Monday 27 January 2014

A.V.E : Apa itu Alfalfa Complex?

Bagi yang belum familiar dengan Alfalfa, anda mungkin akan tertarik  dengan khasiat dan manfaatnya yang sangat banyak. Ia digelar " Penyembuh yang Hebat" ("The Great Healer") oleh pakar biologi. Pastinya Alfalfa ada kenunikkan tersendiri sehinggakan ia digelar sedemikian?

Alfalfa terkenal sebagai makanan tambahan yang mempunyai pelbagai khasiat sejak zaman dahulu lagi. Alfalfa digunakan secara tradisional sebagai makanan penggalak susu, membantu membuang angin di dalam badan, melawaskan sistem penghadaman, dan sangat baik diamalkan bagi anda yang ingin menurunkan berat badan. 


Pokok Alfalfa terkenal kerana mempunyai akar yang sangat panjang jauh ke dalam tanah, yang menyebabkan Alfalfa merupakan antara tumbuhan yang mampu menyerap pelbagai zat dan bahan galian yang berada jauh di dalam tanah. Unikkan?

daun alfalfa

uniknya alfalfa

KEUNIKAN ALFALFA

Frank Bouer telah mendapati bahawa daunan hijau Alfalfa ini mengandungi LAPAN jenis enzim yang sangat diperlukan oleh badan. 

Dan lagi, bagi setiap 100g, ia mengandungi 8000 IU Vitamin A dan 20,000 - 40,000 IU Vitamin K. Vitamin K sangat penting untuk mencegah pendarahan dan membantu dalam pembekuan darah. 

Dari segi kandungan nutrisi Alfalfa:
  • Ia merupakan sumber yang baik bagi Vitamin B6 dan vitamin E
  • Kaya dengan kalsium, Magnesium, Potassium/Kalium, Beta-Carotene, protein dan serat
  • Mengandungi Vitamin D, fosforus untuk memelihara gigi dan tulang yang kuat.
Alfalfa juga merupakan 
  • Laksatif yang baik : melancarkan sistem penghadaman 
  • diuretik semulajadi : menggalakkan pembuang air kecil 
  • Tumbuhan yang sering digunakan untuk merawat UTI (Urinary Tract Infections - jangkitan pada salur kencing)
  • Galactagogue @ "milk booster" bagi ibu-ibu yang meyusukan anak 
  • Agen detoks terutamanya bagi organ hati

APAKAH VITAMIN YANG DITEMUI DALAM ALFALFA?

Vitamin A - untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkita, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

Vitamin E - melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung; kardiovaskular dan kesihatan otot; membaiki fungsi imun; menguatkan otot badan; mambawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah' membantu fokus mata.

Vitamin U - menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

Vitamin B6 - membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; ,membantu mengurangkan loya.

Vitamin K - penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.

Vitamin D - mengawal penggunaan kalsium dan fosferus di dalam badan dan oleh itu diperlukan untuk pembentukan gigi dna tulang yang kuat dan sihat.

APAKAH MINERAL YANG DITEMUI DALAM ALFALFA?

Kalsium - membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku; membantu dalam kecergasan ddan daya tahan; emngawal rentak jantung; melegakan saraf.

Zat Besi - diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

Kalium - perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk mencerna lemak. 

Fosforus - diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

Klorin (klorida) - elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

Sodium - mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

Silikon magnesium - membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

Ia juga dikatakan sangat membantu melegakan perlbagai masalah seperti:
  • Kurang selera makan
  • kembung perut
  • Badan berasid 
  • Keputihan, alahan, asthma dan lain-lain
Satu kajian telah dibuat oleh The University of Califiornia bahawa alfalfa didapati efektif dalam mengawal paras gula dalam darah. Dalam ujian klinikal yang lain pula, menambahkan alfalfa ke dalam diet harian dan didapati dapat mengembalikan paras kolesterol dalam darah kepada normal semula.

Masyarakat cina telah menggunakan alfalfa ini sejak ribuan tahun dulu bagi merawat masalah batu karang dan masalah kembung air (water retention)

menyahtoksik dalam badan

Anda boleh mencuba Alfalfa Complex dari Shaklee untuk mendapatkan pelbagai khasiat dan manfaat Alfalfa. Ia dalam bentuk tablet dan boleh didapati dalam dua jenis pembungkusan iaitu botol s (saiz kecil) yang mengandungi 330 biji dan botol L (saiz besar) yang mengandungi 700 biji. Walaupun dibahagia labelnya pengambilan maksimum adalah  10 biji sehari, atas pelbagai faktor kesihatan, Dr Earl Mindell menyarankan 3 - 6 biji sahaja sehari. 

BEBERAPA PERKARA PENTING YANG PERLU DIKETAHUI MENGENAI ALFALFA COMPLEX
  1. Tidak boleh diambil oleh pesakit (SLE) serta penyakit auto imun yang lain
  2. Kalau anda malas minum air masak, sila kurangkan pengambilan alfalfa. Ini kerana alfalfa mengandungi Vitamin K yang memekatkan darah. Apabila pengambilannya tidak seimbang dengan pengambilan air, darah mudah menjadi pekat dan mendatangkan penyakit lain kepada tubuh badan. 
*credit to celiknutrisi.com
====================================================================
Sila baca DISCLAIMER

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Nurul Fazreen bt Othman
PM : www.facebook.com/awesomevitaminsever
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*





No comments:

Post a Comment