Wednesday 9 July 2014

A.V.E : Atasi Masalah Kekurangan Sperma dengan Vitamin Kesuburan Shaklee

Masalah ketidaksuburan & kesukaran untuk hamil tidak semestinya berpunca dari pihak isteri semata-mata. Salah satu masalah yang sering dihadapi oleh suami ialah low sperm count atau masalah kekurangan sperma. Ia juga dikenali sebagai Oligospermia.  Sperma yang sedikit bermaksud semasa ejakulasi kandungan sperma dalam air mani yang dipancutkan adalah sedikit berbanding jumlah yang normal, iaitu kurang daripada 15 juta sperma dalam satu milimeter air mani. Jika suami ada mengalami masalah bilangan sperma yang rendah, jangan risau. Ia tidak bermakna uols  tidak boleh mendapat anak. Peluang uols untuk mendapat anak masih ada. Cuma lebih rendah berbanding orang lain yang mempunyai bilangan sperma yang normal. Yang penting jangan putus asa berikhtiar!


set kesuburan lelaki




Jom kita baca perinciannya di bawah.

Punca kekurangan sperma

1. Perubatan.
  • Varicocele (Bengkak di saluran yang mengalirkan sperma)
  • Jangkitan kuman
  • Masalah ejakulasi (Retrograde ejaculation)
  • Antibodi menyerang sperma
  • Tumor
  • Masalah testis (Undescended testical)
  • Ketidakstabilan hormon
  • Kecacatan saluran yang membawa sperma
  • Kecacatan kromosom
  • Penyakit Celiac
  • Pengambilan ubatan untuk tempoh yang lama seperti steroid, kemoterapi, ubatan antifungal

2. Persekitaran
  • Kimia industri
  • Toksik
  • Radiasi atau x-ray
  • Menunggang dalam tempoh yang lama (basikal, motorsikal, kuda)
  • Testis terlalu panas ( sauna, hor tub)

3. Kesihatan, cara hidup & lain-lain.
  • Penyalah gunaan dadah
  • Ketagihan alkohol
  • Merokok
  • Stress
  • Berat Badan
Apakah simptom kekurangan sperma?

1. Masalah dalam hubungan seksual seperti kurang keinginan atau ejakulasi pramatang.

2. Bengkak, sakit atau ketulan di bahagian testis.

3. Rambut atau bulu yang semakin berkurangan, petanda bahawa anda mengalami masalah hormon atau kromosom.

4. Gagal mendapat anak selepas setahun mencuba.


Bagaimana menghasilkan sperma berkualiti?

Untuk mendapatkan sperma yang berkualiti:

1. Berhenti merokok

2. Elakkan alkohol

3. Elakkan penyalahgunaan dadah 

4. Elakkan ubat yang boleh memberi kesan kepada kualiti sperma

5. Dapatkan berat badan unggul

6. Kurangkan stress

7. Elakkan pendedahan kepada X-Ray, racun serangga & bahan toksik lain


Bolehkah masalah ini dirawat?

Sekiranya telah disahkan mempunyai masalah kekurangan sperma, suami boleh merawat masalah ini dengan berusaha mengamalkan pemakanan vitamin kesuburan lelaki. Atasi masalah kekurangan sperma dengan vitamin kesuburan Shaklee seperti berikut:

Vitamin E
Berfungsi menyuburkan organ reproduksi. Untuk lelaki, ia berfungsi untuk meningkatkan kelelakian, memekatkan air mani & menghasilkan sperma berkualiti yang sihat, aktif & gagah.

Zinc Complex
Zinc berfungsi untuk menghasilkan sperma yang sihat & berkualiti supaya dapat hidup lebih lama di dalam uterus isteri.  Ia juga bagi menghasilkan sperma yang kuat & mampu berenang dengan laju dalam proses mencari ovum isteri.

Vivix
Membaiki DNA & sel dalam badan, khususnya organ peranakan supaya testis mampu menghasilkan sperma yang berkualiti.

Set kesuburan lelaki

Orang lelaki janganlah taksub sangat mengatakan dia hebat dan gagah. Suami jangan meletakkan kesalahan di bahu isteri sahaja bila gagal mendapatkan zuriat. Sebaliknya berusaha dan berikhtiar bersama-sama. Kedua-duanya wajib buat pemeriksaan doktor untuk mengetahui apakah puncanya dan periksa tahap kesuburan masing-masing. Dulu masa bercinta bukan main lagi bermadah lautan api sanggup ku redah, sehidup semati bagai. Tapi bila ada masalah macam ni nak telan bara api pun tak sanggup!

Kita hanya berusaha. Apa yang penting selalulah berdoa kepada Allah mohon dikurniakan zuriat. Wallahualam.

[credit to superbvitamin.blogspot.com]



Rasa malu nak call saya atau macam tak sempat nk call, anda boleh juga membuat pembelian terus, semuanya hanya di hujung jari anda. Klik-klik, buat pembayaran then barang pun terus sampai depan rumah. Mudahkan!!

Happy Shopping!!

 Order Now

Sila baca DISCLAIMER

Jika anda berminat untuk mendapatkan vitamin ini, saya ingin membantu anda sihat kembali. Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:

Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*


No comments:

Post a Comment