Wednesday 29 January 2014

A.V.E : B Complex Vitamin Terbaik Untuk Kesihatan

Assalamualaikum. Hari ini saya ingin kongsikan info tentang B-Complex Shaklee. Vitamin asas yang menjadi pelengkap untuk pelbagai set kesihatan.


mengurangkan stress



Apakah B Complex?

B complex yang bagus spatutnya lengkap terdiri dari kumpulan lapan (8) vitamin B iaitu thiamin (B-1),riboflavin (B-2),niacin(B-3),pantothenic acid (B-5), pyridoxine (B-6), folic acid (B-9) and cobalamin (B-12) dan Biotin.

Apa kebaikan vitamin B complex sebenarnya?

Banyak keperluan vitamin B complex.. antaranya ialah untuk mengurangkan tekanan emosi dan kelesuan, Membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran, Menukarkan makanan kepada tenaga-menolong memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein, Mencegah barah serviks, penyakit jantung dan kecacatan spina, menggalakkan kesihatan system kardiovaskular yang lebih baik.

Vitamin B yang lebih baik mempunyai ciri-ciri berikut:

★ Sistem penyerapan bioaktif berpaten
★ Kesemua lapan jenis vitamin B yg diperlukan termasuk Biotin
★ Peningkatan penghantaran zat
★ Tablet mudah ditelan

Apa kelebihan vitamin B-Complex Shaklee?

Shaklee menghasilkan B complex dengan teknologi berpaten yang ekslusif. HANYA PADA B COMPLEX SHAKLEE.

Selain lengkap dengan lapan kumpulan vitamin B , vitamin B Complex Shaklee dilengkapi dengan Sistem penyerapan Boaktif Berpaten iaitu dikenali sebagai asid Folik, sejenis vitamin B yang tidak dapat diserap dengan mudah. Istimewanya B Complex shaklee, ia telah dihasilkan dengan suatu selaput asid folik yang unik untuk menjadikan zat tersebut lebih mudah diperolehi dan digunakan dalam badan.

Siapa sebenarnya yang perlu B complex?

Semua individu perlukan vitamin B terutama mereka yang...
  • Terdedah kepada sinaran matahari
  • Terdedah kepada tekanan kerja dan beban kerja yang banyak
  • Mereka yang mempunyai sakit kencing manis , tekanan darah tinggi, migraine
  • Mereka yang tidak dapat focus dalam pekerjaan yang dilakukan.
  • Mereka yang hendak menjaga kecantikan tubuh badan
  • Mereka yang nak nampak cantik dan muda
  • Mereka yang mengandung dan menyusukan anaknya
  • Wanita yang mengambil pil perancang

Banyakkan kebaikan B-Complex? Hanya vitamin B yang lengkap sahaja yang mampu menjalankan fungsinya dengan baik.. B COMPLEX SHAKLEE adalah pilihan terbaik.

Jika anda berminat untuk mendapatkan vitamin B Complex Shaklee, bolehlah menghubungi saya untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda dari Shaklee. In Shaa Allah, saya akan cuba membantu untuk membuat pilihan yang terbaik!

Sila baca DISCLAIMER

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Nurul Fazreen bt Othman 
PM : www.facebook.com/awesomevitaminsever
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com

*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*



Monday 27 January 2014

Khasiat Alfalfa Shaklee : Raja Segala Tumbuhan

Alfalfa complex merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam tahun 1950an.

Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia. Alfalfa juga dikenali sebagai "Raja Segala Tumbuhan". Medicago Sativa memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan alfalfa. Tumbuhan ini mengambil masa sekurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Daun alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak. Daun alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil. Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Manakala bahagian lain yang tidak penting dilupuskan. 

Kemudian, daun-daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan dibawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti. Setiap tablet mengandungi 300mg alfalfa. 

image google

MANFAAT UTAMA ALFALFA SHAKLEE:

Tumbuhan yang sangat kaya dengan perbagai nutrisi - Alfalfa telah digunakan oleh manusia sejak lebih dari 2500 tahun dan telah dikenalpasti sebagai makanan yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakannya tidak terdapat di dalam buah-buahan mahupun sayuran. Ia kaya dengan protin, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 10 biji alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu. 

1. Mencuci hati, darah dan usus
Ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot. 

2. Melawan alahan
Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete's foot) dengan berkesan

3. Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut
Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit. 

4. Menyingkirkan lemak dan kolestrol
Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol. 

5. Melawan tumor
Memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor. 

6. Melegakan keletihan
Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit. 

7. Mencegah / merawat atritis
Melegakan sakit atritis dan kesakitan. 


Sila baca DISCLAIMER


Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Nurul Fazreen bt Othman 
PM : www.facebook.com/awesomevitaminsever
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*





A.V.E : Apa itu Alfalfa Complex?

Bagi yang belum familiar dengan Alfalfa, anda mungkin akan tertarik  dengan khasiat dan manfaatnya yang sangat banyak. Ia digelar " Penyembuh yang Hebat" ("The Great Healer") oleh pakar biologi. Pastinya Alfalfa ada kenunikkan tersendiri sehinggakan ia digelar sedemikian?

Alfalfa terkenal sebagai makanan tambahan yang mempunyai pelbagai khasiat sejak zaman dahulu lagi. Alfalfa digunakan secara tradisional sebagai makanan penggalak susu, membantu membuang angin di dalam badan, melawaskan sistem penghadaman, dan sangat baik diamalkan bagi anda yang ingin menurunkan berat badan. 


Pokok Alfalfa terkenal kerana mempunyai akar yang sangat panjang jauh ke dalam tanah, yang menyebabkan Alfalfa merupakan antara tumbuhan yang mampu menyerap pelbagai zat dan bahan galian yang berada jauh di dalam tanah. Unikkan?

daun alfalfa

uniknya alfalfa

KEUNIKAN ALFALFA

Frank Bouer telah mendapati bahawa daunan hijau Alfalfa ini mengandungi LAPAN jenis enzim yang sangat diperlukan oleh badan. 

Dan lagi, bagi setiap 100g, ia mengandungi 8000 IU Vitamin A dan 20,000 - 40,000 IU Vitamin K. Vitamin K sangat penting untuk mencegah pendarahan dan membantu dalam pembekuan darah. 

Dari segi kandungan nutrisi Alfalfa:
  • Ia merupakan sumber yang baik bagi Vitamin B6 dan vitamin E
  • Kaya dengan kalsium, Magnesium, Potassium/Kalium, Beta-Carotene, protein dan serat
  • Mengandungi Vitamin D, fosforus untuk memelihara gigi dan tulang yang kuat.
Alfalfa juga merupakan 
  • Laksatif yang baik : melancarkan sistem penghadaman 
  • diuretik semulajadi : menggalakkan pembuang air kecil 
  • Tumbuhan yang sering digunakan untuk merawat UTI (Urinary Tract Infections - jangkitan pada salur kencing)
  • Galactagogue @ "milk booster" bagi ibu-ibu yang meyusukan anak 
  • Agen detoks terutamanya bagi organ hati

APAKAH VITAMIN YANG DITEMUI DALAM ALFALFA?

Vitamin A - untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkita, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

Vitamin E - melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung; kardiovaskular dan kesihatan otot; membaiki fungsi imun; menguatkan otot badan; mambawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah' membantu fokus mata.

Vitamin U - menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

Vitamin B6 - membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; ,membantu mengurangkan loya.

Vitamin K - penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.

Vitamin D - mengawal penggunaan kalsium dan fosferus di dalam badan dan oleh itu diperlukan untuk pembentukan gigi dna tulang yang kuat dan sihat.

APAKAH MINERAL YANG DITEMUI DALAM ALFALFA?

Kalsium - membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku; membantu dalam kecergasan ddan daya tahan; emngawal rentak jantung; melegakan saraf.

Zat Besi - diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

Kalium - perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk mencerna lemak. 

Fosforus - diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

Klorin (klorida) - elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

Sodium - mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

Silikon magnesium - membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

Ia juga dikatakan sangat membantu melegakan perlbagai masalah seperti:
  • Kurang selera makan
  • kembung perut
  • Badan berasid 
  • Keputihan, alahan, asthma dan lain-lain
Satu kajian telah dibuat oleh The University of Califiornia bahawa alfalfa didapati efektif dalam mengawal paras gula dalam darah. Dalam ujian klinikal yang lain pula, menambahkan alfalfa ke dalam diet harian dan didapati dapat mengembalikan paras kolesterol dalam darah kepada normal semula.

Masyarakat cina telah menggunakan alfalfa ini sejak ribuan tahun dulu bagi merawat masalah batu karang dan masalah kembung air (water retention)

menyahtoksik dalam badan

Anda boleh mencuba Alfalfa Complex dari Shaklee untuk mendapatkan pelbagai khasiat dan manfaat Alfalfa. Ia dalam bentuk tablet dan boleh didapati dalam dua jenis pembungkusan iaitu botol s (saiz kecil) yang mengandungi 330 biji dan botol L (saiz besar) yang mengandungi 700 biji. Walaupun dibahagia labelnya pengambilan maksimum adalah  10 biji sehari, atas pelbagai faktor kesihatan, Dr Earl Mindell menyarankan 3 - 6 biji sahaja sehari. 

BEBERAPA PERKARA PENTING YANG PERLU DIKETAHUI MENGENAI ALFALFA COMPLEX
  1. Tidak boleh diambil oleh pesakit (SLE) serta penyakit auto imun yang lain
  2. Kalau anda malas minum air masak, sila kurangkan pengambilan alfalfa. Ini kerana alfalfa mengandungi Vitamin K yang memekatkan darah. Apabila pengambilannya tidak seimbang dengan pengambilan air, darah mudah menjadi pekat dan mendatangkan penyakit lain kepada tubuh badan. 
*credit to celiknutrisi.com
====================================================================
Sila baca DISCLAIMER

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Nurul Fazreen bt Othman
PM : www.facebook.com/awesomevitaminsever
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*





Sunday 26 January 2014

Benarkah Produk Shaklee Ada Ekstrak Babi?

Assalamualaikum

Merujuk pada entry saya yang lepas, saya ada menerangkan Halalkan Produk Shaklee.

Isu halal Shaklee masih lagi menjadi bualan dan tanda tanya bagi semua orang muslim di Malaysia.

Saya difahamkan bahawa produk yang dibuat untuk pasaran negara muslim dihasilkan berbeza daripada yang dibuat untuk pasaran negara non-muslim, dan ini telah dipastikan sendiri oleh keluarga salah seorang upline kami yang telah pergi melihat bagaimana supplement Shaklee dihasilkan di Shaklee U.S. Mendengarkannya buat saya kagum bagaimana pihak Shaklee benar-benar komited dalam menjaga status HALAL demi untuk memenuhi keperluan pengguna Muslim. Syukur Alhamdulillah..

Sebagai perbandingan, mari lihat gambar botol-botol Lecithin dan cuba teliti perbezaan rupa mereka.

Ini bermakna produk yang dihasilkan adalah berbeza mengikut negara ia dipasarkan walaupun sama jenama. Jelas ye kawan-kawan.

Di bawah ini Sijil Halal Versi Terkini bertarikh 21 Januari 2013 yang telah dikeluarkan oleh ISA ( Islamic Services of America) untuk kesemua produk Shaklee pasaran Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, ISA adalah Badan Islam di Amerika Syarikat yang diiktiraf oleh JAKIM sejak tahun 1982 lagi. In Shaa Allah boleh lihat di dalam laman web JAKIM di SINI


In shaa Allah semua produk Shaklee Malaysia adalah halal untuk kegunaan kita semua. Jadi jangan risau ye. :)
Saya harap dengan entry ini dapat meyakinkan anda akan status HALAL produk-produk Shaklee Malaysia. Sekiranya masih inginkan kepastian anda boleh hubungi Shaklee Malaysia sendiri untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sila baca DISCLAIMER

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Nurul Fazreen bt Othman 
PM : www.facebook.com/awesomevitaminsever
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*











Halalkah Produk Shaklee

Sebagai seorang muslim, sememangnya wajib untuk kita mencari dan menggunakan produk halal tidak kira makanan, minuman, produk kecantikan dan lain-lain. Sesungguhnya halal itu adalah baik untuk kita. 

Dalam surah Al-Baqarah, Ayat 172 ada menyatakan:

Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.


Alhamdulillah, Shaklee sangat mengambil berat hal ini dan mereka sangat menjaga kesucian serta kehalalan kesemua produk Shaklee untuk pasaran negara muslim khususnya. 

Walau bagaimanapun, jika anda ingin mencuba produk Shaklee tetapi masih terdetik rasa was-was di hati akan status halalnya , mungkin boleh membaca artikel di bawah. Artikel asal boleh dilihat di website berikut: 

======================================



Soalan 1 :

Assalamualaikum,,

Bagaimana dengan supplemen Shaklee? Adakah semua produk Shaklee adalah halal? Harap saudara Abd Rahman dpt membantu

Terima kasih

Ainul- Amar Dhiya

Soalan 2:

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya kpada En. Rahman tentang produk “Shaklee” iaitu
“Advanced Joint Health Tablet dan Ostematrik”.

Adakah produk ini halal dan sah dari jakim?

Terima kasih

Cikgu Umi Kalsom.
———————————————————————’
JAWAPAN:
Wa alaikum salam.
Terima kasih atas soalan Puan Ainul dan Cikgu Umi Kalsom.
Saya ada menerima beberapa email bertanyakan tentang
status halal haram dan bahan-bahan yang meragukan
di dalam Produk Kesihatan Shaklee terutamanya
Produk Soy Lecithin – Dietary Supplement.
Isu Estrak Babi di dalam Produk Shaklee mula timbul
apabila Tuan Mohd Hadihaizil menulis dalam blog
beliau tentang sumber gelatin di dalam Produk
Soy Lecithin yang disyaki menggunakan gelatin daripada
campuran lembu dan babi.
Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan berterima kasih
di atas keprihatinan Tuan Mohd Hadihaizil tentang status
halal haram produk kesihatan yang diambil oleh ahli keluarga beliau.
Di atas keprihatinan dan untuk mendapatkan kepastian,
beliau telah menghantar email kepada Shaklee Kanada pada 22 Februari 2011
untuk mendapatkan kepastian dan penerangan.
Hasilnya, pada 26 Februari 2011 pihak Shaklee Kanada membalas email
beliau dan menjelaskan bahawa:
“Untuk Produk Lecithin di Pasaran Amerika Syarikat. Gelatin yang
digunakan dalam Kapsul Soy Lecithin mungkin menggunakan campuran
gelatin babi dan lembu. Dalam kata lain, Kapsul Soy-Lecithin
tidak dijamin bebas kandungan babi”.
Untuk memastikan kebenaran penjelasan ini, beberapa orang
pengedar produk Shaklee telah menghubungi Syarikat Shaklee
Malaysia dan menjelaskan produk Shaklee untuk pasaran Malaysia
dihasilkan di kilang yang lain dan turut mempunyai persijilan halal
daripada Islamic Services of America (ISA).
Hasil carian maklumat saya di portal Biro Pengawalan Farmaseutikal
Kebangsaan (BPFK).
Produk Lecithin Shaklee yang didaftarkan pada tahun 1995
dihasilkan di kilang Syarikat Shaklee di Norman, Amerika Syarikat.
Produk Lecithin Shaklee yang terbaru pula didaftarkan pada 2012
dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville . Kilang yang sama mengeluarkan
produk-produk kesihatan lain seperti Produk GNC dan USANA yang mempunyai
persijilan Halal daripada IFANCA (Islamic Food And Nutritional Council of America).
Produk Osteomatrix Caplet Shaklee yang didaftarkan di Malaysia pada tahun 2007
juga dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville, Amerika Syarikat.
Pada awal Januari 2013 pula, Puan Imatulizah telah menghantar pertanyaan
melalui email kepada Islamic Services of America (ISA) untuk
mengesahkan kesahihan Sijil Halal Produk Shaklee.
Koordinator Perkhidmatan Halal, ISA mengesahkan Sijil Halal
Produk Shaklee adalah sah dan menjamin Shaklee akan terus
mengeluarkan produk-produk yang dijamin halal termasuklah
Produk Lecithin, Omega dan Vitamin E.
Memang sebelum ini Shaklee menggunakan kapsul daripada pembekal
di Kanada. Tetapi pada masa sekarang, Shaklee telah menggunakan
pengilang baru yang mempunyai persijilan halal sedia ada untuk
produk Shaklee pasaran Malaysia.
ISA dan IFANCA merupakan badan persijilan Halal Luar Negara yang
diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.
Oleh itu, tiada keraguan ataupun was-was bagi pengguna Muslim untuk
mengamalkan Produk Suplemen Kesihatan jenama Shaklee yang terdapat di pasaran Malaysia.
P/S : Saya bukan pengamal produk shaklee, bukan penjual, bukan pengedar dan tidak mempunyai kepentingan berkaitan produk Shaklee.
Jawapan ini sekadar menjawap persoalan-persoalan yang dihantarkan
oleh pembaca-pembaca buku tulisan saya bertajuk “Halalkah Ubat Anda?”.
Buku “Halalkah Ubat Anda?” mendedahkan lebih 90 jenis ubat-ubatan yang
mengandungi unsur daripada babi. Untuk dapatkan maklumat lanjut sila layari www.halalscience.com
Terima kasih.
Abd Rahman Baco
Penulis
halalscience.com
[credit to celiknutrisi.com - Oja Samid]
================================================

Diharap dengan penjelasan ini anda akan dapat mengamalkan sebarang produk shaklee dengan lebih yakin tanpa was-was.




Sila baca DISCLAIMER

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Nurul Fazreen bt Othman 
PM : www.facebook.com/awesomevitaminsever
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*