estrogen boleh mengahalang pengeluaran hormon tiroid seterusnya mengurangkan paras hormon tiroid dalam badan.
  • ini berguna utk pesakit hypertiroidisme iaitu terlebih hormon tiroid
  • boleh menyebabkan kurang rembesan hormon tiroid jadi tidak sesuai untuk pesakit hipotiroidisme (kurang hormon tiroid)

Setiap hari, sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan ini merosakkan pengkalan data genetik lalu menghasilkan "typo" yang mengganggu fungsi sel dan memendekkan usia. Vivix melindungi dan membaiki DNA.

[credit vitaminsuci]


Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:

Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*