Tuesday, 10 February 2015

A.V.E : Semuanya Mengenai Payudara

kanser payudara
Kanser payudara


Ramai tidak menyedari risiko mendapat kanser payudara boleh dikurangkan bermula dengan rutin harian yang sangat mudah. Pemilihan saiz bra yang tepat, pemakanan dan juga gaya hidup seseorang merupakan perkara asas menentukan kehadiran kanser ini. Apa yang selalu terjadi, penghidap kanser payudara hanya akan mula tercari-cari puncanya setelah mendapat penyakit tersebut.

Menurut pakar runding bedah payudara, wanita dari setiap lapisan umur masing-masing dibelenggu dengan pelbagai masalah yang berbeza apabila berhadapan dengan isu kesihatan payudara. Payudara wanita akan berubah seiring dengan perkembangan tubuh badan apabila umur mencecah 20-an, 30-an, 40-an dan 50-an. Sesetengah wanita bimbang dengan saiz yang terlalu kecil atau terlalu besar.

Ada juga yang risau bentuk payudara akan berubah sekiranya memberikan anak susu badan. Bagi yang menghadapi menopaus pula mereka lebih mengambil berat tentang risiko mendapat kanser payudara. Justeru, penjagaan payudara yang sihat sepanjang hayat adalah sangat penting untuk mengelak penyakit ini. 


pengesanan awal
Pengesanan Awal


Tip ketika umur 20-an

Sentiasa prihatin dengan kesihatan payudara dan dapatkan pemeriksaan klinikal secara menyeluruh. Melaluinya, anda dapat mengetahui risiko-risiko yang dihidapi dan pantauan terbaik untuk diri anda. Lakukan pemeriksaan klinikal setahun sekali pada umur 20-an dan 30-an. Buat pemeriksaan payudara sendiri sebulan sekali supaya anda dapat mengesan sekiranya terdapat perubahan-perubahan kecil sebelum merujuk kepada doctor.

Dapatkan maklumat lanjut sekiranya anda berisiko tinggi. Jika keluarga anda mempunyai sejarah kanser payudara, dapatkan nasihat doctor dengan lebih mendalam untuk memahami risiko yang dihadapi dan langkah pencegahan awal.

Ibu yang baru melahirkan anak dinasihatkan agar memberi susu badan kepada anak sekurang-kurangnya selama enam bulan. Kajian menunjukkan penyusuan ibu selama enam bulan atau lebih boleh mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 20%.

Senaman dan jaga pemakanan! Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari sama ada dengan berjalan, berbasikal, jogging, menari ataupun aktiviti fizikal lain boleh mengurangkan risiko kanser payudara sehingga 20%. Hadkan pengambilan daging merah sebanyak 4 auns sehari dan elakkan daging yang telah diproses.

Tip ketika umur 30-an

Sentiasa prihatin dengan kesihatan payudara dan terus dapatkan pemeriksaan klinikal setahun sekali. Menilai kemungkinan risiko yang mungkin anda hadapi untuk menentukan tindakan yang harus diambil. Buat pemeriksaan payudara sendiri sebulan sekali dan segera berjumpa dengan doctor jika terdapat tanda-tanda yang mencurigakan. Sekiranya anda mempunyai sejarah keluarga dengan kanser payudara, doctor akan mencadangkan untuk mula menjalani pemeriksaan mammogram atau MRI setahun sekali.

Lakukan pemeriksaan pengurusan tekanan. Kajian terhadap wanita berumur 45 tahun ke bawah yang mengalami tekann hidup seperti perceraian, kematian mudah terdedah kepada kanser payudara. Pupuk sikap positif dalam diri boleh membantu anda menghadapi apa jua situasi dengan baik kea rah mencapai gaya hidup sihat.

Tip ketika umur 40-an

Pada usia begini, kadar kanser payudara mula meningkat sehingga satu per tiga wanita di Malaysia didiagnosis dengan penyakit ini. Selain perlu menjaga pemakanan, melakukan senaman dan mengurangkan tekanan, anda dinasihatkan untuk menitikberatkan perkara berikut:

Pastikan jadual pemeriksaan mammogram dan pemeriksaan klinikal. Teruskan pemeriksaan sendiri untuk mengetahui perkembangan atau sebarang perubahan pada payudara anda. Sekiranya ada perubahan, rujuk kepada doctor kerana khuatir anda mendapat fibrocystic yang mungkin tidak merbahaya namun penting untuk buat pemeriksaan.

Elakkan pendedahan kepada bahan-bahan penyebab kanser yang tidak diperlukan. Ini termasuk radiasi dan bahan kimia. Jika anda disarankan membuat imbasan x-ray terutama jenis dos tinggi seperti imbasan CT oleh doctor, pastikan doctor tersebut tahu sejarah imbasan yang anda pernah lakukan.

Tip ketika umur 50-an 

Kekalkan berat badan ideal dan sihat. Berat badan ideal adalah indeks jisim badan (BMI) sebanyak 25 peratus atau kurang. Kajian menunjukkan berat badan berlebihan atau obesity (khususnya di kalangan wanita yang telah menopaus) akan meningkatkan risiko mendapat kanser payudara.

Tambahan pulan, wanita yang obesity berhadapan masalah yang lebih tinggi untuk pulih daripada kanser tersebut berbanding mereka yang memiliki berat badan sederhana atau kurang.

Elakkan atau hadkan pengambilan terapi hormone gentian (HRT). Terapi hormone gentian meningkatkan risiko kanser payudara.

[sumber majalah isihat]


Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan



*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

No comments:

Post a Comment