Mencuci muka |
Perkara paling penting dalam penjagaan kulit adalah rutin pembersihan wajah. Jika dilakukan dengan cara yang betul, ia boleh menonjolkan seri wajah yang sihat. Tetapi, apabila sudah menjumpai pembersih wajah yang sesuai dengan kulit anda, anda perlu tahu cara menggunakannya dengan betul. Ketahui 10 perkara yang anda tidak pernah tahu tentang apa yang terbaik untuk kulit anda dan bagaimana cara cucian dan teknik urutan sebenar.
Masa adalah segalanya
Kebanyakan individu mencuci muka dengan terlalu cepat. Anda seharusnya perlu memperlahankan proses mencuci muka bagi membolehkan pembersih wajah menyerap masuk ke dalam kulit untuk memcahkan minyak dan juga sebum. Pembersih wajah anda akan mengeluarkan kotoran dari liang roma tetapi hanya jika anda memberikan sedikit masa untuk melakukannya.
Pastikan tangan anda bersih sebelum mencuci
Halang bacteria dan kotoran daripada tangan merebak ke wajah anda dengan membasuh tangan terlebih dahulu. Kemudian, pastikan sabun dibilas dengan bersih sebelum meneruskan proses cuci muka. Bahan kimia daripada sabun akan menyebabkan iritasi kulit pada wajah anda.
Pembersih wajah berubah mengikut jenis kulit dan musim
Biasanya kulit akan lebih berminyak pada musim panas dan lebih kering pada musim sejuk, jadi dicadangkan untuk tukar pembersih wajah mengikut perubahan musim. Semasa memilih pembersih wajah yang sesuai dengan kulit, pertimbangkan apa yang anda benar-benar perlukan daripadanya. Pastikan pembersih wajah anda mampu bertindak ke atas apa yang anda mahukan (menghalang jerawat, membersihkan solekan dan sebagainya) supaya ia akan memberi hasil yang baik.
Cara Menggosok Keterlaluan
Ada segelintir individu yang gemar mencuci muka secara kuat dan kasar dengan harapan agar segala masalah kulit boleh hilang dengan cepat. Cara begini sebenarnya akan memburukkan lagi keadaan. Lakukan urutan secara lembut, bukan menggosok dengan kasar.
Membersih seluruh wajah
Cuci muka termasuk bahagian leher, dada dan bahu anda. Bukan hanya pada muka semata-mata.
Teknik Urutan yang betul
Lakukan gerakan hujung jari anda dalam gerakan memusing di seluruh wajah dan leher anda. Penting untuk membuat pergerakan secara perlahan dan lembut supaya kulit tidak menjadi iritasi. Dengan urutan sebegitu di wajah anda, ia mampu merangsang perjalanan darahh dan oksigen dengan baik.
Jangan Lupa Bilas
Bilas pembersih wajah di muka anda dengan air suam. Sentiasa bilas pembersih wajah anda, jangan biarkan begitu sahaja. Krim pembersih wajah yang biasa sering meninggalkan sisa pada kulit yang boleh menghalang bahan-bahan dari serum dan pelembap untuk menyerap dengan baik ke dalam kulit.
Pembersih wajah boleh bersihkan berus mekap
Berus mekap adalah lubuk bacteria, jadi bersihkannya sekurang-kurangnya dua kali seminggu dan anda boleh melakukannya dengan pembersih wajah anda!Pembersih wajah adalah musuh kepada berus mekap dan ia akan memberi penjagaan yang lebih semula jadi.
Garam, bahan biasa digunakan
Kandungan garam (sodium klorida) sering terdapat dalam produk seperti syampu, pencuci dan pembersih wajah. Produk-produk ini dibuat dengan menggabung surfactants khusus yang bertindak sebagai agen berbuih dan biasanya melibatkan garam untuk mencapai tahap kelikatan yang ingin dicapai.
Alga turut digunakan
Selain itu, alga mati juga digunakan dalam pembersih wajah dan pengelupasan. Warna hijau dan berlendir, sesuatu yang anda boleh dapati di bahagian bawah akuarium ikan.
[sumber majalah isihat]
Antara Vitamin yang disyorkan untuk mencantikkan kulit wajah
Set D Shaklee ini mengandungi Vitamin C, Vitamin E dan B Complex. Jom kita baca apa peranan utama vitamin-vitamin ini
- Sebagai Antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti (pencemaran, matahari, cuaca, AC, asap rokok, dsb).
- Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle).
- Bersifat anti-penuaan, dapat mengurangkan garis-garis halus pada wajah
- Membantu mengelakkan pertumbuhan abnormal sel
- Membantu memudarkan parut
- membantu dalam menukarkan karbohidrat kepada glukosa untuk penghasilan tenaga kepada tubuh badan
- membantu dalam menukarkan lemak kepada protein( ini membantu nervous system berfungsi dengan normal)
- Vitamin B juga penting untuk pembentukan sel badan jadi ianya penting untuk awet muda, kulit yang licin dan kelihatan muda, melambatkan rambut beruban, membantu untuk kecantikan kulit, rambut dan mata, kekuatan kuku
Add on ESP
- Memberi tenaga berpanjangan yang kesannya dirasai untuk beberapa jam
- Anda akan rasa kenyang lebih lama. Best sangat utk diet.
- 20 asid amino dalam ESP akn menjadikan kulit kelihatan lebih berseri dan anjal. Anda akan nmpk awet muda.
- Warna kulit kelihatan lebih sekata
- Menggalakkan semula pertumbuhan kulit otot serta mengurangkan kedutan
- Membantu menghilangkan parut jerawat pada muka, kulit kelihatan halus mulus dan gebu. AWESOME kan !!
- Rendah lemak dan tanpa kolesterol
Sila baca DISCLAIMER
Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*
liz pn pnh mkn shaklee ni thn lps pastu mls da mkn sbb nk bancuh tu liat sikit hehe
ReplyDeleteKlu continue mesti lg gebu mukanya...hehe
ReplyDelete