Sunday 27 July 2014

A.V.E : Tips Vitamin: VITAMIN SEMULAJADI vs Vitamin Sintetik & Organik

Secara amnya, vitamin boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu vitamin sintetik, vitamin organik dan vitamin semulajadi. Sebelum anda mengambil sebarang vitamin supplement atau makanan tambahan, bagus untuk anda mengambil tahu jenis-jenis vitamin supaya anda boleh mengambil yang terbaik supaya niat anda untuk terus kekal sihat tidak akan terbantut.
Ramai yang tidak tahu membezakan antara 3 jenis vitamin ini. Biasa tak dengar perbualan seperti di bawah:

“Alah, vitamin mana2 pun sama aje. Mahal ke, murah ke, yang free lagi baik!”
“Vitamin sintetik ke, semulajadi ke, sama je jenis vitaminnya..”

“Yang vitamin semulajadi tu sama je buatnya dengan vitamin biasa”

“Makan je vitamin apa2..”

“Kalau vitamin sintetik tu tak bagus, mesti lah diorang tak jual”


Sebenarnya, tanggapan di atas adalah tidak betul sama sekali. Tak bagus maka tak jual? Saya nak tanya, rokok tu bagus ke? Kenapa merata2 kedai jual rokok?
Ramai antara kita tak dapat appreciate kepentingan vitamin semulajadi dan bahaya vitamin sintetik, mungkin sebab kita tak tahu pun vitamin tu ada yang sintetik, ada yang semulajadi.
Macamana nak faham perbezaannya?
Sebelum tu, vitamin ni boleh dibahagikan kepada 3 kategori: sintetik, organik & semulajadi.

Analoginya seperti dalam gambar.


perbezaan vitamin dengan ubat
image googled

Nampak kan bezanya?
Vitamin sintetik umpama buah plastik, sama rupanya macam buah sebenar, dan namanya pun ikut buah sebenar tu. Kalau rupa macam epal, kita akan panggil epal bukan limau.

Vitamin organik pula sama macam jus komersial, dibuat dari buah sebenar, tapi menjalani pelbagai proses dan akhirnya banyak nilai buah sebenar yang telah hilang. Pernah tak terfikir yang jus buah yang berlainan jenama punyai rasa berbeza juga? Anda yakin ke itu memang 100% jus asli? Tak lain tak bukan cuma penipuan label je…Jadi, pilihlah vitamin anda dengan bijak. Ingat, buah plastik lebih murah dari buah sebenar, dan mungkin kita boleh dapat free. Tergamak ke nak makan buah plastik?
Kesimpulannya, tanya diri anda sendiri mengapa anda mengambil vitamin pada mulanya? Jawapan standard adalah sebagai makanan tambahan pelengkap kepada diet seimbang dan senaman rutin yang anda biasa lakukan. Anda mahukan yang terbaik untuk tubuh anda jadi pastikan anda memilih jenis vitamin yang tepat dan terbaik untuk tubuh anda bagi menjamin tubuh anda kekal sihat.

Tepuklah dada, tanyalah diri anda!

[credit to celikvitamin.com]

Sila baca DISCLAIMER

 Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:

Nurul Fazreen bt Othman 
PM : www.facebook.com/awesomevitaminsever
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*


No comments:

Post a Comment