Showing posts with label Demam Denggi. Show all posts
Showing posts with label Demam Denggi. Show all posts

Wednesday, 16 August 2017

A.V.E Denggi...Ambil Peduli

Bismillah...

Demam Denggi

Nyamuk Aedes Membunuh

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.
Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).
Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

Bagaimanakah untuk mengetahui saya berkemungkinan menghidap demam denggi?
Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti:
  • Demam panas
  • Sakit kepala
  • Sakit tulang belakang
  • Sakit sendi-sendi
  • Loya dan muntah-muntah
  • Sakit biji mata
  • Ruam
Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak mendapatkan rawatan?
Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah yang boleh membawa maut.
Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti:
  • Mudah lebam
  • Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
  • Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut
Apakah rawatan untuk demam denggi?
Masih tiada rawatan khas untuk demam denggi. Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera. Pesakit akan diberikan ubat demam dan dinasihatkan berehat serta digalakkan minum air. Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah.

Apakah perlu saya lakukan untuk mencegah demam denggi?
Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah demam denggi :
  1. Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk
    • Membuang bekas yang boleh menakung air
    • Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan seharusnya ditutup
    • Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang airnya sekurang-kurangnya seminggu sekali
    • Pastikan saliran atap sentiasa mengalir
    • Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik
     2.  Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk

   3.  Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti
  • Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup
  • Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk
  • Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumah
  • Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup
6 tips bagi rawatan alternatif sebagai penawar demam denggi:
  • Minum air suam / air masak dalam kuantiti yang banyak sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
  • Reneh sup ketam sama ada ketam laut atau ketam nipah, kemudian beri kepada pesakit untuk dimakan dan pastikan sup ketam itu dihirup dalam kuantiti yang perlu. Anda boleh rujuk Khasiat Sup Ketam untuk tahu lebih lanjut.
  • Jus daun betik juga dikatakan mujarab sebagai penawar denggi dengan menumbuk daun betik matang sehingga lumat dan dapatkan jusnya. Berikan satu sudu kecil jus daun betik kepada pesakit.
  • Jus buah kiwi juga boleh dicuba dengan mengisar buah kiwi yang segar dan kemudian minum jusnya.
  • Jus kurma juga sama konsepnya dengan buah kiwi tadi. Cuma kisar bersama-sama air suam dan berikanlah pesakit untuk minum waktu pagi dan petang.
  • Makan tembikai dalam kuantiti yang banyak. Sebenarnya konsep ini adalah untuk mendapatkan jus tembikai tersebut bagi menggantikan cecair tubuh dan sifat buah tembikai itu sendiri yang menyejukkan badan.

Penggunaan Suplemen Tambahan Membantu Menyembuhkan Denggi

Cegah Denggi

Anda juga boleh mencuba suplemen tambahan bagi membantu dalam menyembuhkan demam denggi. Performance Drinks Shaklee membantu mengimbangi kandungan elektrolit dalam tubuh bagi mengelakkan dehidrasi. Suhu tubuh yang tinggi disebabkan oleh demam ini menyebabkan berlakunya dehidrasi (kehilangan cecair yang banyak dari dalam tubuh). Dengan pengambilan Performance Drinks ini akan membantu tubuh untuk berhidrasi dengan lebih baik. Terbukti dengan ujian klinikal dan yang paling penting ianya adalah satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat dan kurang gula.

Disamping itu, pengambilan nutriferon juga adalah penting kerana nutriferon adalah ‘immune booster’ yang meningkatkan tahap imunisasi dalam tubuh bagi melawan penyakit. Nutriferon adalah dipatenkan eksklusif satu-satunya di dunia membantu mempertingkat interferon dalam tubuh. Sekiranya anda mempunyai masalah seperti selalu demam, kerap diserang selsema dan antibodi lemah, anda sangat disyorkan untuk mengambil nutriferon untuk menguatkan imunisasi tubuh melawan penyakit.

Bertindaklah sekarang. Selamatkan nyawa orang yang anda sayangi kerana denggi membunuh!

Nota: Kesemua vitmain ini adalah supplemen kesihatan BUKAN UBAT jadi kesannya berbeza ikut tahap kesihatan individu. Krisis pemulihan @ healing crisis mungkin berlaku selama 2 minggu hingga beberapa bulan. Diharap anda bersabar jika mengalami krisis penyembuhan kerana penyakit yang bersarang dalam badan mengambil masa yang lama untuk muncul.
Maka untuk menyembuhkannya juga memerlukan masa untuk badan membuang toksin yang terkumpul sekian lama, menguatkan sistem imum, membaiki sel-sel rosak, menghasilkan sel-sel baru dan melawan penyakit dalam badan anda. KESABARAN & ISTIQAMAH adalah kunci kepada penyembuhan. Mencegah sebelum parah lebih baik dari mengubati ketika kronik.
Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:

Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan, Mutiara Rini, Mutiara Mas.

Sunday, 26 March 2017

A.V.E Nutriferon dan Kimoterapi

Pesakit dalam proses rawatan kimo boleh ambil Nutriferon untuk kuatkan sistem imun badan mereka.

Tahukah anda??

Pesakit kanser yang SEDANG kemo TIDAK BOLEH minum vivix !!!

BERAPA LAMA SELEPAS CHEMO BARU BOLEH AMBIL VIVIX ???

✅Sel renewal 90 days. To be safe tunggu 90 days selepas kimo baru ambil vivix.

✅Vitamin antioxidant sifatnya kontra dengan proses kimo.

✅Orang lepas kimo badan di tahap yang sangat lemah..ambil masa yang sangat panjang untuk ok semula..Bergantung juga jenis cancer yang dialami.

Ada cancer yang agresif selepas kimo..jadi bimbang reaction nya lebih teruk.

✅Orang yang sedang dalam proses kimo boleh ambil ESP, MEAL SHAKES, PERFORMANCE DRINK & NUTRIFERON untuk tenaga dan kuatkan sistem imun pesakit.

✅Orang lepas kimo better ambil ESP untuk bina sel2 baru yang lebih sihat.

🍁PETUA IKHTIAR RAWATAN DENGGI🍁

Ini pengalaman rawatan denggi untuk suami Leader Ida.

"Aritu mata putih dia dah macam kuning. Sebab doctor kata virus denggi ni memang attack liver (hati).

Nak recover liver tu pon ambik mase lama. Saya bagi nutriferon, vivix tiap2 hari.

Minum air banyak2. Aritu saya buat kan husband jus pucuk betik, #supketam, air rebusan red dates.

Selain monitor platelet, tengok juga haematocrit @ HCT % tu (kepekatan darah merah).

Mak saya kata ketam yang selalu jual kat kedai seafood cina tu. Yang sepit dia besar tu. Masak sekali dgn cengkerang dia."

Alhamdulillah.

Simpan 1 kotak Nutriferon di rumah anda sebagai pengganti panadol & ubat tahan sakit.

Jika anda selalu alami migrain, sakit perut, senggugut, selesema, batuk....sila bawa beberapa sachet nutriferon dalam handbag anda.

Nampak anak2 dah start nak batuk ke selesema ke demam ke semput ke...cepat2 bagi nutriferon. InshaAllah terkawal.

CARA NAK MAKAN NUTRIFERON
==========================

Koyakkan hujung sachet nutriferon terus tuangkan atas lidah. Kemam dan telan/minum air kosong.

RASA SEDAP ! 

Seakan rasa gula merah tapi tak manis sangat. Budak2 pun suka rasa nutriferon.

DOS BIASA

● 1 sachet sehari sekali utk dewasa
● 1/2 sachet utk kanak2

Jika sedang tak sihat boleh double dose. Ambil siang dan malam pon boleh. Ambil hari2 sehingga betul2 sihat.

Hari biasa boleh ambil SEMINGGU sekali pon ok. Tujuannya utk boost imun sistem kita. 

Waktu sihat tak perlu ambil tiap hari pon ok.
Waktu sihat kita ambil vitaminC @ chewable vitamin c untuk anak-anak kita.

Sebagai PERISAI lindungi badan kita dari penyakit. 

Ambil vitamin bukan bermaksud kita TAK AKAN SAKIT. Sakit itu dari Allah.

Cuma keadaan sakit tu terkawal sedikit berbanding orang yg tak ambil vitamin langsung. 😉

Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan, Mutiara Rini

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

Tuesday, 20 January 2015

A.V.E : Lebih Pekat Lebih Mujarab!

pucuk daun betik
Pucuk daun betik

Kelebihan buah betik memang tidak perlu disangkal. Agen pelawas terbaik, kaya dengan vitamin A dan C dan mempunyai rasa yang enak menyebabkannya digemari ramai, sama ada dimakan begitu sahaja atau dibuat jus. Namun begitu, bagaimana pula dengan daunnya?

Di kalangan orang tua-tua, mereka mengambilnya untuk dibuat ulam, Tapi pernahkah, anda terfikir untuk mencuba jus daun betik begitu sahaja? Ambil beberapa helai daun betik, kisar dan minum airnya. Dijamin tiada siapa yang sanggup kerasa rasanya yang teramat pahit tidak tergambar dek perkataan! Sudah tahu pahit, mengapa pula mahu minum?

Mungkin masih ramai yang tidak pernah mendengar atau mengetahui khasiat jus daun betik. Ada segelintir yang pernah dengar tetapi tidak pasti sejauh mana kebenarannya. Bagi mendapatkan kepastian, perkongsian pengalaman telah mencuba menggunakan daun betik sebagai salah satu ikhtiar pulih daripada denggi.

Jangkitan Virus Denggi

jus daun betik
Jus daun betik

Menurut pakar di Kementerian Kesihatan Malaysia, denggi merupakan sejenis penyakit berpunca daripada virus denggi yang disebarkan oleh nyamuk aedes. Nyamuk aedes yang membiak di kawasan dan takungan air jernih membawa virus denggi. Nyamuk tersebut akan menggigit individu yang sihat dan akhirnya menjangkiti mereka. Selepas dua hingga tiga hari virus masuk ke badan mangsa, symptom-simptom awal mula dirasai seperti demam, bintik-bintik merah, sakit badan, sakit kepala, sakit di bahagian belakang mata dan sakit sendi.

Namun begitu, ada juga situasi di mana pesakit yang dijangkiti virus denggi tidak mengalami symptom-simptom tadi, Ia dipanggil asimptomatik atau tiada symptom. Pesakit yang dijangkiti tidak mengalami demam dan situasi begini menyukarkan kawalan jangkitan yang dihidapi.

Pada peringkat yang lebih teruk iaitu tanda-tanda amaran denggi, mangsa akan mengalami gejala loya, sakit perut, muntah berterusan dan ada juga yang berlaku pendarahan di gusi, hidung, najis sehingga badan menjadi sangat lemah.

Keadaan begini berisiko tinggi dan mendorong kepada masalah ataupun gangguan pungsi organ hati, buah pinggang dan jantung yang boleh menyebabkan kematian.

Dalam darah kita ada sel darah merah, sel darah putih dan platelet. Pada peringkat awal, sel darah putih pesakit didapati rendah. Apabila berlaku komplikasi, iaitu bacaan platelet darah yang kurang daripada 1000, 000 per mm3, fungsi platelet pula akan terganggu dan ini akan menyebabkan pendarahan. Platelet adalah sejenis sel darah yang berfungsi untuk pembekuan darah. Bacaan platelet yang normal mestilah berada pada 150,000 per mm3 dan ke atas.

Sehingga kini masih tiada rawatan khusus untuk merawat denggi. Tiada antivirus, ubat mahupun vaksin yang boleh mencegahnya. Apa yang boleh dilakukan oleh pihak hospital hanyalah dengan memberi pemantauan dan rawatan sokongan dengan merawat symptom-simptom sahaja.

[Sumber majalah isihat]

Antara vitamin yang disyorkan untuk demam denggi

vitamin demam denggi
Performance drink & Nutriferon

Penggunaan Suplemen Tambahan Membantu Menyembuhkan Denggi

Anda juga boleh mencuba suplemen tambahan bagi membantu dalam menyembuhkan demam denggi. Performance Drinks Shaklee membantu mengimbangi kandungan elektrolit dalam tubuh bagi mengelakkan dehidrasi. Suhu tubuh yang tinggi disebabkan oleh demam ini menyebabkan berlakunya dehidrasi (kehilangan cecair yang banyak dari dalam tubuh). Dengan pengambilan Performance Drinks ini akan membantu tubuh untuk berhidrasi dengan lebih baik. Terbukti dengan ujian klinikal dan yang paling penting ianya adalah satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat dan kurang gula.

Disamping itu, pengambilan nutriferon juga adalah penting kerana nutriferon adalah ‘immune booster’ yang meningkatkan tahap imunisasi dalam tubuh bagi melawan penyakit. Nutriferon adalah dipatenkan eksklusif satu-satunya di dunia membantu mempertingkat interferon dalam tubuh. Sekiranya anda mempunyai masalah seperti selalu demam, kerap diserang selsema dan antibodi lemah, anda sangat disyorkan untuk mengambil nutriferon untuk menguatkan imunisasi tubuh melawan penyakit.

Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan

*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

Wednesday, 1 October 2014

A.V.E : JANGAN SETAKAT BACA SAHAJA

JANGAN SETAKAT BACA SAHAJA

Sudah lali atau mungkin enggan mengambil tahu. Itu yang boleh dikatakan mengenai tahap kepekaan masyarakat di Negara ini mengenai denggi. Percayalah, seperti mana nasib artikel-artikel lain yang pernah diterbitkan sebelum ini, rencana ini juga bakal berdepan pengakhiran yang serupa tidak dibaca. Kalau dibaca pun, hanya setakat itu sahaja kerana tiada tindakan atau iktibar yang diambil.

Sejak 30 tahun kempen dijalankan, bukan satu tetapi sudah pelbagai cara dicuba. Yang terbaru penubuhan pasukan khas menangani denggi. Sekadar menamakan, sebelum itu dan terus dilaksanakan ialah program ‘Ayuh Gempur Aedes’.

nyamuk aedes

Begitu juga dengan program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku atau COMBI yang melibatkan kerjasama penduduk setempat dilihat cukup berkesan menangani denggi sekiranya mereka yang terbabit secara sukarela membasmi nyamuk aedes terus aktif.

Bab menimbulkan kesedaran tidak usah cerita. Ia termasuklah menerbitkan iklan yang antara lain berbunyi ‘JANGAN SETAKAT BACA SAHAJA’. Namun di sebalik penurunan 10% yang disasarkan, kes denggi terus meningkat saban tahun.

“Grafnya turun naik. Awal tahun ini menyaksikan wabak denggi meningkat. Kemudian turun sedikit. Sekarang ini (awal Julai) dengan cuaca panas dan hujan sekejap-sekejap, kami agak bimbang kerana lazimnya kes denggi akan meningkat.

Ini kerana terlalu banyak, satu sudu the air sudah mencukupi bagi nyamuk aedes membiak. Tidak menafikan factor cuaca turut memainkan peranan. Walau bagaimanapun, sikap masyarakat adalah paling penting.

90% kes denggi boleh dielakkan atau dicegah dengan mengamalkan kebersihan. Tapi ramai yang kurang peka. Isu ini bukan sahaja berlegar di kalangan mereka yang kurang celik maklumat tetapi turut ‘menyerang’ golongan terpelajar.

“Denggi ini berkait dengan kebersihan persekitaran. Tapi sikap orang ramai menganggap menjaga kebersihan persekitaran adalah tanggungjawab pihak berkuasa. Tanggapan ini salah kerana kalau di persekitaran rumah, kita sendirilah yang perlu membersihkannya. Takkan orang luar yang harus bersihkan.

Apabila kita tidak menjaga kebersihan, ia akan menyumbang secara langsung kepada peningkatan kes denggi. Kebanyakkan sampah mengandungi bekas-bekas yang boleh menakung air (memandang kitar semula belum diamalkan sepenuhnya menyebabkan kurang agihan bekas-bekas plastic dan kaca dengan betul sehingga semuanya dicampur). Apabila hujan, air bertakung. Ini ‘memanggil’ nyamuk aedes untuknya bertelur dan menetas dalam masa tujuh hari kemudian.

Sudahlah enggan menjaga kebersihan, membayar wang untuk penyelenggaraan juga satu masalah. Senario ini sering dilihat di pangsapuri-pangsapuri yang mencakar langit. Banyak Badan Pengurusan Kerjasama (JMB) yang tidak aktif kerana kekurangan dana disebabkan penghuni terutama para penyewa enggan membayar kos penyelenggaraan.

“Kesannya ibarat satu rangkaian. Ada yang pernah kami jumpa, longkang dalam bangunan rosak menyebabkan air bertakung. Bila ditanya mengapa tidak diambil tindakan mereka menjawab tiada peruntukan.

Ini cerita di luar rumah. Faktor yang terdapat di dalam rumah juga penting untuk diambil kira. Menjadi tanggungjawab anda 100%, antara hot spot ialah dalam kolah air, bekas pasu bunga hidup dan pam tandas yang rosak yang dibuka penutupnya. Kalau ingin bercuti panjang, inilah tempat yang seharusnya diberi perhatian.

Kenal Pasti Simptom Denggi

Selain pengetahuan mengenai mencegah tempat nyamuk aedes, anda juga seharusnya mempersiapkan diri dengan info symptom demam denggi. “Kita nasihatkan kalau demam, hari ketiga perlu dapatkan rawatan. Jangan ambil ubat saja, kerana virus denggi tidak mati dengan mengambil ubat.

“Rawatan adalah berdasarkan symptom. Kalau demam, doctor akan bagi ubat demam. Jika sakit otot doctor akan bagi ubat meredakan sakit otot. Tetapi virus tidak akan mati kerana ubat. Rawatan yang diberikan hanya bertujuan meningkatkan ketahan tubuh untuk menentang serangan virus.

“Sehingga kini belum lagi ditemui vaksin antivirus denggi kerana ia terdiri daripada empat jenis serotype virus iaitu Den 1, Den 2, Den 3, Den 4 yang mana menyukarkan penemuan antivirus. Paling penting, segera dapatkan rawatan. Kalau lambat ia akan menjadi sukar.

Sekiranya anda diserang demam denggi, jangan mendedahkan diri kepada gigitan nyamuk. Kalau boleh gunakan kelambu atau ubat (penghalau atau repelent) nyamuk. Kaedah ini juga wajib diaplikasikan oleh individu sihat bagi mengelakkan digigit nyamuk. Nyamuk aedes menggigit sepanjang masa tetapi aktif dari jam 6-8 pagi dan 6-8 petang. Selain alat dan bahan perlindungan diri, bagi mengelakkan gigitan nyamuk pakailah baju lengan panjang atau seluar panjang.

Penyakit Orang Bandar

Bukan tidak ada kes-kes dicatatkan dikampung tetapi ia cukup ketara di Bandar. Itulah hakikatnya. Bukan menidakkan orang yang tinggal di Bandar, kerana yang menjadi masalah ialah sikap dan mentality yang ditunjukkan.

Istilah hot Spot merujuk kepada satu kawasan di mana wabak denggi berterusan lebih 30 hari yang mana sepatutnya dua minggu sudah tiada lagi kes. Antara ciri-ciri hot spot ialah kebersihan persekitaran kurang diberi perhatian, ramai warga asing di kawasan tersebut dan kebanyakkannya membabitkan pangsapuri.

Kesimpulannya, kebersihan akan menjamin kesihatan yang lebih sempurna bagi menjalankan tugas seharian kita. Jadi renung-renungkanlah. Selamat Beramal!!

Bertindaklah sekarang. Selamatkan nyawa orang yang anda sayangi kerana denggi membunuh!

Rasa malu nak call saya atau macam tak sempat nk call, anda boleh juga membuat pembelian terus, semuanya hanya di hujung jari anda. Klik-klik, buat pembayaran then barang pun terus sampai depan rumah. Mudahkan!!

perforamance drink dan nutriferon

Happy Shopping!!

 Order Now
Jika anda berminat untuk mendapatkan vitamin ini boleh hubungi saya melalui :  

Sila baca DISCLAIMER
Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, 7Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

Tuesday, 22 July 2014

A.V.E : Petua Sembuhkan Demam Denggi

Petua ini bukanlah untuk menggantikan perubatan moden, tetapi anda boleh jadikannya petua sampingan jika anda juga disahkan menghidap penyakit ini. Untuk pengetahuan semua juga, penyakit demam denggi ini belum mempunyai vaksin dan setakat ini cara rawatan yang digunakan di hospital-hospital adalah dengan hanya menambahkan jumlah kandungan air di dalam badan agar suhu kembali normal.

sembuhkan demam denggi
image googled

Kenapa Sup Ketam?

Kajian ringkas didapati ketam mengandungi sejenis protein yang tinggi, yang dapat membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi. Ini kerana pesakit demam denggi akan mengalami sindrom penurunan platelet yang ketara dalam tempoh beberapa hari selepas dijangkiti virus tersebut dan dalam kes denggi berdarah, platelet mungkin akan jatuh ke tahap paling minima, yang akhirnya membawa maut kepada pesakit.

Pengambilan sup ketam akan menyebabkan platelet pesakit naik mendadak dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan kadar yang sangat cepat. Keberkesanan rawatan menggunakan ketam sebagai terapi oral (dimasak sebagai sup semata-mata) amat menakjubkan kerana pesakit demam denggi yang meminum dan memakan (isi dan kuahnya) satu mangkuk besar sup ketam (500ml hingga 1 liter) akan mengalami peningkatan kadar platelet yang mendadak dalam masa relatif singkat, iaitu cuma antara 5 hingga 8 jam sahaja dan pesakit akan pulih 99.9 % dalam tempoh tersebut.

Saturday, 5 July 2014

A.V.E : Punca dan Tips Rawatan Bagi Demam Denggi

Demam denggi adalah sejenis penyakit yang berpunca dari gigitan nyamuk dan statistik jelas menunjukkan bahawa demam denggi adalah salah satu dari masalah kritikal dalam dunia kesihatan moden bukan sahaja di Malaysia tetapi masalah kesihatan global. Terdapat beberapa jenis demam denggi tetapi denggi berdarah adalah yang paling berbahaya kerana ianya boleh membawa maut. Punca utama penyakit ini adalah apabila nyamuk Aedes betina hinggap dan menggigit tubuh manusia sekaligus menyebarkan virus Denggi atau bahasa saintifiknya (genus Flavivirus). Kemudian, pesakit akan mengalami simptom seperti demam tiba-tiba, sakit kepala kronik, bebola mata sakit, sakit sendi/otot, sakit pinggang luarbiasa dan diserang gatal-gatal.

image googled

Punca Demam Denggi

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).
Virus Denggi akan berada di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.
Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedesalbopictus).

Simptom Demam Denggi

Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).
Demam denggi klasik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan seldarah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.

Rawatan Bagi Demam Denggi

Sebenarnya tiada satu rawatan khusus untuk mengubati demam denggi. Namun, bagi kes seperti demam denggi sama ada tiba-tiba atau tidak, cecair yang disalurkan secara oral sudah cukup untuk menggantikan kehilangan cecair badan yang banyak akibat denggi. Biasanya, penggunaan ubat antipiretik akan digunakan untuk meredakan demam.
Di samping itu, ada juga tips-tips bagi rawatan alternatif yang boleh dicuba sebagai usaha untuk menyembuhkan pesakit demam denggi.

6 tips bagi rawatan alternatif sebagai penawar demam denggi:
  • Minum air suam / air masak dalam kuantiti yang banyak sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
  • Reneh sup ketam sama ada ketam laut atau ketam nipah, kemudian beri kepada pesakit untuk dimakan dan pastikan sup ketam itu dihirup dalam kuantiti yang perlu. Anda boleh rujuk Khasiat Sup Ketam untuk tahu lebih lanjut.
  • Jus daun betik juga dikatakan mujarab sebagai penawar denggi dengan menumbuk daun betik matang sehingga lumat dan dapatkan jusnya. Berikan satu sudu kecil jus daun betik kepada pesakit.
  • Jus buah kiwi juga boleh dicuba dengan mengisar buah kiwi yang segar dan kemudian minum jusnya.
  • Jus kurma juga sama konsepnya dengan buah kiwi tadi. Cuma kisar bersama-sama air suam dan berikanlah pesakit untuk minum waktu pagi dan petang.
  • Makan tembikai dalam kuantiti yang banyak. Sebenarnya konsep ini adalah untuk mendapatkan jus tembikai tersebut bagi menggantikan cecair tubuh dan sifat buah tembikai itu sendiri yang menyejukkan badan.
Penggunaan Suplemen Tambahan Membantu Menyembuhkan Denggi

Anda juga boleh mencuba suplemen tambahan bagi membantu dalam menyembuhkan demam denggi. Performance Drinks Shaklee membantu mengimbangi kandungan elektrolit dalam tubuh bagi mengelakkan dehidrasi. Suhu tubuh yang tinggi disebabkan oleh demam ini menyebabkan berlakunya dehidrasi (kehilangan cecair yang banyak dari dalam tubuh). Dengan pengambilan Performance Drinks ini akan membantu tubuh untuk berhidrasi dengan lebih baik. Terbukti dengan ujian klinikal dan yang paling penting ianya adalah satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat dan kurang gula.

Disamping itu, pengambilan nutriferon juga adalah penting kerana nutriferon adalah ‘immune booster’ yang meningkatkan tahap imunisasi dalam tubuh bagi melawan penyakit. Nutriferon adalah dipatenkan eksklusif satu-satunya di dunia membantu mempertingkat interferon dalam tubuh. Sekiranya anda mempunyai masalah seperti selalu demam, kerap diserang selsema dan antibodi lemah, anda sangat disyorkan untuk mengambil nutriferon untuk menguatkan imunisasi tubuh melawan penyakit.

[credit to celikvitamin.com & kedaivitamin-ku]