Oleh sebab itu, untuk
mengelakkan rasa lapar, letih dan tidak bertenaga semasa berpuasa, anda perlu
memaksimumkan simpanan glikogen. Caranya
ialah dengan melewatkan sahur kerana glukos daripada sumber karbohidrat yang
dimakan pada waktu sahur akan tahan lebih lama.
Ketika bersahur, ambil makanan
yang lambat di hadam seperti nasi, capati, roti jagung, oat, bijirin, roti mil,
sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan-makanan ini mengandungi karbohidrat
kompleks dan serat yang akan berada lama dalam perut dan melambatkan rasa
lapar.
Apabila berbuka pula,
lebihkan makanan cepat di hadam seperti roti putih, kuih-muih, jus buah-buahan,
sup dan bubur. Makanan-makanan ini mengandungi gula dan karbohidrat yang cepat
di hadam. Kurma adalah contoh terbaik kerana ia mengandungi gula, serat,
karbohidrat serta zat galian yang baik untuk kesihatan. Ia dapat membekalkan
sumber tenaga segera yang diperlukan oleh tisu dan sel dalam tubuh bagi
menggantikan bekalan yang digunakan pada siang hari.
Makanan bergoreng atau
berlemak boleh menyebabkan ketidakhadaman, seterusnya mengalami pedih hulu
hati. Jadi kurangkannya. Makanan yang terlalu manis pula tidak dapat disimpan
lama kerana di hadam terlalu cepat.
Jadi jika makan makanan
sebegini, tidak hairanlah seseorang cepat rasa letih. Makanan berempah dan
terlalu pedas juga tidak begitu baik dalam suasana puasa kerana akan merangsang
pengeluaran terlalu banyak gastrik. Mereka yang mempunyai masalah gastrik elok
elakkan makan sebegini. Sama ada berbuka atau bersahur, makanlah secara
sederhana, seimbang dan berkhasiat.
Untuk menghilangkan dahaga
pula, elakkan yang berkafein dan air berkabonat kerana minuman-minuman ini
menyebabkan anda lebih kerap membuang air dan mempercepatkan kehilangan cecair.
Sebaiknya, minum jus buah-buahan yang lebih berkhasiat, susu atau air kosong. Pastikan
anda minum banyak air semasa, selepas berbuka agar bekalan cecair di dalam
tubuh mencukupi.
4
Sebab Mengapa Wanita Cepat Letih?
Tahukah anda, wanita yang
mengalami kemurungan didapati mengalami letih empat kali ganda daripada biasa.
Berdasarkan bancian kesihatan, letih dan lesu merupakan salah satu daripada
empat masalah yang sering diutarakan oleh wanita. Selain kemurungan terdapat
beberapa factor lain yang menyebabkan wanita kerap berasa demikan.
- Masalah kelenjar tiroid
- Kekurangan zat besi (anemia)
- Kurang tidur
- Stres dan kemurungan
[sumber majalah isihat]
Alhamdulillah sudah 23 Ramadhan kite berpuasa dan saya masih lagi bertenaga sepanjang hari. Mighty 3 Gems banyak membantu saya dalam memberi tenaga, mengawal penghidratan dalam tubuh dan yang paling penting tak rasa lapar.
ReplyDelete