Showing posts with label Nutriferon. Show all posts
Showing posts with label Nutriferon. Show all posts

Wednesday, 16 August 2017

A.V.E Denggi...Ambil Peduli

Bismillah...

Demam Denggi

Nyamuk Aedes Membunuh


Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.
Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).
Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

Bagaimanakah untuk mengetahui saya berkemungkinan menghidap demam denggi?
Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti:
  • Demam panas
  • Sakit kepala
  • Sakit tulang belakang
  • Sakit sendi-sendi
  • Loya dan muntah-muntah
  • Sakit biji mata
  • Ruam
Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak mendapatkan rawatan?
Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah yang boleh membawa maut.
Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti:
  • Mudah lebam
  • Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
  • Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut
Apakah rawatan untuk demam denggi?
Masih tiada rawatan khas untuk demam denggi. Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera. Pesakit akan diberikan ubat demam dan dinasihatkan berehat serta digalakkan minum air. Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah.

Apakah perlu saya lakukan untuk mencegah demam denggi?
Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah demam denggi :
  1. Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk
    • Membuang bekas yang boleh menakung air
    • Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan seharusnya ditutup
    • Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang airnya sekurang-kurangnya seminggu sekali
    • Pastikan saliran atap sentiasa mengalir
    • Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik
     2.  Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk

   3.  Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti
  • Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup
  • Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk
  • Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumah
  • Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup
6 tips bagi rawatan alternatif sebagai penawar demam denggi:
  • Minum air suam / air masak dalam kuantiti yang banyak sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
  • Reneh sup ketam sama ada ketam laut atau ketam nipah, kemudian beri kepada pesakit untuk dimakan dan pastikan sup ketam itu dihirup dalam kuantiti yang perlu. Anda boleh rujuk Khasiat Sup Ketam untuk tahu lebih lanjut.
  • Jus daun betik juga dikatakan mujarab sebagai penawar denggi dengan menumbuk daun betik matang sehingga lumat dan dapatkan jusnya. Berikan satu sudu kecil jus daun betik kepada pesakit.
  • Jus buah kiwi juga boleh dicuba dengan mengisar buah kiwi yang segar dan kemudian minum jusnya.
  • Jus kurma juga sama konsepnya dengan buah kiwi tadi. Cuma kisar bersama-sama air suam dan berikanlah pesakit untuk minum waktu pagi dan petang.
  • Makan tembikai dalam kuantiti yang banyak. Sebenarnya konsep ini adalah untuk mendapatkan jus tembikai tersebut bagi menggantikan cecair tubuh dan sifat buah tembikai itu sendiri yang menyejukkan badan.

Penggunaan Suplemen Tambahan Membantu Menyembuhkan Denggi

Cegah Denggi

Anda juga boleh mencuba suplemen tambahan bagi membantu dalam menyembuhkan demam denggi. Performance Drinks Shaklee membantu mengimbangi kandungan elektrolit dalam tubuh bagi mengelakkan dehidrasi. Suhu tubuh yang tinggi disebabkan oleh demam ini menyebabkan berlakunya dehidrasi (kehilangan cecair yang banyak dari dalam tubuh). Dengan pengambilan Performance Drinks ini akan membantu tubuh untuk berhidrasi dengan lebih baik. Terbukti dengan ujian klinikal dan yang paling penting ianya adalah satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat dan kurang gula.

Disamping itu, pengambilan nutriferon juga adalah penting kerana nutriferon adalah ‘immune booster’ yang meningkatkan tahap imunisasi dalam tubuh bagi melawan penyakit. Nutriferon adalah dipatenkan eksklusif satu-satunya di dunia membantu mempertingkat interferon dalam tubuh. Sekiranya anda mempunyai masalah seperti selalu demam, kerap diserang selsema dan antibodi lemah, anda sangat disyorkan untuk mengambil nutriferon untuk menguatkan imunisasi tubuh melawan penyakit.

Bertindaklah sekarang. Selamatkan nyawa orang yang anda sayangi kerana denggi membunuh!

Nota: Kesemua vitmain ini adalah supplemen kesihatan BUKAN UBAT jadi kesannya berbeza ikut tahap kesihatan individu. Krisis pemulihan @ healing crisis mungkin berlaku selama 2 minggu hingga beberapa bulan. Diharap anda bersabar jika mengalami krisis penyembuhan kerana penyakit yang bersarang dalam badan mengambil masa yang lama untuk muncul.
Maka untuk menyembuhkannya juga memerlukan masa untuk badan membuang toksin yang terkumpul sekian lama, menguatkan sistem imum, membaiki sel-sel rosak, menghasilkan sel-sel baru dan melawan penyakit dalam badan anda. KESABARAN & ISTIQAMAH adalah kunci kepada penyembuhan. Mencegah sebelum parah lebih baik dari mengubati ketika kronik.
Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:

Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan, Mutiara Rini, Mutiara Mas.

Sunday, 26 March 2017

A.V.E Nutriferon dan Kimoterapi


Pesakit dalam proses rawatan kimo boleh ambil Nutriferon untuk kuatkan sistem imun badan mereka.

Tahukah anda??

Pesakit kanser yang SEDANG kemo TIDAK BOLEH minum vivix !!!



BERAPA LAMA SELEPAS CHEMO BARU BOLEH AMBIL VIVIX ???

✅Sel renewal 90 days. To be safe tunggu 90 days selepas kimo baru ambil vivix.

✅Vitamin antioxidant sifatnya kontra dengan proses kimo.

✅Orang lepas kimo badan di tahap yang sangat lemah..ambil masa yang sangat panjang untuk ok semula..Bergantung juga jenis cancer yang dialami.

Ada cancer yang agresif selepas kimo..jadi bimbang reaction nya lebih teruk.

✅Orang yang sedang dalam proses kimo boleh ambil ESP, MEAL SHAKES, PERFORMANCE DRINK & NUTRIFERON untuk tenaga dan kuatkan sistem imun pesakit.

✅Orang lepas kimo better ambil ESP untuk bina sel2 baru yang lebih sihat.


🍁PETUA IKHTIAR RAWATAN DENGGI🍁

Ini pengalaman rawatan denggi untuk suami Leader Ida.

"Aritu mata putih dia dah macam kuning. Sebab doctor kata virus denggi ni memang attack liver (hati).

Nak recover liver tu pon ambik mase lama. Saya bagi nutriferon, vivix tiap2 hari.

Minum air banyak2. Aritu saya buat kan husband jus pucuk betik, #supketam, air rebusan red dates.

Selain monitor platelet, tengok juga haematocrit @ HCT % tu (kepekatan darah merah).

Mak saya kata ketam yang selalu jual kat kedai seafood cina tu. Yang sepit dia besar tu. Masak sekali dgn cengkerang dia."

Alhamdulillah.


Simpan 1 kotak Nutriferon di rumah anda sebagai pengganti panadol & ubat tahan sakit.

Jika anda selalu alami migrain, sakit perut, senggugut, selesema, batuk....sila bawa beberapa sachet nutriferon dalam handbag anda.

Nampak anak2 dah start nak batuk ke selesema ke demam ke semput ke...cepat2 bagi nutriferon. InshaAllah terkawal.


CARA NAK MAKAN NUTRIFERON
==========================



Koyakkan hujung sachet nutriferon terus tuangkan atas lidah. Kemam dan telan/minum air kosong.

RASA SEDAP ! 

Seakan rasa gula merah tapi tak manis sangat. Budak2 pun suka rasa nutriferon.


DOS BIASA

● 1 sachet sehari sekali utk dewasa
● 1/2 sachet utk kanak2

Jika sedang tak sihat boleh double dose. Ambil siang dan malam pon boleh. Ambil hari2 sehingga betul2 sihat.

Hari biasa boleh ambil SEMINGGU sekali pon ok. Tujuannya utk boost imun sistem kita. 

Waktu sihat tak perlu ambil tiap hari pon ok.
Waktu sihat kita ambil vitaminC @ chewable vitamin c untuk anak-anak kita.

Sebagai PERISAI lindungi badan kita dari penyakit. 

Ambil vitamin bukan bermaksud kita TAK AKAN SAKIT. Sakit itu dari Allah.

Cuma keadaan sakit tu terkawal sedikit berbanding orang yg tak ambil vitamin langsung. 😉


Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan, Mutiara Rini

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

Friday, 24 March 2017

A.V.E Apa Fungsi Nutriferon?

APA FUNGSI NUTRIFERON?
======================



.
🐞 Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari.

Ia adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. Kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu untuk meransang dan meningkatkan keseluruhan sistem imun badan dengan menghubungi pembunuh semulajadi dalam badan untuk tindakan; T-sel, B-sel dan macrophage.
.
🐞 Melawan kanser dan tumor.

Interferon semulajadi mengandungi polisakarida aktif yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin untuk melawan #tumor dan sel-sel #kanser. Juga, ia boleh mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan #kimoterapi.
.
🐞Melindungi daripada influenza.

Ia mengimbangi imun terhadap alahan alam sekitar dan pencemaran udara, berkesan melindungi kemudaratan oleh pelbagai virus dan mikrob (demam, selsema, alahan, keradangan dan influenza)
.
🐞Meringankan tekanan dan kelesuan.

Membantu mengatasi kelesuan yang disebabkan oleh kebimbangan, #tekanan, #keletihan dan gaya hidup aktif.
.
🐞 Melambatkan penuaan

Formula uniknya meransang pengeluaran macrophage dalam usaha untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman pesat. Oleh itu, sel-sel menjadi lebih sihat.
.
🐞 Mengurangkan infeksi oleh pesakit hepatitis B dan C.

Keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus boleh mengurangkan jangkitan dan mengurangkan sebarang ketidakselesaaa. Misalnya, #kembung, #mual dan #muntah.
.
🐞 Mengurangkan simptom menopaus.

Membantu masalah yang timbul kerana menopaus seperti darah tinggi, #kolesterol tinggi, masalah peredaran darah dll.
.
🐞 Mengurangkan gejala PMS

Terbukti secara klinikal untuk meningkatkan gejala yang disebabkan oleh ketidakseimbangan endokrin sistem iaitu menstrual cramps, sakit belakang, tender breasts, jerawat, keresahan dan masalah tidak dapat tidur dan moodswing.

PERISAI TUBUH ANDA MELAWAN PENYAKIT ‍‌‌‌‌‌‌‌💝‌‌
.
.
Pengganti PANADOL & UBAT TAHAN SAKIT dari sumber semulajadi.‍‌‌‌‌‌‍‌‌‍‌👍‌‌‍‌‌‌‌‌‍‌‌‍‌👍‌‌
.
.
Boleh diambil seawal usia setahun hingga dewasa.
.
.
‍‌‌‌‌‍‍‍‌‍‌🔴‌‌ Siapa yang sesuai ambil Nutriferon ini? ‍‌‌‌‌‍‍‍‌‍‌🔴‌‌
.
‍‌‌‌‌‍‌‍‌‌💮‌‌mereka yang #selesema, #batuk, #demam
‍‌‌‌‌‍‌‍‌‌💮‌‌mereka yang #semput @ #athma
‍‌‌‌‌‍‌‍‌‌💮‌‌mereka yang #migrain
‍‌‌‌‌‍‌‍‌‌💮‌‌mereka yang #senggugut
‍‌‌‌‌‍‌‍‌‌💮‌‌mereka yang bertarung dengan #kanser
‍‌‌‌‌‍‌‍‌‌💮‌‌mereka yang alami #hepatitis
‍‌‌‌‌‍‌‍‌‌💮‌‌mereka yang #eczema
‍‌‌‌‌‍‌‍‌‌💮‌‌mereka yang rendah antibodi
‍‌‌‌‌‍‌‍‌‌💮‌‌orang tua yang sudah uzur
‍‌‌‌‌‍‌‍‌‌💮‌‌mereka yang ada #penyakit kulit
‍‌‌‌‌‍‌‍‌‌💮‌‌mereka yang alami penyakit disebabkan virus dan bakteria
‍‌‌‌‌‍‌‍‌‌💮‌‌mereka yang alami cirit birit
‍‌‌‌‌‍‌‍‌‌💮‌‌baby bwh setahun yg breastfeeding...ibunya digalakkan ambil nutriferon utk bantu kuatkan imun baby

Dan banyakkk lagi......
.
‍‌‌‌‌‌‌‍‌ℹ️‌‌‍‌‌‌‌‌‌‍‌ℹ️‌‌‍‌‌‌‌‌‌‍‌ℹ️‌‌

NUTRIFERON bertindak "MENGEJUTKAN" ASKAR-ASKAR ANTIBODI di dalam tubuh manusia untuk bekerja sekiranya terdapat jangkitan dan serangan VIRUS @ BAKTERIA dari luar.
.
.
‍‌‌‌‌‍‌‌❤️‌‌ Tips !! ‍‌‌‌‌‍‌‌❤️‌‌
.
‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌‍‌↔️‌‌Sentiasa READY kan satu kotak di rumah anda.

‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌‍‌↔️‌‌Sentiasa bawa beberapa sachet dalam handbag anda ke mana-mana saja.


🌻Testimoni HFMD & Chicken Pox🌻

HFMD & Chicken Pox tue, combination NutriFeron + Herbal Blend Cream terbaik! 


Sekejap sahaja blister Chicken Pox mengecut, blister HFMD pula terkawal tak merebak banyak, dan demam pun tiada. Tambahkan #MealShakes jika anak tiada selera makan, untuk bekalkan nutrisi secukupnya.

Sila baca DISCLAIMER


Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan, Mutiara Rini

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

Sunday, 23 November 2014

A.V.E : Hipersekresi Punca Cirit-Birit


Cirit-Birit Bagi Kanak-kanak


Tahukah anda Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan, 1.7 bilion kes cirit-birit atau diarea dikesan berlaku setiap tahun di seluruh dunia, yang juga merupakan punca kedua kematian kanak-kanak di bawah usia lima tahun.

Bagaimana pun Negara-negara Asia Timur dan Pasifik telah mencapai kejayaan besar dalam mengurangkan kematian kanak-kanak dalam tempoh 20 tahun yang lalu.

Jumlah kematian di bawah 5 tahun menurun daripada 2.2 juta pada tahun 1990 kepada hampir 700,000 pada tahun 2010. Pneumonia dan cirit-birit menyumbang kepada hampir satu pertiga daripada kematian tersebut, di mana kebanyakkannya berlaku di kalangan kanak-kanak miskin.

Kenyataan tersebut diakui oleh Pakar Perunding Pediatrik, cirit-birit adalah pembuangan najis berair yang berlaku dengan kerap. Ia mengakibatkan kehilangan cecair yang banyak daripada badan dengan kadar yang cepat lalu menyebabkan pesakit mengalami risiko penghidratan. Ia merupakan risiko paling tinggi bagi bayi dan kanak-kanak yang lebih muda.

Di Malaysia, insiden cirit-birit akut paling tinggi berlaku kepada golongan muda yang berusia 20 hingga 29 tahun. Sementara itu, satu kajian tempatan pada tahun 2006 yang dijalankan terhadap kanak-kanak berusia 5 tahun mendedahkan kira-kira 4.9% daripada kematian yang berlaku adalah disebabkan cirit birit.

Cirit-birit biasanya disebabkan oleh virus atau bacteria yang merebak melalui makanan atau air minuman yang tercemar akibat tahap kebersihan yang rendah. Jangkitan virus akan mengeluarkan toksin yang menyebabkan usus merembeskan air yang berlebihan atau dikenali sebagai hipersekrasi. Jumlah air yang di rembes adalah terlalu banyak sehingga ia tidak boleh diserap semula oleh usus besar. Ini mengakibatkan pembuangan najis yang kerap dan berair.

Biasanya rawatan yang diberikan adalah Terapi Rehidrasi Oral (ORT) yang memerlukan pesakit meminum banyak cecair, mengambil larutan khas rehidrasi oral atau mengambil elektrolit secara intravena. Ini penting dalam menguruskan cirit-birit akut untuk mengcegah penghidratan.

Walau bagaimanapun, ORT tidak menangani symptom cirit-birit akut yang lain seperti kembung dan rasa mual.Selain itu, ubat cirit-birit yang sedia ada yang berfungsi untuk mengurangkan kekerapan seseorang itu ke tandas dikaitkan dengan sampingan seperti sembelit. Tambahan pula, pilihan rawatan untuk cirit-birit akut bagi kanak-kanak adalah terhad kerana kebanyakan diindikasi untuk orang dewasa.

Tips Tangani Cirit-Birit

· Cuci tangan sebelum makan

· Makan makanan semasa panas, yang disediakan dan dimasak dengan betul

· Elakkan daripada makan buah-buahan, sayur-sayuran yang belum dibasuh dan elakkan dari makanan tenusu atau daging merah. Basuh sayuran dengan bersih atau makan buah-buahan yang telah dikupas.

· Elakkan makan makanan yang anda alah dan ubatan yang menyebabkan cirit-birit.

· Minum air daripada bekalan air bersih, dibotolkan atau air yang telah dimasak. Elakkan minum kafein kerana cirit-birit boleh bertambah teruk.

· Pastikan anak anda berada di rumah semasa mengalami jangkitan cirit-birit.

[sumber majalah isihat]



Antara suplemen yang disyorkan untuk mengurangkan cirit-birit atau diarea

Nutriferon – Tingkatkan system imun dalam badan


nutriferon
Nutriferon


Performance Drink – mengelakkan badan daripada dehidrasi


performance drink
Performance Drink

Suplemen untuk Kanak-kanak

set kanak-kanak


Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, 7Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan

*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

Sunday, 2 November 2014

A.V.E : Kenapa Imunisasi Amat Penting?

Anda ingin melakukan sesuatu yang terbaik untuk anak anda. Anda tahu tentang kepentingan kerusi bayi, kunci pintu kanak-kanak (child lock) dan pelbagai cara lain untuk memastikan anak-anak selamat semasa berada di dalam kenderaan.

Tetapi, adakah anda tahu bahawa salah satu cara terbaik untuk melindungi anak-anak anda adalah dengan memastikan mereka mendapat perlindungan daripada kesan jangkitan kuman? Imunisasi melalui pemberian vaksin boleh menyelamatkan nyawa anak anda daripada pelbagai penyakit berjangkit berbahaya seperti demam campak, poliomyelitis dan sebainya.

imunisasi badan
Imunisasi Badan


Kejayaan imunisasi dengan jelas dapat dilihat dalam pembasmian penyakit cacar (smallpox). Penyakit cacar yang disebabkan oleh virus smallpox akan meninggalkan kesan-kesan gelembung yang kekal pada kulit malah boleh mengakibatkan kematian sehingga 35% di kalangan penghidapnya.

Pada abad ke-18, dunia di landa wabak cacar. Seorang doctor di England telah mendapati pembantu-pembantu rumah beliau telah memerah susu lembu hanya mendapat gejala cacar yang ringan. Dr. Edward Jenner percaya pembantu-pembantu rumahnya terlindung daripada penyakit cacar yang teruk kerana mereka telah terdedah kepada cowpox daripada lembu.

Pendedahan terhadap kuman cowpox telah memberi perlindungan terhadap penyakit cacar. Bagi membuktikan kenyataannya, beliau telah mengambil sedikit cecair daripada gelembung cacar pembantu rumahnya lalu disuntik kepada seorang anak tukang kebun beliau. Hasilnya, anak tukang tersebut terselamat daripada komplikasi penyakit cacar.

Pepatah mengatakan ‘mencegah adalah lebih baik daripada merawat’. Maka imunisasi merupakan langkah pencegahan yang paling utama dan berkesan dalam mencegah kejadian penyakit berjangkit. Kementerian Kesihatan Malaysia melaksanakan pelbagai aktiviti imunisasi secara percuma melalui Program Imunisasi Kebangsaan kepada bayi, kanak-kanak dan mereka yang masih berada di bangku sekolah.

Di antara vaksin-vaksin yang ditawarkan adalah bagi memberi perlindungan terhadap penyakit tibi, hepatitis B, difteria, pertussis, (batuk kokol), kancing gigi, demam campak, beguk, rubella juga terhadap kuman influenza jenis B (HiB) dan human papiloma virus (HPV) yang merupakan punca kepada barah pangkal rahim.

[Sumber majalh isihat]

Antara vitamin yang disyorkan untuk meningkatkan imunisasi badan

nutriferon
Nutriferon

vitamin imun badan



Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, 7Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan

*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

Tuesday, 5 August 2014

A.V.E : Pulihkan Batuk dan Sakit Tekak Secara Semulajadi

Batuk dan sakit tekak merupakan satu fenomena yang pasti pernah berlaku kepada setiap manusia. Kebiasaannya ia bukanlah suatu penyakit yang serius dan akan sembuh selepas beberapa hari.
Apabila batuk, tekak anda berasa gatal dan sakit. Kahak berwarna kuning atau hijau pula terhasil. Mengapa kahak berwarna hijau? Enzim yang dihasilkan oleh badan untuk memusnahkan bakteria sebenarnya berwarna hijau.

Batuk terjadi akibat jangkitan kuman pada bahagian tekak. Ia menyebabkan tekak mengalami keradangan (bengkak) dan mengeluarkan kahak bagi memerangkap bakteria tersebut.
Batuk akan menolak kahak yang berbakteria itu keluar daripada tekak untuk dibuang. Sekiranya kahak tersebut ditelan, ia akan masuk ke saluran esofagus untuk di bawa ke perut kemudian bakteria itu akan dimusnahkan oleh asid hidroklorik di dalam perut.

Tekak yang membengkak akibat respon daripada jangkitan kuman itu akan menyebabkan struktur kotak suara terjejas dan akan menyebabkan suara menjadi garau dan kadangkala sukar mengeluarkan suara. Tekak akan menjadi sakit dan sukar menelan.
Sebenarnya, batuk dan sakit tekak boleh sembuh dengan sendirinya tanpa memakan sebarang ubatan kerana sistem pertahanan badan kita boleh melawan dan memusnahkan bakteria tersebut. Beberapa langkah harus diambil jika anda tidak mahu bergantung kepada ubat daripada klinik.

batuk dan sakit tekak


Berikut adalah antara tips untuk mempercepatkan proses penyembuhan oleh sistem imun badan kita;-

Rehat secukupnya
Tidur dapat membantu badan anda melawan jangkitan bakteria dengan lebih berkesan.

Minum banyak air
Air bertindak sebagai pelincir untuk mengurangkan rasa sakit pada tekak akibat bengkak. Tekak yang kering akibat kekurangan air akan menyebabkan tekak rasa gatal dan bertambah bengkak.

batuk dan sakit tekak


Jauhi Asap
Elakkan diri anda dari menghidu asap rokok, kilang, kereta atau apa sahaja bahan pencemaran yang boleh membuatkan jangkitan pada tekak anda bertambah teruk.

Jangan banyak bercakap
Sekiranya suara anda terjejas akibat sakit tekak, kurangkan bercakap. Bercakap akan menyebabkan tekak anda cepat kering dan bertambah sakit.  Kurang bercakap juga boleh mengembalikan suara anda seperti sedia kala dengan lebih cepat.

Makanan Untuk Batuk dan Sakit Tekak
◆Makan makanan yang mudah ditelan semasa sakit tekak seperti bubur ayam, buah yang lembut (cth: pisang, betik), sayur lembut (sayur yang sudah dimasak), yoghurt dsb.

◆Elakkan memakan makanan yang keras dan rangup seperti keropok, buah epal (atau buah lain yang keras) atau kuih yang keras kerana tekak anda akan mudah terasa gatal dan menyebabkan anda batuk, seterusnya meningkatkan keradangan pada tekak.  Makanan bergoreng juga tidak disarankan kerana ia juga keras. Masak sup atau rebus adalah lebih baik.

◆Makanan yang pedas, terlalu berempah/tinggi MSG, terlalu manis atau masam seperti jus buah oren, jeruk asam juga boleh melambatkan proses penyembuhan.

◆Elak memakan makanan yang terlalu sejuk atau terlalu panas kerana ia akan mengganggu tekak anda. Pastikan makanan anda sejuk sedikit sebelum memakannya.

◆Aiskrim atau air sejuk pula sebenarnya boleh melegakan tekak asalkan tidak terlalu sejuk beku atau tidak terlalu manis. Sup ayam atau minuman yang suam juga boleh melegakan dan mengurangkan keradangan pada tekak

Rawatan semulajadi

◆Air garam
Garam bertindak sebagai antiseptik dan membersihkan kahak. Campur ¼ sudu the garam dengan 237 ml air suam untuk orang dewasa kemudian kumur-kumur dan buang. Berkumur beberapa kali setiap hari dacpat mengurangkan sakit tekak.

◆Madu
Menurut kajian, madu boleh melegakan sakit tekak dan membunuh kuman. Ia juga boleh mengurangkan radang/bengkak di dalam tekak. Campurkan 2 atau 3 sudu teh madu ke dalam air suam atau teh herba.

Rawatan di atas adalah sesuai untuk orang dewasa. Anda perlu dapatkan nasihat doktor sebelum memberikannya kepada bayi dan kanak-kanak.
Bila anda patut berjumpa dengan doktor?

Anda harus berjumpa dengan doktor sekiranya batuk dan sakit tekak berpanjangan selama 3 ke 4 minggu kerana dikhuatiri anda menghidapi batuk TB (tuberculosis) atau kanser tekak.

Semoga cepat sembuh!

Antara supplement yg disyorkan untuk batuk dan sakit tekak. SILA KLIK


Sumber:
Mayo Clinic: Sore Throat
LiveStrong.com: Food To Avoid Sore Throat
MedlinePlus: Hoarseness
New York Times: Remedies – Honey For Coughing (Dec 16 2010)

Anda juga boleh membuat pembelian secara ONLINE!! Dengan beberapa langkah yang mudah, barang anda terus boleh sampai depan rumah. 

Jangan lupa selepas membuat pembelian secara ONLINE, anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara ekslusif dari saya.

Happy Shopping!!


 Order Now

Sila baca DISCLAIMER

Jika anda berminat untuk mendapatkan vitamin ini, saya ingin membantu anda sihat kembali. Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:





Nurul Fazreen bt Othman 
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*