Sunday 29 March 2015

A.V.E : Ajaibkah Makanan Beralkali?

makanan beralkali
Makanan Beralkali


Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa punca kita menghidap sesuatu penyakit adalah disebabkan kandungan asid yang tinggi di dalam badan. Tabiat pemakanan kebanyakan rakyat Malaysia seperti mengambil makanan segera dan air berkarbonat pula merupakan antara penyumbang utama kepada keasidan di dalam badan.

Mengikut kajian pakar perubatan, untuk sihat kita perlu mengambil makanan dalam pecahan 80 peratus makanan beralkali 20% makanan berasid untuk mengekalkan kesihatan serta meningkatkan daya ketahanan badan. Namun yang berlaku kini adalah sebaliknya, iaitu 80% makanan bersifat asid dan hanya 20% makanan beralkali.

Selain makanan, ramai menyarankan kita minum air beralkali yang dikatakan antara cara mudah dan pantas untuk mengekalkan paras kealkalian badan. Air alkali dikatakan mengandungi kandungan mineral yang beralkali seperti kalsium, magnesium dan kalium yang baik untuk fungsi tubuh badan kita. Ia juga dapat menyeimbangkan paras keasidan dan kealkalian di dalam badan kerana ia berkait dengan tahap kesihatan.


makanan beralkali
Makanan beralkali


Walau bagaimanapun, menurut pakar, sebernarnya makanan yang kita makan atau minum tidak memberikan perubahan yang ketara dalam PH darah. Ini kerana badan kita mampu mengekalkan keseimbangan pH darah melalui proses yang dipanggil homestasis.

Sebagai contoh, selepas mengambil secawan kopi (berasid). pH badan tidak akan berkurangan kerana selepas semua proses pencernaan, tubuh berupaya mengimbangi pH semula melalui proses membebaskan kalsium daripada tulang untuk meneutralkan pH darah. Asid tambahan juga disingkirkan melalui buah pinggang.

[sumber majalah isihat]


Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan



*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

No comments:

Post a Comment