Terdapat beberapa jenis penyakit kencing manis yang diketahui setakat ini, iaitu Jenis Pertama (Jenis 1 Diabetes Mellitus), Jenis Kedua (Jenis 2 Diabetes Mellitus), Diabetes Mellitus ketika hamil (Gestational Diabetes Mellitus) serta Diabetes Mellitus Sekunder (disebabkan masalah lain seperti kecederaan pankreas, penyakit endokrin)
Majoriti pesakit diabetes mengalami Diabetes Mellitus Jenis 2, di mana ia berlaku kepada pesakit yang mengalami obesiti. Ia disebabkan oleh rintangan badan terhadap insulin yang dihasilkan oleh pankreas, atau pankreas tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup atau sama sekali tidak menghasilkan insulin. Kajian menunjukkan apabila seseorang disahkan menghidap diabetes, fungsi pankreas hanya tinggal 50 peratus sahaja.
Lama kelamaan, fungsi pankreas akan berkurangan sehinggalah fungsi pankreas pada tahap sangat minima. Pada peringkat permulaan, gula dalam darah boleh dikawal dengan ubat tablet (oral anti-diabetic) tetapi lambat laun sesetengah pesakit memerlukan rawatan insulin akhirnya.
Oleh kerana penyakit ini berterusan, amat jarang sekali pesakit yang dapat berhenti dari mengambil ubat. Akan tetapi penyakit ini boleh dikawal melalui amalan gaya hidup sihat, pengambilan makanan yang seimbang, serta melakukan aktiviti fizikal secara tetap.
Manakala darah tinggi juga merupakan penyakit yang disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat seperti pengambilan garam serta kalori yang berlebihan, tidak melakukan senaman secara tetap, obesiti dan sebagainya. Penyakit darah tinggi perlu dikawal dengan baik kerana dalam jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan risiko penyakit jantung, buah pinggang, strok, kerosakan mata dan sebagainya.
Sekiranya tekanan darah tinggi masih tidak berada dalam kawalan walaupun setelah mengamalkan diet yang sihat, melakukan senaman secara tetap dan sebagainya, seseorang itu perlu mengambil ubat untuk mengawal tekanan darahnya. Selepas itu, rawatan susulan amatlah perlu bagi memastikan tekanan darah dalam kawalan.
Sekiranya tekanan darah sudah berada dalam kawalan, doktor mungkin membenarkan untuk memberhentikan pengambilan ubat tersebut secara beransur-ansur. Tetapi untuk ini, anda perlulah berbincang dengan doktor yang merawat. Berhenti mengambil ubat sendiri tanpa berbincang dengan doktor anda boleh menyebabkan perkara yang serius berlaku pada masa akan datang.
[sumber majalah iSihat]
UNTUK PROGRAM DIABETES SHAKLEE. Sila KLIK!
ATASI TEKANAN DARAH TINGGI SILA KLIK!
[sumber majalah iSihat]
UNTUK PROGRAM DIABETES SHAKLEE. Sila KLIK!
ATASI TEKANAN DARAH TINGGI SILA KLIK!
Sila baca DISCLAIMER
Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)email: awesomevitaminsever@gmail.comCOD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*
No comments:
Post a Comment