Showing posts with label Vitamin E. Show all posts
Showing posts with label Vitamin E. Show all posts

Saturday, 3 June 2017

A.V.E 5 Tip Elak Muka Berjerawat

Bismillah...

Hari ni. Team A.V.E nak kongsikan 5 tip elak muka berjerawat.

Jerawat akan muncul bila minyak/sebum, bakteria dan sel kulit mati menyumbat liang roma pada kulit muka. Anda perlu mengetahui bagaimana jerawat boleh muncul di ruang muka anda.

1. Terlalu kerap membersihkan muka

Terlalu kerap membersihkan muka akan menjadikan kulit semakin berminyak/berjerawat. Apa yang perlu anda buat, cuci muka 2 kali sudah mencukupi iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur.

2. Memicit jerawat

Tabiat memicit jerawat dengan kuku akan memburukkan keadaan kulit dan meninggalkan parut. Elakkan memicit jerawat anda dengan kuku, gunakan losyen jerawat, untuk kecutkan jerawat.

3. Mengambil makanan berminyak

Makanan berminyak boleh menyebabkan kulit berjerawat dan berminyak semakin menjadi, muka semakin berminyak. Amalkan makanan diet yang sihat, kurangkan makanan berminyak.

4. Elak treatment untuk jerawat

Mengambil ubat dari pakar kulit untuk jerawat, itu satu tindakan yang bagus. Tapi jangan sewenang-wenangnya berhenti apabila jerawat dan sembuh. Untuk mengelakkan jerawat muncul semula, habiskan ubat mengikut prescription doktor atau amalkan  supplemen untuk mendapatkan kulit yang sihat, bebas jerawat dan bebas minyak.

5. Penggunaan Pencerah Kulit

Terdapat set pencerahan kulit yang tidak bersesuaian untuk kulit berjerawat. Bahan dan kandungannya menyebabkan jerawat tidak sembuh. Muka semakin berminyak dan berpotensi meninggalkan pigmentasi. Gunakan set penjagaan kulit khas untuk kulit berminyak dan berjerawat. Sebelum cerahkan kulit, atasi masalah kulit anda dahulu.

Oleh itu, elakkan menggunakan cara-cara yang tidak dibenarkan di atas bagi mengelakkan munculnya jerawat di wajah anda.

Antara supplemen yang disyorkan untuk mengekalkan kulit cantik gebu halus mulus tanpa cela dan jerawat. Anda boleh amalkan set kulit cantik shaklee. Dengan pengambilan vitamin dengan konsisten In Shaa Allah anda akan memiliki kulit wajah bebas jerawat. 





  • Sebagai Antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti (pencemaran, matahari, cuaca, AC, asap rokok, dsb).
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle).

  • Bersifat anti-penuaan, dapat mengurangkan garis-garis halus pada wajah
  • Membantu mengelakkan pertumbuhan abnormal sel
  • Membantu memudarkan parut

  • membantu dalam menukarkan karbohidrat kepada glukosa untuk penghasilan tenaga kepada tubuh badan
  • membantu dalam menukarkan lemak kepada protein( ini membantu nervous system berfungsi dengan normal)
  • Vitamin B juga penting untuk pembentukan sel badan jadi ianya penting untuk awet muda, kulit yang licin dan kelihatan muda, melambatkan rambut beruban, membantu untuk kecantikan kulit, rambut dan mata, kekuatan kuku

Add on ESP
  • Memberi tenaga berpanjangan yang kesannya dirasai untuk beberapa jam
  • Anda akan rasa kenyang lebih lama. Best sangat utk diet.
  • 20 asid amino dalam ESP akn menjadikan kulit kelihatan lebih berseri dan anjal. Anda akan nmpk awet muda.
  • Warna kulit kelihatan lebih sekata
  • Menggalakkan semula pertumbuhan kulit otot serta mengurangkan kedutan
  • Membantu menghilangkan parut jerawat pada muka, kulit kelihatan halus mulus dan gebu. AWESOME kan !!
  • Rendah lemak dan tanpa kolesterol



Sila baca DISCLAIMER


Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan, Mutiara Rini, Mutiara Mas.

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

Wednesday, 29 March 2017

A.V.E Nak Cantik??Kini Menjadi Kenyataan!!

Berita baik buat mereka yg NAK CANTIK ❤️๐Ÿ˜ 

Apa lagi jom dapatkan Set Kulit Cantik ini...
.
๐Ÿ€ESP๐Ÿ€ 
protien soya NON GMO baik untuk menghasilkan sel-sel sihat ,menganjalkan kulit , mengecilkan liang pori, menganjalkan payudara, mengurangkan gastrik, meningkatkan tenaga, Zero  Kolesterol , Lengkap dgn Kalsium dan Vitamin B ๐Ÿ‘๐Ÿ‘ Top-Toe Beauty Secret! 

๐Ÿ€Vit C Plus๐Ÿ€ 
mencerahkan kulit , mengecutkan jerawat , meningkatkan imun badan , perlepasan berperingkat yang unik untuk penyerapan berkesan .
.
๐Ÿ€Vita E Complex๐Ÿ€ 
meningkatkan kelembapan kulit , mengurangkan parut jerawat dan jeragat , meningkatkan seri wajah, mengurangkan garis halus, menyihatkan salur darah .

๐Ÿ€B Complex๐Ÿ€ 
Vitamin B juga penting untuk pembentukan sel badan jadi ianya penting untuk awet muda, kulit yang licin dan kelihatan muda, melambatkan rambut beruban, membantu untuk kecantikan kulit, rambut dan mata, kekuatan kuku



Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:

Nurul Fazreen bt Othman 
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan, Mutiara Rini, Mutiara Mas
*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*


Monday, 8 December 2014

A.V.E : Buah Paling Lazat dan Berkhasiat

buah kiwi sungold
Buah Kiwi kaya vitamin C


Sinonim dengan gaya hidup, berkulit licin, berwarna coklat dan berbentuk bujur, bua kiwi dengan isi keemasannya mempunyai rasa manis yang menyegarkan dan adalah antara salah satu buah yang mengandungi nutrient yang paling padat di bumi.

Kaya dengan vitamin C dan sumber serat, asid folik, kalium dan antioksidan, buah kiwi telah membuktikan secara saintifik boleh meningkatkan kesejahteraan hidup dan membina tenaga. Buah kiwi Zespri gold mengandungi lebih daripada 20 jenis vitamin dan mineral, lebih banyak berbanding dengan hampir semua buah-buah biasa.

Ia mengandungi banyak antioksidan iaitu vitamin C (3kali ganda daripada oren per 100g isi buah) dan vitamin E (7 kali lebih daripada epal dan oren)dalam sebiji buah.

Walaupun kebanyakan orang mengenali buah kiwi, ramai akan terkejut kerana tidak pernah menikmati kelazatan dan khasiat nutrient yang menakjubkan. Buah kiwi Sungold baru adalah hasil daripada tahun penyelidikan khusus melalui teknik pembiakan tanaman bersifat semula jadi yang digunakan untuk menghasilkan buah yang perkasa ini.

buah kiwi
Zespri Sungold Kiwifruit


Kebanyakan daripada kita yang sering mengamalkan gaya hidup yang sibuk akan merasa mudah letih. Itu adalah tanda kurang bertenaga. Vitamin C membantu untuk mengaktifkan enzim dalam badan yang memainkan peranan penting dalam pengawalan tenaga metabolic. Dengan kandungan vitamin C yang tinggi, ia boleh mengurangkan tenaga fizikal dan mental.

Oleh itu, ia adalah penting untuk memasukkan makanan yang kaya dengan vitamin C dalam diet setiap hari. Oleh sebab badan kita tidak boleh mensintesiskan vitamin C secara semula jadi, ia amatlah penting untuk mendapatkan keperluan vitamin C setiap hari daripada sumber makanan semula jadi. Tambahan pula, vitamin C juga dikenali sebagai vitamin larut air, maka ia juga mudah dikeluarkan daripada badan.

Pengambilan nutrient vitamin C yang digalakkan bagi rakyat Malaysia ialah 70mg/sehari. Dengan sebiji buah kiwi Zespri SunGold, ia mengandungi sehingga 161mg vitamin C, di mana ia memenuhi lebih daripada keperluan vitamin C seharian seseorang.

[sumber majalah isihat]


Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, 7Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan



*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

Wednesday, 20 August 2014

Fungsi Vitamin E & Kebaikan Vitamin E Shaklee

FUNGSI
Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan. Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. 

Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang. Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan  perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.
SUMBER
Vitamin E is didapati daripada sumber makanan berikut: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Vitamin E juga boleh didapati daripada beras perang, makanan daripada jagung,  telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum. 

KEKURANGAN
Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan :

Mudah radang dan odema ( pengumpulan air dalam tisu), pada bayi.

Penuaan kulit sebelum masa.

Rambut gugur

Anemia.



10 Kebaikan kesihatan grape seed extract yang terdapat dalam Vitamin E Shaklee

    Menyingkirkan radikal bebas
    Mengurangkan radang (inflammatory)
     Membantu kesihatan otak, kulit dan mata.
    Membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular.
    Mencegah masalah kelenjar prostat
    Melambatkan proses penuaan
    Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit
    Mencegah kesan negatif yang disebabkan oleh sinar ultraviolet
    Membantu fungsi sistem saraf otak
    Meningkatkan daya pertahanan

[credit to kakjah.com]

kesuburan dan kecantikan
Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:

Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

Tuesday, 3 June 2014

A.V.E : Tahukah Anda Tentang Vitamin E Shaklee?

TAHUKAH ANDA

Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate. Vitamin E Shaklee juga lengkap dengan Selenium.

Kenapa perlu Selenium dalam Vitamin E ?

1) Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium.
2) Pengambilan vitamin E yang dilengkapi dengan selenium adalah penting bagi mendapatkan kesan yang optimum.
3) Pengambilan Vitamin E tanpa selenium boleh mengakibatkan ia bertindak sebagai toksik dalam tempoh jangka masa panjang kerana Vitamin E tersebut tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan baik.

Bagaimana cara untuk membezakan Vitamin E ? Semulajadi atau Tiruan ?

1) Vitamin E dari sumber semulajadi
- label botol vitamin ditulis 'd'

2) Vitamin E dari sumber tiruan/kimia
- label botol vitamin ditulis 'i'

Mengapa perlu memilih Vitamin E dari sumber Semulajadi/ Asli ?

Vitamin E dari sumber semulajadi lebih mudah diserap oleh tubuh berbanding dengan Vitamin E dari sumber tiruan atau sumber kimia.

Vitamin E dari sumber tiruan/kimia yang tidak dapat diserap oleh tubuh ini akhirya akan menjadi toksik dan menjadi penyebab kepada kewujudan abnormal sel dalam badan.

Menakutkan? Yer sangat menakutkan.

FUNGSI LAIN VITAMIN E

1) Menjadikan si pemakainya awet muda 
2) Membaiki peredaran darah, memperbaiki tisu
3) Baik untuk PMS (sindrom pra-haid)
4) Memudarkan parut 
5) Meningkatkan kesuburan untuk lelaki dan wanita 
6) Baik untuk kesihatan kulit dan rambut
7) Vitamin E juga dikenali sebagai Vitamin Cinta - baik untuk hubungan suami isteri/ keintiman
Vitamin E Shaklee juga kini ditambah dgn GRAPE SEED EXTRACT yg menambahkan lagi khasiatnya dan keberkesanannya.

KELEBIHAN EKSTRAK BIJI ANGGUR
1) Ekstrak biji anggur mengandungi pelbagai khasiat kesihatan iaitu protien, lipid, karbohidrat dan polifenol

2) Kuasa antioksidan polifenol adalah 20 kali lebih baik dari vit E dan 50 kali lebih baik daripada vitamin C . Dalam erti kata lain minyak biji anggur ni amat berkesan mengatasi masalah kanser serta amat baik utk awet muda dan utk memelihara kecantikan dan yg best grape seed extract terbukti berkesan menguatkan sistem imun badan, menurunkan paras kolestrol, menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca daripada urat timbul.

3) Melambatkan penuaan

4) Salah satu phenol yang ditemui dalam biji anggur ialah OPC (oligomeric Proanthi Cyanidin) ni lebih tulen berbanding kumpulan fitonutrien yg lain). OPC ni memelihara tubuh dari penuaan sebelum masanya..OPC juga terikat dengan kolagen. Senang cerita, procyanidin ini juga membantu kulit lebih elastik, membuatkan seseorang nampak muda secara semulajadi.


Vitamin E Shaklee

Rasa malu nak call saya atau macam tak sempat nk call, anda boleh juga membuat pembelian terus, semuanya hanya di hujung jari anda. Klik-klik, buat pembayaran then barang pun terus sampai depan rumah. Mudahkan!!

Happy Shopping!!
 Order Now

Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan

*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*