Monday 30 June 2014

A.V.E : Part II - Bahaya Menjadi Perokok Pasif

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah baru hari dapat sambg semula mengupdate blog.  Sebelum saya nk pergi lebih jauh, saya ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak yang baru sahaja mula.  Saya harap semua pencinta Awesome Vitamins Ever dapat menjalani ibadah puasa dengan sempura dan ikhlas kerana Allah S.W.T.

Ok skarang berbalik ke cerita mengapa bahayanya menjadi perokok pasif berbanding perokok aktif?

Asap Rokok Akan Mengancam Kanak-Kanak
Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok.  Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adlah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif.  Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan.  Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.

Berikan Anak-anak anda Keidupan yang sihat
Mereka mungkin terpaksa pengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok basi.  Mereka akan membesar dengan memperayai merokok adalah satu tabiat normal.  Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara.  Jangan lakukan ini kepada mereka ye.

Berhenti Merokok - Kalau bukan untuk diri sendiri, lakukan ia untuk anak-anak kita.


Asap Rokok Basi Memudaratkan Kanak-Kanak
  • Anak-anak anda begitu bernilai, mereka membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada anda
  • Mengenangkan mereka akan membawa senyuman ke bibir anda
  • Jagalah mereka, sayangi mereka
  • Biarkan anak-anak anda permulaan yang baik dalam kehidupan
  • Pastikan kesihatan mereka terjamin dan masa depan mereka cerah
  • Berentilah meracuni mereka dengan asap rokok.
Rokok Mengancam kanak-kanak

Part III - Akan Bersambung Lagi...

Thursday 26 June 2014

A.V.E : Part I - Bahaya Menjadi Perokok Pasif

Mungkin sebahagian orang berfikir tidak merokok dapat mengelakkan dirinya dari pelbagai penyakit akibat merokok. Jangan salah, anda boleh saja merokok secara tidak langsung akibat dari asap rokok orang lain.

Itulah yang di sebut perokok pasif. Perokok pasif menghirup asap dari rokok orang lain yang tersebar luas di udara, maka di pastikan risiko penyakit yang di terima oleh perokok pasif sama dengan perokok aktif.

Tetapi, berdasarkan hasil penelitian membuktikan bahawa justeru bahaya yang di terima perokok pasif lebih tinggi dari perokok aktif. Sekitar 25 peratus zat berbahaya yang terkandung dalam rokok langsung masuk ke tubuh perokok aktif tersebut. Sedangkan 75 peratus lagi tersebar melalui asap perokok yang tersebar luas di udara yang kemudian tersedut oleh orang lain.

Selain itu, bahaya yang diterima perokok pasif lebih besar kerana perokok pasif menghisap asapnya tidak terfilter. Sedangkan racun yang diterima perokok aktif terfilter melalui hujung merokok. Tetapi semua akan berbalik berbahaya kepada perokok aktif jika ia kembali menghirup asap yang di hembuskannya.


Kerana itu, perokok aktif harus pandai memilih tempat yang betul untuk merokok agar tidak merugikan orang lain. Terutama pada anak kecil, anak kecil yang sering menjadi perokok pasif boleh mengganggu mental, bahkan mereka lebih terdedah terkena berbagai penyakit seperti asma, dan penyakit paru-paru di kelak masa tuanya.

Sebanyak 75% rakyat Malaysia tidak merokok -  kebanyakan adalah kanak-kanak dan wanita

Asap rokok menjejaskan kesihatan fizikal dan sosial kanak-kanak dan menyebabkan kemudaratan serta kematian.



Kanak-Kanak Sebagai Golongan Perokok Pasif
Perokok pasif tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok dan mempunyai risiko penyakit yang tinggi

  • 30% lebih tinggi mendapat kanser paru-paru
  • 25% lebih tinggi mendapat penyakit jantung

Apakah Kesan Fizikal Akibat Asap Rokok Terhadap Kanak-Kanak?

1. Semasa dalam kandungan:

  • Kesihatan akan terjejas teruk (keguguran atau kematian)
  • Kelahiran pra matang (tidak cukup bulan)
  • Bayi dilahirkan dalam keadaan kecacatan/fizikal tidak normal
  • Kurang berat badan semasa kelahiran
2.  Mata - berair dan lebih kerap berkerdip

3.  Otak dan kesan mental - kesan jangka panjang (kemungkinan tumor otak)

4.  Rambut - berbau

5.  Telinga - jangkitan telinga

6.  Pernafasan dan paru-paru - fungsi paru-paru merosot dan gejala pernafasan kronik (batuk, kahak, 
     asma/lelah dan jangkitan paru-paru)

7.  Jantung - peningkatan risiko penyakit jantung

8.  Darah - risiko limfoma

9.  Melecur atau terbakar - dalam kebakaran yang berpunca daripada api rokok

mata berair


Apakah Kesan Sosial Akibat Asap Rokok Terhadap Kanak-Kanak?
  • Perkembangan kecerdasan mungkin terjejas
  • Menghadapi masalah seperti hiperaktif
  • Kemungkinan kerap tidak hadir ke sekolah kerana sakit
  • Risiko menjadi perokok meningkat jika ahli keluarga merokok
  • Ketagihan kepada rokok dalam usia muda
  • Berketerampilan yang kurang elok seperti nafas, pakaian sentiasa berbau tidak enak dan gigi berwarna kekuningan
  • Masalah dalam pembelajaran seperti ponteng sekolah dan pencapaian akademik yang tidak begitu menyerlah
  • Keruntuhan moral seperti terlibat dalam aktiviti-aktiviti liar dan jenayah
  • Sering mengabaikan kesihatan diri sendiri 
bahaya asap rokok terhadap kanak-kanak 
Part II - akan bersambung...




Tuesday 24 June 2014

A.V.E : Posisi Tidur Bayi

gaya tidur bayi

Pengenalan
Pada keseluruhannya, bayi akan lebih tidur pada waktu siang dan malam hari, dia hanya akan terjaga apabila tiba waktu makan.
Bayi yang baru lahir tidak dapat membezakan siang atau malam dan boleh tidur dalam purata 16 jam sehari, 2 hingga 4 jam terus-menerus di antara waktu makan.
Gaya Tidur
Setiap bayi mempunyai keunikan gaya tidur secara tersendiri.
  • Bayi yang baru lahir pada keseluruhannya akan tidur 16 hingga 20 jam sehari dan terjaga apabila tiba waktu makan.
  • Masa terpanjang untuk bayi tidur selalunya 4 hingga 5 jam bergantung kepada daya tahan lapar.
  • Tiada jadual tidur yang tetap untuk bayi yang baru lahir. Pada biasanya, bayi akan mula mengenali waktu malam ketika berumur 3 bulan. Lebih kurang 90% bayi pada peringkat ini akan tidur sepanjang malam, iaitu 6 hingga 8 jam.
  • Kadangkala bayi akan menangis atau membuat bising jika tidak nyenyak tidur. Mereka akan terbangun dengan sendirinya semasa tidur di waktu malam. Ibubapa tidak perlu risau pada ganggguan ini kerana bayi perlu belajar untuk berada dalam keadaan ini.
  • Sekiranya bayi anda menangis berterusan selama beberapa minit, anda perlu memberi perhatian. Bayi mungkin lapar, basah, sejuk, tidak sihat atau sakit. Beri perhatian dengan segera tanpa perhatian yang berlebihan kerana bayi perlu meneruskan tidurnya.
Posisi Tidur
American Academy of Paediatrics mencadangkan posisi tidur yang sihat bagi bayi adalah "TIDUR TERLENTANG" dan bukan meniarap atau mengiring. Kejadian kematian bayi secara mengejut (Sudden Infant Death Syndrome-SIDS) telah berkurangan ke 50% semenjak posisi tidur ini dicadangkan pada tahun 1992. Posisi ini dikecualikan pada bayi yang cacat di bahagian kepala atau mempunyai lidah besar yang akan menyekat penafasan.
Tempat Tidur
Cadangan tempat tidur bayi:
  • Tidurkan bayi secara terlentang di atas tilam yang padat dan kemas di katil bayi mengikut tahap keselamatan terkini.
  • Jangan menggunakan bantal, pelapik tilam, selimut, permainan yang ada bahagian-bahagian kecil dan penghadang katil yang tidak selamat.
  • Jika menggunakan selimut, posisikan kaki bayi di penghujung palang katil.
  • Selimutkan bayi dengan selimut yang nipis ke paras dadanya.
  • Pastikan kepala bayi tidak tertutup dengan selimut apabila tidur.
  • Jangan tidurkan bayi atas tilam air, sofa, tilam yang lembut, bantal atau di permukaan yang lembut.
  • Pastikan bayi memakai pakaian yang nipis semasa tidur dengan suhu bilik yang sesuai.
  • Elakkan menyelimut bayi secara berlebihan dan pastikan suhu badan bayi tidak panas.
  • Bayi sepatutnya tidur terlentang. Bayi boleh di tiarapkan ketika jaga untuk perkembangan otot, mata dan bagi mengelakkan belakang kepala bayi menjadi leper.
Mengikut laporan, bayi yang berkongsi katil dengan orang lain boleh membahayakan bayi tersebut. Ikutilah panduan-panduan berikut:-
  • Letakkan katil bayi berdekatan dengan katil ibubapa untuk memudahkan penyusuan ibu dan sentuhan.
  • Sekiranya ibu memilih untuk menyusukan bayi di atas katil, pastikan bayi tidak tidur dalam posisi meniarap di permukaan tilam yang lembut atau cadar yang tidak kemas/longgar. Katil perlu dijauhkan dari dinding dan perabot untuk mengelakkan bayi daripada tersepit.
  • Orang dewasa selain dari ibu bapa dan anak-anak yang lain tidak boleh berkongsi tempat tidur dengan bayi.
  • Ibu atau bapa yang memilih untuk berkongsi tempat tidur dengan bayi tidak boleh merokok, menggunakan dadah atau mengambil alkohol yang akan membahayakan penjagaan bayi.
Membantu Bayi Tidur
Anda boleh menidurkan bayi anda dengan mengenalpasti masa yang sesuai untuk tidur dan menyediakan tempat tidur yang selesa dan selamat.
  • Hindarkan rangsangan yang berlebihan ketika menyusukan bayi di waktu malam dan ketika menukar lampin.
  • Gelapkan bilik dan pastikan bilik adalah selesa dan senyap.
  • Pakar menasihatkan agar bayi dipangku sebelum tidur dan dialihkan ke katil sebelum bayi tidur. Dengan cara ini bayi akan belajar tidur dengan sendiri.
  • Memainkan muzik yang berirama perlahan bila tiba waktu tidur, bantuan muzik boleh membentuk jadual tidur berkala.
[sumber www.myhealth.gov.my]

Monday 23 June 2014

A.V.E : Oh Kakiku!

Anda tidak memilih untuk menjadi seorang penderita diabetes.  Tetapi anda dapat memilih untuk menyelamatkan kaki anda.


penjagaan kaki yang betul


Cara-Cara untuk menjaga kaki anda:

Langkah 1:

  • Basuh kaki dengan sabun yang lembut setiap hari
  • Jangan rendamkan kaki lebih daripada 5 minit
Langkah 2
  • Keringkan kaki dengan baik teritama sekali di celah jari kaki
  • Potong kuku jari kaki secara melintang dan tidak terlalu pendek
  • Jangan gunakan krim dicelah jari kaki kecuai dinasihatkan oleh doktor/podiatris anda
Langkah 3
  • Jangan gunakan plaster atau ubat untuk belulang
  • Jangan gunakan alat tajam pada kaki
Langkah 4
  • Sapukan krim atau losen pelembap untuk membuat kulit lembut dan mengelakkan pecah kulit.  Elakkan kulit di celah kaki
Langkah 5
  • Kasut mesti selesa dan saiz bersesuaian
  • Jangan berjalan tanpa kasut, sama ada di dalam rumah ataupun di luar rumah
  • Periksa bahagian dalam kasut samada batu, objek tajam dan sebagainya
  • Stokin seharusnya tidak terelalu ketat. Gunakan stokin jenis kapas
Langkah 6
  • Jika terdapat luka, bersihkan bahagian tersebut dengan baik, keringkan dan sapu antiseptik.  Kemudian balutkan bahagian luka dengan pembalut yang bersih dan kering
Langkah 7
  • Periksa kaki anda setiap hari, celah jari-jari kaki, bahagian tumit dan tapak - Lihat samada terdapat luka, bengkak, bahagian yang merah, lepuh, bernanah atau tidak
  • Dapatkan bantuan saudara atau kawan, ataupun gunakan cermin jika anda mempunyai masalah memeriksa tapak kaki anda
Langkah 8
  • Bersenamlah selalu.  Jangan merokok dan jaga diet anda
  • Pengawalan paras glukos darah yang baik adalah penting untuk mengelakkan komplikasi
  • Periksa paras glukos dengan baik
  • Jumpa doktor seperti yang ditetapkan
Nota ringkas: Kawal diabetes anda. Selamatkan kaki anda dan jalani corak hidup yang sihat

[sumber KKM]

Antara supplemen yang disyorkan untuk mengawal paras gula dalam darah:

Diet Pesakit Diabetes. Sila KLIK

Untuk pesanan terus set diabetes. Sila klik


____________________________


Sila baca DISCLAIMER
Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

Sunday 22 June 2014

A.V.E : 5 Cara Mudah Rendahkan Paras Kolesterol

Manusia telah mencapai kemajuan yang luar biasa dalam dekad lalu.  Manusia kini hidup lebih lama dan melalui proses penuaan dengan lebih baik dan selesa. Penyakit-penyakit yang dulunya menundukkan nenek moyang kita seperti polio, batuk kering dan kusta, sebahagian besarnya telah dihapuskan.

Ironinya, musuh terbesar zaman ini muncul dalam saiz nano, iaitu dalam bentuk bakteria dan virus yang tampil ekoran gaya hidup seharian masa sekarang.  Penyakit yang paling serius melanda masyarakat dunia adalah penyakit jantung - pembunh nombor satu di negara ini, dan ia mendahului penyakit-penyakit berjangkit dan kanser.

Tekanan darah tinggi berkait lansung dengan insiden penyakit jantung, dan perkara ini telah pun bermula menjadi satu kelaziman.

Apa yang membimbangkan ialah satu pertiga daripada penduduk malaysia mempunyai tekanan darah lebih tinggi dari biasa, dan lebih buruk lagi, separuh daripada mereka tidak menyedari akan hal ini.  Ia adalah pembunuh tegar dalam senyap, menyentap nyawa 10 atau 20 tahun lebih awal dari yang sepatutnya.

Sebenarnya, mencegah penyakit jantung adalah satu perkara yang agak mudah.  Anda hanya perlu mempraktikkan gaya hidup sihat seperti tidak merokok, memantau pengambilan lemak dan garam, memastikan saiz hidangan yang berpatutan dan kerap bersenam.

Namun disebabkan ramai yang tidak dapat mempraktikkan petua-petua ini, penyakit jantung menjadi fenomena yang begitu berleluasa, amat sukar dikawal dan mencetus perbelanjaan penjagaan kesihatan yang telah meningkat sehingga berjumlah berbilion-bilion ringgit di seluruh dunia.

Pencegahan penyakit jantung memerlukan perubahan dalam gaya hidup - sesuatu yang dianggap sangat sukar untuk dilakukan.  Walaupun masih belum terlewat, kita biasanya menyedari perlu berubah setelah semuanya sudah terlambat dan kerosakan pada kesihatan sudah berlanjutan.

Usia, jantina dan sejarah keluarga merupakan antara faktor-faktor yang tidak boleh dikawal.  Tetapi diet, senaman dan lain-lain gaya hidup boleh memberikan perubahan yang besar dalam mengekalkan profil kolesterol yang sihat.  Di bawah diberikan langkah bagi membolehkan anda meningkatkan paras kolesterol baik secara semula jadi.


  1. Turunkan berat badan
          Manfaat : Penurunan 3 kg berat badan meningkatkan 1 mata HDL

    2.   Berjalan Pantas
          Manfaat : Peningkatan 2-4 mata HDL bersenam 20 minit sehari boleh meningkatkan                   kolesterol baik sehingga 2.5 mata

    3.  Tidak Merokok
         Manfaat : Secara purata, paras HDL perokok kurang 5 mg/dL berbanding bukan perokok

    4.  Pilih kekacang sebagai snek
         Manfaat : Paras HDL meningkat 2-3 mata. Disarankan anda mengambil sama ada                    walnut, pecan, almond, peanut, pistachio dan macadamia sekitar daripada 2 auns (57                gram sehari)

   5.  Ambil lebih kalsium
        Manfaat : paras HDL meningkat satu mata, kajian mendapati dengan mengambil 1000mg         supplemen kalsium sehari paras HDL meningkat 7%.

[sumber majalahisihat]


Antara supplemen yang dicadangkan untuk membantu anda menurunkan paras kolesterol


Phytocol-St Shaklee
♥ Memperbaiki fungsi imun (sel imun T)
♥ Seimbangkan tindakbalas imun
♥ Prostat yang membengkak boleh kurang
♥ Boleh membantu pesakit-pesakit diabetes.

Omega Guard
♥ Pengambilan asid lemak Omega-3 seperti DHA ada AHA boleh mengurangkan risiko                 penyakit jantung koronari
♥ Asid lemak Omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping 
   memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal

♥ Kesihatan Jantung

♥ Kanser

♥ Diabetes
♥ Kesihatan gigi
♥ Kesihatan mental
♥ Pengurangan berat
♥ kesuburan Lelaki
♥ Pengurangan kolesterol

♥ Menggalakan penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
♥ Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
♥ Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
♥ Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
♥ Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
♥ Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk - merawat azhameir
♥ Membantu merawat penyakit parkinson 
♥ Membantu memulihkan penyakit strok - angin ahmar
♥ Meningkatkan kesihatan imun badan
♥ Menggalakan kesihatan keseluruhan

rendahkan paras kolesterol


Rasa malu nak call saya atau macam tak sempat nk call, anda boleh juga membuat pembelian terus, semuanya hanya di hujung jari anda. Klik-klik, buat pembayaran then barang pun terus sampai depan rumah. Mudahkan!!

Happy Shopping!!


 Order Now

Sila baca DISCLAIMER
Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*


Thursday 19 June 2014

A.V.E : Adakah Anda Subur?

kesuburan
Adakah Anda Subur

Tahap kesuburan seseorang dipengaruhi oleh pelbagai faktor.  Tidak hanya dengan gangguan haid menyebabkan anda tidak subur.  Namun begitu, pelbagai maklumat kadang kala membuatkan masyarakat keliru tentang kesuburan mereka.  Jom kita semak kembali tahap kesuburan anda melalui mitos ini.

MITOS: Jika haid teratur, maka saya pasti subur

FAKTA : Masalah haid yang tidak teratur disebabkan pelbagai masalah seperti Sindrom Polistik Ovarium (PCOS) atau stres.  Oleh itu, jika haid anda teratur, ini tidak menjamin anda bebas daripada masalah kesuburan.  Masalah kesihatan lain juga boleh menjadi penghalang kesuburan anda.  Antaranya tiub falopio tersumbat, masalah tulang rahim dan sebagainya.

MITOS : Jika saya menjaga kesihatan, maka kesuburan saya turut terjaga

FAKTA : Diet sihat, pola pemakanan yang baik dan gizi seimbang serta olahraga secara teratur sememangnya disarankan agar mudah untuk anda mengandung.  Tetapi ia tidak bermakna tubuh anda berada di dalam keadaan terbaik untuk mengandung dengan mudah.  Masalah dalaman mungkin juga menjadi penyebab anda tidak subur.

MITOS : Jika saya pernah punya bayi, maka saya tidak punya masalah jika ingin hamil lagi

FAKTA : Semakin meningkat usia seorang wanita, maka boleh dikata ia juga mempengaruhi tahap kesuburannya dan kemampuannya untuk mengandung.  Jadi, tidak boleh dipastikan bahawa anda mampu mengandung dengan mudah atau sebaliknya walaupun anda pernah punya anak sebelumnya.

MITOS : Ketidaksuburan merupakan masalah kaum wanita saja.

FAKTA : Ketidaksuburan terjadi kepada semua kaum, baik wanita, mahupun lelaki.  Jadi, jika pasangan sukar memiliki anak, maka ada beiknya keduanya berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

MITOS : Usia mempengaruhi kesuburan

FAKTA : Benar, tingkat kesuburan seorang wanita mula menurun ketika usianya memasuki 30 tahun.  Namun begtiu, masih ada yang mampu mengandung ketika usia menjangkau 40 tahun secara semula jadi dan ada juga yang menggunakan teknologi.  Usia terbaik untuk mendapatkan anak adalah sebelum 30 tahun.

MITOS : Kitaran haid yang teratur adalah 28 hari

FAKTA : Salah.  Tidak ada kitaran haid yang tepat. Tubuh setiap manusia berbeza-beza.  Ada yang mengalami kitaran haid yang panjang dan ada yang pendek. Tetapi kiraan haid 28 hari merupakan kitaran yang biasanya dialami oleh wanita.

Set Kesuburan Wanita


set kesuburan wanita


Boleh juga membuat pembelian secara ONLINE!
 Order Now

Set Kesuburan Lelaki


set kesuburan untuk lelaki dan set jantung sihat
Set Lelaki Perkasa


Boleh juga membuat pembelian secara ONLINE!
 Order Now

Sila baca DISCLAIMER
Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

Tuesday 17 June 2014

A.V.E : Jangan Ambil Enteng Dengan Masalah Gout

Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Istilah “gout” berasal daripada perkataan bahasa Latin, “gutta” yang bermakna ‘setitis’, disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.
Peringkat Gout
Gout mempunyai empat peringkat yang nyata:
1. asimptomatik
2. akut
3. interkritikal
4. kronik.
Dalam peringkat pertama (asimptomatik), aras asid urik plasma bertambah, tetapi tanpa sebarang gejala. Serangan gout pertama menandakan peringkat kedua (akut). Serangan-serangan yang tidak teruk biasanya hilang dengan cepat, manakala serangan-serangan yang teruk berlangsung selama beberapa hari atau juga beberapa minggu. Selepas serangan pertama, pesakit itu masuk peringkat interkritikal atau jarak waktu yang bebas daripada gejala. Tempoh ini mungkin berlangsung selama beberapa bulan atau juga tahun. Kebanyakan pesakit gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan hingga dua tahun dari serangan pertama.
Pada peringkat terakhir (kronik), serangan-serang gout menjadi lebih kerap serta poliartikular, iaitu serangan itu membabitkan banyak sendi pada setiap masa. Tofus-tofus besar juga boleh didapati di dalam banyak sendi. Dalam kes-kes gout kronik yang sudah teruk, kerosakan ginjal, hipertensi, dan karang ginjal boleh juga terjadi.
Punca gout antaranya ialah:
1. Tidak cukup minum air sehari iaitu kurang dari 2L sehari
2. Gemar sangat makan kacang tanah, kacang putih dan kacang bergaram
3. Gemar makan buah-buahan jeruk
4. Gemar makan mee segera
5. Gemar dan kerap mengambil Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa
6. Gemar dan kerap makan mi kuning dan roti canai.
7. Gemar dan kerap minum teh kedai
8. Gemar dan kerap makan cokelat dan Milo dan segala sejenisnya
9. Gemar dan kerap ambil durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan dengan kuantiti yang banyak.
10. Gemar dan kerap makan jambu dan tembikai termasuk tembikai susu
11. Kerap dan banyak mengambil kerang, ketam, udang dan sotong serta telur masin
12. Kerap dan banyak makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
13. Kerap dan banyak mengambil kordial SUNQUICK serta kordial lainnya
14. Terlalu kerap makan makan kari
15. Tidak suka makan sayur terutama sayuran pahit.
16. Kerap makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma
17. Kerap mengambil ubat pain killer
18. Gemar makan dan kerap fastfood seperti burger dsbnya
19. Penggambilan ubat supplement yang bermacam.
masalah gout kronik
Masalah Gout
Pencegahan
Rawatan jangka panjang (untuk serangan-serangan yang kerap) ialah terapi antihiperurisemia. Perubahan diet boleh mengurangkan aras urat plasma jika diet itu tidak banyak mengandungi purina kerana badan akan memetabolismekannya menjadi asid urik. Diet yang disyorkan ialah makanan-makanan peneutral purina, seperti buah-buahan segar (khususnya buah ceri, dan strawberi) dan kebanyakan sayur-sayuran segar, jus saderi tercair, air suling, serta vitamin B-kompleks dan vitamin C. Alkohol serta makanan purina tinggi, seperti daging, ikan, kacang (termasuk lentil, dan kacang pea), cendawan, daun bayam, pucuk asparagus, dan kubis bunga, harus dielakkan.
Salah satu ubat semula jadi yang kuat ialah ekstrak buah beri yang terdiri daripada bilberi, beri biru, ceri.atau manggis. Bahan-bahan antosianida yang memberikan warna biru dan unggu kepada beri-beri tersebut menjadi bahan anti radang selepas memasuki badan. Ini mungkin merupakan pilihan yang lebih baik untuk pesakit-pesakit transplan yang sering menghidap gout, disebabkan pertambahan ketoksikan dan bebanan pada ginjal yang diakibatkan oleh ubat penindas keimunan.
Langkah pertama yang perlu diambil dan diamalkan bagi menjarakkan diri dengan Gout adalah penjagaan fungsi sepenuhnya buah pinggang. Selagi buah pinggang masih kuat dan berfungsi kita masih mempunyai harapan untuk melawan Gout. Untuk ini sila laksanakan cadangan berikut
1) Minuman yang diambil hendaklah melebihi 2L sehari. Orang yang banyak bekerja kuat dan berpeluh perlu mengambil air yang lebih dibanding dengan orang yang bekerja ringan. Masalah kurang minum ini lebih parah di kalangan orang Melayu.
2) Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala jenis kacang bergaram.
3) Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll
4) Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan jeruk anggur.
5) Elak memakan mi segera seperti mi maggi dsb.
6) Elak memakan makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring dsb.
7) Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei). Segala produk yang menggunakan tepung putih juga perlu dielakkan seperti roti dan pizza.
8) Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa kerana kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia, pewarna dan perisa.
9) Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.
10) Elakkan chokelat dan minimakan air milo. Gantikan Milo dengan horlick.
11) Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.
12) Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu.
13) Kurangkan atau minimakan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja).
14) Elakkan tembikai dan tembikai susu.
15) Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.
16) Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
17) Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti kepak dan peha.
18) Elakkan makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
19) Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma
20) Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.
21) Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.
22) Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.
23) Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis
24) Elakkan berlari dan melompat (gantikan dengan berjalan) bagi yang sudah mengalami gout
25) Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang
26) Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.
27) Elakkan jering, petai dan kerdas
28) Elakkan menaiki motorsikal dengan kedudukan kaki ke hadapan seperti menaiki motorsikal Jaguh.
29) Elakkan sebarang uabat-ubatan seperti pain killer dsb
30) Elakkan mengambil sebarang supplement seperti multivitamin dsb
31) Kurangkan atau elakkan tepung putih (tepung gandum) serta makanan yang dibuat daripadanya termasuk roti putih. Tepung ata yang digunakan membuat capati adalah baik. Saya masih belum pasti apakah kandungan sebenarnya tepung putih ini yang merosakkan buah pinggang, apakah bahan kimia Benzoyl Peroxide didalamnya yang digunakan untuk memutihkan tepung ini atau kandungan campuran lain dalam tepung ini.
32) Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri
33) Elakkan sayuran jeruk
34) Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin
35) Elakkan telur masin
36) Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)
37) Elakkan makanan segera (Fast food) seperti KFC, Mc Donald, burger, sosej, naget dsb- Amerika adalah negara terhebat di dunia dengan fast food diikuti dengan Hong Kong, Australia dan England. Amerika juga adalah negara terhebat dengan penyakit berkaitan buah pinggang diikuti oleh Hong Kong, Australia dan England 
38) Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.
39) Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)
40) Kurangkan makanan bersantan
41) Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk ajinomoto.
42) Susu, yogurt, keju, kacang dan kekacang, mentega kacang dan sesetengah produk soya
43) Kurangkan makanan bersantan
44) Wajib dihindari: Sarden, (ginjal, limpa, usus, hati, jantung,), otak, kaldu daging, bebek, angsa, burung, kerang, minuman beralkohol, makanan beragi.
45) Wajib dibatasi Asparagus, buncis, kacang polong (maksimum 50 gr/hari), kacang hijau, kacang merah, kacang tanah (maksimum 25 gr/hr),Daging, ayam, ikan (bandeng, tongkol, tengiri, bawal) — (maksimum 50 gr/hari), Tahu, tempe, oncom (maksimum 50 gr/hr).
46) Bila kadar asam urat darah lebih dari ukuran normal (di atas 7 mg/dL), hendaknya menghindari makanan golongan A dan membatasi konsumsi makanan golongan B. Yang masuk golongan A adalah hati, ginjal, otak,jantung, seafood, dan sebagainya. Makanan itu mengandung 150-1.000 mg purin dalam setiap 100 gr bahan pangan.
47) Bahan pangan golongan B antara lain daging sapi, ikan laut, kacang kering, bayam, kembang kol, dan sebagainya. Kadar purin dalam jenis makanan itu sekitar 50-150 mg purin dalam setiap 100 gr bahan pangan.
48) Jenis makanan yang relatif aman untuk dikonsumsi yaitu yang masuk golongan C, seperti keju, susu, telur, oncom, dan sebagainya. Dalam setiap 100 gr bahan pangan tersebut terkandung sekitar 0-15 mg purin.
49) Elak makanan laut, daging merah seperti daging lembu dan kambing.
Cadangan untuk melegakan kesakitan
Peredaran darah di sekitar sendi yang tidak dapat bergerak boleh diperbaiki melalui mandi air suam. Perbuatan ini melegakan bengkak dan mengurangkan penghabluran asid urik. Pastikanlah bahawa kawasan itu kering sebelum mengenakan pakaian. Pendekatan yang akal untuk merawat bengkak dan keradangan biasa adalah untuk menggunakan pek ais. Bagaimanapun, oleh sebab penghabluran asid urik dipercepat oleh suhu rendah, penggunaan pek ais hanya akan memburukkan keadaan ini. Oleh itu, seseorang harus membuat sebaliknya dan merawat gout dengan kehangatan.
Berbekam dan bekam lintah ternyata antara salah satu alternatif selain ubatan moden yang digunakan untuk menghilangkan serta mencegah penyakit gout. Keberkesanan bekam lintah dalam menyembuh penyakit ini adalah kerana wujudnya hirudin (pencair darah) dalam air liur lintah itu sendiri.
Makanan atau amalan yang perlu diamalkan selalu diantaranya ialah:
1. Minum air masak / suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur. Lebih elok lagi sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu kencing
2. Amalkan minum teh misai kucing 2 uncang sehari.
3. Makan peria dan peria katak
4. Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan
5. Susu tepung (bukan anelene, HL atau low fat)
6. Minyak zaitun. Satu sudu besar sehari adalah amalan yang disarankan
7. Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dsb
8. Buah Delima
9. Epal hijau 2 biji seminggu
10. Burung seperti burung puyuh dan merpati
11. Daging itik, rusa, pelanduk, landak, arnab dan sebagainya
12. Garam kasar menggantikan garam halus
13. Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen atau pun tab mandi) atau SPA.
14. Makan lebih banyak sayur-sayuran
15. Penggambilan HABBATUSSAUDA
16. Minum air kelapa dara 1 sudu besar sehari atau 2 kali sehari. Sekiranya sudah mengambil minyak zaitun, tidak perlulah lagi mengambil minyak kelapa dara ini. Sekiranya sudah mengambil minyak kelapa dara, tidak perlulah lagi mengambil minyak zaitun.
Di samping mendapatkan rawatan doktor yang berkelayakan, pesakit boleh cuba amalkan Set Gout Shaklee  yang mengandungi:
Alfalfa , Performance Drink dan Omega Guard .

Fungsi-fungsi Set Gout Shaklee adalah:
Alfalfa  - detoks semulajadi bertugas menyingkirkan toksik dari badan. Pengamal Alfalfa perlu mengambil air yang banyak (sebaik-baiknya 3-4Liter sehari) untuk membantu melancarkan proses detoks. 


Performance Drink   -  memelihara atau seimbangkan kandungan air dalam badan supaya badan tidak mengalami dehidrasi. Pesakit gout perlu menyingkirkan asid urik dengan lebih kerap kencing. Air yang mencukupi dalam badan amat penting untuk melancarkan proses pembuangan asid urik. Performance Drink berfungsi mengantikan air yang hilang dan memelihara tahap air dalam badan pesakit. 


Omega Guard  – mengelakkan keradangan sendi dan mengurangkan kesakitan. 


Advanced Joint Health Tabletkombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yg dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yg sihat. Ia dihasilkan dari ramuan yg bertindak dgn pantas bagi menyokong makanan kesihatan yg diperlukan oleh sendi-sendi.

set gout shaklee
Set Gout Shaklee


Info tambahan : Majoriti pesakit gout adalah lelaki dalam lingkungan usia 30 hingga 60 tahun. Kaum wanita (sebelum putus haid) jarang mendapat penyakit ini. Sakit Gout ini mungkin boleh sembuh dengan syarat pesakit mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya sepanjang masa.

Rasa malu nak call saya atau macam tak sempat nk call, anda boleh juga membuat pembelian terus, semuanya hanya di hujung jari anda. Klik-klik, buat pembayaran then barang pun terus sampai depan rumah. Mudahkan!!
Happy Shopping!!
 Order Now

Sila baca DISCLAIMER
Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*