Populasi warga emas lebih terdedah kepada banyak risiko kesihatan disebabkan oleh kekurangan nutrien dalam pemakanan mereka. Perubahan fisiologi, psikologi dan ekonomi semasa peringkat ini boleh menyumbang kepada pemakanan yang kurang sihat. Ini boleh menjurus kepada keadaan seperti malnutrisi, kurang zat makanan dan berlebihan zat makanan.
Malnutrisi ditakrifkan sebagai suatu keadaan yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau nutrien yang tidak mencukupi.
Kurang zat makanan pula merujuk kepada keadaan di mana penyerapan nutrien adalah rendah atau kehilangan nutrien yang berlebihan.
Berlebihan zat makanan adalah disebabkan oleh akibat berlebihan makan atau pengambilan nutrien yang berlebihan.
Apa itu kurang berat badan?
Seorang warga emas dianggap kurang berat badan apabila mempunyai IJT kurang daripada 22 kg/m2. Kekurangan berat badan d kalangan warga emas mungkin disebabkan oleh beberapa faktor iaitu:
- Kurang bekalan makanan dan cara penyediaan makanan yang tidak sesuai
- Jangkitan/ penyakit
- Kebersihan dan sanitasi yang kurang baik
- Ekonomi
- Kurang pendapatan
- Tidak dapat membeli barang keperluan
- Fisiologi
- Tiada gigi – kurang keupayaan mengunyah
- Kurang selera makan
- Masalah mental
- Dementia
- Kecelaruan minda dan kemurungan
Masalah biasa yang dihadapi oleh warga emas
Ramai warga emas mengalami kesukaran untuk mendapat pemakanan yang sihat. Pemakanan warga emas boleh dipengaruhi oleh keadaan seperti kesihatan oral yang kurang baik, gangguan perut (upset stomach), hilang selera makan, kesihatan fizikal yang lemah, masalah sosioekonomi dan juga pelbagai masalah yang lain.
Berikut adalah beberapa cadangan untuk memperbaiki cara penyediaan makanan :
Makanan
|
Cubalah :
|
---|---|
Buah-buahan segar | Pilih buah yang lembut seperti betik dan pisang. Jus buah dan buah dalam tin yang lembut merupakan alternatif yang baik. |
Sayur-sayuran mentah | Cincang halus sayuran dan lecekkan sayur yang telah dimasak. |
Daging | Pilih gantian yang lebih lembut seperti ikan dan ayam. Cincang atau kisar daging sehingga halus supaya mudah dimasak. |
Nasi | Lebihkan air semasa memasak nasi supaya lebih lembut. Lenyek sekiranya perlu. Bubur nasi atau oat merupakan alternatif yang baik. |
Senarai masalah
- Mengunyah
Apa yang anda boleh lakukan?
- Dapatkan rawatan pergigian
- Ubah makanan kepada tekstur yang lembut atau puri.
- Cuba makanan bijirin bayi yang ada di pasaran.
- Kisar atau cincang ikan, daging, ayam atau sayur-sayuran.
- Masak sayur lebih lama tetapi menggunakan air yang sedikit untuk mengelakkan kehilangan vitamin dan mineral secara berlebihan.
- Gangguan perut (upset stomach)
Perut kembung atau masalah sakit perut yang lain akan membuatkan anda menghindar daripadamakanan yang dianggap penyebab masalah tersebut. Ini menyebabkan anda mungkin akan kekurangan nutrien-nutrien penting seperti vitamin, kalsium, serat dan protein. Apa yang anda boleh lakukan?
- Cuba lebihkan pengambilan makanan daripada kumpulan susu, buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Elakkan makanan yang berempah
- Tidak berupaya pergi membeli makanan
Anda mungkin mengalami masalah untuk pergi membeli makanan kerana kurang upaya untuk memandu, mengalami masalah untuk berjalan atau berdiri lama. Apa yang anda boleh lakukan?
- Minta kedai runcit yang berhampiran tempat kediaman untuk menghantar barang-barang runcit ke rumah anda.
- Minta bantuan ahli keluarga atau jiran membelikan barangan makanan untuk anda.
- Tidak berupaya memasak
Anda mungkin mengalami masalah untuk memasak. Mungkin anda susah untuk memegang peralatan memasak, periuk, kuali atau anda juga mengalami masalah untuk berdiri lama.Apa yang anda boleh dilakukan?
- Guna ketuhar gelombang mikro untuk memasak hidangan ringkas seperti makanan dingin beku atau makanan dibeli siap dimasak dari kedai.
- Libatkan diri dengan program warga emas yang berhampiran dengan kediaman anda (sekiranya ada).
- Berpindah ke rumah keluarga atau rumah kebajikan di mana makanan disediakan oleh penjaga atau ahli keluarga.
- Kurang selera makan
Kemungkinan disebabkan oleh :
- Rasa kesunyian pada waktu makan.
- Kesan ubat yang diambil.
Apa yang anda boleh lakukan?
- Makan bersama keluarga dan rakan-rakan.
- Libatkan diri dalam aktiviti komuniti yang menyediakan makanan dan memberi peluang untuk anda berjumpa dengan rakan baru.
- Berkongsi makan bersama rakan-rakan dan ahli keluarga.
- Tonton TV atau dengar radio semasa makan agar dapat menghilangkan kesunyian terutamanya apabila tinggal berseorangan.
- Keluar makan bersama rakan-rakan dan ahli keluarga.
- Tanya doktor anda jika ubat yang diambil menyebabkan masalah kurang selera makan atau deria rasa.Jika begitu, tanya doktor sama ada ubat boleh ditukar.
- Tingkatkan perisa makanan dengan menambahkan herba dan rempah ratus ke dalam makanan.
- Masalah kewangan
Berpendapatan rendah boleh menjejaskan pengambilan makanan yang baik. Apa yang anda boleh lakukan?
- Beli makanan berkhasiat yang murah seperti telur, tempe, bijian kering dan ayam.
- Pilih buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan serta makanan yang bermusim berbanding makanan yang diimport dari luar negara.
- Beli makanan semasa tawaran murah atau makanan dari jenama kedai tersebut.Biasanya produk tersebut dijual pada harga yang lebih rendah.
Kenal pasti masalah sebenar yang menyebabkan penurunan berat badan. Pastikan anda mengamalkan makan secara sihat sepanjang masa. Rujuk kepada Piramid Makanan Malaysia.Cuba untuk tingkatkan bilangan hidangan daripada setiap kumpulan makanan.
Petua Untuk Meningkatkan Berat Badan
- Tingkatkan pengambilan snek atau makanan tinggi kalori seperti:
- Ais krim bersama sirap, coklat, kacang atau buah dalam tin.
- Milk shake
- Kuih-muih tempatan atau bubur (contohnya bubur cha-cha)
- Pisang goreng, keledek dan keladi
- Sagu, bubur atau oat bersama susu atau gula.
- Bubur nasi bersama ikan, daging, telur atau ikan bilis ditumbuk dengan tambahan minyak masak.
- Kastard bersusu
- Nasi atau mi goreng
- Kentang lecek bersusu dan mentega/ marjerin
Antara vitamin yang disyorkan untuk membantu menambah selera makan/ tambah berat badan
Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
• Sarapan segera yang berkhasiat
• Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
• Hidangan segera untuk para atlet
• Kudapan menarik pada bila-bila masa
• Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium
Meal Shakes Shaklee |
Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.
Daily Essential Set/Set Keperluan Harian
Daily Essential Set |
Daily Essential Set |
Sustained Release Vita-C PlusTM
Vitamin C semula jadi untuk kesihatan gigi, gusi, tulang, kolagen dan hampir kesemua elemen yang membentuk tubuh badan kita.
OmegaGuard
Membekalkan spektrum luas tujuh asid lemak penting omega-3 bergred farmaseutikal dan dilengkapi dengan proses penyulingan proprietari molekul tiga peringkat
Vita-Lea® Iron Formula
Memberikan 28 vitamin penting dan mineral utama untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan optimum.
B-Complex
Vitamin B memainkan peranan penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukar makanan kepada tenaga untuk sel-sel anda.
ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder
Makanan lazat yang kaya dengan kalsium and protein. Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
Nota: Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari.
[credit to myhealth.gov.my]
Sila baca DISCLAIMER
Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan, Mutiara Rini, Mutiara Mas.
*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*
No comments:
Post a Comment