Saturday 31 May 2014

A.V.E : Benarkah Morning Sickness Adalah Tanda Kehamilan Sihat?

moring sickness, muntah, loya, tidak bermaya
morning sickness tanda kehamilan sihat

Jawapannya ialah ya dan tidak! Loya adalah petanda baik bahawa hormon kehamilan anda berada pada tahap yang tinggi. Sebaliknya, jika anda tidak mengalami mabuk hamil, ini tidak bermakna ia satu tanda buruk. 

Kita tidak tahu dengan tepat apakah penyebab mabuk semasa hamil, tetapi ia dipercayai berkaitan dengan hormon human chorionic gonadotrophin (hCG). Badan anda menghasilkan hormon ini dalam kuantiti yang tinggi sehingga plasenta mengambil alih tugas menyelia perkembangan bayi dan menyalurkan nutrisi kepadanya. 



Plasenta mula menjalankan tugasnya di antara minggu ke-12 dan minggu ke-14. Ini berlaku kebetulan dengan masa di mana risiko keguguran berkurangan. 



Jika anda mengandungkan anak kembar dua atau tiga, tahap hormon kehamilan anda lebih tinggi. Maka adalah normal bagi anda mengalami mabuk yang lebih teruk daripada ibu-ibu yang mengandungkan seorang bayi. 



Tahap HCG yang tinggi merupakan tanda bahawa kehamilan anda berjalan lancar, tetapi sesetengah wanita lebih sensitif terhadap peningkatan hormon ini. Jika anda mudah merasa loya sebelum anda hamil, kemungkinan besar anda akan mengalami mabuk hamil. 


Oleh itu, jika anda mudah mabuk dalam perjalanan, atau sesetengah bau akan membuat anda loya, mabuk hamil akan lebih menjejaskan anda berbanding wanita lain. 

Jika anda jarang merasa loya semasa hamil, ini juga normal. Ramai wanita yang menikmati kehamilan yang sihat tanpa merasa loya langsung. 

Menangani masalah mabuk hamil boleh jadi sukar, terutamanya jika anda harus keluar bekerja. Walau bagaimanapun, simptom ini bukan disebabkan oleh apa-apa perkara yang anda lakukan. Ia hanyalah sesuatu yang kebanyakan bakal-bakal ibu terpaksa hadapi. Cubalah tip-tip kami dalam menangani loya dan muntah secara natural.

[sumber www.babycenter.com.my]

Cadangan Vitamin untuk mengatasi loya/mabuk kehamilan:

Peppermint Ginger Plus Shaklee. Info lanjut tentang vitamin ini. Sila KLIK

peppermint ginger, muntah, loya, morning sickness
Morning Sickness Adalah Tanda Kehamilan Sihat



Rasa malu nak call saya atau macam tak sempat nk call, anda boleh juga membuat pembelian terus, semuanya hanya di hujung jari anda. Klik-klik, buat pembayaran then barang pun terus sampai depan rumah. Mudahkan!!

Happy Shopping!!


 Order Now


Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan

*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*




Friday 30 May 2014

A.V.E : Cramp / Urat Simpul Ketika Hamil

Apa Itu Urat Simpul?


Anda mungkin pernah melihat sesetengah orang mempunyai salur darah berwarna ungu atau biru yang kelihatan nyata pada kaki mereka. Inilah urat simpul (vena varikos). Ia lebih banyak berlaku pada wanita berbanding lelaki. Urat simpul biasanya kelihatan pada kaki, betul-betul di bawah kulit, tetapi ia juga boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan anda. 



Salur darah atau vena mempunyai injap yang menghalang darah yang sedang menuju ke jantung daripada mengalir secara mengundur. Urat simpul berlaku apabila injap ini tidak berfungsi dengan betul dan dinding salur darah menjadi lemah. Darah terkumpul di tempat yang lemah ini. Apabila ini berlaku, dinding salur darah itu mula meregang dan kendur, salur darah itu sendiri membengkak dan anda boleh melihatnya di bawah kulit. 



Urat simpul berlaku kepada kira-kira satu dalam tiga wanita. Anda lebih berkemungkinan mengalaminya jika ia berlaku pada ahli keluarga yang lain atau jika berat badan anda berlebihan.


Urat Simpul Berlaku Pada Kaki Anda?



Bayi anda yang sedang membesar, plasenta (uri) dan uterus (rahim) anda menekan salur darah pada bahagian pelvik anda. Ini termasuklah salur darah besar (vena kava inferior) pada bahagian kanan badan anda.



Salur darah utama ini terpaksa bekerja keras. Ia menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah dan kebanyakan organ dalam pelvik dan perut. Tekanan yang diterima oleh vena kava inferior membuatkan lebih sukar bagi darah dari kaki anda untuk pulang ke jantung.



Pada masa yang sama, terdapat lebih banyak darah mengalir di seluruh badan anda ketika ini dan hormon progesteron pula merelakskan dinding salur-salur darah ini.



Kesemua ini membawa maksud salur darah pada kaki anda lebih berkemungkinan untuk membengkak. Urat simpul adalah biasa dalam kehamilan, tetapi ia akan beransur baik selepas anda bersalin.

urat simpul, darah berkumpul
urat simpul ketika hamil


Adakah urat simpul boleh berlaku pada bahagian badan yang lain?


Anda lebih berkemungkinan mengalami urat simpul di kaki anda, tetapi ia juga boleh berlaku di bahagian-bahagian tubuh yang lain. Buasir ialah sejenis urat simpul yang berlaku di bahagian dubur dan merupakan perkara biasa dalam kehamilan. 



Kira-kira empatperatus wanita hamil mengalami urat simpul pada bahagian dalam dan di sekeliling faraj mereka. Masalah ini biasanya pulih sendiri selepas mereka bersalin. 



*Cara merawat buasir. Sila KLIK.

Simptom-simptom urat simpul?



Selain daripada kelihatan sangat tidak menarik, urat simpul boleh mengakibatkan simptom-simptom lain yang tidak menyenangkan, termasuk:


• kegatalan dan rasa tidak selesa pada kulit di mana urat simpul berlaku


• bengkak tapak kaki dan buku lali;


• kejang otot pada waktu malam;


• lenguh kaki dan kaki terasa berat.



Jika simptom-simptom ini agak teruk atau menyebabkan anda berasa sangat tidak selesa, mintalah bantuan daripada doktor anda.


Bolehkah saya mengelakkan urat simpul?

Malangnya, tidak banyak yang anda boleh lakukan untuk mengelak atau menghalang masalah ini daripada berlaku. Tetapi jangan putus asa. Ada beberapa perkara yang anda boleh cuba:

• Baring atau tidur mengiring ke kiri untuk mengurangkan tekanan ke atas vena kava inferior        anda. Letakkan bantal di bawah kaki dan satu lagi di belakang anda.

• Jangan duduk atau berdiri untuk jangka masa yang lama. Berjalan-jalanlah sekurang-                 kurangnya sekali setiap setengah jam. Anda juga boleh membuat beberapa senaman ringkas   seperti berjalan untuk melancarkan peredaran darah.

• Jika anda perlu duduk di meja sepanjang hari di tempat kerja, jangan silangkan kaki.                 Tinggikanlah kaki anda bila-bila boleh. Gunakan bangku kecil atau kotak.

• Pertambahan berat yang terlalu banyak dan terlalu cepat boleh membuatkan anda mudah         mengalami urat simpul. Cuba amalkan diet yang sihat dan seimbang.

[sumber www.babycenter.com.my]

Semasa hamil anak sulung dahulu saya ada bertanya kakak saya kenapa selalu kejang dan 

bagaimana utk mengatasinya...katanya saya kekurangan kalsium disebabkan baby dah mula "tarik" kalsium dari mamanya...dan beliau sarankan utk saya ambil dosage kalsium yg lebih tinggi. Jadi untuk mama semua, sebagai ikhtiar bolehlah mengambil OsteMatrix ya. InsyaALLAH mungkin boleh membantu untuk melegakan kerana OsteMatrix ialah Kalsium yg lengkap dgn Magnesium , Vitamin D dan lain-lain mineral yg membantu utk mengoptimakan lagi penyerapan Kalsium.

Untuk Info lanjut tentang Ostematrix. Sila KLIK

Untuk info lanjut tentang Set Kehamilan. Sila KLIK


Rasa malu nak call saya atau macam tak sempat nk call, anda boleh juga membuat pembelian terus, semuanya hanya di hujung jari anda. Klik-klik, buat pembayaran then barang pun terus sampai depan rumah. Mudahkan!!

Happy Shopping!!



 Order Now


----------------------------------------------------------------------
Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan

*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*




Wednesday 28 May 2014

A.V.E : Khasiat Yang Terdapat Dalam Peppermint Ginger Plus

Manfaat Utama:

1. PUDINA-Dapat melegakan otot perut,kerana ia mempunyai kesan penenang.Membantu dalam penghadaman,mabuk laut / darat,membantu melegakan kesakitan gastrik,pedih hulu hati dan cirit- birit.Selain itu ia melegakan kesan2 sampingan seperti muntah & hilang selera akibat rawatan KIMOTERAPI.PUDINA merangsang pengeluran peluh,oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang itu diserang selsema.Dengan rasa PUDINA yg sejuk itu membantu memelihara pemikiran supaya sentiasa fokus.

2. HALIA-Masyarakat cina telah menggunakan halia sejak lebih 2000 tahun lagi.HALIA merangsang rembesan ENZIM SALVIA utk pencernaan makanan.Ia melegakan ketidakselesaan perut & usus.sakit ketika haid,loya & mual angin ketika hamil,selepas melahirkan anak (semasa pantang)

3. Penyelidik di Switzerland mendapati halia berkesan sebagai remedi lain seperti merawat mabuk laut.Laporan penyelidikan awal merumuskan bahawa halia berkesan dalam merawat / mencegah masalah kesakitan ketika dalam perjalanan / pengembaraan.

4.  POKOK ADAS (FENNAL)-Orang2 Eropah mengambil biji adas selepas makan utk menghilangkan kembung perut.Ia melegakan sakit perut,melegakan gejala selsema.Juga membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.

5. CEKUR MANIS (ANISE)-Digunakan oleh orang2 Mesir Purba.Ianya melegakan masalah pencernaan & gejal sakit ketika haid,batuk & kahak.Merangsang rembesan jus gastrik utk pencernaan,menahan kulat yg menyebabkan penyakit kulit yg biasa,melegakan haba di musim panas dan lembab.Memberi peredaran tenaga di dalam tubuh serta lembut untuk perut.

senak perut, membantu penghadaman, muntah, mual
peppermint ginger plus
Khasiat Peppermint Ginger Plus Shaklee

  • Melegakan Senak Perut
  • Membantu Penghadaman
  • Membantu masalah mabuk darat atau laut
  • Melegakan gastrik & pedih ulu hati
  • Melegakan sakit ketika haid
  • Melegakan mual atau loya ketika mengandung
  • Membuang angin dalam badan
  • Menyamankan perut
Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan

*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*




A.V.E : Dish Wash Concentrate Shaklee Sangat Awesome!

Handal Menanggalkan Minyak pada Pinggan Mangkuk dengan Cucian Tangan

Jika kami sering mengatakan yang Pencuci Wangian Pinggan kami lembut pada tangan dan mesra pada alam sekitar mungkin anda berfikiran yang ianya tidak mudah menanggalkan kotoran pada pinggan mangkuk anda.  Tetapi percayalah, anda hanya memerlukan beberapa titisan untuk menanggalkan minyak yang melekat pada pinggan mangkuk anda.



Get Clean Dish Wash ternyata: 


•  Lembut pada tangan

•  Semulajadi, berasaskan tumbuh-tumbuhan

•  Tahan lama kerana kepekatannya

•  Menjadikan pinggan bersih berkilau

•  Hanya beberapa titisan dapat mencuci timbunan pingan mangkuk di dalam sinki

lembut pada tangan
Dish Wash Concerntrate



Tahukah Anda?

Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan yang berasaskan petroleum 
dan bahan pencuci seperti Diethanolamine dan sodium dedecylbenzensulfonate. 
Kedua-dua kandungan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata.
DishWash Concentrated tidak mengandungi bahan-bahan tersebut mahupun bahan-bahan 
berbahaya yang lain.

Perbezaan ShakleeSelamat
  • Tidak bertoksik
  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa bahan kimia berbahaya

Berkesan
  • Amat berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Formula pekatan yang hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk 
  • yang lebih banyak
  • Buih Sabun yang lebih tahan lama

Mesra alam
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

Sumber : Shaklee Malaysia

Rasa malu nak call saya atau macam tak sempat nk call, anda boleh juga membuat pembelian terus, semuanya hanya di hujung jari anda. Klik-klik, buat pembayaran then barang pun terus sampai depan rumah. Mudahkan!!

Happy Shopping!!


 Order Now


Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*


Tuesday 27 May 2014

A.V.E : Fakta Mengenai Serangan Jantung Waktu Pagi!

serangan jantung, waktu pagi, set jantung shaklee
Sayangi Jantung Anda

Benarkan serangan jantung lebih mudah berlaku pada waktu pagi? Benar! Ritma sirkadian tubuh secara tidak langsung menyumbang kepada risiko anda diserang penyakit jantung.  Kenyataan tersebut berdasarkan laporan penyelidik dari Universiti Sains & Kesihatan Oregon dan Hospital Wanita & Brigham.

Pada awal pagi, paras PAI-1, sejenis protein yang menghalang tubuh daripada berhenti berfungsi secara tiba-tiba membeku - penyumbang utama kepada serangan jantung dan strok untuk meningkat.

PAI-1 bukan satu-satunya yang 'bekerja'. Kata Dr Eric Topol, Pengarah Institut Sains Scipps Translational, tubuh juga menyaksikan peningkatan paras kortisol dan adrenaline - yang turut memberi kesan kepada jantung.  Mereka yang jarak tempat kerjanya jauh sehingga perlu bangun sebelum jam 6 pagi, berisiko 2 kali ganda.

Peningkatan paras PAI-1 dan kortisol yang bermula jam 3 pagi hingga awal pagi berkemungkinan besar bergabung dengan stres sewaktu bersiap-siap hendak ke tempat kerja sekiranya anda perlu bangun waktu tersebut.

Biarpun begitu, sikap anda memainkan peranan yang lebih penting berbanding masa.  Bersenamlah selama 30 minit lima kali sehari, kekalkan berat badan ideal dan amalkan gaya pemakanan sihat dengan melebihkan sayur dan buah.  Dengan itu, anda tidak perlu bimbang mengenai jarak dan waktu untuk pergi bekerja.

[sumber majalah isihat]

Antara vitamin yang disyorkan
Cadangan Set Jantung Shaklee. Sila KLIK

Rasa malu nak call saya atau macam tak sempat nk call, anda boleh juga membuat pembelian terus, semuanya hanya di hujung jari anda. Klik-klik, buat pembayaran then barang pun terus sampai depan rumah. Mudahkan!!

Happy Shopping!!


 Order Now

Ingin mendapatkan vitamin Shaklee yang semulajadi, Halal serta tiada kesan sampingan. Dapatnya daripada kami Awesome Vitamins Ever. Kami sedia membantu anda dalam memilih vitamin yang sesuai untuk diri anda, keluarga dan orang tersayang. Konsultasi secara ekslusif akan diberikan kepada anda secara percuma. In Shaa Allah. 

Saya ingin membantu anda sihat kembali.


Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

Monday 26 May 2014

A.V.E : 7 Mitos Pemakanan Yang Anda Fikirkan Benar

Benarkah Vitamin C mampu mencegah serangan selsema? Apakah cara terbaik menikmati lobak merah, secara mentah atau dimasak?  Benarkan MSG penyebab sakit kepala? Terdapat banyak persoalan atau tanggapan mengenai pemakanan yang sehingga kini tidak ketahui kebenarannya, apa kata teruskan membaca artikel di bawah:

MITOS:
Vitamin C boleh menyembuhkan selesema

FAKTA:
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa vitamin C tidak menghalang selsema, melainkan anda merupakan salah seorang yang tergolong dalam kalangan peminat sukan seperti marathon, pemain ski dan tentera yang melakukan latihan sub-Artik.

MITOS:
Lobak merah mentah lebih berkhasiat daripada dimasak

FAKTA:
Memasak sebenarnya meningkatkan nilai pemakanan lobak merah.  Proses ini membuatkan dinding sel yang meliputi beta-kortena berjaya dipecahkan dan ia menghasilkan lebih khasiat

MITOS:
Buang kulit ayam sebelum memasak boleh kurangkan lemak dan kalori

FAKTA:
Kulit ayam boleh digunakan sebagai perasa semulajadi ketika memasak tidak kira membakar, memanggang mahupun apa cara masakan.  Tetapi pastikan ia dibuang sebelum dihidangkan.

MITOS:
MSG yang digunakan dalam masakan menyebabkan sakit kepala dan tindak balas yang lain

FAKTA:
Ia mungkin berlaku kerana tindak balas kandungan monosodium glutamat yang terdapat di dalam MSG.  Mereka yang mengalami tindak balas tersebut biasanya mempunyai alahan terhadap histamin, tyramine dan phenylethylamine.

MITOS:
Jus kranberi boleh menyembuhkan jangkitan saluran kencing

FAKTA:
Tidak ada bukti yang tepat bahawa jus kranberi atau makanan tambahan boleh merawat jangkitan yang perlu di rawat dengan antibiotik.  Tetapi minum jus atau mengambil makanan tambahan secara tetap boleh mencegah jangkitan kerana sebatian dalam jus boleh menghentikan jangkitan bakteria yang melekat pada pundi kencing

MITOS:
Makanan pedas penyebab ulser

FAKTA:
Rempah dan makanan pedas tidak menjadi penyebab kepada ulser.  Bakteria helicobacter pylori boleh menyebabkan ulser, melainkan ulser terjadi akibat penggunaan ubat-ubatan seperti aspirin.  Tetapi rempah dan makanan pedas merupakan punca kepada gangguan usus bukannya penyebab ulser.

MITOS:
Makanan bebas lemak adalah lebih baik daripada makan penuh lemak

FAKTA:
Apabila ia datang dalam bentuk daging segar dan beberapa produk tenusu, ia biasanya kurang lemak dan ini adalah lebih baik.  Tetapi jika ia hadir dalam bentuk bungkusan yang telah diproses mungkin ia telah ditambah pelbagai bahan lain.  Kini, pakar-pakar pemakanan mengesyorkan agar elakkan mengambil makanan bebas lemak sebaliknya beralih kepada makanan lemak semulajadi seperti kacang.

[sumber malajah isihat]


Ingin mendapatkan vitamin Shaklee yang semulajadi, Halal serta tiada kesan sampingan. Dapatnya daripada kami Awesome Vitamins Ever. Kami sedia membantu anda dalam memilih vitamin yang sesuai untuk diri anda, keluarga dan orang tersayang. Konsultasi secara ekslusif akan diberikan kepada anda secara percuma. In Shaa Allah. 


Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*