Rokok Mengakibatkan Mati Pucuk
Tabiat merokok boleh menyebabkan lelaki mati pucuk, kerana ia menjejaskan saluran darah, kata penyelidik dari Finland dalam satu laporan.
Seorang daripada penyelidik di Kolej Kesihatan Umum Universiti Tampere, Dr Rahman Shiri berkata bagi bekas perokok, masalah mati pucuk boleh menjadi isyarat awal kepada penyakit saluran darah.
“Tabiat merokok kerap dikaitkan dengan mati pucuk
dan penghisap menghadapi risiko 50 peratus lebih besar bagi kegagalan
fungsi ereksi, berbanding mereka yang tidak merokok,” kata laporan yang
disiarkan jurnal ‘Urology’.
Bagaimanapun katanya, mekanisme mengenai bagaimana tabiat merokok menyumbang kepada masalah mati pucuk belum dapat dijelaskan sepenuhnya.
“Ia mungkin melemahkan pengaliran darah ke zakar, mengganggu fungsi
nitrik oksida yang penting untuk rangsangan atau menyebabkan saluran
darah ke jantung menjadi tegang, antara punca yang diketahui sebagai
penyebab mati pucuk,” katanya.
Untuk mengenal pasti perkara itu, penyelidik menjalankan kajian
terhadap 1,368 lelaki berusia antara 50, 60 dan 70 tahun yang
melengkapkan tiga soal selidik setiap lima tahun dari 1994 hingga 2004.
Hasil kajian mendapati lelaki yang menghisap rokok pada 1994 dan
menghadapi penyakit pembuluh darah selepas itu mempunyai risiko tiga
kali ganda untuk mati pucuk berbanding lelaki yang tidak merokok.
Bagaimanapun penghisap rokok yang tidak menghidap penyakit pembuluh darah tidak menghadapi risiko besar kegagalan ereksi.
Lelaki yang melaporkan mereka mengalami mati pucuk pada 1994 dan juga
bekas perokok, menghadapi risiko 50 peratus untuk menghidap penyakit
pembuluh darah berbanding mereka tidak merokok dan tidak mati pucuk pada
permulaan kajian.
“Kajian mendapati tabiat merokok boleh menyebabkan mati pucuk yang
berpunca daripada penyakit pembuluh darah. Mati pucuk juga boleh
dianggap sebagai tanda awal penyakit pembuluh darah,” lapor pengkaji
itu. – Reuters
[sumber]
Fikirkanlah Tentang Pasangan Anda
Perrkahwinan adalah titik
permulaan bagi hubungan indah yang suci murni. Mati pucuk akan
menyumbang kepada ketidakpuasan dan mengakibatkan keretakan rumahtangga.
Rokok Mengakibatkan Mati Pucuk
- Rokok mengandungi Berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin
- Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin
- Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi mati pucuk
- Kualiti sperma anda akan terganggu
- Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah
Hubungan Seks Anda Akan Terganggu
- Hubungan Seks adalah penting dalam kehidupan kita
- Ia membantu anda menikmati perkhawinan yang indah
- Selamatkan diri anda dari mati pucuk
- Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa nikotin
- Bertindak bijak, jangan merokok
Jangan pentingkan diri anda, berhenti merokok
Fikirkan tentang orang lain, fikirkan tentang pasangan anda
Part IV - akan bersambung...
No comments:
Post a Comment