Sunday 26 January 2014

Halalkah Produk Shaklee

Sebagai seorang muslim, sememangnya wajib untuk kita mencari dan menggunakan produk halal tidak kira makanan, minuman, produk kecantikan dan lain-lain. Sesungguhnya halal itu adalah baik untuk kita. 

Dalam surah Al-Baqarah, Ayat 172 ada menyatakan:

Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.


Alhamdulillah, Shaklee sangat mengambil berat hal ini dan mereka sangat menjaga kesucian serta kehalalan kesemua produk Shaklee untuk pasaran negara muslim khususnya. 

Walau bagaimanapun, jika anda ingin mencuba produk Shaklee tetapi masih terdetik rasa was-was di hati akan status halalnya , mungkin boleh membaca artikel di bawah. Artikel asal boleh dilihat di website berikut: 

======================================



Soalan 1 :

Assalamualaikum,,

Bagaimana dengan supplemen Shaklee? Adakah semua produk Shaklee adalah halal? Harap saudara Abd Rahman dpt membantu

Terima kasih

Ainul- Amar Dhiya

Soalan 2:

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya kpada En. Rahman tentang produk “Shaklee” iaitu
“Advanced Joint Health Tablet dan Ostematrik”.

Adakah produk ini halal dan sah dari jakim?

Terima kasih

Cikgu Umi Kalsom.
———————————————————————’
JAWAPAN:
Wa alaikum salam.
Terima kasih atas soalan Puan Ainul dan Cikgu Umi Kalsom.
Saya ada menerima beberapa email bertanyakan tentang
status halal haram dan bahan-bahan yang meragukan
di dalam Produk Kesihatan Shaklee terutamanya
Produk Soy Lecithin – Dietary Supplement.
Isu Estrak Babi di dalam Produk Shaklee mula timbul
apabila Tuan Mohd Hadihaizil menulis dalam blog
beliau tentang sumber gelatin di dalam Produk
Soy Lecithin yang disyaki menggunakan gelatin daripada
campuran lembu dan babi.
Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan berterima kasih
di atas keprihatinan Tuan Mohd Hadihaizil tentang status
halal haram produk kesihatan yang diambil oleh ahli keluarga beliau.
Di atas keprihatinan dan untuk mendapatkan kepastian,
beliau telah menghantar email kepada Shaklee Kanada pada 22 Februari 2011
untuk mendapatkan kepastian dan penerangan.
Hasilnya, pada 26 Februari 2011 pihak Shaklee Kanada membalas email
beliau dan menjelaskan bahawa:
“Untuk Produk Lecithin di Pasaran Amerika Syarikat. Gelatin yang
digunakan dalam Kapsul Soy Lecithin mungkin menggunakan campuran
gelatin babi dan lembu. Dalam kata lain, Kapsul Soy-Lecithin
tidak dijamin bebas kandungan babi”.
Untuk memastikan kebenaran penjelasan ini, beberapa orang
pengedar produk Shaklee telah menghubungi Syarikat Shaklee
Malaysia dan menjelaskan produk Shaklee untuk pasaran Malaysia
dihasilkan di kilang yang lain dan turut mempunyai persijilan halal
daripada Islamic Services of America (ISA).
Hasil carian maklumat saya di portal Biro Pengawalan Farmaseutikal
Kebangsaan (BPFK).
Produk Lecithin Shaklee yang didaftarkan pada tahun 1995
dihasilkan di kilang Syarikat Shaklee di Norman, Amerika Syarikat.
Produk Lecithin Shaklee yang terbaru pula didaftarkan pada 2012
dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville . Kilang yang sama mengeluarkan
produk-produk kesihatan lain seperti Produk GNC dan USANA yang mempunyai
persijilan Halal daripada IFANCA (Islamic Food And Nutritional Council of America).
Produk Osteomatrix Caplet Shaklee yang didaftarkan di Malaysia pada tahun 2007
juga dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville, Amerika Syarikat.
Pada awal Januari 2013 pula, Puan Imatulizah telah menghantar pertanyaan
melalui email kepada Islamic Services of America (ISA) untuk
mengesahkan kesahihan Sijil Halal Produk Shaklee.
Koordinator Perkhidmatan Halal, ISA mengesahkan Sijil Halal
Produk Shaklee adalah sah dan menjamin Shaklee akan terus
mengeluarkan produk-produk yang dijamin halal termasuklah
Produk Lecithin, Omega dan Vitamin E.
Memang sebelum ini Shaklee menggunakan kapsul daripada pembekal
di Kanada. Tetapi pada masa sekarang, Shaklee telah menggunakan
pengilang baru yang mempunyai persijilan halal sedia ada untuk
produk Shaklee pasaran Malaysia.
ISA dan IFANCA merupakan badan persijilan Halal Luar Negara yang
diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.
Oleh itu, tiada keraguan ataupun was-was bagi pengguna Muslim untuk
mengamalkan Produk Suplemen Kesihatan jenama Shaklee yang terdapat di pasaran Malaysia.
P/S : Saya bukan pengamal produk shaklee, bukan penjual, bukan pengedar dan tidak mempunyai kepentingan berkaitan produk Shaklee.
Jawapan ini sekadar menjawap persoalan-persoalan yang dihantarkan
oleh pembaca-pembaca buku tulisan saya bertajuk “Halalkah Ubat Anda?”.
Buku “Halalkah Ubat Anda?” mendedahkan lebih 90 jenis ubat-ubatan yang
mengandungi unsur daripada babi. Untuk dapatkan maklumat lanjut sila layari www.halalscience.com
Terima kasih.
Abd Rahman Baco
Penulis
halalscience.com
[credit to celiknutrisi.com - Oja Samid]
================================================

Diharap dengan penjelasan ini anda akan dapat mengamalkan sebarang produk shaklee dengan lebih yakin tanpa was-was.




Sila baca DISCLAIMER

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Nurul Fazreen bt Othman 
PM : www.facebook.com/awesomevitaminsever
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

No comments:

Post a Comment