Monday 5 June 2017

A.V.E Cara Elak Gastrik di Bulan Puasa

Bismillah...

Gastrik antara penyakit yang normal tetapi penyakit ini sangat sukar untuk diubati. Bagi anda yang menghadapinya apatah lagi dalam bulan puasa ini kerap mengalami gastrik, jangan risau kerana ada cara untuk anda mengelak daripada terkena serangan gastrik.

Makan- Walau sedikit. Sekiranya perut dibiarkan kosong, keadaan perut akan mula diisi dengan asid. Jadi makanlah walau sekadar biskut atau setengah mangkuk nasi dan lauk.

Ambil ubat - Bagi mengatasi sakit perut, ubat gastrik perlulah di ambil ketika sahur atau selepas berbuka. Tetapi awas, jangan terlalu bergantung kepada ubat. Pengambilan ubat gastrik juga seeloknya di bawah pengawasan doktor. Waktu ini dijauhi ubat sakit kepala dan selsema kerana ubat tersebut akan membuatkan sakit gastrik akan makin parah.

Minum air putih, jauhi susu kerana kadar asid yang ada di dalam perut boleh memburukkan sakit gastrik. Selain itu, boleh menyebabkan cirit birit kerana perut berada dalam keadaan yang sensitif.

Punca Lain Terjadinya Gastrik 
----------------------------------
●Peminum arak (arak ni bersifat asid) 
●Perokok 
●Makan dengan berlebihan 
●Makan makanan yang terlalu pedas 
●Sering guna ubat penahan sakit (pain killer) 
●Jangkitan 
●Skipping meals 
●Stress Symptom Pesakit Gastrik 
●Tiada selera makan 
●Upset Stomach - tidak hadam dengan baik 
●Perut memulas - bila makan bertambah sakit 
●Muntah-rasa loya Cirit birit - najis berwarna hitam 
●Lemah, demam 
●Kembung perut-sakit dada 
●Pedih ulu hati 

Cara Merawat dan Menangani Gastrik
--------------------------------------------
Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Antaranya: 
●Berhenti merokok dan berhenti minum minuman beralkohol 
●Hentikan pengambilan ubat tahan sakit 
●Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). 
●Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur 
●Makan sedikit-sedikit tetapi kerap 
●Kurangkan makanan berempah, bercili, masam 
●Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat) 
●Ambil susu soya kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut. Selain itu, terdapat juga individu yang terpaksa bergantung kepada ubat bagi mengurangkan ketidakselesaan masalah gastrik ini. Namun yang demikian, seperti yang kita semua sedia maklum, pengambilan ubat-ubatan secara terus-terusan tidak digalakkan kerana ianya mungkin boleh membawa kepada kemudaratan di lain hari.

Cadangan Supplemen Shaklee untuk Merawat Gastrik
-------------------------------------------------------------
1) Energizing Soy Protein 
ESP yang juga merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan. Selain ESP, anda juga mengambil tambahan supplemen Ostematrix dan Peppermint Ginger Plus untuk merawat masalah gastrik. 

2) Ostematrix 
Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid di dalam perut. 


3) Peppermint Ginger Plus 
Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.


Sila baca DISCLAIMER


Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan, Mutiara Rini, Mutiara Mas.

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

No comments:

Post a Comment