Monday 3 July 2017

A.V.E Kabur Penglihatan?

Pengenalan
Mata merupakan satu organ yang komplek dengan beberapa bahagian yang penting. Bagi membolehkan mata berfungsi dengan baik untuk menghasilkan penglihatan yang normal, setiap bahagian mata perlulah normal dan sihat.
Kabur penglihatan akan terjadi sekiranya ada gangguan dalam laluan cahaya dari bahagian hadapan mata iaitu kornea kebahagian belakang mata iaitu retina dan seterusnya saraf optik.  Sekiranya berlaku sebarang ketidaknormalan pada mana-mana bahagian mata termasuk saraf optik akan menyebabkan gangguan pada penglihatan.
Perubahan dalam penglihatan mungkin disebabkan oleh sesuatu yang tidak membimbangkan yang hanya memerlukan cermin mata bagi merawat perubahan tersebut, tetapi dalam sebahagian dari kes kabur penglihatan mungkin disebabkan oleh sesuatu yang agak serius yang memerlukan pemeriksaan mata yang menyeluruh untuk menentukan penyebabnya.
Penyebab
Masalah kabur penglihatan boleh disebabkan oleh:
  • Presbyopia – mengalami kesukaran untuk fokus pada objek yang dekat.  Masalah ini biasanya dikesan ketika umur mencecah 40 tahun.
  • Katarak – dimana kanta menjadi legap menyebabkan penglihatan menjadi kabur dan silau.  Ini adalah penyebab utama kabur penglihatan bagi golongan umur pertengahan
  • Glaukoma – satu penyakit saraf optik yang kronik dan progresif dengan tekanan didalam mata yang  tinggi dan dalam kebanyakan kes tidak menyebabkan sakit pada mata.  Penglihatan pada mulanya  normal,  tetapi dengan masa anda mungkin mengalami gangguan penglihatan pada waktu malam, titik buta dan gangguan pada medan penglihatan.  Glaukoma boleh terjadi secara tiba-tiba dan ini biasanya akan menyebabkan mata sakit dan merah.  Keadaan ini diklasifikasikan sebagai kes kecemasan.
  • Diabetik Retinopati dan / atau ‘Diabetic Macula Edema’
  • “Age related macula degeneration (AMD)” – kehilangan penglihatan dibahagian tengah, kabur penglihatan terutama semasa membaca,  gangguan penglihatan (garisan lurus menjadi bengkok atau berombak) dan warna menjadi pudar. Ini adalah penyebab utama kabur penglihatan di kalangan mereka yang berumur 60 tahun ke atas.
  • Jangkitan kuman, radang dan kecederaan mata
  • “Floaters” – partikel yang halus berterbangan dari dalam mata yang  mengganggu penglihatan dan mungkin keliru dengan masalah retina lekang (retinal detachment)
  • Rabun malam
  • Retina lekang (Retinal detachment)–Gejala termasuk “floaters”, “sparks or flashes of light” dari dalam mata, atau ternampak seperti langsir menutupi sebahagian dari medan penglihatan.
  • Radang saraf optik (Optic neuritis–  Radang pada saraf optik mungkin terjadi dari jangkitan kuman atau penyakit “multiple sclerosis”. Anda mungkin merasa sakit bila menggerakkan mata atau disentuh pada kelopak mata.
  • Angin ahmar dan TIA – menyebabkan kehilangan ruang penglihatan, bergantung pada lokasi bahagian otak yang terlibat.
  • Barah otak – menyebabkan kehilangan ruang penglihatan, bergantung pada lokasi bahagian otak yang terlibat.
  • Pendarahan didalam mata
  • Temporal arteritis” – radang pada salur darah (arteri) yang membekalkan darah pada saraf optik.
  • Migrain – anda mungkin nampak cahaya lampu, ”halos”, atau paten zigzag sebelum sakit kepala.
Bila Perlu Berjumpa Dengan Doktor Mata?
Anda perlu mendapatkan pemeriksaan dari pakar mata (oftalmologis) sekiranya:
  • Anda mengalami hilang penglihatan sebahagian atau sepenuhnya pada satu atau kedua belah mata walaupun ianya berlaku untuk sementara waktu.
  • Anda mengalami kabur penglihatan atau hilang penglihatan secara tiba-tiba.
  • Anda melihat satu objek sebagai dua (double vision), walaupun ianya berlaku buat sementara.
  • Anda melihat objek lurus menjadi bengkok atau berombak.
  • Anda mengalami seperti ada langsir yang ditarik dihadapan mata anda dari atas,  bawah atau kiri dan kanan anda.
  • Anda mengalami titik buta atau hilang penglihatan di bahagian tengah atau gangguan pandangan dengan tiba-tiba.
  • Anda mengalami kabur penglihatan dengan tiba-tiba bersama dengan sakit pada mata dan merah. Mata merah yang sakit dengan kabur penglihatan adalah merupakan kes kecemasan.
  • Jangkitan mata biasa yang berpanjangan (selepas dirawat oleh dpktpr biasa > 2 minggu)
  • Masalah melihat di waktu malam atau semasa membaca
  • Masalah dalam membezakan warna
  • Masalah diabetik ataupun mempunyai sejarah diabetik didalam keluarga
  • Masalah mata gatal, berair dan bertahi (discharge)
  • Masalah kesihatan yang mungkin ada kaitan dengan pengambilan ubatan (JANGAN berhenti atau tukar ubat sebelum mendapat konsultasi dari doktor anda)
Apa Yang Akan Dilakukan Semasa Di Klinik Mata
Doktor mata akan:
  1. Melakukan ujian penglihatan
  2. Mengukur tekanan mata
  3. Lakukan pemeriksaan mata yang lengkap termasuk pengembangan anak mata
  4. Lakukan ujian atau prosedur yang perlu seperti ujian medan penglihatan, hess chart, refraksi dan lain-lain, bergantung kepada penemuan pemeriksaan.
Rawatan adalah bergantung kepada penyebab kabur penglihatan. Pembedahan mungkin disyorkan untuk kes–kes tertentu.
PERINGATAN: Akibat dari pengembangan anak mata, penglihatan anda akan kabur buat  sementara (4 hingga 5 jam). Adalah dinasihatkan tidak memandu dalam jangkamasa ini.
Anda dapat membantu doktor anda sekiranya anda dapat menerangkan tanda dan gejala dengan tepat.
Pencegahan
Pemeriksaan mata yang berkala dengan doktor mata adalah penting. Ia sepatutnya dijalankan setahun sekali jika anda berumur 40 tahun ke atas.
Doktor anda akan memberitahu berapa kerap anda perlu melakukan pemeriksaan mata bergantung kepada masalah anda.
Sebagai langkah pencegahan kepada masalah mata:
  • Gunakan cermin mata gelap untuk melindungi mata anda dari cahaya UV.
  • Menggunakan cermin mata keselamatan semasa melakukan kerja yang menggunakan alat-alat tajam atau alat bermotor seperti tukul, pemotong besi dan sebagainya.
  • Sekiranya anda memerlukan cemin mata atau kanta sentuh, pastikan preskripsi adalah yang terkini
  • JANGAN merokok.
  • Pastikan anda mempunyai BMI yang ideal
  • Pastikan tekanan darah dan paras kolestrol anda berada dibawah kawalan.
  • Pastikan paras gula anda dibawah kawalan sekiranya anda mengidap diabetes
[credit to myhealth.gov.my]

Antara vitamin yang disyorkan untuk membantu mengurangkan masalah mata

Coratomax

Coratomax adalah vitamin Shaklee yang kaya dengan campuran alfa-kerotene,astaxanthin,beta-kerotene,lutein,likopena dan zeaxanthin yang memberi faedah karatenoid yang lengkap tanpa bahan perasa,pewarna dan pengawet tambahan. Ia adalah  antioksidan yang boleh  melawan radikal-radikal bebas,untuk melindungi  sel-sel secara menyeluruh.Ia boleh membantu memastikan tumbesaran sel sihat ,penglihatan mata yang terang dan jelas.Ia juga boleh membantu dalam memelihara kulit dan selaput lendir supaya sentiasa sihat.

Siapa yang perlu ambil Coratomax ni?

1) Mereka yang nak awet muda.Ia kaya dengan Anti-oksidan yang melindungi sel-sel anda dari rosak.Masalah kulit. Ia mampu memulihara kulit supaya cepat baik luka-luka.

2) Mereka yang rabun.Ia mengandungi beta kerotene yang mampu mejadikan mata anda lebih jelas dan terang.


Sila baca DISCLAIMER


Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan, Mutiara Rini, Mutiara Mas.

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

No comments:

Post a Comment