Saturday 26 August 2017

A.V.E Tips Cerahkan Kulit Wajah Secara Semulajadi

Bismillah...

Setiap wanita mengimpikan untuk memiliki kulit wajah yang bersih dan putih. Sapa yang taknak kan bila orang puji ‘eh Mona, putihnya kulit kau’ ‘wahh minah sekarang bukan main bersih lagi kulit kau, cerah pulak tu’.
Hahhh tak salah nak putih dan cerahkan kulit tapi jangan sampai memudaratkan diri sendiri. Iyalah, zaman sekarang ni kan terdapat banyak lambakan produk-produk pemutihan kulit yang dijual kat luar sana.
Awas ye kawan-kawan, jangan kerana obses nak putih, diri sendiri yang menanggung sengsara.
Miliki Kulit Wajah Cerah

Harini saya nak kongsikan 7 tips macam mana untuk kita dapatkan kulit yang cerah dan putih secara semulajadi. Jom checkit out.
#1 : BUAT MASKER MADU DAN YOGURT
Madu dan Yogurt

Seperti susu, yogurt mengandungi enzim yang boleh memutihkan kulit dengan lembut. Madu mempunyai ciri-ciri pelembapan dan anti bakteria. Adunan kedua-dua bahan ini akan menghasilkan masker yang menyihatkan.
Caranya : Campurkan satu bahagian madu dan satu bahagian yogurt, kemudian sapukan campuran tersebut ke seluruh muka anda. Biarkan selama 15 minit, kemudian bilas dengan air suam.
  • Pastikan anda guna yogurt biasa tanpa gula (plain). Yogurt berperisa akan menjadi terlalu melekit.
  • Sebagai ganti madu, cuba gantikan dengan buah avocado atau gunakan daun lidah buaya (aloe vera). Kedua-dua ramuan ini juga mempunyai kesan pelembapan yang bagus.
#2: SAPUKAN LARUTAN JUS LEMON

Jus Lemon

Jus lemon telah digunakan selama beribu tahun sebagai pencerah kulit semula jadi. Ia mengandungi asid yang melunturkan kulit sedikit dan mengelupas lapisan atas sel kulit yang lebih gelap.
Caranya : Buat larutan jus lemon dengan mencampurkan satu bahagian jus lemon kepada satu bahagian air. Ambil bebola kapas dan sapu larutan pada wajah anda. Biarkan selama 15 minit, kemudian bilas dengan air suam.
  • Hadkan penggunaan larutan jus lemon kepada hanya satu hingga dua kali seminggu. Menggunakannya terlalu kerap boleh membawa kepada kerengsaan kulit. Sapukan pelembap selepas membilas jus lemon kerana jus boleh mengeringkan kulit anda.
#3 : MASKER TIMUN

Makser Timun



Ramai yang tidak tahu bahawa timun memiliki kandungan air yang tinggi sekali gus bermanfaat melembapkan kulit wajah. Ia juga bertindak sebagai agen mencerahkan kulit yang terbaik.
Caranya : Ambil separuh timun yang segar dan kisarkan ia. Titiskan air perahan lemon. Ratakan kesemuanya.
Letak di seluruh wajah dan leher anda selama 15 minit. Selepas itu, bilas dengan air suam. Lakukannya setiap hari mengikut kerajinan anda.

#4 : SKRUB BIJI KOPI DAN MINYAK ZAITUN
Skrub Biji Kopi
Serbuk kopi berupaya menghasilkan minyak antioksida yang berfungsi mencerahkan dan menghaluskan kulit wajah. Untuk mendapat kesan cerah sempurna pada kulit, lakukan cara ini sekerap yang mungkin.
Caranya : Pertama sekali, campurkan serbuk kopi dengan minyak zaitun. Kacau kesemua bahan dan lulurkan ke seluruh tubuh termasuk wajah anda.
Gosok perlahan-lahan dan biarkan selama sejam sebelum dibilas dengan air campuran garam. Selepas itu, mandi seperti biasa.

#5 : BARLI GORENG DAN JUS LIMAU
Jus Limau Dan Barli
Umum mengetahui barli menjadi pilihan utama untuk menghilangkan panas dalam badan ketika demam. Tetapi harus di ambil tahu yang barli ni juga digunakan sebagai bahan untuk mencerahkan kulit kerana kandungan protein, karbohidrat, vitamin dan galian di dalamnya merupakan sumber terbaik serat pemakanan.
Jika ingin kelihatan cantik, maka anda perlu rajin untuk mengamalkan petua ini.
Caranya : Ambil segenggam barli yang telah digoreng tanpa minyak. Tumbuk barli tersebut hingga lumat dan bancuh dengan sedikit perahan limau nipis yang telah dicampurkan air masak. Sapukan bancuhan air tersebut di seluruh wajah sebelum tidur.

#6 : RENDAM DIDALAM AIR BERAS
Air Beras

Seterusnya adalah dengan menggunakan air beras. Ramai yang tahu bahawa beras atau nasi adalah makanan ruji kita. Tetapi berapa ramai yang tahu bahawa air beras boleh digunakan untuk memutihkan kulit secara semulajadi.
Caranya : Hanya berendam menggunakan air beras selama 15 minit sehari dan lakukannya dua kali sehari, anda boleh lihat kulit anda lebih putih dalam masa beberapa minggu.

#7 : CUKUPKAN KEPERLUAN ASAS TUBUH

Kurang minum air boleh menyebabkan dehidrasi. Dehidrasi dapat membuatkan kulit menjadi kering dan kusam. Untuk itu, kita harus mengambil mineral yang mencukupi setiap hari.
Caranya : Semudah ABC iaitu dengan banyakkan minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
Walaupun nampak remeh, percayalah minum air putih akan memberikan banyak manfaat untuk tubuh kita.

Selain pengambilan air masak yang cukup, pengambilan Vitamin C juga dapat membantu untuk mencerahkan kulit secara semulajadi. Ini kerana Vitamin C membantu memperlahankan pengeluaran melanin.
  • Vitamin C menghalang enzim tyrosinase. Jadi, kuranglah penghasilan pigment u
  • Vitamin C bertindak sebagai anti-oksidan yang menentang radikal bebas yang menyebabkan kulit cepat tua dan semakin gelap. Ia juga dapat meningkatkan paras glutathione dan Vitamin E dalam badan kita. Nampak tak kedua-dua vitamin ini sangat dikenali sebagai anti-oksidan yang bagus. Glutathione yang terhasil akan merangsang penghasilan Pheomelamin yang lebih cerah berbanding penghasilan melamin Eumelamin.
  • Beberapa penyelidikan yang dijalankan turut membuktikan sapuan Vitamin C pada kulit mampu membaiki kulit yang rosak disebabkan pendedahan cahaya matahari.
  • Selain itu, Vitamin C berupaya menanggalkan sel-sel kulit mati dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru yang lebih sihat.
MANFAAT VITAMIN C
Banyak sebenarnya manfaat vitamin c yang kita tidak tahu. Ianya bukan sekadar mencerahkan dan memutihkan kulit sahaja, malah ia juga memainkan peranan yang sangat besar untuk kulit yang sihat dan cantik.
Antara manfaatnya ialah :
  • Penting untuk sintesis kolagen. Kolagen adalah bahagian yang penting dalam kulit dimana ia memberikan keanjalan dan menajdikan kulit kelihatan muda dan tegang. Vitamin C memberitahu badan untuk menghasilkan lebih banyak kolagen.
  • Vitamin c sangat-sangat penting melawan kesan kemerahan dan keradangan pada kulit.
  • Ia juga bertindak sebagai agen penyembuhan luka. Vitamin c membantu untuk menjaga dinding saluran darah dan kapilari darah agar sentiasa kuat dan utuh.
SUMBER VITAMIN C
Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran semulajadi yang kaya dengan sumber Vitamin C mampu meningkatkan tahap vitamin c dalam badan kita. Antara buah-buahan yang kaya dengan vitamin c ialah kiwi, oren, jambu batu, nenas dan strawberi manakala sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin c ialah tomato, kentang, kubis, ada, brokoli dan kacang salji. Tetapi harus diingat bahawa jika kita memasak sayuran itu secara berlebihan, sumber vitamin c yang terkandung didalamnya akan musnah.

NAK CARA LEBIH MUDAH UNTUK DAPATKAN VITAMIN C?

Mungkin anda boleh mencuba Sustained Release Vitamin C-Plus Shaklee ni. Setiap tablet Vitamin C mengandungi 500mg. Keistimewaan Vitamin C Shaklee ni ialah ia bersifat sustained release (pelepasan berperingkat) dimana ia hanya melepaskan 100mg setiap jam selama 5 jam didalam tubuh kita. Jadinya tiada pembaziran berlaku disitu kerana badan kita hanya mampu menyerap 100mg vitamin c dalam satu-satu masa.
Berkesan ke Vitamin C Shaklee ni?
Mari saya tunjukkan mereka yang dah berjaya mencerahkan kulit dengan mengamalkan Vitamin C Shaklee ni.
Sustained Relased Vita C


Nampak kan perubahan yang mereka alami. Usah ragu-ragu untuk mencuba Sustained Release Vitamin C-Plus Shaklee ini. Ayuh dapatkan Vitamin C anda sekarang. Dijamin selamat, berkesan dan semulajadi.
Set Kulit Cantik Shaklee Sila >>>KLIK<<<
Hubungi saya mendapatkan harga yang menarik berserta konsultasi eksklusif secara PERCUMA. In Shaa Allah..

[credit to ibugojes.com]
Nota: Kesemua vitmain ini adalah supplemen kesihatan BUKAN UBAT jadi kesannya berbeza ikut tahap kesihatan individu. Krisis pemulihan @ healing crisis mungkin berlaku selama 2 minggu hingga beberapa bulan. Diharap anda bersabar jika mengalami krisis penyembuhan kerana penyakit yang bersarang dalam badan mengambil masa yang lama untuk muncul.
Maka untuk menyembuhkannya juga memerlukan masa untuk badan membuang toksin yang terkumpul sekian lama, menguatkan sistem imum, membaiki sel-sel rosak, menghasilkan sel-sel baru dan melawan penyakit dalam badan anda. KESABARAN & ISTIQAMAH adalah kunci kepada penyembuhan. Mencegah sebelum parah lebih baik dari mengubati ketika kronik.
Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan, Mutiara Rini, Mutiara Mas.



Wednesday 23 August 2017

A.V.E Punca Perut Kembung Bagi Orang Dewasa Dan Cara Mengatasinya

Bismillah...

Kebiasaanya, orang dewasa yang datang ke klinik kerana sakit perut rupanya bukanlah sakit, tapi lebih kepada rasa tak selesa dan rasa perut penuh. Ataupun kita panggil sebagai kembung perut. Tambah-tambah lagi tidak berkentut sepanjang hari
Kembung perut boleh disebabkan oleh banyak sebab. Bermula daripada sebab paling ringan iaitu pergerakan usus yang semakin perlahan apabila usia meningkat, tersalah makan atau tidak sesuai dengan laktosa dan yang berat iaitu kanser.
Untuk entry ini kita bincangkan pasal kembung perut yang biasa-biasa sajalah, walaupun saya tahu tentu ramai yang risau kembung perut sebab kanser kan? Tapi, kembung perut disebabkan kanser disertai oleh tanda-tanda lain dan bukan kembung perut semata-mata, kecuali jika anda ada sejarah keluarga yang mempunyai kanser, jadi mungkin anda berisiko.

Sebab-sebab biasa kembung perut dan cara mengatasinya.

1. Terlebih makan

Mungkin ini adalah sebab yang paling utama. Maklumlah dah jumpa makanan kegemaran, jadi mesti kena makan 3 pinggan. Cara untuk elakkan ialah makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap.

2. Makanan yang tinggi lemak.

Lemak mengambil masa yang lebih lama untuk dicerna berbanding karbohidrat dan protein. Jadi perut akan berasa penuh dalam jangkamasa yang lama. Jadi, perlu kurangkan makanan berlemak dalam diet harian.

3. Makan terlalu laju

Alahai, kalau dah sibuk nak kejar masa makan pun tak boleh pelan-pelan. Rasulullah dah beri panduan supaya kita mengunyah makanan sebanyak 44 kali. Pakar juga percaya makan secara perlahan-lahan boleh mengurangkan risiko terlebih makan

4. Pergerakan usus perlahan

Apabila usia meningkat, otot usus dan perut hilang keanjalannya dan juga fungsi pencernaan akan merosot. Tempoh pencernaan makanan mengambil masa yang lama menyebabkan makanan berada dalam perut dalam tempoh yang lama dan menyebabkan kembung.


Kurangkan gas dalam usus

Gas dalam usus juga boleh menjadi penyebab kembung perut. Separuh daripada gas ini adalah udara luar yang ditelan. Separuh lagi adalah daripada tindakan bakteria dalam usus yang membantu proses pencernaan. Jika gas ini tidak dikeluakan dengan betul, maka terjadilah kembung perut dan tidak selesa.
Udara mungkin boleh masuk dalam perut melalui aktiviti di bawah:
1. Minum dengan penyedut minuman.
2. Mengunyah gula-gula getah.
3. Banyak minum minuman bergas.
4. Makan gula-gula seperti lolipop atau candy.
Ada juga orang yang cenderung menelan banyak udara ketika gemuruh atau gelisah. Jadi kalau anda ada masalah begini, perlu belajar cara mengawal tekanan dan kurangkan gelisah. Contohnya teknik pernafasan dan belajar untuk relaks.

Elakkan makanan yang boleh menyebabkan kembung perut

1. Kekacang dan kacang merah

Kekacang mempunyai gula yang tidak dicerna di perut iaitu oligosakarida dan akan dicerna di usus oleh bakteria pencernaan.

2. Buah-buahan dan sayuran yang mengandungi gula dan kanji yang menghasilkan gas di dalam perut.
Contohnya kubis, kubis bunga, lobak merah, prun dan aprikot.
3. Pemanis makanan seperti sorbitol dan fruktosa yang ditambah dalam makanan yang diproses sukar untuk dihadam dan mungkin boleh menghasilkan gas dalam perut.
4. Produk tenusu perlu dielakkan terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah tidak serasi dengan laktosa.
5. Bijirin penuh pula walaupun dikatakan bermanfaat untuk kesihatan namun mungkin boleh menyebabkan kembung perut kerana kandungan serat yang tidak boleh dihadam.

[credit to ketamkecil.com]

Dan berikut adalah petua orang Melayu untuk membuang angin dalam badan:-
  1. Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya. Hiris bawang putih nipis-nipis. Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas.  Minum ramuan ini sebulan sekali.
  2. Satu lagi petua yang saya jumpa ialah dengan menggunakan halia. Ambil sebuku halia yang sederhana besar, dibersihkan dan ditumbuk (jangan terlalu lumat).  Campurkan ke dalam setengah gelas air panas yang mendidih.  Tutup gelas tersebut dengan piring selama 10 minit.  Kemudian tapis dan ambil airnya.  bahagikan kepada dua bahagian.  Anda boleh minum satu bahagian dan satu bahagian lagi boleh disimpan di dalam peti sejuk.  Bila mana anda merasa perut kembung, minumlah bahagian tersebut.  lakukan sehingga kembung perut anda hilang.
Cadangan Supplemen Shaklee Bagi membantu Membuang Angin dalam Badan ketika kembung perut:-

Peppermint Ginger Plus
Peppermint Ginger Plus Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.

Peppermint Ginger Plus Membantu Melegakan Kembung Perut

Nota: Kesemua vitmain ini adalah supplemen kesihatan BUKAN UBAT jadi kesannya berbeza ikut tahap kesihatan individu. Krisis pemulihan @ healing crisis mungkin berlaku selama 2 minggu hingga beberapa bulan. Diharap anda bersabar jika mengalami krisis penyembuhan kerana penyakit yang bersarang dalam badan mengambil masa yang lama untuk muncul.
Maka untuk menyembuhkannya juga memerlukan masa untuk badan membuang toksin yang terkumpul sekian lama, menguatkan sistem imum, membaiki sel-sel rosak, menghasilkan sel-sel baru dan melawan penyakit dalam badan anda. KESABARAN & ISTIQAMAH adalah kunci kepada penyembuhan. Mencegah sebelum parah lebih baik dari mengubati ketika kronik.
Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:

Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan, Mutiara Rini, Mutiara Mas.

Sunday 20 August 2017

A.V.E Cara Mudah Untuk Mengatasi Tumit Kaki Merekah

Bismillah...

Tumit Merekah


Tumit kaki kering kerana beberapa faktor dan diantaranya ialah kerana aliran udara kering, diet yang kurang sihat, berdiri terlalu lama di lantai yang keras, memakai kasut yang salah dan banyak lagi. Selain itu, terdapat beberapa penyakit yang boleh menyebabkan tumit kaki anda merekah antarannya seperti diabetes, ekzema, psoriasis, calluses dan penyakit tiroid. Jelita kongsikan beberapa cara mudah untuk menghilangkan kesan merekah pada tumit kaki anda.

Madu

Madu mengandungi banyak khasiat, salah satunya ialah sebagai pelembap semula jafi dan mempunyai anti bakteria yang elok untuk tumit kaki yang kering dan pecah-pecah. Cara pengguanaannya pun sangat mudah. Tuangkan kira-kira setengah cawan madu ke dalam bekas yang telah berisi air suam kemudian anda boleh merendamkan kaki anda selama lebih kurang 20 minit. Kemudian urutlah kaki anda. Lakukan rutin ini setiap hari sehingga tumit kaki anda licin.

Tepung Beras

Tepung beras boleh dijadikan esfoliating scrub semulajadi yang membantu untuk mengelupaskan sel kulit mati. Tumit kaki anda akan jadi lebih halus dan tidak lagi pecah-pecah setelah kulit mati itu dibersihkan. Cara penggunaannya juga mudah. Anda perlu mencampurkan sengenggam tepung beras dengan 1 sudu teh cuka epal dan sari madu. Kacau sehingga campuran menjadi kental dan selepas itu sapukan campuran itu ke tumit dan telapak kaki anda sambil digosok. Pastikan kaki anda sudah berada dalam keadaan yang bersih dengan merendamkan kaku anda dalam air suam selama 10 minit. Anda juga boleh menambaj minyak zaitun ke dalam adunan untuk meningkatkan keberkesanannya.

Lemon

Kandungan asid yang terdapat dalam lemon dipercayai sangat berkesan untuk melembutkan kulit yang kasar, sekaligus menghilangkan bahagian-bahagian tumit yang pecah-pecah. Anda juga boleh merendamkan kaki anda ke dalam campuran air suam dan jus lemon selama 10 hinga 12 minit. Elakkan penggunaan air yang terlalu panas, kerana dapat membuat kulit kaki semakin mengering.

Pisang

Pisang yang sudah matang adalah perubatan tradisional yang sudah dikenal sejak lama. Salah satu khasiat dari pisang matang ini adalah menyembuhkan tumit kering, sekaligus menjadi pelembap sehingga dapat mencegah tumit kembali pecah-pecah.

Minyak Sayur

Minyak sayur juga sangat berkesan untuk menghilangkan kesan rekahan pada tumit kaki anda. Ada pelbagai jenis minyak yang boleh anda gunakan, misalnya minyak zaitun, kelapa dan bijan. Untuk hasil yang terbaik, gunakan cara ini sebelum tidur, untuk memberikan masa yang cukup untuk minyak menembusi kulit tumit kaki anda yang bermasalah. Cara penggunaannya cukup mudah, anda  perlu membersihkan terlebih dahulu tumit menggunakan air sabun dan batu apung. Selepas itu sapukan minyak sayur ke bahagian tumit dan telapak kaki.

PETUA MODEN


Herba Bland Shaklee (krim serbaguna) untuk mengatasi masalah tumit pecah. Senang je. Hanya sapu di permukaan yang pecah. Cepat mudah dan senang. Terus licin tumit. Bila-bila masa boleh sapu. Bukan untuk tumit sahaja, untuk kulit tangan kering, gatal-gatal sebab gigitan nyamuk juga boleh sapu. Boleh juga digunakan untuk anak. Selamat dan tidak berminyak. 


Herbal Blend Shaklee (Krim Serbaguna)

Nota: Kesemua vitmain ini adalah supplemen kesihatan BUKAN UBAT jadi kesannya berbeza ikut tahap kesihatan individu. Krisis pemulihan @ healing crisis mungkin berlaku selama 2 minggu hingga beberapa bulan. Diharap anda bersabar jika mengalami krisis penyembuhan kerana penyakit yang bersarang dalam badan mengambil masa yang lama untuk muncul.
Maka untuk menyembuhkannya juga memerlukan masa untuk badan membuang toksin yang terkumpul sekian lama, menguatkan sistem imum, membaiki sel-sel rosak, menghasilkan sel-sel baru dan melawan penyakit dalam badan anda. KESABARAN & ISTIQAMAH adalah kunci kepada penyembuhan. Mencegah sebelum parah lebih baik dari mengubati ketika kronik.
Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:

Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan, Mutiara Rini, Mutiara Mas.

Wednesday 16 August 2017

A.V.E Denggi...Ambil Peduli

Bismillah...

Demam Denggi

Nyamuk Aedes Membunuh


Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.
Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).
Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

Bagaimanakah untuk mengetahui saya berkemungkinan menghidap demam denggi?
Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti:
  • Demam panas
  • Sakit kepala
  • Sakit tulang belakang
  • Sakit sendi-sendi
  • Loya dan muntah-muntah
  • Sakit biji mata
  • Ruam
Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak mendapatkan rawatan?
Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah yang boleh membawa maut.
Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti:
  • Mudah lebam
  • Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
  • Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut
Apakah rawatan untuk demam denggi?
Masih tiada rawatan khas untuk demam denggi. Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera. Pesakit akan diberikan ubat demam dan dinasihatkan berehat serta digalakkan minum air. Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah.

Apakah perlu saya lakukan untuk mencegah demam denggi?
Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah demam denggi :
  1. Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk
    • Membuang bekas yang boleh menakung air
    • Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan seharusnya ditutup
    • Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang airnya sekurang-kurangnya seminggu sekali
    • Pastikan saliran atap sentiasa mengalir
    • Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik
     2.  Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk

   3.  Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti
  • Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup
  • Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk
  • Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumah
  • Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup
6 tips bagi rawatan alternatif sebagai penawar demam denggi:
  • Minum air suam / air masak dalam kuantiti yang banyak sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
  • Reneh sup ketam sama ada ketam laut atau ketam nipah, kemudian beri kepada pesakit untuk dimakan dan pastikan sup ketam itu dihirup dalam kuantiti yang perlu. Anda boleh rujuk Khasiat Sup Ketam untuk tahu lebih lanjut.
  • Jus daun betik juga dikatakan mujarab sebagai penawar denggi dengan menumbuk daun betik matang sehingga lumat dan dapatkan jusnya. Berikan satu sudu kecil jus daun betik kepada pesakit.
  • Jus buah kiwi juga boleh dicuba dengan mengisar buah kiwi yang segar dan kemudian minum jusnya.
  • Jus kurma juga sama konsepnya dengan buah kiwi tadi. Cuma kisar bersama-sama air suam dan berikanlah pesakit untuk minum waktu pagi dan petang.
  • Makan tembikai dalam kuantiti yang banyak. Sebenarnya konsep ini adalah untuk mendapatkan jus tembikai tersebut bagi menggantikan cecair tubuh dan sifat buah tembikai itu sendiri yang menyejukkan badan.

Penggunaan Suplemen Tambahan Membantu Menyembuhkan Denggi

Cegah Denggi

Anda juga boleh mencuba suplemen tambahan bagi membantu dalam menyembuhkan demam denggi. Performance Drinks Shaklee membantu mengimbangi kandungan elektrolit dalam tubuh bagi mengelakkan dehidrasi. Suhu tubuh yang tinggi disebabkan oleh demam ini menyebabkan berlakunya dehidrasi (kehilangan cecair yang banyak dari dalam tubuh). Dengan pengambilan Performance Drinks ini akan membantu tubuh untuk berhidrasi dengan lebih baik. Terbukti dengan ujian klinikal dan yang paling penting ianya adalah satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat dan kurang gula.

Disamping itu, pengambilan nutriferon juga adalah penting kerana nutriferon adalah ‘immune booster’ yang meningkatkan tahap imunisasi dalam tubuh bagi melawan penyakit. Nutriferon adalah dipatenkan eksklusif satu-satunya di dunia membantu mempertingkat interferon dalam tubuh. Sekiranya anda mempunyai masalah seperti selalu demam, kerap diserang selsema dan antibodi lemah, anda sangat disyorkan untuk mengambil nutriferon untuk menguatkan imunisasi tubuh melawan penyakit.

Bertindaklah sekarang. Selamatkan nyawa orang yang anda sayangi kerana denggi membunuh!

Nota: Kesemua vitmain ini adalah supplemen kesihatan BUKAN UBAT jadi kesannya berbeza ikut tahap kesihatan individu. Krisis pemulihan @ healing crisis mungkin berlaku selama 2 minggu hingga beberapa bulan. Diharap anda bersabar jika mengalami krisis penyembuhan kerana penyakit yang bersarang dalam badan mengambil masa yang lama untuk muncul.
Maka untuk menyembuhkannya juga memerlukan masa untuk badan membuang toksin yang terkumpul sekian lama, menguatkan sistem imum, membaiki sel-sel rosak, menghasilkan sel-sel baru dan melawan penyakit dalam badan anda. KESABARAN & ISTIQAMAH adalah kunci kepada penyembuhan. Mencegah sebelum parah lebih baik dari mengubati ketika kronik.
Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:

Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan, Mutiara Rini, Mutiara Mas.