Bismillah...
Ruam merupakan masalah biasa di kalangan kanak-kanak. Ruam boleh terjadi dalam pelbagai situasi. Sebahagian daripada ruam boleh menjadi serius, tetapi kebanyakannya adalah tidak merbahaya. Ada sebahagian daripadanya adalah serius dan memerlukan rawatan perubatan. Sebahagian ruam terjadi dan sembuh dengan cepat, manakala sebahagian daripadanya mengambil masa yang lama. Ada juga ruam yang terjadi sembuh dengan cepat dan ada juga yang ambil masa beberapa hari untuk sembuh.
Apakah jenis ruam yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak?
Terdapat berbagai jenis ruam termasuklah:
- Ruam panas.
- Ekzema (inflamasi kulit secara superficial).
- Kaligata (Urticaria).
- Ruam alahan.
- Kontak dermatitis.
- Jangkitan kulat seperti panau dan kurap.
- Jangkitan seperti demam disebabkan virus, campak, rubella, virus yang tidak khusus dan demam denggi.
- Ruam lampin.
- Sengatan dan gigitan.
Apakah tanda dan gejala?
Ruam ini biasanya berwarna merah, kering, bersisik dan gatal. Ruam yang serius boleh menyebabkan pembengkakan dan kemerahan.
Bagaimanakah ruam boleh dirawat?
- Kebanyakan ruam sembuh secara spontan tanpa perlu dirawat.
- Rawatan bergantung kepada jenis ruam kulit . Kebanyakan ruam yang disebabkan oleh virus akan hilang secara spontan.
- Rawatan diberi bertujuan untuk memberi keselesaan kepada kanak-kanak.
- Dengan berjumpa doktor dapat mengenalpasti jenis ruam dan rawatan khusus boleh diberi.
- Pakai pakaian yang sesuai dan mandikan bayi lebih kerap.
Tips bagi menghentikan rasa gatal
- Hindari keadaan panas dan lembab.
- Mandi dengan air sejuk dan jangan menggunakan sabun tetapi gunakan pelembab atau krim berminyak sebagai ganti.
- Gunakan pakaian yang sejuk dan kering di tempat yang gatal.
- Sapukan losen ‘calamine’ pada ruam.
- Mengambil ubat ‘antihistamine’ seperti yang diberi oleh doktor.
Bagaimanakah ruam boleh dicegah?
- Bagi mereka yang alahan kulit, cuba hindari daripada bahan-bahan yang menyebabkan alahan.
- Bagi ekzema, elakkan guna sabun kerana akan menyebabkan kering kulit. Gunakan pelembab atau bahan berminyak.
- Jangan gunakan pakaian tebal bagi bayi.
- Jika ruam disebabkan oleh alahan makanan, cuba elakkan makanan yang menyebabkan alahan.
Antara vitamin/supplemen yang disyorkan bagi membantu mengurangkan ruam/ekzema pada kulit
Rawatan ekzema/ruam untuk orang dewasa
rawatan ekzema/ruam untuk dewasa |
Rawatan ekzema/ruam untuk kanak-kanak
rawatan ekzema/ruam untuk bayi dan kanak-kanak |
Sila baca DISCLAIMER
Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan, Mutiara Rini, Mutiara Mas.
No comments:
Post a Comment