Showing posts with label Vitalea. Show all posts
Showing posts with label Vitalea. Show all posts

Saturday, 29 July 2017

A.V.E Mengatasi Tekanan Darah Rendah Ketika Hamil

Bismillah....
tekanan darah rendah ketika hamil

Tekanan darah rendah dapat terjadi selama kehamilan. Bacaannya turun sehingga 5-10 mm Hg sedangkan bacaan yang baik adalah lingkungan 10-15 mm Hg. Bacaan tekanan darah bergantung kepada kesihatan umum secara keseluruhan semasa hamil ataupun kesihatan setiap individu pada masa lalu.

Penyebab tekanan darah rendah saat hamil

Jika Anda sedang hamil, akan ada peningkatan aliran darah dalam tubuh Anda untuk menjaga kemasukan oksigen dan makanan nutrisi ke janin. Hal ini menyebabkan tekanan darah tubuh Anda menurun. Dapat dikatakan, ini adalah penyebab utama tekanan darah rendah atau hipotensi pada sebagian besar wanita hamil. Namun, ada juga penyebab lain, termasuk memiliki anak kembar, hipotensi, atau penyakit lain seperti dehidrasi, penyakit jantung tertentu, dan anemia. Selain itu, faktor-faktor seperti vitamin B12 atau kekurangan asid folat menyebabkan tekanan darah rendah, seperti jika berbaring di tempat tidur untuk jangka waktu yang lama. Pemakaian epidural juga sering menyebabkan penurunan tekanan darah.

Gejala tekanan darah rendah saat hamil

Pada sebahagian besar ibu hamil, tekanan diastolik mungkin turun hingga 15mm Hg, sedangkan tekanan sistolik mungkin turun sekitar 5-10mm Hg. Tekanan-tekanan sistolik dan diastolik yang turun semasa kehamilan dan semuanya kembali normal setelah itu. Gejala-gejala tekanan darah rendah ini  tidak berbeza dari tekanan darah rendah bersamaan dengan hamil atau tidak hamil, dan ini termasuk:
  • pusing dan kepala ringan terutama jika Anda berdiri tiba-tiba dari posisi duduk
  • penglihatan kabur
  • mual/loya
  • kesulitan konsentrasi
  • haus yang berlebihan
  • pucat, berkeringat, dan kulit dingin
  • kelelahan dan keletihan
  • denyut jantung tinggi

Bagaimana mengatasi tekanan darah rendah saat hamil

Ibu hamil akan mengalami pusing karena tekanan darah rendah. Namun, Anda dapat mencuba langkah-langkah sederhana untuk meminimalkan gejala serta mengawal keselamatan seperti:-
  • Cubalah berbaring ke arah sisi kiri Anda karena akan meningkatkan aliran darah ke jantung.
  • Hindari beberapa gerakan tiba-tiba terutama ketika berdiri dari posisi duduk.
  • Hindari berdiri untuk jangka waktu yang lama.
  • Menggunakan support stockings, atau stoking kompresi.
  • Hindari minuman berkafein atau minuman beralkohol.
  • mengamalkan makanan kecil beberapa kali seharian, bukan tiga kali makan besar.
  • Bersenam secara teratur karena mempertajam refleks dan membantu menjaga tekanan darah dalam kisaran normal. Konsultasikan dengan doktor mengenai senaman yang bersesuai ketika hamil.
  • Minum banyak air. Seorang wanita hamil harus minum lebih banyak air dari jumlah yang disarankan untuk orang normal, biasanya minum antara tiga liter dan 1 galon air sehari.

Bila harus menghubungi doktor

Jika keadaan tidak dapat dikendalikan,  dapatkan bantuan profesional dari penyelia rawatan kesihatan Anda. Pusing mungkin berhubungan dengan gejala yang harus terus dipantau. Disarankan bahawa setiap wanita hamil yang pitam/pengsan untuk ketus mendapatkan rawatan segera di hospital yang berhampiran, atau mulai mengalami gejala yang lebih serius iaitu sakit kepala, kabur, keletihan, lemah anggota badan atau rasa pada salah satu sisi tubuh dan sesak nafas.
[credit to hellosehat.com]

set kehamilan - trimester pertama

Set Kehamilan - Trimester Kedua

Set Kehamilan Shaklee




Sila baca DISCLAIMER


Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan, Mutiara Rini, Mutiara Mas.

Sunday, 16 July 2017

A.V.E Mengidam Semasa Hamil

Bismillah...
Pengenalan
“Mengidam” adalah satu pengalaman yang biasa dialami oleh kebanyakan wanita hamil atau mengandung. Mengidam boleh diterjemahkan sebagai keinginan yang tinggi terhadap sesuatu jenis makanan yang dirasai ketika mengandung. Ada yang mengejutkan, bukan hanya makanan yang diidamkan tetapi juga bahan bukan makanan seperti kapur dan kepingan cat atau tanah. Mengidam makanan yang manis dan masin serta berempah atau yang tinggi kandungan lemak, merupakan subjek yang paling popular. Mengidam dialami mengikut waktu atau dalam tempoh kehamilan yang berbeza di antara seseorang wanita. Terdapat juga keadaan di mana seseorang wanita mengandung memilih untuk makan sesuatu yang sememangnya tidak akan dimakan pada hari-hari biasa jika tidak mengandung. Begitu pun, mengidam semasa mengandung tidak berlaku kepada semua wanita hamil.

Penyebab Berlakunya Mengidam Semasa Hamil
Sebenarnya, penyebab berlakunya mengidam atau penolakan sesuatu jenis makanan semasa mengandung masih tidak diketahui. Terdapat pelbagai faktor yang dikaitkan sebagai punca berlakunya mengidam. Menurut Siobhan Dolan, ada yang berpendapat mengidam atau penolakan semasa kehamilan sebenarnya merupakan satu faktor perlindungan, walaupun tiada data saintifik yang mencukupi untuk menyokong teori ini.
Perkara seperti peningkatan keperluan kalori serta zat makanan (nutrien) semasa kehamilan dan keperluan untuk pertumbuhan atau pembentukan janin merupakan alasan mengapa keadaan ini berlaku. Walau bagaimanapun, ada sesetengah saintis atau penyelidik menyatakan perubahan hormon semasa mengandung turut memberi kesan kepada deria bau. Ini secara tidak langsung memberi kesan dalam pemilihan dan pengambilan makanan.
Mengidam sesuatu jenis makanan semasa mengandung turut dikaitkan sebagai petanda berlakunya kekurangan zat makanan atau nutrien. Sebagai contoh, seseorang wanita hamil yang mengidam susu atau produk tenusu seperti keju menunjukkan kekurangan kalsium. Manakala mengidam makanan manis seperti coklat menandakan peningkatan keperluan kalori atau kekurangan vitamin B.

Adakah Mengidam Membahayakan?
Mengidam sesuatu makanan dan memakan makanan tersebut secara berlebihan dan tiada kepelbagaian (monotonous diet – makan satu makanan sahaja) adalah tidak baik dan boleh menjejaskan kesihatan wanita mengandung serta kandungannya. Walau bagaimanapun, mengidam bukanlah suatu kesalahan dan tidak membahayakan jika dapat mengawalnya. Walau sekuat mana anda mengidam sesuatu makanan, pastikan anda berfikiran waras. Fikirkan kesihatan anda dan bayi dalam kandungan.
Senarai di bawah merupakan makanan yang perlu diambil perhatian dan elakkan memakannya semasa anda hamil:
  • Makanan laut termasuk ikan, telur dan produk hasil daging/ayam yang mentah atau tidak dimasak secara sempurna
  • Susu dan produk tenusu seperti keju yang tidak dipasteur (unpasteurised milk)
  • Alkohol
  • Sayuran berakar yang tidak dibasuh bersih

Apakah Yang Perlu Dilakukan Jika Mengidam Semasa Hamil?
Sekali lagi dinyatakan, adalah tidak salah untuk anda mengidam semasa mengandung dan pada masa yang sama, masih dapat membekalkan segala nutrien yang diperlukan oleh anda dan bayi dalam kandungan. Walau bagaimanapun, pastikan anda tidak mengambil makanan tersebut secara berlebihan. Sebagai contoh, sekiranya anda mengidam untuk makan coklat, pastikan anda hanya makan 1 kepingan atau potongan kecil sahaja dan bukannya keseluruhan kepingan coklat. Pengambilan makanan yang tinggi kalori terutamanya yang tinggi kandungan gula dan lemak atau minyak boleh menyebabkan peningkatan berat badan yang berlebihan secara mendadak. Pertambahan berat badan yang berlebihan akan meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit diabetes semasa mengandung dan masalah tekanan darah tinggi.
Berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda lakukan sekiranya anda mengidam sesuatu jenis makanan:
  • Makan makanan yang seimbang dan pilih makanan yang kurang lemak serta tinggi serat seperti produk bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran serta kekacang. Sekiranya anda makan secara sihat setiap hari, sesekali anda mengidam makanan yang kurang berkhasiat dan diambil dalam jumlah yang sedikit tidak menjejaskan keperluan zat yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan.
  • Makan secara kerap dan boleh makan enam kali dalam sehari dalam jumlah yang sedikit tetapi mengenyangkan. Ini bagi membantu mengelakkan penurunan paras gula dalam darah sehingga sukar untuk  mengawal keinginan untuk makan.
  • Alihkan perhatian dengan keluar berjalan, bersembang, membaca atau menjauhi dapur anda atau kedai.
  • Beri tumpuan kepada makanan yang rendah kandungan kalorinya. Sekiranya ingin makan ais krim, pilih ais krim yang diperbuat daripada yogurt rendah lemak yang disejuk beku atau sorbet.
  • Sekiranya mengidam untuk makan kerepek kentang (bergoreng), pilih yang dibakar atau dipanggang dan kurang garam.
Walau apa pun makanan yang anda inginkan atau mengidam, yang penting ia diambil secara sederhana.
[credit to myhealth.gov.my]
Antara vitamin/supplemen yang disyorkan untuk wanita hamil bagi membantu tumbesaran bayi dalam kandungan secara tidak langsung membantu memberi nutrien yang lengkap untuk ibu-ibu hamil [SILA KLIK]
set kehamilan shaklee

Set kehamilan shaklee - Trimester Pertama

Set Kehamilan Shaklee _ Trimester Kedua & Ketiga

Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan, Mutiara Rini, Mutiara Mas.


Wednesday, 31 May 2017

A.V.E Adakah Makanan Kesihatan Atau Pemakanan Tambahan Memberi Manfaat?

Adakah Makanan Kesihatan atau Pemakanan Tambahan Memberi Manfaat?


Kalau kita ke supermarket atau farmasi, kita akan lihat banyak vitamin dan makanan kesihatan atau pemakanan tambahan yang dipamerkan. Maklumat-maklumat pemakanan yang tercatat di kotak produk tersebut sudah cukup untuk membuat kita pening kepala. Apakah vitamin atau mineral yang tercatat pada kotak-kotak tersebut dapat memberi manfaat kepada kita?

Beberapa kajian menunjukkan vitamin dan mineral tertentu dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 30 hingga 40 peratus malah dapat memperlahankan perkembangan penyakit tersebut. Vitamin juga membantu memperkuatkan sistem imun dan mereka yang mengambil vitamin dan mineral dipercayai mempunyai sistem imun yang lebih kuat. Sekiranya sistem imun kita lemah, kita akan terdedah kepada serangan berbagai-bagai penyakit dari dalam dan luar badan kita.

Jadi, pengambilan makanan kesihatan memberi manfaat kepada kita. Janganlah pula anda tidak menjaga makanan anda dan mengharapkan pemakanan tambahan melakukan keajaiban. Makanan kesihatan dapat membantu mencegah penyakit walaupun anda mungkin memerlukan 6 bulan untuk melihat keberkesanannya. Janganlah itu pula dijadikan alasan untuk tidak mengambilnya. Semakin awal anda bermula, semakin awal keberkesanannya.

Satu lagi cabaran ialah membantu sistem tubuh yang mula menurun. Apabila usia makin meningkat, kecekapan sistem tubuh kita tidak lagi seperti dulu. Sebagai contoh, perut kita tidak mempunyai cukup asid untuk membantu menyerap nutrien dari makanan. Ini bermakna sebanyak 40% dari nutrien dalam makanan tidak dapat diserap membuat kita kekurangan vitamin D, B6, B12, riboflavin, folat dan kalsium. Kebolehan sistem tubuh menyimpan nutrien juga menurun disebabkan oleh peratus lemak tubuh yang meningkat bersama umur.

Walaupun metabolisma membuatkan kita hidup dan sihat, ia juga menghasilkan sisa yang boleh membahayakan tubuh kita. Radikal bebas dan bahan lain yang terhasil dari proses metobolisma boleh merosakkan sel DNA dan membawa kepada banyak kesan umur tua. Kita memerlukan antioksida untuk melindungi diri dari serangan radikal bebas. Namun begitu, semakin meningkat usia, semakin susah untuk kita memperolehinya dari makanan harian. Jesteru kita perlu mengambil vitamin dan mineral tentu untuk memperolehi kesihatan optimum.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan jumlah vitamin dan mineral yang diambil tidak melebihi had yang ditetapkan. Anda dinasihatkan untuk bertanya kepada doktor mengenai makanan kesihatan yang ingin diambil. Ini disebabkan terdapat beberapa makanan kesihatan yang tidak sesuai diambil bersama ubat-ubatan.

Disenaraikan beberapa tips untuk anda:
  • Elakkan multi-vitamin dengan formula "time release". Ketika sampai masa untuk hancur, ia mungkin terlalu jauh di dalam perut di mana penyerapan adalah lemah.
  • Simpan vitamin jauh dari tempat panas dan lembab.
  • Ambil vitamin bersama makanan kerana beberapa nutrien memerlukan lemak untuk berfungi. Jesteru mengambilnya bersama makanan rendah lemak adalah terbaik.
  • Semak tarikh "baik sebelum". Anda mungkin berjimat dengan membeli dalam kuantiti yang banyak, tetapi sebenarnya akan merugikan jika tidak dihabiskan sebelum tamat tempoh.
  • Jika anda merokok, walaupun tak kuat, ambil lebih vitamin dan mineral terutamanya vitamin C.
Cadangan supplemen untuk melengkapkan nutrisi harian anda dan memperolehi kesihatan optimum. In Shaa Allah...

Daily Essential Set/Set Keperluan Harian



Sustained Release Vita-C PlusTM
Vitamin C semula jadi untuk kesihatan gigi, gusi, tulang, kolagen dan hampir kesemua elemen yang membentuk tubuh badan kita.

OmegaGuard
Membekalkan spektrum luas tujuh asid lemak penting omega-3 bergred farmaseutikal dan dilengkapi dengan proses penyulingan proprietari molekul tiga peringkat

Vita-Lea® Iron Formula
Memberikan 28 vitamin penting dan mineral utama untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan optimum.

B-Complex
Vitamin B memainkan peranan penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukar makanan kepada tenaga untuk sel-sel anda.

ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder
Makanan lazat yang kaya dengan kalsium and protein. Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
Nota: Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari.

credit : http://www.kesihatan.biz/artikel/makanan_kesihatan.php
Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan, Mutiara Rini, Mutiara Mas.

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*


Tuesday, 25 April 2017

A.V.E Tahukah Anda?


Mengikut kajian sains bahagian tubuh kita, untuk sihat mesti bergantung kepada apa yang kita beri 
kepada sel-sel kita.

Tahukah anda bahawa sel-sel kita ni siapa dan apa yang dia perlukan sebenarnya 

Tau tak sel-sel kita tak kenal tau nasi lemak sotong, pizza, sayuran, buahan dan sebagainya.

Mereka hanya kenal nutrisi yang telah diurai / dileraikan dari apa yang kita makan.

Cukup ke vitamin A, B, C, D,E……Z (zink), protin, mineral, fitonutrien dan sebagainya dalam sajian 
makanan kita?

Mengikut kajian sains, sel-sel manusia dewasa, adalah terdiri antara 75 triliun hingga 100 triliun sel.
Banyakkan? Antaranya sel darah merah, sel mata, sel kulit, sel bakteria pencernaan dan sebagainya
Sel-sel ini lah yang membentuk tisu, dari tisu membentuk organ dan gabungan organ-organ akan 
membentuk sistem-sistem antaranya sistem saraf, kulit, otak dan lain-lain yang membentuk tubuh kita.

Jadinya bila awak nak mendapatkan tubuh yang sihat, pastikan sel-sel mendapat bekalan secukupnya 
setiap hari.
Cuba fahami keperluan sel-sel supaya dia juga akan sayangkan kita dan akan bekerjasama dengan 
tubuh kita. Tak kenal maka tak cinta bukan?

Jadi dalam shaklee kalau ada yang nak set paling simple pun, sebab tak boleh telan pil macam-macam 
kan atleast melabur la untuk sel dan kesihatan.

Ini antara cadangan:

Set Asas Shaklee Terbaik
Vitamin-vitamin ini yang paling kritikal dan sukar untuk diperolehi kerana badan kita tak boleh buat 
sendiri dan sangat mudah rosak oleh haba, serangan radikal bebas, pencemaran, emosi dan 
sebagainya

Set Asas Shaklee

1. ESP – protin lengkap (membina dan membaik pulih sel-sel memastikan sel ditahap terbaik dan
 berintegriti)



2. Multivitamin atau lebih dikenali sebagai Vitalea @ Mealshakes yang lengkap mengikut garis panduan 
FDA (makanan lengkap sel-sel dari hujung rambut hingga hujung kaki)





3. Vivix @ super antioksidan – kerana mengikut kajian lebih kurang 50 penyakit disebabkan serangan
 radikal bebas.

Untuk keperluan karbohidrat tiada suplimen diperlukan, kerana hidangan kita memang kaya dengan 
karbohidrat contoh nasi, mee, roti dan sebagainya 😊

Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan, Mutiara Rini, Mutiara Mas.

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*