Wednesday 13 September 2017

A.V.E Rahsia Kulit Berseri dengan Set Radiant 4

Set Radiant 4 Shaklee


Lihat Rahsia Kulit Berseri Ditemui Dalam Set Radiant 4 S H A K L E E!
-
-
Jom kita tengok bagaimana 4 nutrien penting ini berfungsi untuk kulit cantik berseri dari dalam.
-
-
Pernah tertanya-tanya bagaimana sesetengah orang tue mempunyai kulit yang sihat dan berseri? Nutrien apa yang diperlukan untuk dapatkan kulit yang cantik dan menawan dambaan setiap wanita.
-
-
Jawapannya mudah, berikan aura positif dan sihat. Selain tue anda juga boleh dapatkan kulit yang berseri dari dalam dengan 4 nutrien ini
😍.
-
🌟Protein untuk membina kulit yang sihat.
-
🌟 Perlindungan antioksida dengan Vitamin C.
-
🌟 Tingkatkan keanjalan dengan Kolagen.
-
🌟 Kekalkan kelembapan kulit dengan Gamma-Linolenic Asid (GLA).
-
-
BONUS
💰💰.
-
-
Dengan setiap pembelian set The Radiant 4, dapatkan RM60.00 (RM20.00 x 3) Baucer e-Diskaun dan beg kertas PERCUMA.
-
-
• PROMOSI ini sah dari 1-30 September 2017, selagi stok masih ada.
-
-
Tertakluk kepada terma dan syarat
😊!
-
-
Nak Order Shaklee / RegisterShaklee?


Nota: Kesemua vitmain ini adalah supplemen kesihatan BUKAN UBAT jadi kesannya berbeza ikut tahap kesihatan individu. Krisis pemulihan @ healing crisis mungkin berlaku selama 2 minggu hingga beberapa bulan. Diharap anda bersabar jika mengalami krisis penyembuhan kerana penyakit yang bersarang dalam badan mengambil masa yang lama untuk muncul.
Maka untuk menyembuhkannya juga memerlukan masa untuk badan membuang toksin yang terkumpul sekian lama, menguatkan sistem imum, membaiki sel-sel rosak, menghasilkan sel-sel baru dan melawan penyakit dalam badan anda. KESABARAN & ISTIQAMAH adalah kunci kepada penyembuhan. Mencegah sebelum parah lebih baik dari mengubati ketika kronik.
Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:

Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan, Mutiara Rini, Mutiara Mas.

Monday 11 September 2017

A.V.E 8 Tips Cerai Susu Badan Untuk Anak Yang Suka Mengempeng

Bismillah...



“Ops, sedar tak sedar, anak pun dah nak masuk 2 tahun. Tapi, masih tak menunjukkan tanda nak berhenti menyusu. Makin kuat menyusu adalah! Jadi, macamana nak cerai susu?”
Sebenarnya, ramai ibu yang tak percaya betapa sukarnya perjalanan yang akan dilalui semasa proses bercerai susu badan.
Bayangkanlah, bayi didakap, dibelai, dan terasa amat rapat semasa proses menyusu badan. Tiba-tiba, kita suruh mereka berhenti, tentulah mereka akan merasa kehilangan yang besar! Dan percayalah, cerai susu badan bukanlah satu perkara yang mudah!
Foto Kredit: themominmemd.com

ADAKAH SI ANAK BERSEDIA UNTUK CERAI SUSU BADAN?

Biasanya, waktu terbaik untuk mula proses cerai susu badan ialah apabila usia si anak menghampiri usia 2 tahun dan ke atas. Pada waktu ini, susu badan telahpun memenuhi nutrisi yang diperlukan oleh badan mereka. Anak sudah petah berbicara dan memahami tutur kata. Maka, kita boleh memahamkan si anak tentang perlunya mereka berhenti dan cerai susu.
Memang jarang untuk menunggu anak kecil bersedia dan berhenti menyusu badan sendiri, melainkan si ibu mengandung lagi dan susu badan mula bertukar rasa. Secara automatiknya, mereka tidak suka menyusu badan lagi.
Anda mesti boleh perasan kalau anak sudah mula berselera memakan pelbagai makanan lain. Jadi, mereka akan kurang menyusu hingga susu badan turut berkurang. Tapi, ada pula anak kecil yang hanya menyusu badan semata-mata untuk ‘bermanja’ atau membantunya tidur.
Ini adalah antara tanda yang anak anda sudah bersedia bercerai susu. Walau apa pun, kita perlu memastikan proses ini berlaku secara perlahan-lahan tanpa mengganggu emosi mereka dengan drastik.
Foto Kredit: akronchildrens.org

7 TIPS PSIKOLOGI CERAI SUSU UNTUK IBU DAN AYAH

1. BUAT STRATEGI SUAMI ISTERI

Jangan ingat anak kecil saja yang perlu bersedia ya! Anda dan suami juga perlu bersedia sepenuhnya. Kalau tidak, goyah  di pertengahan jalan dek tak sampai hati tengok anak tidur sambil menangis.
Rancangkan strategi bersama suami, sediakan skrip masing-masing untuk menjawab pertanyaan anak apabila mereka minta disusukan. Beri kata-kata perangsang dan semangat pada anak.
Gunakan ‘reward chart’, beri bintang, piala, atau ganjaran lain untuk setiap hari yang dijayakan supaya anak lebih terasa dihargai.
Sokongan suami penting, terutamanya apabila ibu mula berasa emosional, sedih, dan lemah semangat.

2. BERITAHU SI KECIL LEBIH AWAL

Seelok-eloknya, beritahu si anak 1-2 bulan lebih awal bahawa mereka perlu berhenti menyusu badan tidak lama lagi. Ulangkan pada mereka setiap hari, dan jangan lupa  jelaskan apa maksudnya, dan kenapa dia perlu lakukannya.
Jangan ingat anak kecil tidak boleh memahami perasaan dan pesanan daripada kita. Mereka sebenarnya sangat sensitif dan dapat mengesan kebimbangan kita.

3. RANCANG AKTIVITI HARIAN

Salah satu cara paling berkesan ialah mengalih perhatian anak melalui aktiviti yang digemari supaya mereka lupa untuk menyusu.
Kalau mereka minta menyusu, mungkin anda boleh melengahkannya dengan berkata, “Sekejap ya, sayang. Jom kita siapkan ‘puzzle’ ni dulu.”

4. KURANGKAN KEKERAPAN DAN PENDEKKAN MASA PENYUSUAN

Buat permulaan, anda mungkin boleh mengurangkan kekerapan dan memendekkan masa penyusuan sebelum terus cerai susu.
Namun, ini biasanya lebih mudah untuk dikawal pada waktu siang, dan agak sukar untuk dilaksanakan pada waktu malam. Lagi satu prinsip yang paling popular ialah, “Tak perlu tawarkan, tapi jangan menolak apabila diminta”.

5. PILIH SIANG ATAU MALAM

Tetapkan ‘target‘ untuk mula proses cerai susu pada waktu siang sahaja. Atau malam sahaja. Kenapa perlu pilih?
Mengikut pengalaman sendiri, jika anda terus cerai susu siang dan malam, anda akan berasa sangat penat! Bukan penat menyusu, tetapi penat untuk mengawal keadaan.
Anak juga akan berasa sukar menghadapinya, lebih-lebih lagi pada waktu malam.

6. BERI MAKANAN ATAU MINUMAN KEGEMARAN MEREKA

Cara menceraikan susu badan

Sediakan makanan kegemaran si anak. Pastikan snek atau minuman kegemarannya ada di rumah. Jika anak masih lapar, berilah minuman yang digemari seperti susu coklat, jus, atau makanan jejari.
Beri peluang untuk mereka mencuba beberapa jenis makanan. Ini akan menjadikan proses cerai susu lebih mudah buat anda dan si anak.
Lagi ‘best’ kalau dapat menyediakan set kutleri yang digemarinya. Contohnya, pinggan bergambar ‘Upin Ipin’ atau cawan comel berwarna ‘pink’ ala ‘princess’. Tentu mereka lebih teruja untuk menggunakannya!

7. PAKAI BAJU BERTUTUP DAN MENYUKARKAN PROSES MENYUSU

Ya, ini adalah masanya untuk anda ‘berlawa’ dan memakai kembali baju-baju yang sudah lama disimpan dalam almari! Kalau ada ‘dress’ panjang lagi bagus.
Beritahu mereka bahawa anda tidak dapat menyusu kerana berpakaian sebegitu. Setidak-tidaknya, biarkan mereka menunggu selama beberapa jam selepas waktu biasa mereka menyusu.
Lagi satu, jangan bertukar pakaian di depan mereka kerana mereka akan timbul keinginan untuk menyusu apabila terpandang anda dalam keadaan terdedah.

8. DOA DAN SABAR

Panjatkan doa dan mintalah supaya anda diberi kekuatan serta dipermudahkan urusan. Jangan pandang ringan, doa ibu bapa ni makbul tau!
Oh ya, jangan ingat proses ini hanya berlangsung sehari dua saja. Ia mungkin berlarutan sehingga beberapa minggu, dan ada yang makan bulan. Jadi, memang kena banyak bersabar.

ANDA AKAN NAMPAK PERUBAHANNYA

Memang ada tips atau petua yang melibatkan si ibu meletakkan bermacam-macam perasa tidak diingini seperti asam jawa, serbuk kopi, buah tunjuk langit, dan sos cili pada payudara. Namun, apa kata kita mencuba teknik psikologi terlebih dahulu dan memahamkan si anak akan kepentingan mereka berhenti menyusu badan.
Insha Allah, anda akan nampak perubahan yang positif pada si anak. Mereka menjadi lebih berdikari, yakin diri, dan lebih matang apabila dilatih sebegini. Malah, saya sendiri dapat merasakan hubungan anak turut menjadi rapat dengan ayah sepanjang proses cerai susu.
Memang, ia memakan masa yang lebih dan anda juga akan berasa sangat letih. Tapi, percayalah bahawa proses ini sememangnya berbaloi!
[credit to siraplimau.com]

Nota: Kesemua vitmain ini adalah supplemen kesihatan BUKAN UBAT jadi kesannya berbeza ikut tahap kesihatan individu. Krisis pemulihan @ healing crisis mungkin berlaku selama 2 minggu hingga beberapa bulan. Diharap anda bersabar jika mengalami krisis penyembuhan kerana penyakit yang bersarang dalam badan mengambil masa yang lama untuk muncul.
Maka untuk menyembuhkannya juga memerlukan masa untuk badan membuang toksin yang terkumpul sekian lama, menguatkan sistem imum, membaiki sel-sel rosak, menghasilkan sel-sel baru dan melawan penyakit dalam badan anda. KESABARAN & ISTIQAMAH adalah kunci kepada penyembuhan. Mencegah sebelum parah lebih baik dari mengubati ketika kronik.
Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:

Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan, Mutiara Rini, Mutiara Mas.