Monday 17 February 2014

A.V.E : Performance Drink Shaklee


Minuman Hidrasi Tulen – Sebelum, Semasa dan Selepas latihan

Penghilang Dahaga untuk Si Juara

Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air.  Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari   dengan campuran unik karbohidrat kami  dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Terbukti secara klinikal

Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:

•    Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan

hidrasi

•    Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk

kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)

•    Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan

keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.


minuman isotonik tanpa gas
image googled



Dapatkan yang Terbaik, Serlahkah yang Terbaik
Nutrisi untuk para atlet sukan Shaklee memberikan apa yang tubuh anda perlukan; sebelum, semasa dan selepas latihan, dengan formula yang terbukti secara klinikal  dapat membantu anda bertahan lebih baik, berlatih lebih lama dan kembali bertenaga dengan lebih cepat.


Jaminan Ketulenan Shaklee

Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

TERBUKTI SECARA KLINIKAL:

1) Membantu tubuh berhidrasi dengan lebih baik berbanding air!

2) Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina (sila rujuk graf)

3) Mengandungi imbangan elektrolit untuk MENCEGAH ‘DEHYDRATE’

4) Tiada perasa tiruan, pemanis atau pengawet yang ditambah

5) Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari. Ia terdiri daripada campuran unik karbohidrat dan kandungan garam. Fungsi karbohidrat dalam PD ini membantu menggantikan semula tenaga yang hilang.

[credit to celikvitamin.com]



sila baca Disclaimer


Jika anda berminat untuk mendapatkan set ini, saya ingin membantu anda sihat kembali. Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:

Nurul Fazreen bt Othman 
PM : www.facebook.com/awesomevitaminsever
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*





Sunday 16 February 2014

Disclaimer


  • Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

  • Maklumat dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan sebagai pengganti rawatan perubatan dan konsultasi doktor mahupun dianggap sebagai preskipsi. Sesiapa yang percaya bahawa mereka mengalami sebarang jenis penyakit atau masalah kesihatan, sila berjumpa dengan doktor berkaitan untuk diagnosis dan rawatan susulan.

  • Memandangkan saya ada menyertakan testimonial pengguna produk yang disarankan, sila ambil perhatian bahawa kisah yang dikongsi oleh pengguna tidak pernah sesekali disarankan mahupun disahkan oleh pihak pembuatan produk berkenaan. Maklumat dalam blog/laman web ini bertujuan untuk berkongsi maklumat umum atau sumber pendidikan sahaja, bukan sebagai nasihat perubatan.

  • Tiada claims, guarantee, warranty atau assurance yang dijanjikan. Kisah yang disertakan bukan bermaksud untuk digunakan untuk dianose atau rawatan penyakit, kecederaan atau dalam apa jua sekali pun menggantikan diagnosis dan rawatan perubatan. Maklumat yang terkandung dalam blog/laman web adalah sah untuk menyarankan penggunakan vitamin dan mineral untuk menjauhi sebarang ketidak-cukupkan vitamin dan mineral dalam badan. Penulis dan pengedar berkaitan tidak bertanggungjawab untuk sebarang misinterpretasi atau salah guna maklumat dalam blog/ laman web ini.


A.V.E : Migrain!! Kini tidak lagi Dengan B Complex dan Ostematrix Shaklee

Migrain ialah sejenis penyakit kepala yang kronik. Mangsa migrain mungkin tidak mampu menjalankan tugas seharian, tidak boleh makan, minum dan hanya mampu berehat sahaja ketika sakit menyerang. Pesakit migrain sering mengadu sakit berdenyut-denyut di sebelah bahagian kepala. Jika kronik, migrain boleh menyebabkan rasa pening (nausea), muntah, cirit birit dan juga sensitif terhadap cahaya dan bunyi.

Sebab-sebab gaya hidup mungkin punca utama migrain
§         Tidak cukup atau terlebih tidur, atau tidur yang tidak teratur boleh menyebabkan migrain
§         Pemakanan yang tidak seimbang 
§         Perubahan cuaca (Ini termasuk keadaan pancaran matahari yang terang atau lampu)
§         Bunyi dan bau kuat.
§         Menonton TV atau menghadap skrin komputer terlalu lama.
§         Tekanan emosi atau stres
§         Merokok  
§         Jantina (3 – 4 kali lebih kerap di hidapi wanita berbanding lelaki)
§         Ketidakseimbangan hormon ketika datang haid (bagi wanita).


sakit kepala
image googled
Namun begitu, punca sebenar penyakit ini masih belum dipastikan sehingga kini.
Pakar kesihatan percaya yang migrain adalah berpunca dari salur-salur darah di dalam kepala yang mengembang dan kemudian menguncup secara mengejut.

Wanita mempunyai kecenderungan menghidap migrain yang lebih tinggi berbanding lelaki (75%), kebiasaan sebelum haid dan selepas menopaus. Penemuan terbaru juga mengatakan ia mungkin disebabkan genetik.  

Bila migrain datang, pesakit akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi pesakit yang agak teruk, dos dadah yang lebih tinggi diberikan agar dapat melalikan sistem badan mereka daripada kesakitan yang ditanggung.

Oleh itu, adalah lebih baik pesakit memilih cara alternatif untuk mengatasi masalah migrainnya. Pengambilan supplemen natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.

Kenapa pengambilan supplemen lebih baik daripada ubat? Sebab, ia diperbuat daripada bahan makanan (vitamin semulajadi) dan ekstrak daripada makanan-makanan yang membekalkan nutrisi seimbang. Pengambilan ubat (dadah) yang berlebihan akan lebih memudaratkan kesihatan badan.


Mari kita lihat supplemen yang disyorkan untuk mengatasi migrain:

Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan degupan jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium amat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf, otot, serta buah pinggang kita.  

Magnesium pula mustahak dalam mengekalkan metabolisma kalsium.  Ia membantu mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu sebab migraine berlaku. Kajian menunjukkan Magnesium dapat membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan kekerapannya berlaku.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium tanpa vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh menjadi sisa / batu dalam ginjal atau pundi kencing.

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitan migrain. Vitamin B yang lengkap dalam B Complex Shaklee ini akan memastikan anda bukan saja kurang risiko diserang migrain, tapi juga penyakit-penyakit lain seperti depresi dan strok.

Bagi pesakit migrain, adalah dinasihatkan supaya cuba mengenali sebab-sebab migrain menyerang pada masa tertentu. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka ubahlah pemakanan, begitu juga dengan perkara-perkara lain seperti aktiviti dan gaya hidup.

Sila mempertimbangkan tentang mengambil vitamin/supplemen sebagai satu percubaan untuk mengurangkan migrain, kerana ia pasti lebih baik daripada ubat yang berasaskan dadah secara berterusan.


sakit kepala


Sila mempertimbangkan tentang mengambil vitamin/supplemen sebagai satu percubaan untuk mengurangkan migrain, kerana ia pasti lebih baik daripada ubat yang berasaskan dadah secara berterusan. 

Sila baca DISCLAIMER
Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

Thursday 13 February 2014

A.V.E : Keistimewaan Vitamin C Shaklee

Vitamin C Shaklee hot item!


Salah satu vitamin yang wajib saya amalkan setiap hari ialah Vitamin C Shaklee yang bersifat Sustained-Released (atau Time-Released), atau dalam Bahasa Melayu bersifat "pelepasan masa". Apakah yang dimaksudkan dengan Sustained-Released (500 gram Vitamin C) ini? 

vitamin c


Bagi pengamal suplemen Shaklee, anda wajib mengambil tahu maklumat ini.

Keistimewaan Vitamin C Shaklee


(1) Sustained (or, Time) Release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi khas agar ia dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Dengan bahasa ringkasnya, dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu

(2) Vitamin larut air (B-Complex dan Vitamin C) adalah seperti namanya, mudah larut di dalam air (sebab tue dinasihatkan pengambilan air yang mencukupi apabila mengambil suplemen), dan, ianya tidak boleh disimpan di dalam badan.

Maka, tanpa sifat Time Release ini, vitamin larut air ini akan terus diserap ke dalam aliran darah dengan CEPAT, tanpa mengira berpa besar dos vitamin tersebut, dan akan dilepaskan ke dalam urin (air kencing) dalam masa 2-3 jam sahaja.

(3) Sustained Release supplement boleh menawarkan kesan vitamin yang optimum, meminimumkan kehilangan vitamin dalam proses penguraian (perkumuhan), serta menstabilkan paras darah waktu siang dan malam.

Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan untuk periksa label di botol vitamin pilihan anda kerana kebanyakan time-release vitamins hanya boleh bertahan di dalam masa 2 jam atau kurang. Maka, hampir TIADA BEZA sangat berbanding dengan tablet biasa yang pastinya jauh lebih murah berbanding vitamin yang bersifat sustained release.

[credit to superb vitamin]

sila baca Disclaimer


Jika anda berminat untuk mendapatkan Vitamin C  ini boleh hubungi saya melalui :
  

Nurul Fazreen bt Othman 
PM : www.facebook.com/awesomevitaminsever
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*


Monday 10 February 2014

A.V.E : Keistimewaan dan Kebaikan Vivix Shaklee

Keistimewaan Vivix Shaklee

Memperbaiki DNA.

Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.



Memperbaiki tenaga sel.

Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.



Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.

Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.





Kebaikan Vivix Shaklee
  • Menggalakan penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
  • Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
  • Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
  • Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
  • Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk - merawat azhameir
  • Membantu merawat penyakit parkinson
  • Membantu memulihkan penyakit strok - angin ahmar
  • Meningkatkan kesihatan imun badan
  • Menggalakan kesihatan keseluruhan

Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

vivix tonik ajaib
Jom kita baca bagaimana Vivix dihasilkan dari esktrak botani di sini 

Apa kata mereka mengenai Vivix Shaklee?

testimoni vivix

pengguna vivix

vivix merawat diabetes

Sila baca DISCLAIMER

Anda berminat untuk mendapatkan set Vivix Shaklee yang sgt awesome ni?Saya ingin membantu anda sihat kembali,Jom pm kami untuk keterangan lanjut =)  




Nurul Fazreen bt Othman
PM : www.facebook.com/awesomevitaminsever
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*






A.V.E : Kebaikan Ostematrix Shaklee

Assalamualaikum semua. 

Tahukah anda yang kalsium merupakan salah satu komponen penting untuk tulang dan gigi kita? Sal ada buat satu entry berkaitan kepentingan kalsium di sini. Silalah baca yer :)


Ostematrix membekalkan:
  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
Ostematrix ni merupakan tablet bersalut yang diformulasikan supaya mudah ditelan. Untuk kesan terbaik, anda disarankan untuk ambil 4 biji sehari beserta makanan.

ostematrix pengganti kalsium

Manfaat: 
Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia.  Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal. Membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas.


Siapa yang perlukan Ostematrix?

- Ibu hamil

- Ibu menyusu....juga turut membantu dalam penghasilan susu

- Orang yang tak suka / tak minum susu

- Orang tua 
- Orang yang mementingkan kesihatan tulang mereka.

OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. 

kebaikan ostematrix


Apa bezanya Ostematrix Shaklee dengan supplement kalsium lain di pasaran?
Ostematrix dilengkapi dengan unsur kalsium, magnesium dan vitamin D. Pengambilan kalsium sahaja tidak mencukupi. Tahukah anda bahawa Amerika Syarikat merupakan kadar tertinggi dalam penggunaan tenusu dan pengambilan kalsium, namun mereka merupakan kadar tertinggi dalam osteoporosis.**

Bayangkan kalsium sebagai batu-bata dalam proses pembinaan tulang-temulang yang kuat dan sihat. Batu-bata ini akan lebih kuat dan lebih seimbang jika digabungkan bersama mortar. Mortar mengandungi vitamin D, magnesium, boron, zink, tembaga dan mangan.


Dengan gabungan nutrisi ini, kalsium mendapat sokongan yang diperlukan untuk membina tulang yang kuat ketika anda muda serta meminimumkan kereputan tulang ketika anda tua.



ostematrix pengganti kalsium



OSTEOPOROSIS – MASALAH KERAPUHAN TULANG YANG DISEBABKAN OLEH KEKURANGAN KALSIUM 
Osteoporosis ialah sejenis penyakit tulang yang dicirikan oleh pengurangan ketumpatan mineral tulang, gangguan mikroarkitektur tulang, dan perubahan jumlah serta jenis protein bukan kolagen di dalam tulang. Tulang osteoporosis lebih mudah patah. Sebab utama osteoporosis berlaku ialah kekurangan kalsium.  

image googled

10 fungsi & kebaikan ostematrix shaklee

1. Menguatkan Tulang – Kalsium menguatkan tulang belakang dan memastikan bentuk yang betul kepada badan selain daripada mengurangkan risiko sakit belakang. Kalsium membantu menjadikan tulang berada dalam keadaan yang baik dan mencegah sakit tulang seperti artritis dan osteoporosis yang boleh menjejaskan pergerakan bebas selain dari menjadi amat menyakitkan.  


2. Mencegah Obesiti - Kalsium dapat membantu dalam mengekalkan berat badan optimum bagi lelaki dan perempuan. Jika terdapat mana-mana kekurangan kalsium dalam diet anda, badan akan cenderung untuk melepaskan hormon paratiroid, yang seterusnya merangsang tulang untuk melepaskan kalsium ke dalam aliran darah anda untuk mengimbanginya. Dari segi lain, hormon paratiroid juga merangsang pengeluaran lemak dan mencegah pembuangannya, yang sekali lagi boleh membuat anda gemuk. Jadi pastikan anda mengambil jumlah kalsium yang betul, supaya obes tidak terjadi dengan bahaya kesihatan lain yang berkaitan. 


3. Melindungi Otot Jantung - Kalsium melindungi otot jantung anda. Jumlah kalsium yang mencukupi membantu otot jantung untuk melakukan penguncupan dan pengembangan betul. Kalsium juga membantu sistem saraf untuk mengekalkan tekanan di dalam arteri anda. Jika terdapat penurunan kalsium, sejenis hormon yang dipanggil calcitrol dilepaskan yang bertindak dengan otot lembut arteri, dan dengan itu meningkatkan tekanan darah. Otot jantung memerlukan ion kalsium extracellular untuk penguncupan. Apabila kepekatan intrasellular kalsium meningkat, ion kalsium berkumpul bersama-sama dengan troponin protein yang merangsang cecair extracellular dan ruang intraselular, malah otot rangka, yang hanya diaktifkan oleh kalsium yang disimpan dalam reticulum sarcoplasmic.
 

4. Mengelakkan Kanser Kolon - Kalsium yang mencukupi mengurangkan risiko keseluruhan kanser kolon dan mengelak pertumbuhan polip yang boleh membawa kepada kanser. Suplemen kalsium dapat mengurangkan risiko adenomas, juga dikenali sebagai tumor nonmalignant di dalam kolon. Ini sebenarnya adalah pelopor kepada kanser kolon, namun ia masih tidak diketahui jika pengambilan kalsium mengurangkan risiko kanser sepenuhnya. Kalsium berlebihan akan tinggal di dalam usus anda setelah badan anda menyerap apa yang diperlukan. Dalam perjalanan melalui kolon, kalsium yang tidak diserap ini dipercayai untuk mengikat sel-sel kanser supaya ia dikumuhkan bersama-sama dari badan. Kajian telah menunjukkan bahawa kedua-dua makanan sumber kalsium dan supplemen kalsium memberikan kesan perlindungan ini. 


5. Mencegah Blues Pra-haid - Jumlah kalsium yang mencukupi mengurangkan gejala-gejala sindrom prahaid pening kepala, perubahan mood, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Tahap kalsium yang rendah mungkin mencetuskan pengeluaran hormon yang menyebabkan hilang mood termasuk cepat marah dan kemurungan.


6. Mencegah Batu Karang – Batu karang sebenarnya deposit terhablur kalsium dan lain - lain mineral dalam saluran kencing manusia. Bentuk yang paling umum batu karang ialah batu-batu oxalate. Sebelum ini, ia dianggap bahawa pengambilan kalsium yang tinggi atau penyerapan kalsium tinggi membangunkan batu karang, tetapi kajian terkini menunjukkan bahawa pengambilan kalsium diet tinggi mengurangkan bahaya batu karang dengan baik. Secara ringkasnya, kalsium tidak menyebabkan batu karang, tetapi kalsium yang hadir berlebihan di dalam air yang mengakibatkan batu karang. Faktor-faktor lain seperti penggunaan oxalate tinggi daripada sayur-sayuran berdaun seperti kale dan bayam, kekurangan minum air boleh menjadi punca besar untuk batu karang. 


7. Memastikan Tahap pH Alkali Yang Sihat - Makanan ringan, gula yang berlebihan dan barangan di dalam tin menyumbang pembentukan asid dalam badan, yang boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti kanser, batu karang dan darah tinggi. Kalsium membantu untuk mengekalkan tahap pH yang sihat, seterusnya meningkatkan kecergasan dan kesihatan secara keseluruhan. 


8. Kawalan Tekanan Darah - Beberapa penyelidikan mengisytiharkan bahawa diet vegetarian dengan jumlah yang tinggi dengan kalsium, magnesium dan kalium dan serat akan mengurangkan tekanan darah. Walaupun penyelidik lain membuat kesimpulan dengan pendapat yang berbeza dan berkata bahawa pengambilan kalsium menyebabkan darah tinggi. Kemudian ia melihat bahawa sebab bagi keputusan itu adalah kerana kajian-kajian ini menguji kesan nutrien tunggal dan bukannya sumber-sumber makanan yang mempunyai kandungan nutrien. Institut Kesihatan Negara menjalankan penyelidikan yang dikenali sebagai "Pendekatan Pemakanan Hentikan Tekanan Darah Tinggi ( DASH) ". Diet "tipikal American" berbanding dengan dua diet diubah yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dan kombo "DASH" diet yang disumbat dengan buah-buahan, sayur-sayuran, dan kalsium. Hasil kajian menunjukkan peningkatan pengambilan kalsium menyebabkan tekanan darah menurun. *Untuk membantu menguji kesan gabungan nutrien termasuk kalsium dari makanan pada tekanan darah, satu kajian telah dijalankan untuk menyiasat kesan pola makan pelbagai tekanan darah. Secara keseluruhan didapati bahawa pengambilan makanan yang mencukupi buah-buahan dan sayur-sayuran serta kalsium memainkan peranan penting dalam mengawal tekanan darah.


9. Mengekalkan Gigi dan Gusi yang sihat - Kalsium melindungi gigi anda dengan menjaga tulang rahang yang kuat dan kukuh sepanjang kehidupan anda, yang seterusnya memastikan gigi kuat di mana bakteria tidak boleh berkembang. Oleh itu, sebelum gigi dan gusi anda mula memberi masalah, amalkan diet yang kaya kalsium dengan teratur. Pengambilan kalsium seharusnya tinggi terutama dari usia muda, jadi anak anda secara semulajadi membesar gigi dan tulang yang kuat. 


10. Membantu Pengangkutan Nutrien - Kalsium membantu nutrien bergerak mudah melintasi membran sel. Kalsium adalah mineral yang paling penting, dan kita cenderung mengabaikan ia. Kebanyakan kanak-kanak cerewet untuk minum susu dan akhirnya berhenti minum susu sama sekali. Harus diketahui bahawa mengabaikan mineral kalsium boleh menyebabkan banyak penyakit yang serius dalam jangka panjang. Kalsium adalah elemen penting dalam diet mana-mana manusia yang sihat. Jika susu dan produk tenusu tidak diingini, cuba untuk menggabungkan bahan-bahan ini dengan bijirin lain dan membuat resipi yang melibatkan susu dan produk tenusu. Walau bagaimanapun, kalsium tambahan boleh didapati di kedai-kedai/farmasi, walau bagaimanapun ia sentiasa dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum mula mengambil apa-apa ubat. 


Cara Pengambilannya:
Pengambilan hanya 2 tablet Ostematrix sahaja berupaya menghasilkan peningkatan ketara dari segi statistik dalam paras kalsium darah yang disukat dalam suatu tempoh 12 jam. Bagi membolehkan badan kita menggunakan kalsium untuk membina dan memelihara kekuatan tulang, kalsium perlulah diserap terlebih dahulu.

***Pengambilan kalsium sepanjang hayat juga diet yang seimbang serta senaman yang teratur berupaya mengurangkan risiko osteoporosis.

[credit]

Sila baca DISCLAIMER
Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*