Wednesday 31 May 2017

A.V.E Adakah Makanan Kesihatan Atau Pemakanan Tambahan Memberi Manfaat?

Adakah Makanan Kesihatan atau Pemakanan Tambahan Memberi Manfaat?


Kalau kita ke supermarket atau farmasi, kita akan lihat banyak vitamin dan makanan kesihatan atau pemakanan tambahan yang dipamerkan. Maklumat-maklumat pemakanan yang tercatat di kotak produk tersebut sudah cukup untuk membuat kita pening kepala. Apakah vitamin atau mineral yang tercatat pada kotak-kotak tersebut dapat memberi manfaat kepada kita?

Beberapa kajian menunjukkan vitamin dan mineral tertentu dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 30 hingga 40 peratus malah dapat memperlahankan perkembangan penyakit tersebut. Vitamin juga membantu memperkuatkan sistem imun dan mereka yang mengambil vitamin dan mineral dipercayai mempunyai sistem imun yang lebih kuat. Sekiranya sistem imun kita lemah, kita akan terdedah kepada serangan berbagai-bagai penyakit dari dalam dan luar badan kita.

Jadi, pengambilan makanan kesihatan memberi manfaat kepada kita. Janganlah pula anda tidak menjaga makanan anda dan mengharapkan pemakanan tambahan melakukan keajaiban. Makanan kesihatan dapat membantu mencegah penyakit walaupun anda mungkin memerlukan 6 bulan untuk melihat keberkesanannya. Janganlah itu pula dijadikan alasan untuk tidak mengambilnya. Semakin awal anda bermula, semakin awal keberkesanannya.

Satu lagi cabaran ialah membantu sistem tubuh yang mula menurun. Apabila usia makin meningkat, kecekapan sistem tubuh kita tidak lagi seperti dulu. Sebagai contoh, perut kita tidak mempunyai cukup asid untuk membantu menyerap nutrien dari makanan. Ini bermakna sebanyak 40% dari nutrien dalam makanan tidak dapat diserap membuat kita kekurangan vitamin D, B6, B12, riboflavin, folat dan kalsium. Kebolehan sistem tubuh menyimpan nutrien juga menurun disebabkan oleh peratus lemak tubuh yang meningkat bersama umur.

Walaupun metabolisma membuatkan kita hidup dan sihat, ia juga menghasilkan sisa yang boleh membahayakan tubuh kita. Radikal bebas dan bahan lain yang terhasil dari proses metobolisma boleh merosakkan sel DNA dan membawa kepada banyak kesan umur tua. Kita memerlukan antioksida untuk melindungi diri dari serangan radikal bebas. Namun begitu, semakin meningkat usia, semakin susah untuk kita memperolehinya dari makanan harian. Jesteru kita perlu mengambil vitamin dan mineral tentu untuk memperolehi kesihatan optimum.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan jumlah vitamin dan mineral yang diambil tidak melebihi had yang ditetapkan. Anda dinasihatkan untuk bertanya kepada doktor mengenai makanan kesihatan yang ingin diambil. Ini disebabkan terdapat beberapa makanan kesihatan yang tidak sesuai diambil bersama ubat-ubatan.

Disenaraikan beberapa tips untuk anda:
  • Elakkan multi-vitamin dengan formula "time release". Ketika sampai masa untuk hancur, ia mungkin terlalu jauh di dalam perut di mana penyerapan adalah lemah.
  • Simpan vitamin jauh dari tempat panas dan lembab.
  • Ambil vitamin bersama makanan kerana beberapa nutrien memerlukan lemak untuk berfungi. Jesteru mengambilnya bersama makanan rendah lemak adalah terbaik.
  • Semak tarikh "baik sebelum". Anda mungkin berjimat dengan membeli dalam kuantiti yang banyak, tetapi sebenarnya akan merugikan jika tidak dihabiskan sebelum tamat tempoh.
  • Jika anda merokok, walaupun tak kuat, ambil lebih vitamin dan mineral terutamanya vitamin C.
Cadangan supplemen untuk melengkapkan nutrisi harian anda dan memperolehi kesihatan optimum. In Shaa Allah...

Daily Essential Set/Set Keperluan Harian



Sustained Release Vita-C PlusTM
Vitamin C semula jadi untuk kesihatan gigi, gusi, tulang, kolagen dan hampir kesemua elemen yang membentuk tubuh badan kita.

OmegaGuard
Membekalkan spektrum luas tujuh asid lemak penting omega-3 bergred farmaseutikal dan dilengkapi dengan proses penyulingan proprietari molekul tiga peringkat

Vita-Lea® Iron Formula
Memberikan 28 vitamin penting dan mineral utama untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan optimum.

B-Complex
Vitamin B memainkan peranan penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukar makanan kepada tenaga untuk sel-sel anda.

ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder
Makanan lazat yang kaya dengan kalsium and protein. Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
Nota: Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari.

credit : http://www.kesihatan.biz/artikel/makanan_kesihatan.php
Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan, Mutiara Rini, Mutiara Mas.

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*


Tuesday 30 May 2017

A.V.E Kekal Langsing di Hari Lebaran

Bismillah...
Seperti yang kita semua maklum, Berpuasa di bulan ramadhan adalah salah satu syarat wajib rukun islam yang ketiga. Macam biasalah setiap tahun pelbagai juadah disediakan untuk berbuka puasa. Kadang-kadang tu sampai terlebih beli makanan disebabkan nafsu makan orang berpuasa untuk makan macam-macam.

Di sini, suka saya nak berkongsi tips untuk kekal langsing pada lebaran nanti :


KAWAL NAFSU MAKAN
  • Memang pelbagai jenis hidangan yang akan terhidang di atas meja pada lebaran nanti. Apa yang anda boleh buat, cuba kawal nafsu makan. Fikirkan betapa susah anda hilangkan 6 kg semasa berpuasa.
  • Ambil masa beberapa saat sebelum membuat keputusan untuk memilih makanan. Cara ini membantu anda untuk mengambil jumlah makanan yang anda inginkan secara terkawal.
  • Ambil makanan dalam jumlah yang sederhana dan terkawal untuk beri peluang kepada sistem penghadaman badan terus berfungsi dengan baik sepanjang Aidilfitri.

JANGAN LUPA MINUM AIR
  • Air yang dimaksudkan ialah AIR PUTIH yaaa.. Ambil air putih secukupnya dan jangan lupa makanan yang berserat tinggi untuk elakkan sembelit.

KURANGKAN MAKANAN MANIS
  • Kebanyakan makanan yang dihidangkan semasa lebaran terdiri dari yang berlemak, dan mengandungi garam tinggi. Minuman berkarbonat, kordial dan bersoda juga sangat popular. Tidak salah untuk ambil minuman sedemikian tetapi ikuti dengan segelas air putih.

PENGAMBILAN BUAH KURMA
  • Pengambilan beberapa biji buah kurma di awal pagi sangat bagus. Anda juga digalakkan mengambil makanan seperti roti gandum penuh, susu rendah lemak dan sepotong buah buahan sebagai sarapan ringan sebelum menjamah juadah hari raya.

HADKAN HIDANGAN TENGAHARI & MALAM
  • Untuk hidangan tengahari dan malam, anda boleh menambah pengambilan  sayuran dan buahan segar. Ia amat penting untuk membantu penghadaman makanan yang anda ambil sepanjang hari tersebut.
(credit :captvitamin.com)

Ish.. macam mustahil jek kan nak ikut tips secara alami seperti di atas? 

JANGAN RISAU.. SHAKLEE ada penyelesaian bagi masalah ‘pantang tengok’ anda itu… sebelum bajet habis untuk duit raya dan persiapan raya.. apa kata bahagikan sikit bajet tu untuk pastikan anda kekal langsing kurus menawan walaupun selepas hari raya…

Testimonial diri sendiri yang ambil set nih, yang saya perasan.. walaupun makan banyak tapi berat tak naik.. maintain jek.. menarik kan? hehehe.. nak tau rahsia, tips dan cara makan SET KURUS BAJET SHAKLEE sempena Lebaran ni.. baik order cepat cepat. Konsultasi eksklusif hanya untuk pelanggan A.V.E sahaja ...In Shaa Allah. Rugi ooo sape yang tak grab set ni.



Lecithin – Membantu memecahkan lemak

Alfalfa – Mambantu menyingkirkan toksin dalam badan

Herblax – Melancarkan pergerakan usus

Garlic – Melegakan perut yang tidak selesa dan mencairkan kolesterol


Di sini saya ingin memohon maaf sekiranya saya ada tersalah berbicara sepanjang menulis blog ini. Selamat Berpuasa untuk semua semoga bulan ramadhan kali ini diberkati dan segala amalan kita diterima oleh Allah s.w.t. In Shaa Allah. Aamiin ya rabb.



Sila baca DISCLAIMER


Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan, Mutiara Rini, Mutiara Mas.

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

Monday 29 May 2017

A.V.E Berapa Banyak Air Yang Perlu Diminum?

Berapa Banyak Air Yang Perlu Diminum?


Ada orang kata jangan minum air banyak-banyak. Minum seteguk dua saja, ini petua untuk awet muda. Ada pendapat yang mengatakan kita perlu meminum 8 gelas sehari. Yang mana betul?

Pendapat yang pertama, memang tidak betul. Yang kedua? Tidak berapa betul! "8 gelas sehari" lebih merupakan sebagai lagenda yang telah diterima sebagai fakta.

Baru-baru ini, Jurnal Psikologi Amerika mendedahkan bahawa tidak terdapat bukti saintifik yang dapat menyokong teori "8 gelas sehari". Jangan salah faham pula. Saintis tersebut bukan mengatakan kita tidak memerlukan air. Tetapi nasihat agar kita mengambil 8 gelas air sehari bukanlah satu nasihat yang baik.

Pertama, kita perlu meminum air berulangkali di sepanjang hari. Meminum 8 gelas di waktu pagi dan mempercayai bahawa anda sudah meminum air yang cukup untuk hari tersebut adalah berbahaya.

Mereka yang meminum air, walau setengah gelas, pada setiap jam akan mendapati diri mereka begitu bertenaga.

Berapa banyak yang perlu diminum? Ianya bergantung kepada cuaca dan aktiviti yang anda jalankan. Lebih banyak anda kehilangan air, lebih banyak yang perlu diminum, lebih banyak dari 8 gelas. Tetapi jangan pula meminum terlalu banyak. Kenapa pula? Meminum terlalu banyak air boleh menyebabkan keracunan air (sekiranya menahan membuang air kecil) ataupun situasi elektrolit tak seimbang.

Peringatan: Lebih banyak anda meminum air, lebih banyak anda perlu menggantikan elektrolit anda. Di mana anda boleh memperolehi bekalan elektrolit? Dari air minuman sukan seperti 100 Plus, Excel dll.
Antara cadangan untuk kita menambah elektrolit dan mengurangkan dihidrasi ketika berpuasa kita boleh mengambil Performance Drink

credit : http://www.kesihatan.biz/artikel/makanan_kesihatan.php

Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan, Mutiara Rini, Mutiara Mas.

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

Sunday 28 May 2017

A.V.E Stres dan Cara Mengatasinya

Stres dan Akibatnya



Keadaan atau masa yang menimbulkan stres selalu berlaku. Perkara ini tidak dapat dielakkan memandangkan gaya hidup di dunia moden yang serba pantas ini.

Adakah anda tahu mengenai pelbagai kesan stres ke atas sistem tubuh kita? Ia boleh merosakkan beberapa sistem. Ia malah mampu melemahkan tubuh kita hingga ke satu tahap di mana sistem imun berputus asa.

Daripada hanya membaca maklumat ini begitu sahaja, adalah penting untuk kita mengambil pendirian. Buatlah keputusan untuk membuat apa saja yang terdaya untuk mengurangkan kesan buruk stres. Stres boleh membunuh, justeru jangan biarkan ia membunuh anda atau orang yang anda sayangi. Individu yang mengalami stres sentiasa kehilangan tenaga yang diperlukan untuk menjalani kehidupan seharian. Jika ini berlaku, ianya boleh menyemai sikap negatif dalam kehidupan mereka. Kemurungan akan berlaku dan mencetuskan kesan negatif kepada kehidupan individu berkenaan.

Kegagalan menangani stres juga boleh membawa kesan buruk ke atas kesihatan seseorang. Lazimnya sistem imun dapat mempertahankan tubuh dari penyakit. Namun begitu, stres boleh melemahkan sistem imun. Jika ini berlaku, individu berkenaan akan lebih mudah mendapat penyakit berbahaya seperti kanser dan masalah jantung. Pada masa yang sama, jika dia sedang berhadapan dengan masalah kesihatan, ianya boleh memburukkan lagi keadaan.

Umum mengetahui penyakit jantung merupakan penyebab kematian nombor satu di dunia. Sebahagian dari simptom atau pertanda penyakit jantung mempunyai kaitan dengan stres. Peningkatan tekanan darah yang mendadak dan debaran jantung berterusan adalah antara tanda-tandanya. Berasaskan fakta-fakta tersebut, adalah penting untuk seseorang untuk berbuat sesuatu sekiranya mereka mendapati diri mereka tidak berupaya menangani stres. Mereka perlu mengatasi masalah tersebut secepat mungkin untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa stres yang boleh membunuh.

Cara Mudah untuk Mengatasi Stres

Ada beberapa langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan kesan buruk stres. Dengan mengamal langkah-langkah berikut, risiko untuk mendapat kesan buruk stres dapat dikurangkan.

1. Pemakanan yang Betul

Makan makanan yang betul membantu kita menghadapi cabaran kehidupan seharian. Pastikan anda tidak terlupa untuk makan pada waktu makan agar anda mempunyai tenaga yang cukup untuk melaksana tugas seharian. Pada masa yang sama, mengambil diet yang seimbang akan menjamin tubuh mendapat zat makanan yang diperlukan. Justeru pastikan anda mengambil makanan yang menyumbang kepada kesejahteraan anda. Ambil protein, vitamin B (B6 dan B12), asid folik dan mineral.
2. Jangan Membebankan Diri

Kadangkala seseorang itu terlalu bercita-cita tinggi dan terlupa akan kemampuan diri. Justeru penting untuk kita mengelak diri dari mengambil tugas lebih dari yang mampu dilaksanakan. Laksanakan tugas sedikit demi sedikit. Pecahkan tugas yang besar kepada beberapa tugas kecil yang boleh diselesaikan dalam tempoh yang lebih pendek. Dengan cara ini, ia akan meringankan beban tubuh dan minda kita.

3. Berehat

Jika anda selalu sibuk dan tidak cukup tidur, fikir semula baik-baik. Badan kita perlu rehat selepas bekerja untuk beberapa ketika. Justeru jangan biarkan seminggu berlalu tanpa rehat dan tidur yang nyenyak. Cubalah ambil cuti selepas melaksana beberapa siri tugas berat. Mendengar musik klasik yang baik atau mengambil masa untuk bersendirian dan merehatkan minda akan membantu kita dalam jangka masa yang panjang.

4. Berinteraksi dengan Famili dan Rakan

Adalah bagus menjadi seorang yang kuat kerja. Namun begitu jangan lupa, sebagai seorang manusia kita memerlukan sokongan orang di sekeliling kita. Pastikan anda meluangkan masa untuk melakukan aktiviti masa lapang bersama famili dan juga rakan-rakan. Ini akan menghilangkan sebarang kerungsingan yang bermain di minda. Dalam masa yang sama ianya akan menolong anda membina pandangan positif apabila anda kembali bertugas.

Stres sebenarnya boleh membunuh tetapi ianya tidak perlu begitu. Penting untuk seseorang itu mempunyai kawalan ke atas kehidupannya. Lindungi diri dan kesihatan dengan mengamalkan langkah-langkah yang akan membantu mengurus stres dengan baik.

Untuk menghadapi kehidupan seharian dari perspektif baru, sila layari:
http://www.mymotivasi.com/
Antara vitamin yang boleh mengurangkan stress anda...

Stress punca penyakit jantung SILA KLIK
Sila baca DISCLAIMER


Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan, Mutiara Rini, Mutiara Mas.

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

A.V.E 8 Langkah Untuk Gaya Hidup SIhat

8 Langkah Untuk Gaya Hidup Sihat

Minum Air Secukupnya
1. Minum banyak air suam atau air mineral untuk membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan



Diet yang Sihat

2.Makan yang cukup tetapi bukan berlebihan. Cara terbaik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.

Jangan Merokok


3. Jangan merokok kerana ia menjejaskan kulit dan kesihatan.

Bersenam


4. Bersenam baik untuk kesihatan dan rohani. Lakukan walaupun hanya 10 minit sehari.

Tangani Stress


5. Elakkan tekanan. Tekanan mempercapatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut dikamar bagi meredakan ketegangan.

Tidur Berkualiti


6. Pastikan tidur anda benar benar berkualiti.

Terapi Aromaterapi


7. Luangkan masa untuk memanjakan diri walaupun dirumah. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi untuk ramuan mandian.

Sila baca DISCLAIMER


Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan, Mutiara Rini, Mutiara Mas.

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

Tuesday 23 May 2017

A.V.E Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Ramadhan

Ramadhan Datang Lagi...
Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang Mulia lagi Baroqah ini marilah kita sama-sama meningkatkan penjagaan kesihatan kita, kerana sesungguhnya muslim yang sihat/kuat adalah lebih baik dari muslim yang sakit/lemah.
Kenapa Set Ramadhan Shaklee?
Dapatkan yang Terbaik, Serlahkah yang Terbaik
Shaklee memberikan apa yang tubuh perlukan; sebelum, semasa dan selepas latihan, dengan formula yang terbukti secara klinikal  dapat membantu sesaorang bertahan lebih baik, berlatih lebih lama dan kembali bertenaga dengan lebih cepat.
x


Tahap Tenaga Tubuh pada waktu Berbuka.
Pada waktu berbuka tahan tenaga kita berada diparas yang rendah kerana seharian tidak mendapat makanan dan minuman. Sekiranya tiba waktu berbuka kita terus makan makanan yang agak komplek dan berat maka tenaga yang sedikit itu akan terpaksa bekerja lagi untuk memproses makanan tersebut sedangkan tenaga dari makanan hanya akan terhasil 3-4 jam kemudian.
Begitu juga apabila berbuka dengan air sejuk..tenaga yang rendah akan dikerah lagi kerana yang masuk sejuk dan yang keluar ( air kencing) adalah panas.
Akhirnya selepas makan tenaga menjadi amat rendah selama 3-4 jam sementara menunggu tenaga baru dari makanan dikeluarkan, iaitu lebih kurang selepas selesai solatTarawih.
Oleh itu mulakan berbuka puasa sedara sedari dengan Set Ramadhan Shaklee untuk membekalkan tenaga segera yang bolih digunakan untuk bersolat Tarawih dan semua khasiat lengkap makanan untuk kesihatan keseluruhan dan penyembuhan penyakit. In Shaa Allah...
Ingin dapatkan Set Ramadhan Shaklee?

Terdiri dari:
1. ESP yang merupakan bahan diperlukan untuk menjaga kecantikkan dan integriti sel-sel dalam tubuh sesaorang. Sel adalah ibarat batu bata pada sebuah dinding. Kekuatan sesebuah dinding itu terletak pada kualiti setiap unit batu bata tersebut. Begitu dengan tubuh kita, mestilah bermula dengan sel-sel, unit terkecil dalam tubuh kita – berkhasiat memberi rasa kenyang, mengelakkan sakit perut disebabkan gastrik, keracunan makanan dan angin yang kerap terjadi sepanjang berpuasa.
2. Meal shakes  merupakan makanan lengkap yang dapat menampung segala keperluan sel-sel tubuh bermula dari sel-sel hujung rambut sehingga hujung kaki.
Penghilang Dahaga untuk Si Juara
Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari   dengan campuran unik karbohidrat kami  dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.
Terbukti Secara Klinikal terhadap pencapaian cemerlang atlet-atlet mengandungi unsur-unsur berikut:
•  Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi
•   Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
•    Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.
Bayangkan apa Performance Drink   mampu membantu kepada anda semua yang menjalani ibadah puasa. In Shaa Allah.
Siapa golongan yang perlu mengambil Set Ramadhan Shaklee.

1. Orang yang sedang menjalankan ibadah berpuasa.
2. Wanita mengandung dan yang sedang menyusukan.
3. Kanak-kanak yang baru belajar berpuasa.
4. Sedara-sedari yang memerlukan lebih tenaga.
5. Sesuai untuk orang yang kurang minum air.
6. Yang melakukan aktiviti lebih tenaga contohnya Ahli Sukan dan Ahli Bina Badan.
7. Sesiapa sahaja yang perihatin terhadap kesihatan dengan mementingkan makanan lengkap yang rendah kalori supaya dapat melakukan amal ibadah
Sila baca DISCLAIMER


Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan, Mutiara Rini, Mutiara Mas.

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*