Monday 20 November 2017

A.V.E 5 Tempat Tumbuh Jerawat Ada Maksud Di Sebalik Kesihatan Kita

Bismillah...



“Aduh, naik jerawat kat hidung lagi. Kenapalah asyik hidung aku saja yang jadi mangsa? Dahlah nampak sebijik besar macam ni. Kalau dekat dahi atau dagu ke, tersoroklah sikit…”
Kebanyakan kita selalu mengaitkan tumbuhnya jerawat setiap bulan disebabkan turun naik hormon atau lubang pori yang tersumbat. Tapi, sebenarnya terdapat satu teori yang membuat perkaitan antara lokasi tumbuhnya jerawat dengan keadaan kesihatan tubuh. Face mapping ini berasal daripada perubatan Cina dan Ayurveda yang telah dipakai sejak beribu tahun lamanya. Ia sangat popular dan telah menjadi rujukan rawatan alternatif di seluruh dunia.
Dalam sebuah rencana Reader’s Digest, Dr Roshini Raj, seorang doktor pakar, menerangkan perkaitan antara beberapa zon jerawat yang popular dengan tahap kesihatan anda.

5 TEMPAT TUMBUH JERAWAT INI ADA KAITAN DENGAN TAHAP KESIHATAN ANDA

1. DAHI

Jika anda selalu diserang jerawat pada bahagian dahi, salah satu puncanya yang paling ketara adalah kerana faktor yang paling direct – iaitu rambut, topi, tudung, dan sebagainya. Produk rambut tertentu seperti conditioner atau syampu boleh menyebabkan masalah kulit pada bahagian dahi. Bagi yang bertudung, pilihlah material yang selesa, tidak terlalu panas, dan gantikan anak tudung dengan kerap.
Di samping itu, Dr Roshini turut menjelaskan bahawa masalah pencernaan dan stres berkait rapat dengan pertumbuhan jerawat pada bahagian dahi.
Foto Kredit: sebone.info

2. PIPI

Pipi atas – Menurut sumber, jerawat pada bahagian tulang pipi (atas) ini biasanya dikaitkan dengan sistem pernafasan. Oleh itu, jika wajah anda selalu terdedah kepada habuk dan cahaya matahari akibat kerja luar, jangan lupa utamakan kebersihan wajah setiap hari.
Pipi bawah – Bahagian pipi bawah yang berjerawat pula adalah salah satu petanda masalah gigi dan mulut. Tetapi, ia juga mungkin disebabkan geseran dengan permukaan telefon bimbit, sarung bantal, atau berus make-up. Jadi, pastikan semua item ini bersih ya!
Foto Kredit: independent.co.uk

3. HIDUNG & ZON-T

Zon-T adalah kawasan muka di antara 2 kening dan hidung. Bahagian ini terdapat lebih banyak kelenjar minyak berbanding bahagian lain pada wajah. Maka, tidak hairanlah jerawat lebih selalu ‘naik’ pada bahagian ini.
Secara spesifiknya, jerawat pada hidung dikaitkan dengan tahap kesihatan buah pinggang dan hati. Jadi, kalau jerawat asyik tumbuh di bahagian ini, pastikan anda menjaga pemakanan dengan mengurangkan makanan tinggi garam, memilih sumber protein yang berkualiti, meningkatkan pengambilan sayuran hijau dan buah-buahan, serta menjauhi alkohol.
Foto Kredit: naturalremedyideas.com/

4. DAGU

Jerawat pada dagu adalah salah satu tanda ketidakseimbangan hormon yang paling jelas. Anda mungkin seseorang yang tidur tidak tentu waktu, makan secara tidak seimbang, atau mempunyai kitaran haid yang tidak tetap.
Sekiranya masalah ini berlanjutan, mungkin anda boleh berbincang dengan doktor untuk membantu menetapkan kitaran haid ini dengan menggunakan pil perancang atau alternatif lain yang selamat.
Foto Kredit: vicare.vn

5. BELAKANG, LENGAN, & PEHA

Bahagian belakang, lengan, dan peha selalunya disebabkan oleh paras turun naik hormon dan genetik. Namun, ia juga boleh berpunca daripada faktor luaran seperti peluh, jenis sabun badan yang digunakan, kesesuaian sabun pencuci baju, serta cara menjaga kebersihan badan.
Jika anda berkulit sensitif, pastikan anda menggunakan produk semulajadi yang tidak terlalu ‘kuat’ bahan kimianya. Doktor juga boleh membantu mengenalpasti sama ada ‘jerawat’ itu sebenarnya ruam atau sejenis iritasi kulit.
Foto Kredit: facialcarecentre.com.ph

RUJUK DOKTOR JIKA MASALAH JERAWAT BERLANJUTAN

Sungguhpun terdapat kajian yang menyokong fakta ini, tapi janganlah menganggap indikasi ini sebagai ‘medical check-up’ yang menyeluruh terhadap kesihatan tubuh anda.
Masalah kesihatan yang serius tentunya perlu diperiksa oleh doktor untuk didiagnos dengan lebih rapi.
 Sumber info asal oleh Reader’s Digest & siraplimau.com



  • Sebagai Antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti (pencemaran, matahari, cuaca, AC, asap rokok, dsb).
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle).

  • Bersifat anti-penuaan, dapat mengurangkan garis-garis halus pada wajah
  • Membantu mengelakkan pertumbuhan abnormal sel
  • Membantu memudarkan parut

  • membantu dalam menukarkan karbohidrat kepada glukosa untuk penghasilan tenaga kepada tubuh badan
  • membantu dalam menukarkan lemak kepada protein( ini membantu nervous system berfungsi dengan normal)
  • Vitamin B juga penting untuk pembentukan sel badan jadi ianya penting untuk awet muda, kulit yang licin dan kelihatan muda, melambatkan rambut beruban, membantu untuk kecantikan kulit, rambut dan mata, kekuatan kuku

Add on ESP
  • Memberi tenaga berpanjangan yang kesannya dirasai untuk beberapa jam
  • Anda akan rasa kenyang lebih lama. Best sangat utk diet.
  • 20 asid amino dalam ESP akn menjadikan kulit kelihatan lebih berseri dan anjal. Anda akan nmpk awet muda.
  • Warna kulit kelihatan lebih sekata
  • Menggalakkan semula pertumbuhan kulit otot serta mengurangkan kedutan
  • Membantu menghilangkan parut jerawat pada muka, kulit kelihatan halus mulus dan gebu. AWESOME kan !!
  • Rendah lemak dan tanpa kolesterol


Nak Order Shaklee / RegisterShaklee?

Nota: Kesemua vitmain ini adalah supplemen kesihatan BUKAN UBAT jadi kesannya berbeza ikut tahap kesihatan individu. Krisis pemulihan @ healing crisis mungkin berlaku selama 2 minggu hingga beberapa bulan. Diharap anda bersabar jika mengalami krisis penyembuhan kerana penyakit yang bersarang dalam badan mengambil masa yang lama untuk muncul.
Maka untuk menyembuhkannya juga memerlukan masa untuk badan membuang toksin yang terkumpul sekian lama, menguatkan sistem imum, membaiki sel-sel rosak, menghasilkan sel-sel baru dan melawan penyakit dalam badan anda. KESABARAN & ISTIQAMAH adalah kunci kepada penyembuhan. Mencegah sebelum parah lebih baik dari mengubati ketika kronik.
Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:

Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan, Mutiara Rini, Mutiara Mas.