Sunday, 11 June 2017

A.V.E Masalah Sembelit dan tips Mengelak Sembelit

Bismillah... 


Sembelit berlaku apabila anda susah membuang air besar, kerana sebab-sebab tertentu seperti najis terlalu keras dan anda jarang membuang air besar. Ramai orang keliru bila dikatakan jarang membuang air besar. Ini kerana setiap individu adalah berlainan. Ada orang yang membuang air besar sekali sehari, ada yang beberapa kali sahaja seminggu. Ramai yang beranggapan mereka mengalami sembelit, tetapi sebernarnya mereka tidak sembelit. Bagaimanapun, sembelit dikatakan terjadi sekiranya anda ke tandas kurang dari tiga kali seminggu.

Sembelit bukanlah satu penyakit, tetapi ianya ialah satu tanda penyakit (symptom). Orang yang sembelit juga selalunya berasa sakit perut dan mengalami angin (sendawa dan kentut). Perempuan, budak kecil dan orang tua (melebihi 65 tahun) lebih kerap mengalami sembelit.

Sebab-sebab berlakunya sembelit:
- Kurang serat tetapi lebih makanan berlemak dan gula
- Kurang Minum air
- Selalu menahan diri daripada membuang air besar
- Kurang bersenam atau pergerakan, contohnya selepas kemalangan
- Berkaitan dengan hormone seperti mengandung dan datang haid. Bagi yang mengandung hormone progesterone yang tinggi mereganggkan otot-otot usus menyebabkan sembelit. Di samping itu, janin yang menekan bahagian usus juga menyebabkan sembelit.
- Penyakit seperti lupus, sclerosis, Parkinson dan penyakit endocrine (kencing manis, hypothyroidism)
-Ubat-ubatan seperti ubat narkotik seperti ubat batuk yang mengandungi codeine, diuretic, ubat gastric yang mengandungi aluminium atau kalsium.
- Makanan tambahan seperti zat besi (iron supplement)

Tip mengelak dari sembelit

Sembelit atau sukar untuk membuang najis adalah masalah penghadaman yang terbiasa yang boleh dikategorikan apabila kurang dari 2 kali ke tandas setiap minggu, najis yang keras atau tidak kerapan dan pembuangan yang menyakitkan. Jika anda mengalami masalah sedemikan, ikutilah beberapa cara ini untuk mengelak dari sembelit.
Makan diet yang kaya serat (fibre). Pastikan sekurang-kurangnya 30g serat setiap hari. Makanan yang kaya serat termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan bijiran. Cuba makan makanan yang kaya serat di setiap hidangan secara tetap untuk menggalakkan kesihatan yang baik.

Minum Air. Para doctor mengesyorkan agar anda minum sekurang-kurangnya 8oz gelas air setiap hari. Air boleh membantu melembutkan najis yang membuatkan pembuangan kurang menyakitkan.

Makan pada sukatan yang kecil. Memakan secara banyak hanya 3 kali sehari boleh mendatangkan sembelit. Sebaliknya, makan pada sukatan yang kecil dan tambahlah jumlah makan kepada 5 atau 6 kali sepanjang hari.

Hadkan pengambilan beberapa jenis makanan ataupun ubatan yang boleh membawa kepada sembelit. Ubatan seperti antacids dan makanan seperti pisang, nasi putih, roti yang diperbuat daripada gandum putih dan produk tenusu, boleh membawa kepada sembelit.

Bersenam secara tetap. 30 minit bersenam setiap hari boleh membantu system penghadaman untuk bekerja lebih berkesan dan membantu anda mengelak dari sembelit.


Pergi ke tandas jika perlu. Adakalanya ada di antara kita yang mengangguhkan untuk pergi ke tandas kerana kesuntukan waktu untuk keadaan tidak begitu mengizinkan. Mengangguhkan akan mengakibatkan sembelit.

Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan, Mutiara Rini, Mutiara Mas.

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

No comments:

Post a Comment