Sunday 26 January 2014

Benarkah Produk Shaklee Ada Ekstrak Babi?

Assalamualaikum

Merujuk pada entry saya yang lepas, saya ada menerangkan Halalkan Produk Shaklee.

Isu halal Shaklee masih lagi menjadi bualan dan tanda tanya bagi semua orang muslim di Malaysia.

Saya difahamkan bahawa produk yang dibuat untuk pasaran negara muslim dihasilkan berbeza daripada yang dibuat untuk pasaran negara non-muslim, dan ini telah dipastikan sendiri oleh keluarga salah seorang upline kami yang telah pergi melihat bagaimana supplement Shaklee dihasilkan di Shaklee U.S. Mendengarkannya buat saya kagum bagaimana pihak Shaklee benar-benar komited dalam menjaga status HALAL demi untuk memenuhi keperluan pengguna Muslim. Syukur Alhamdulillah..

Sebagai perbandingan, mari lihat gambar botol-botol Lecithin dan cuba teliti perbezaan rupa mereka.

Ini bermakna produk yang dihasilkan adalah berbeza mengikut negara ia dipasarkan walaupun sama jenama. Jelas ye kawan-kawan.

Di bawah ini Sijil Halal Versi Terkini bertarikh 21 Januari 2013 yang telah dikeluarkan oleh ISA ( Islamic Services of America) untuk kesemua produk Shaklee pasaran Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, ISA adalah Badan Islam di Amerika Syarikat yang diiktiraf oleh JAKIM sejak tahun 1982 lagi. In Shaa Allah boleh lihat di dalam laman web JAKIM di SINI


In shaa Allah semua produk Shaklee Malaysia adalah halal untuk kegunaan kita semua. Jadi jangan risau ye. :)
Saya harap dengan entry ini dapat meyakinkan anda akan status HALAL produk-produk Shaklee Malaysia. Sekiranya masih inginkan kepastian anda boleh hubungi Shaklee Malaysia sendiri untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sila baca DISCLAIMER

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Nurul Fazreen bt Othman 
PM : www.facebook.com/awesomevitaminsever
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*











No comments:

Post a Comment