Sunday, 23 July 2017

A.V.E Diet Untuk Wanita Sihat Yang Menyusui

Bismillah...

diet untuk wanita menyusu


Apa yang anda dan bayi anda perlukan semasa menyusui?

Sesetengah kalori yang diperlukan untuk penghasilan susu badan dibekalkan oleh simpanan lemak badan semasa kehamilan. Walau bagaimanapun, kalori tambahan diperlukan melebihi had pengambilan pra-kehamilan anda untuk memberikan tenaga yang secukupnya untuk membekalkan keperluan bayi anda yang sedang membesar. 

Apabila anda mula mencerai susu dengan bayi anda, keperluan kalori anda akan kembali ke tahap pra-kehamilan secara perlahan. 


Apa yang perlu saya makan semasa menyusui?

Anggap penyusuan badan sebagai motivasi berterusan untuk mengikuti diet yang sihat sepertimana yang anda ikuti semasa kehamilan. Fokus ke atas pengambilan bijiran penuh seperti nasi perang dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi (dan seperti biasa, makanan ringan sekali-sekala adalah okay). 

Pilih snek yang berkhasiat seperti yogurt, kekacang dan kekeras, telur dan sandwic yang diperbuat daripada roti gandum penuh. Adalah baik jika anda menghadkan pengambilan makanan bergoreng dan juga makanan yang disediakan dengan minyak sapi dan santan kelapa. 

Dalam sesetengah komuniti, mungkin terdapat pantang terhadap sesetengah jenis makanan untuk bulan pertama atau 44 hari selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, pakar-pakar tetap mengatakan bahawa anda tidak perlu menghadkan diet anda kecuali bayi anda menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu. 


Minum banyak air untuk mengekalkan bekalan susu anda

Pastikan anda minum banyak air – lapan sehingga 12 gelas air sehari adalah mencukupi. Untuk kepelbagaian, anda boleh pilih jus buah-buahan atau sayur-sayuran, air kurma merah, susu soya tiada gula dan minuman dadeh. Ini akan membantu badan anda untuk menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi anda. 

Berjaga-jaga dengan apa yang anda makan dan minum

Sila beringat bahawa bahan seperti kafeinalkohol dan toksin lain boleh meresap ke susu badan anda, jadi anda perlu mengelak dari memakannya secara berlebihan. Nikotin dari rokok dan ubat juga boleh masuk ke dalam susu badan anda dan perlu dielakkan (doktor anda boleh menasihatkan anda mengenai kesesuaian ubat-ubat tertentu bagi rawatan). 

Anda boleh mengetahui jika anak anda sensitif kepada sesuatu yang anda makan atau minum kerana dia akan menunjukkan ketidakselesaannya dengan menjadi resah selepas menyusu, menangis tidak boleh ditenangkan atau tidak lena tidur. Jika bayi anda alah kepada sesuatu yang anda makan, anda boleh lihat reaksi pada kulitnya (ruam atau gatal-gatal), dalam pernafasannya bunyi berdehit atau kesesakan), atau dalam najisnya (warna hijau atau bermukus). Hubungi pakar pediatrik anda untuk nasihat lanjut. 

Sesetengah wanita tahu bahawa makanan berempah atau pedas akan memberi masalah kepada bayi mereka, jadi proses mencuba adalah panduan terbaik anda sebab makanan yang merangsang keadaan tidak selesa berbeza dari satu bayi ke bayi yang lain. Jika anda boleh makan ayam halia atau sayur kari pedas tanpa membawa masalah kepada bayi anda, makanlah. Sebagai satu peringatan kepada anda – beberapa punca kolik(kembung perut) yang biasa ialah brokoli, kubis, bawang dan kubis Brussels. 


Dapatkan zat besi yang banyak

Jika anda mengambil vitamin tambahan semasa anda hamil, anda tidak perlu mengambilnya lagi selepas kelahiran bayi anda. Walau bagaimanapun, anda mungkin memerlukan zat besi tambahan. 

Ramai wanita telah menggurangkan simpanan zat besi mereka semasa tahun-tahun subur mereka. Tanyalah pakar obstetrik, doktor keluarga atau GP anda untuk mendapat nasihat. 

Jika anda terus mengambil vitamin tambahan, ingatlah bahawa itu tidak boleh menggantikan habit pemakanan yang tidak baik. Berusahalah untuk mengambil diet yang seimbang dan pelbagai. 


Bagaimana dengan diet semasa menyusui?

Kurangkan berat badan secara perlahan dengan menggabungkan diet sihat yang rendah lemak dengan senaman ringan. Penurunan berat badan yang cepat akan membahayakan bayi anda sebab mungkin ini membebaskan toksin - yang selalunya disimpan dalam lemak badan – ke dalam aliran darah, justeru meningkatkan jumlah pencemar yang akan masuk ke dalam susu badan anda. 

Sebagai tambahan, penyusuan juga membantu membakar lemak yang terkumpul semasa kehamilan dan digunakan untuk menghasilkan susu. Seorang ibu yang menyusui membakar lebih banyak kalori daripada yang tidak menyusui. Ini bermakna wanita-wanita yang menyusui boleh turun berat setengah kilogram sebulan, hanya kerana penggunaan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu. 

Adalah baik menunggu 10 bulan sehingga setahun untuk kembali kepada berat pra-kehamilan anda. Jika anda mahu mengurangkan sedikit pengambilan makanan anda, tunggu sehingga sekurang-kurangnya enam minggu selepas kelahiran bayi anda. Menghadkan pengambilan makanan anda pada minggu awal laktasi akan mengurangkan bekalan susu anda. 


[credit to babycenter.com]

Supplement untuk Ibu Menyusu
Ibu-ibu menyusu kerap kali akan berasa cepat letih, penat dan tertekan.  Jadi kepada ibu-ibu menyusu yang sering berasa keletihan,stress dan tidak bertenaga, saya sarankan anda mencuba set penyusuan Shaklee.  Antara set penyusuan yang disarankan ialah:



Vitamin untuk menyusu

ESP Shaklee 

Protein – Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 3 hidangan protein berkhasiat sehari.

Vitalea

Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak diperolehi daripada diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

Vitamin C

Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu, menyusui bayi secara ekskusif dapat melindungi bayi anda dari kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.

Vitamin B Complex

Vitamin B Complex merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong system saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormone, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B Complex untuk memberikan khasiatnya kepada bayi mereka melalui susu ibu.

Ostematrix

Kalsium – 40% daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.

Alfalfa Complex

Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu dengan cepat. In Shaa Allah.

Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan, Mutiara Rini, Mutiara Mas.

A.V.E Ambil Peduli Apabila Anak Sembelit

Bismillah...

Sembelit adalah keadaan di mana seorang kanak-kanak atau bayi menghasilkan najis yang keras atau kurang kekerapan ke tandas membuang najis. Frekuensi pembuangan najis untuk pelbagai peringkat umur adalah seperti berikut :
  1. Bayi yang menyusu badan mungkin membuang air besar selepas setiap penyusuan atau sekali dalam tempoh 7 hari.
  2. Bayi menyusu formula atau kanak-kanak mungkin membuang najis sekali setiap 2-3 hari.
Apa yang lebih penting adalah konsistensi najis daripada kekerapan pembuangan air besar. Masalah ini sering terjadi di kalangan kanak-kanak yang sedang belajar mengawal pembuangan najis dan selepas keadaan yang menyakitkan atau menakutkan sewaktu pembuangan najis.
Sembelit boleh menyebabkan :
  • Sakit perut yang datang dan pergi (“abdominal cramps”).
  • Rasa tidak selesa.
  • Luka di dubur (“anal fissure”) yang boleh menyebabkan kesakitan dan pendarahan sewaktu membuang najis.
  • Sering terjadi di mana kanak-kanak yang mengalami masalah ini cuba menahan pembuangan najis untuk mengelakkan rasa sakit. Contohnya, mereka mungkin mencangkung (“squatting”), duduk sambil menyilangkan kaki atau enggan untuk duduk di mangkuk tandas.
  • Kadang-kala ketulan najis yang keras boleh dirasa di abdomen (perut).
Masalah sembelit berpanjangan boleh menyebabkan :
  • Enkoparesis atau keadaan di mana najis keluar tanpa sedar. Selalunya dilaporkan oleh ibu bapa sebagai tompokan najis cair di seluar dalam anak mereka.
Sebab terjadinya sembelit :
  • Semula jadi iaitu sesetengah kanak-kanak mengalami keadaan di mana usus besar mereka kurang aktif daripada biasa (slow colonic transit).
  • Boleh terjadi apabila kanak-kanak tidak mengendahkan rasa (urge) untuk membuang air besar kerana terlalu sibuk bermain atau mungkin enggan menggunakan tandas yang tidak biasa mereka gunakan contohnya sewaktu di sekolah.
  • Akibat menahan pembuangan najis untuk mengelakkan rasa sakit. Ini akan memburukkan lagi masalah sembelit yang dialami.
  • Ianya boleh diburukkan lagi dengan tabiat pemakanan yang kurang serat, kurang air atau terlampau banyak produk tenusu.
  • Jarang berlaku di mana sembelit disebabkan oleh penyakit seperti ketiadaan saraf di usus besar (Hirschprung’s disease), masalah saraf tunjang (spinal cord defect), masalah kurang hormon tiroid (hypothyroidism) dan masalah metabolik seperti tinggi tahap kalsium di dalam darah (hypercalcaemia).
Rawatan :
  1. Latihan pembuangan najis : Selalunya dilakukan selepas waktu sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Biasanya, seseorang akan mengalami rasa untuk membuang najis selepas makan kerana “gastrocolic reflex”. Kanak-kanak digalakkan duduk di mangkuk tandas yang bersesuaian saiznya dengan saiz kanak-kanak tersebut (penggunaan potty amat digalakkan jika perlu). Mereka perlu duduk di mangkuk tandas selama 2-3 minit walaupun telah membuang najis sebelum itu. Penggunaan “sticker” yang dilekatkan di diari atau carta yang direka dengan kreatif untuk memberikan motivasi boleh membantu.
  2. Penggunaan mangkuk tandas yang bersesuaian atau “potty” boleh mengelakkan rasa takut untuk jatuh apabila menggunakan tandas biasa. Ubat julap turut membantu mengelakkan rasa sakit apabila membuang najis yang keras.
  3. Pengambilan makanan tinggi serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran adalah digalakkan. Mengehadkan pengambilan susu lembu kepada 500ml sehari (untuk kanak-kanak lebih daripada 18 bulan) mungkin boleh membantu terutamanya pada kanak-kanak yang banyak mengambil produk tenusu.
  4. Untuk bayi yang mengalami sembelit, sila hubungi doktor anda kerana ada di antara mereka mungkin mengalami masalah alahan kepada susu lembu dan perlu intervensi khas. Untuk bayi berumur 6 bulan ke atas, ibu bapa boleh mencuba menambah sayur-sayuran dan buah-buahan di dalam diet mereka.
  5. Penggunaan ubat-ubatan (laxatives) di bolehkan atas nasihat doktor anda.
[credit to myheath.gov.my]

Antara vitamin atau makanan tambahan untuk membantu kanak-kanak dari mengalami sembelit

set kiddy shaklee
Mealshakes

· Kanak-kanak tiada atau kurang selera makan atau memilih makanan

· Kanak-kanak gemar makanan segera atau makanan ringan

· Kanak-kanak selalu demam atau kurang sihat terutama yang dijaga di taska atau nursery

· Kanak-kanak yang aktif bersukan atau bermain seharian

· Kanak-kanak yang mudah alami sembelit

Maklumat lanjut tentang Kebaikan Mealshakes. Silla KLIK

Omega Guard

· Amat penting bagi perkembangan dan fungsi otak

· Meningkatkan system imunisasi

· Menapis segala virus dan bacteria daripada badan

· Kanak-kanak yang mengambil Omega-3 sejak kecil dapat mengurangkan jangkitan pernafasan, demam dan selsema

Maklumat lanjut tentang Kebaikan Omega Guard. Silla KLIK

Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan, Mutiara Rini, Mutiara Mas.

Tuesday, 18 July 2017

A.V.E Ruam?

Bismillah...
Ruam merupakan masalah biasa di kalangan kanak-kanak. Ruam boleh terjadi dalam pelbagai situasi. Sebahagian daripada ruam boleh menjadi serius, tetapi kebanyakannya adalah tidak merbahaya. Ada sebahagian daripadanya adalah serius dan memerlukan rawatan perubatan. Sebahagian ruam terjadi dan sembuh dengan cepat, manakala sebahagian daripadanya mengambil masa yang lama. Ada juga ruam yang terjadi sembuh dengan cepat dan ada juga yang ambil masa beberapa hari untuk sembuh.
Apakah jenis ruam yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak?
Terdapat berbagai jenis ruam termasuklah:
  • Ruam panas.
  • Ekzema (inflamasi kulit secara superficial).
  • Kaligata (Urticaria).
  • Ruam alahan.
  • Kontak dermatitis.
  • Jangkitan kulat seperti panau dan kurap.
  • Jangkitan seperti demam disebabkan virus, campak, rubella, virus yang tidak khusus dan demam denggi.
  • Ruam lampin.
  • Sengatan dan gigitan.
Apakah tanda dan gejala?
Ruam ini biasanya berwarna merah, kering, bersisik dan gatal. Ruam yang serius boleh menyebabkan pembengkakan dan kemerahan.
Bagaimanakah ruam boleh dirawat?
  • Kebanyakan ruam sembuh secara spontan tanpa perlu dirawat.
  • Rawatan bergantung kepada jenis ruam kulit . Kebanyakan ruam yang disebabkan oleh virus akan hilang secara spontan.
  • Rawatan diberi bertujuan untuk memberi keselesaan kepada kanak-kanak.
  • Dengan berjumpa doktor dapat mengenalpasti jenis ruam dan rawatan khusus boleh diberi.
  • Pakai pakaian yang sesuai dan mandikan bayi lebih kerap.
Tips bagi menghentikan rasa gatal
  • Hindari keadaan panas dan lembab.
  • Mandi dengan air sejuk dan jangan menggunakan sabun tetapi gunakan pelembab atau krim berminyak sebagai ganti.
  • Gunakan pakaian yang sejuk dan kering di tempat yang gatal.
  • Sapukan losen ‘calamine’ pada ruam.
  • Mengambil ubat ‘antihistamine’ seperti yang diberi oleh doktor.
Bagaimanakah ruam boleh dicegah?
  • Bagi mereka yang alahan kulit, cuba hindari daripada bahan-bahan yang menyebabkan alahan.
  • Bagi ekzema, elakkan guna sabun kerana akan menyebabkan kering kulit. Gunakan pelembab atau bahan berminyak.
  • Jangan gunakan pakaian tebal bagi bayi.
  • Jika ruam disebabkan oleh alahan makanan, cuba elakkan makanan yang menyebabkan alahan.
Antara vitamin/supplemen yang disyorkan bagi membantu mengurangkan ruam/ekzema pada kulit

Rawatan ekzema/ruam untuk orang dewasa

rawatan ekzema/ruam untuk dewasa

Rawatan ekzema/ruam untuk kanak-kanak

rawatan ekzema/ruam untuk bayi dan kanak-kanak

Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan, Mutiara Rini, Mutiara Mas.

Sunday, 16 July 2017

A.V.E Mengidam Semasa Hamil

Bismillah...
Pengenalan
“Mengidam” adalah satu pengalaman yang biasa dialami oleh kebanyakan wanita hamil atau mengandung. Mengidam boleh diterjemahkan sebagai keinginan yang tinggi terhadap sesuatu jenis makanan yang dirasai ketika mengandung. Ada yang mengejutkan, bukan hanya makanan yang diidamkan tetapi juga bahan bukan makanan seperti kapur dan kepingan cat atau tanah. Mengidam makanan yang manis dan masin serta berempah atau yang tinggi kandungan lemak, merupakan subjek yang paling popular. Mengidam dialami mengikut waktu atau dalam tempoh kehamilan yang berbeza di antara seseorang wanita. Terdapat juga keadaan di mana seseorang wanita mengandung memilih untuk makan sesuatu yang sememangnya tidak akan dimakan pada hari-hari biasa jika tidak mengandung. Begitu pun, mengidam semasa mengandung tidak berlaku kepada semua wanita hamil.

Penyebab Berlakunya Mengidam Semasa Hamil
Sebenarnya, penyebab berlakunya mengidam atau penolakan sesuatu jenis makanan semasa mengandung masih tidak diketahui. Terdapat pelbagai faktor yang dikaitkan sebagai punca berlakunya mengidam. Menurut Siobhan Dolan, ada yang berpendapat mengidam atau penolakan semasa kehamilan sebenarnya merupakan satu faktor perlindungan, walaupun tiada data saintifik yang mencukupi untuk menyokong teori ini.
Perkara seperti peningkatan keperluan kalori serta zat makanan (nutrien) semasa kehamilan dan keperluan untuk pertumbuhan atau pembentukan janin merupakan alasan mengapa keadaan ini berlaku. Walau bagaimanapun, ada sesetengah saintis atau penyelidik menyatakan perubahan hormon semasa mengandung turut memberi kesan kepada deria bau. Ini secara tidak langsung memberi kesan dalam pemilihan dan pengambilan makanan.
Mengidam sesuatu jenis makanan semasa mengandung turut dikaitkan sebagai petanda berlakunya kekurangan zat makanan atau nutrien. Sebagai contoh, seseorang wanita hamil yang mengidam susu atau produk tenusu seperti keju menunjukkan kekurangan kalsium. Manakala mengidam makanan manis seperti coklat menandakan peningkatan keperluan kalori atau kekurangan vitamin B.

Adakah Mengidam Membahayakan?
Mengidam sesuatu makanan dan memakan makanan tersebut secara berlebihan dan tiada kepelbagaian (monotonous diet – makan satu makanan sahaja) adalah tidak baik dan boleh menjejaskan kesihatan wanita mengandung serta kandungannya. Walau bagaimanapun, mengidam bukanlah suatu kesalahan dan tidak membahayakan jika dapat mengawalnya. Walau sekuat mana anda mengidam sesuatu makanan, pastikan anda berfikiran waras. Fikirkan kesihatan anda dan bayi dalam kandungan.
Senarai di bawah merupakan makanan yang perlu diambil perhatian dan elakkan memakannya semasa anda hamil:
  • Makanan laut termasuk ikan, telur dan produk hasil daging/ayam yang mentah atau tidak dimasak secara sempurna
  • Susu dan produk tenusu seperti keju yang tidak dipasteur (unpasteurised milk)
  • Alkohol
  • Sayuran berakar yang tidak dibasuh bersih

Apakah Yang Perlu Dilakukan Jika Mengidam Semasa Hamil?
Sekali lagi dinyatakan, adalah tidak salah untuk anda mengidam semasa mengandung dan pada masa yang sama, masih dapat membekalkan segala nutrien yang diperlukan oleh anda dan bayi dalam kandungan. Walau bagaimanapun, pastikan anda tidak mengambil makanan tersebut secara berlebihan. Sebagai contoh, sekiranya anda mengidam untuk makan coklat, pastikan anda hanya makan 1 kepingan atau potongan kecil sahaja dan bukannya keseluruhan kepingan coklat. Pengambilan makanan yang tinggi kalori terutamanya yang tinggi kandungan gula dan lemak atau minyak boleh menyebabkan peningkatan berat badan yang berlebihan secara mendadak. Pertambahan berat badan yang berlebihan akan meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit diabetes semasa mengandung dan masalah tekanan darah tinggi.
Berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda lakukan sekiranya anda mengidam sesuatu jenis makanan:
  • Makan makanan yang seimbang dan pilih makanan yang kurang lemak serta tinggi serat seperti produk bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran serta kekacang. Sekiranya anda makan secara sihat setiap hari, sesekali anda mengidam makanan yang kurang berkhasiat dan diambil dalam jumlah yang sedikit tidak menjejaskan keperluan zat yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan.
  • Makan secara kerap dan boleh makan enam kali dalam sehari dalam jumlah yang sedikit tetapi mengenyangkan. Ini bagi membantu mengelakkan penurunan paras gula dalam darah sehingga sukar untuk  mengawal keinginan untuk makan.
  • Alihkan perhatian dengan keluar berjalan, bersembang, membaca atau menjauhi dapur anda atau kedai.
  • Beri tumpuan kepada makanan yang rendah kandungan kalorinya. Sekiranya ingin makan ais krim, pilih ais krim yang diperbuat daripada yogurt rendah lemak yang disejuk beku atau sorbet.
  • Sekiranya mengidam untuk makan kerepek kentang (bergoreng), pilih yang dibakar atau dipanggang dan kurang garam.
Walau apa pun makanan yang anda inginkan atau mengidam, yang penting ia diambil secara sederhana.
[credit to myhealth.gov.my]
Antara vitamin/supplemen yang disyorkan untuk wanita hamil bagi membantu tumbesaran bayi dalam kandungan secara tidak langsung membantu memberi nutrien yang lengkap untuk ibu-ibu hamil [SILA KLIK]
set kehamilan shaklee

Set kehamilan shaklee - Trimester Pertama

Set Kehamilan Shaklee _ Trimester Kedua & Ketiga

Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan, Mutiara Rini, Mutiara Mas.