Showing posts with label Vitamin C. Show all posts
Showing posts with label Vitamin C. Show all posts

Wednesday, 13 September 2017

A.V.E Rahsia Kulit Berseri dengan Set Radiant 4

Set Radiant 4 Shaklee


Lihat Rahsia Kulit Berseri Ditemui Dalam Set Radiant 4 S H A K L E E!
-
-
Jom kita tengok bagaimana 4 nutrien penting ini berfungsi untuk kulit cantik berseri dari dalam.
-
-
Pernah tertanya-tanya bagaimana sesetengah orang tue mempunyai kulit yang sihat dan berseri? Nutrien apa yang diperlukan untuk dapatkan kulit yang cantik dan menawan dambaan setiap wanita.
-
-
Jawapannya mudah, berikan aura positif dan sihat. Selain tue anda juga boleh dapatkan kulit yang berseri dari dalam dengan 4 nutrien ini
😍.
-
🌟Protein untuk membina kulit yang sihat.
-
🌟 Perlindungan antioksida dengan Vitamin C.
-
🌟 Tingkatkan keanjalan dengan Kolagen.
-
🌟 Kekalkan kelembapan kulit dengan Gamma-Linolenic Asid (GLA).
-
-
BONUS
💰💰.
-
-
Dengan setiap pembelian set The Radiant 4, dapatkan RM60.00 (RM20.00 x 3) Baucer e-Diskaun dan beg kertas PERCUMA.
-
-
• PROMOSI ini sah dari 1-30 September 2017, selagi stok masih ada.
-
-
Tertakluk kepada terma dan syarat
😊!
-
-
Nak Order Shaklee / RegisterShaklee?


Nota: Kesemua vitmain ini adalah supplemen kesihatan BUKAN UBAT jadi kesannya berbeza ikut tahap kesihatan individu. Krisis pemulihan @ healing crisis mungkin berlaku selama 2 minggu hingga beberapa bulan. Diharap anda bersabar jika mengalami krisis penyembuhan kerana penyakit yang bersarang dalam badan mengambil masa yang lama untuk muncul.
Maka untuk menyembuhkannya juga memerlukan masa untuk badan membuang toksin yang terkumpul sekian lama, menguatkan sistem imum, membaiki sel-sel rosak, menghasilkan sel-sel baru dan melawan penyakit dalam badan anda. KESABARAN & ISTIQAMAH adalah kunci kepada penyembuhan. Mencegah sebelum parah lebih baik dari mengubati ketika kronik.
Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:

Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan, Mutiara Rini, Mutiara Mas.

Saturday, 5 August 2017

A.V.E Mari Cegah Jangkitan Selsema

Bismillah...

selsema

Anak-anak terutama bayi amat mudah dijangkiti penyakit seperti selsema. Dapatkan panduan mencegah jangkitan selsema dalam artikel ini. Sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada merawat.

Jangkitan selsema kadangkala bermusim. Perhatikan tanda-tanda selsema pada anak-anak seperti mula sakit tekak, sakit kepala dan badan, mata berair, demam, hidung berair atau tersumbat dan batuk yang biasanya tanpa kahak. Sekali terjangkit, ia mengambil masa agak lama untuk pulih sepenuhnya. Tentu sekali lebih baik jika kita dapat mencegahnya dari awal.
Bagi mencegah jangkitan selsema, ikuti panduan ini.
Cuci tangan
Galakkan anak-anak mencuci tangan terutama jika mereka mempunyai rakan-rakan yang sedang dijangkiti di sekolah. Pastikan mereka mencuci tangan dengan bersih jika bersalaman. Mengalirkan air yang banyak pada tangan dapat menghilangkan kuman. Tidak kira sama ada menggunakan air suam atau air sejuk, pastikan mereka menggosok pada bahagian belakang tangan, celah-celah jari dan di bawah kuku kerana gosokkan selama sekurang-kurangnya 20 saat ini dapat menghilangkan kuman.
Tidur yang cukup
Ketika sakit, tubuh badan memerlukan rehat yang lebih kerana badan yang penat tidak dapat melawan penyakit atau jangkitan dengan baik. Jadi pastikan anak-anak mendapat tidur secukupnya selama 8 hingga 10 jam setiap hari.
Makanan seimbang
Mendapatkan makanan seimbang mungkin dirasakan sukar, tetapi mengambil banyak buah-buahan dan sayuran segar dapat menyokong sistem imunisasi badan. Tentu ianya lebih mudah daripada merawat selsema. Pengambilan vitamin tambahan tidak dapat menggantikan nutrien yang boleh didapati daripada makanan seimbang.
Bersenam
Mantapkan lagi sistem imunisasi anak-anak dengan aktiviti riadah. Pastikan anak-anak mempunyai aktiviti sukan yang digemari dan galakkan mereka bersukan dan berpeluh. Bersenamlah sekurang-kurangnya 30 minit sehari.
Jauhkan diri
Paling mudah, jauhkan diri daripada mereka yang sedang dijangkiti selsema terutama jika mereka demam. Terlebih lagi bagi bayi kerana sistem imunisasi mereka yang masih lemah memudahkan jangkitan.
Gel pembersih
Pastikan anda bekalkan gel pembersih desinfeksi atau tisu basah pada anak-anak. Pastikan juga tisu basah beralkohol kerana tanpa alkohol ianya menjadi kurang berkesan untuk membersihkan kuman.
Menggigit kuku
Pesan pada anak-anak supaya menghindari tabiat menggigit kuku. Kuman sangat mudah berkumpul di bawah kuku, jadi anak-anak mudah dijangkiti kuman jika gemar menggigitnya.
Lebihkan senyuman
Kajian menunjukkan bahawa perasaan gembira dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh. Galakkan perasaan ini pada anak-anak dengan bermain dengan haiwan peliharaan, pemikiran positif dan aktiviti lain yang dapat menggembirakannya.
Minum air lagi dan lagi
Air adalah elemen terpenting dalam badan. Pastikan anak-anak minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari, bersamaan dengan 8 gelas. Mengekalkan tahap hidrasi pada badan penting untuk menyokong sistem imunisasi yang kuat.
Tinggalkan rokok
Jika terdapat perokok dalam rumah anda, inilah masanya untuk menggalakkannya berhenti. Merokok meningkatkan risiko jangkitan dengan mengubah saluran pernafasan dan merendahkan respon imunisasi badan. Merokok boleh memusnahkan cilia, sejenis serat seperti bulu halus dan kecil dalam hidung dan ini memudahkan jangkitan.
Kekalkan kebersihan
Pastikan anak-anak sentiasa berada di persekitaran yang bersih. Tidak kira sama ada di rumah atau di luar. Amat baik jika dapat mendesinfeksi tempat-tempat yang berkongsi sentuhan seperti tombol pintu dan suis lampu terutama jika dikunjungi tetamu yang terkena jangkitan.
Tidak ada yang lebih baik selain menjaga kesihatan anda dan anak-anak. Gaya hidup sihat adalah satu jalan mudah bagi membantu melawan apa juga jangkitan kuman dan memastikan pembesaran anak-anak yang sempurna lagi ceria.

[https://my.theasianparent.com]

Antara vitamin yang disyorkan bagi membantu mengurangkan jangkitan selsema

Set kiddy shaklee

Mealshakes

· Kanak-kanak tiada atau kurang selera makan atau memilih makanan

· Kanak-kanak gemar makanan segera atau makanan ringan

· Kanak-kanak selalu demam atau kurang sihat terutama yang dijaga di taska atau nursery

· Kanak-kanak yang aktif bersukan atau bermain seharian

· Kanak-kanak yang mudah alami sembelit

Maklumat lanjut tentang Kebaikan Mealshakes. Silla KLIK

Omega Guard

· Amat penting bagi perkembangan dan fungsi otak

· Meningkatkan system imunisasi

· Menapis segala virus dan bacteria daripada badan

· Kanak-kanak yang mengambil Omega-3 sejak kecil dapat mengurangkan jangkitan pernafasan, demam dan selsema

Maklumat lanjut tentang Kebaikan Omega Guard. Silla KLIK

membantu meningkatkan sistem imun badan (Sila Klik Gambar)


Vitamin C bantu meningkatkan sistem imun badan (Sila Klik Gambar)

Nota: Kesemua vitmain ini adalah supplemen kesihatan BUKAN UBAT jadi kesannya berbeza ikut tahap kesihatan individu. Krisis pemulihan @ healing crisis mungkin berlaku selama 2 minggu hingga beberapa bulan. Diharap anda bersabar jika mengalami krisis penyembuhan kerana penyakit yang bersarang dalam badan mengambil masa yang lama untuk muncul.
Maka untuk menyembuhkannya juga memerlukan masa untuk badan membuang toksin yang terkumpul sekian lama, menguatkan sistem imum, membaiki sel-sel rosak, menghasilkan sel-sel baru dan melawan penyakit dalam badan anda. KESABARAN & ISTIQAMAH adalah kunci kepada penyembuhan. Mencegah sebelum parah lebih baik dari mengubati ketika kronik.
Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan, Mutiara Rini, Mutiara Mas.



Tuesday, 1 August 2017

A.V.E Manfaat, Kekurangan dan Kelebihan Vitamin C

Vitamin C pada Buahan dan Sayuran


Manfaat Vitamin C Bagi Tubuh

Dari sekian banyak manfaat yang telah ditularkan, ternyata masih banyak lagi manfaat dari vitamin C yang belum terungkap, seperti di Best health mag berikut ini:

1. Mencegah stroke

Ada banyak bukti bahawa diet tinggi antioksidan yang kaya buah dan sayuran membantu mencegah penyakit kardiovaskular. Namun beberapa pekara penting menunjukkan bahawa dengan vitamin C dalam tubuh, mereka berada pada risiko terendah untuk menderita stroke (terutama pada wanita).

2. Melawan kanser

Beberapa penelitian menunjukkan bahwa beberapa wanita yang mengamalkan banyak vitamin C dari makanan seperti buah-buahan atau sayur (bukan suplemen), memiliki risiko lebih rendah terkena kanser payudara. Bahkan beberapa pakar menyatakan vitamin C sebagai racun bagi sel-sel kanser tertentu.

3. Meningkatkan mood

Sejak dulu sudah diketahui bahawa kekurangan vitamin C dapat menyebabkan perubahan psikologi. Baru-baru ini, kajian dari McGill University menunjukkan bahawa pemberian suplemen vitamin C (500 mg dua kali sehari) bagi pesakit yang kekurangan vitamin C, secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan mood pesakit tersebut.

4. Mengubati infeksi vagina (BV)

Infeksi vagina merupakan penyebab paling umum dari keputihan dan biasanya menimbulkan bau tidak sedap, yang memengaruhi hingga 30 peratus wanita hamil dan 10 peratus wanita yang tidak hamil. Dua kajian terbaru menunjukkan bahawa pemberian vitamin C tablet untuk vagina (250 mg selama enam hari) dapat membantu mengubati bacterial vaginosis (BV) dengan cara menurunkan pH vagina dan mengembalikan ke paras normal.

5. Memperbaiki kulit

Vitamin C adalah antioksidan yang paling banyak diperlukan kulit, di mana ia membantu meneutralkan radikal bebas akibat paparan sinar matahari dan usia. "Pemberian vitamin C yang dikombinasi dengan bahan lain, memperbaiki beberapa tanda-tanda penuaan termasuk garis-garis halus, pigmentasi tidak sekata, warna kulit dan tekstur," kata Dr Mariusz Sapijaszko, pakar perubatan dari Youthful Image Cosmetic Surgery Clinic dan seorang profesor dermatologi di University of Alberta.

Dos Harian Vitamin C

Dos vitamin C yang disarankan sebenarnya masih menjadi perdebatan dan bervariasi pada setiap negara. Badan Kesihatan Dunia (WHO) misalnya menetapkan hanya 45 mg sehari, Food Standard Agency di Inggeris sebesar 40 mg per hari, dan National Academy of Sciences di Amerika Serikat antara 60 - 95 mg per hari. Di Amerika Syarikat, jumlah dos maksima yang masih dapat ditoleransi adalah 2.000 milligram per hari.

Sumber Vitamin C

Minuman Jus Lemon 

Sumber terbaik vitamin C berasal dari buah segar, sayuran dan jus. 125 ml jus limau mengandung sekitar 50 mg vitamin C. Selain limau, Anda boleh mendapatkan sumber vitamin C lainnya dari kiwi, strawberi, paprika, dan sayuran brassica seperti brokoli dan kubis.

Vitamin C adalah nutrisi yang sangat penting bagi tubuh karena fungsinya yang sangat besar bagi kesihatan. Fungsi vitamin C antara lain meningkatkan ketahanan tubuh dan mencegah selsema. Kekurangan vitamin C dalam tubuh dapat mengakibatkan beberapa penyakit dan masalah kesihatan lainnya.

Penyakit yang paling umum terjadi akibat kekurangan vitamin C adalah penyakit kudis yang terjadi kerana tubuh kekurangan kolagen sebagai akibat rendahnya kadar vitamin C. Selain itu, gusi berdarah dan kulit kering juga merupakan indikasi tubuh kekurangan vitamin C.

Para kajian juga telah mempelajari kaitan antara defisiensi vitamin C dengan masalah neurologi. Masalah neurologi, fisiologi dan psikologi, akibat kekurangan vitamin C tersebut berangsur-angsur pulih setelah meningkatkan keperluan vitamin C mengikut dos yang ditetapkan secara konsisten. Selain itu adalah dengan meningkatkan pengambilan makanan yang mengandungi vitamin C antara lain oren, lemon, limau, kubis, asparagus, brokoli dan lainnya.

Punca Kekurangan Vitamin C

Selain beberapa hal di atas, tubuh yang kekurangan vitamin C adalah seperti berikut:-

1. Kekurangan tenaga yang kronik, kelemahan dan stress
Kekurangan vitamin C bahkan juga dapat mempengaruhi kekuatan tulang. 

2. Pendarahan gusi, gigi tanggal, atau gingivitis
Hal ini terjadi kerana tubuh kekurangan kolagen yang diperlukan untuk membangun dan memelihara jaringan gigi dan gusi. Vitamin C sangat diperlukan oleh tubuh untuk kolagen.

3. Perubahan suasana hati
Orang yang kekurangan vitamin C, moodnya mudah sekali berubah-ubah, mudah beremosi, dan mudah marah.

4. Kulit tidak sekata/sun burn
Kulit yang tidak sekata memerlukan waktu yang lama untuk pulih, boleh menjadi indikasi kekurangan vitamin C. Lambatnya penyembuhan luka ringan secara alami oleh tubuh juga menunjukkan bahawa kadar vitamin C dalam tubuh kurang.

5. Sakit Sendi
Sakit sendi teruk merupakan tanda-tanda bahawa tubuh kekurangan vitamin C. Kadang-kadang penyakit kudis yang parah juga dapat menyebabkan pendarahan di dalam sendi dan menimbulkan rasa sakit yang teruk.

6. Anemia
Anemia adalah tanda lain dari kemungkinan kekurangan vitamin C. Orang yang kekurangan vitamin C juga mudah sakit kerana sistem ketahanan tubuhnya lemah.

Vitamin C 
Vitamin C merupakan vitamin yang mudah larut dalam air, karena itu vitamin ini mudah hilang melalui peluh. Karena itu vitamin C harus diganti setiap hari. Fungsi vitamin C dalam tubuh adalah untuk pertumbuhan, pemulihan keadaan kesihatan tubuh badan, serta mencegah radikal bebas penyebab penenuaan pada kulit wajah.

Selain itu, vitamin C juga merupakan nutrisi penting sebagai antioksida, membantu penyerapan zat besi, membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh badan, membantu penyembuhan luka, dan menjaga kesihatan tulang serta tugas-tugas penting lainnya.

Keperluan vitamin C harian yang disarankan adalah sebanyak 75 mg untuk wanita yang tidak merokok dan 90 mg untuk lelaki yang tidak merokok. Sementara untuk perokok, keperluan vitamin C harian mencapai 110mg, baik lelaki ataupun wanita.
Vitamin C merupakan jenis vitamin yang paling aman untuk diamalakan setiap hari. Namun begitu dos yang tertentu akan diambil setiap hari, iaitu 2000 mg per hari untuk orang dewasa.

Meskipun pengambilan vitamin sehari-hari cukup, namun pada orang tertentu ada beberapa gejala seperti rasa tidak selesa pada perut, mual, muntah, diarea, dan sering buang air kecil ketika mengambil vitamin C sebanyak 500 mg sampai 1.000 mg atau lebih sehari.

Akibat pengambilan Vitamin C yang Berlebihan

Bagi beberapa orang yang lebih sensitif, terlalu banyak mengambil vitamin C boleh menimbulkan masalah kesihatan yang lebih serius, antara lain:

1. Penyakit buah pinggang
Selain peningkatan risiko buah pingganyang dijelaskan dalam kajian di atas, terlebih dos vitamin C juga meningkatkan risiko masalah ginjal yang lain. pengambilan suplemen vitamin C yang tinggi dapat meningkatkan kadar oksalat dalam urin dan menghasilkan batu karang kalsium oksalat, jenis yang paling umum dari batu karang.

Oksalat ditemukan secara alami dalam buah-buahan, sayuran, kacang-kacangan, dan coklat, dan juga diproduksi oleh hati.

2. Alergi
Siapapun yang memiliki alergi perlu melakukan pemeriksaan tentang suplemen vitamin C yang diambil kerana beberapa suplemen vitamin C terbuat dari jagung.

3. Penyakit jantung pada wanita
Suplemen vitamin C mungkin berbahaya bagi beberapa wanita, terutama wanita postmenopause yang menderita diabetes. Terdapat kajian terhadap lebih dari 1.900 wanita pascamenopause dengan diabetes menemukan bahawa wanita yang memiliki dos vitamin C tertinggi (lebih dari 300 mg per hari) dari suplemen (bukan dari makanan) memiliki peningkatan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular.

4. Penyakit Diabetes
Mengambil dos yang tinggi untuk vitamin C dapat menambah kadar gula dalam darah pada pesakit diabetes dan dengan demikian mempengaruhi keperluannya untuk ubat antidiabetes. Jika Anda memiliki diabetes, Anda harus berbicara dengan doktor sebelum mengambil suplemen vitamin C.

Itu sahaja beberapa gejala dan penyakit yang timbul akibat mengambil vitamin C secara berlebihan. Jadi, ambillah dengan dos yang ditetapkan mengikut kesihatan harian anda.




Sustained Release Vita C Shaklee

Nota: Sustained Release Vitamin C adalah supplemen kesihatan BUKAN UBAT jadi kesannya berbeza ikut tahap kesihatan individu. Krisis pemulihan @ healing crisis mungkin berlaku selama 2 minggu hingga beberapa bulan. Diharap anda bersabar jika mengalami krisis penyembuhan kerana penyakit yang bersarang dalam badan mengambil masa yang lama untuk muncul.
Maka untuk menyembuhkannya juga memerlukan masa untuk badan membuang toksin yang terkumpul sekian lama, menguatkan sistem imum, membaiki sel-sel rosak, menghasilkan sel-sel baru dan melawan penyakit dalam badan anda. KESABARAN & ISTIQAMAH adalah kunci kepada penyembuhan. Mencegah sebelum parah lebih baik dari mengubati ketika kronik.
Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan, Mutiara Rini, Mutiara Mas.



Monday, 31 July 2017

A.V.E Khasiat Vitamin C Untuk Sistem Imun dan Kulit Cantik

Bismillah...

Vitamin C adalah sejenis antioksidan yang berupaya meningkatkan daya ketahanan dalam badan anda serta mempercepatkan proses penyembuhan. Ia juga berperanan meremajakan kulit, mencegah penuaan dan menjadikan kulit lebih sihat, cantik bersih dan berseri.

Anda perlu mengambil vitamin C kerana badan manusia tidak boleh menghasilkan vitamin C sendiri. Anda boleh memperolehi vitamin C dengan cara meminum atau makan makanan yang kaya dengan vitamin C.

" Antara makanan tinggi vitamin C ialah, sayuran hijau, buahan seperti kiwi, brokoli, buahan citrus (oren, limau, lemon) dan sebagainya"

Tetapi agak sukar untuk anda memakan sayuran dan buahn setiap hari secara berterusan kerana kesibukan harian

" Vitamin C adalah sejenis vitami larut air yang bermaksud ianya mudah diserap oleh badan dan akan segera dikumuhkan dari badan anda jika berlebihan. Anda perlu sentiasa makan buah dan sayur setiap hari untuk mendapatkan bekalan Vitamin C"

Sayuran dan buahan yang mengandungi Vitamin C

Sanggupkah anda membawa beberapa biji oren bersama anda - ke mana saja anda pergi sepanjang hari untuk memastikan anda mendapat vitamin C yang secukupnya?

Pastikah anda mendapat vitamin C yang secukupnya daripada buah oren yang bergantung kepada kesegaran buah tersebut?

Sanggupkan anda makan buah oren hari-hari? sedangkan anda tahu kandungan Vitamin C itu akan cepat hilang dari badan anda?

Tahukah anda? VitaminC dalam makanan mudah musnah akibat haba semasa memasak, sinaran ultra ungu, perisa tambahan, bahan kimia pertanian dan mudah dioksida jika terdedah pada udara.

Jangan risau. Anda boleh memakan Vitamin C tambahan untuk memebuhi sebarang ketidakcukupan Vitamin C daripada makanan yang anda ambil. Satu atau dua tablet vitamin C setiap hari adalah mencukup untuk keperluan harian badan anda.

" Tahukah anda? Perokok tegar mengalami masalah kekurangan vitamin C yang kronik kerana 1 batang rokok sahaja mampu menghapuskan 50-100 mg vitamin C!"

[credit to khasiataloevera.com]

Keistimewaan Vitamin C Shaklee

Sustained Release Vita C Plus Shaklee

(1) Sustained (or, Time) Release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi khas agar ia dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Dengan bahasa ringkasnya, dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu

(2) Vitamin larut air (B-Complex dan Vitamin C) adalah seperti namanya, mudah larut di dalam air (sebab tue dinasihatkan pengambilan air yang mencukupi apabila mengambil suplemen), dan, ianya tidak boleh disimpan di dalam badan.

Maka, tanpa sifat Time Release ini, vitamin larut air ini akan terus diserap ke dalam aliran darah dengan CEPAT, tanpa mengira berpa besar dos vitamin tersebut, dan akan dilepaskan ke dalam urin (air kencing) dalam masa 2-3 jam sahaja.

(3) Sustained Release supplement boleh menawarkan kesan vitamin yang optimum, meminimumkan kehilangan vitamin dalam proses penguraian (perkumuhan), serta menstabilkan paras darah waktu siang dan malam.

Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan untuk periksa label di botol vitamin pilihan anda kerana kebanyakan time-release vitamins hanya boleh bertahan di dalam masa 2 jam atau kurang. Maka, hampir TIADA BEZA sangat berbanding dengan tablet biasa yang pastinya jauh lebih murah berbanding vitamin yang bersifat sustained release.

Nota: Sustained Release Vitamin C adalah supplemen kesihatan BUKAN UBAT jadi kesannya berbeza ikut tahap kesihatan individu. Krisis pemulihan @ healing crisis mungkin berlaku selama 2 minggu hingga beberapa bulan. Diharap anda bersabar jika mengalami krisis penyembuhan kerana penyakit yang bersarang dalam badan mengambil masa yang lama untuk muncul.
Maka untuk menyembuhkannya juga memerlukan masa untuk badan membuang toksin yang terkumpul sekian lama, menguatkan sistem imum, membaiki sel-sel rosak, menghasilkan sel-sel baru dan melawan penyakit dalam badan anda. KESABARAN & ISTIQAMAH adalah kunci kepada penyembuhan. Mencegah sebelum parah lebih baik dari mengubati ketika kronik.
Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan, Mutiara Rini, Mutiara Mas.

Sunday, 16 July 2017

A.V.E Mengidam Semasa Hamil

Bismillah...
Pengenalan
“Mengidam” adalah satu pengalaman yang biasa dialami oleh kebanyakan wanita hamil atau mengandung. Mengidam boleh diterjemahkan sebagai keinginan yang tinggi terhadap sesuatu jenis makanan yang dirasai ketika mengandung. Ada yang mengejutkan, bukan hanya makanan yang diidamkan tetapi juga bahan bukan makanan seperti kapur dan kepingan cat atau tanah. Mengidam makanan yang manis dan masin serta berempah atau yang tinggi kandungan lemak, merupakan subjek yang paling popular. Mengidam dialami mengikut waktu atau dalam tempoh kehamilan yang berbeza di antara seseorang wanita. Terdapat juga keadaan di mana seseorang wanita mengandung memilih untuk makan sesuatu yang sememangnya tidak akan dimakan pada hari-hari biasa jika tidak mengandung. Begitu pun, mengidam semasa mengandung tidak berlaku kepada semua wanita hamil.

Penyebab Berlakunya Mengidam Semasa Hamil
Sebenarnya, penyebab berlakunya mengidam atau penolakan sesuatu jenis makanan semasa mengandung masih tidak diketahui. Terdapat pelbagai faktor yang dikaitkan sebagai punca berlakunya mengidam. Menurut Siobhan Dolan, ada yang berpendapat mengidam atau penolakan semasa kehamilan sebenarnya merupakan satu faktor perlindungan, walaupun tiada data saintifik yang mencukupi untuk menyokong teori ini.
Perkara seperti peningkatan keperluan kalori serta zat makanan (nutrien) semasa kehamilan dan keperluan untuk pertumbuhan atau pembentukan janin merupakan alasan mengapa keadaan ini berlaku. Walau bagaimanapun, ada sesetengah saintis atau penyelidik menyatakan perubahan hormon semasa mengandung turut memberi kesan kepada deria bau. Ini secara tidak langsung memberi kesan dalam pemilihan dan pengambilan makanan.
Mengidam sesuatu jenis makanan semasa mengandung turut dikaitkan sebagai petanda berlakunya kekurangan zat makanan atau nutrien. Sebagai contoh, seseorang wanita hamil yang mengidam susu atau produk tenusu seperti keju menunjukkan kekurangan kalsium. Manakala mengidam makanan manis seperti coklat menandakan peningkatan keperluan kalori atau kekurangan vitamin B.

Adakah Mengidam Membahayakan?
Mengidam sesuatu makanan dan memakan makanan tersebut secara berlebihan dan tiada kepelbagaian (monotonous diet – makan satu makanan sahaja) adalah tidak baik dan boleh menjejaskan kesihatan wanita mengandung serta kandungannya. Walau bagaimanapun, mengidam bukanlah suatu kesalahan dan tidak membahayakan jika dapat mengawalnya. Walau sekuat mana anda mengidam sesuatu makanan, pastikan anda berfikiran waras. Fikirkan kesihatan anda dan bayi dalam kandungan.
Senarai di bawah merupakan makanan yang perlu diambil perhatian dan elakkan memakannya semasa anda hamil:
  • Makanan laut termasuk ikan, telur dan produk hasil daging/ayam yang mentah atau tidak dimasak secara sempurna
  • Susu dan produk tenusu seperti keju yang tidak dipasteur (unpasteurised milk)
  • Alkohol
  • Sayuran berakar yang tidak dibasuh bersih

Apakah Yang Perlu Dilakukan Jika Mengidam Semasa Hamil?
Sekali lagi dinyatakan, adalah tidak salah untuk anda mengidam semasa mengandung dan pada masa yang sama, masih dapat membekalkan segala nutrien yang diperlukan oleh anda dan bayi dalam kandungan. Walau bagaimanapun, pastikan anda tidak mengambil makanan tersebut secara berlebihan. Sebagai contoh, sekiranya anda mengidam untuk makan coklat, pastikan anda hanya makan 1 kepingan atau potongan kecil sahaja dan bukannya keseluruhan kepingan coklat. Pengambilan makanan yang tinggi kalori terutamanya yang tinggi kandungan gula dan lemak atau minyak boleh menyebabkan peningkatan berat badan yang berlebihan secara mendadak. Pertambahan berat badan yang berlebihan akan meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit diabetes semasa mengandung dan masalah tekanan darah tinggi.
Berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda lakukan sekiranya anda mengidam sesuatu jenis makanan:
  • Makan makanan yang seimbang dan pilih makanan yang kurang lemak serta tinggi serat seperti produk bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran serta kekacang. Sekiranya anda makan secara sihat setiap hari, sesekali anda mengidam makanan yang kurang berkhasiat dan diambil dalam jumlah yang sedikit tidak menjejaskan keperluan zat yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan.
  • Makan secara kerap dan boleh makan enam kali dalam sehari dalam jumlah yang sedikit tetapi mengenyangkan. Ini bagi membantu mengelakkan penurunan paras gula dalam darah sehingga sukar untuk  mengawal keinginan untuk makan.
  • Alihkan perhatian dengan keluar berjalan, bersembang, membaca atau menjauhi dapur anda atau kedai.
  • Beri tumpuan kepada makanan yang rendah kandungan kalorinya. Sekiranya ingin makan ais krim, pilih ais krim yang diperbuat daripada yogurt rendah lemak yang disejuk beku atau sorbet.
  • Sekiranya mengidam untuk makan kerepek kentang (bergoreng), pilih yang dibakar atau dipanggang dan kurang garam.
Walau apa pun makanan yang anda inginkan atau mengidam, yang penting ia diambil secara sederhana.
[credit to myhealth.gov.my]
Antara vitamin/supplemen yang disyorkan untuk wanita hamil bagi membantu tumbesaran bayi dalam kandungan secara tidak langsung membantu memberi nutrien yang lengkap untuk ibu-ibu hamil [SILA KLIK]
set kehamilan shaklee

Set kehamilan shaklee - Trimester Pertama

Set Kehamilan Shaklee _ Trimester Kedua & Ketiga

Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan, Mutiara Rini, Mutiara Mas.