JANGAN SETAKAT BACA SAHAJA
Sudah lali atau mungkin enggan mengambil tahu. Itu yang boleh dikatakan mengenai tahap kepekaan masyarakat di Negara ini mengenai denggi. Percayalah, seperti mana nasib artikel-artikel lain yang pernah diterbitkan sebelum ini, rencana ini juga bakal berdepan pengakhiran yang serupa tidak dibaca. Kalau dibaca pun, hanya setakat itu sahaja kerana tiada tindakan atau iktibar yang diambil.
Sejak 30 tahun kempen dijalankan, bukan satu tetapi sudah pelbagai cara dicuba. Yang terbaru penubuhan pasukan khas menangani denggi. Sekadar menamakan, sebelum itu dan terus dilaksanakan ialah program ‘Ayuh Gempur Aedes’.
Begitu juga dengan program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku atau COMBI yang melibatkan kerjasama penduduk setempat dilihat cukup berkesan menangani denggi sekiranya mereka yang terbabit secara sukarela membasmi nyamuk aedes terus aktif.
Bab menimbulkan kesedaran tidak usah cerita. Ia termasuklah menerbitkan iklan yang antara lain berbunyi ‘JANGAN SETAKAT BACA SAHAJA’. Namun di sebalik penurunan 10% yang disasarkan, kes denggi terus meningkat saban tahun.
“Grafnya turun naik. Awal tahun ini menyaksikan wabak denggi meningkat. Kemudian turun sedikit. Sekarang ini (awal Julai) dengan cuaca panas dan hujan sekejap-sekejap, kami agak bimbang kerana lazimnya kes denggi akan meningkat.
Ini kerana terlalu banyak, satu sudu the air sudah mencukupi bagi nyamuk aedes membiak. Tidak menafikan factor cuaca turut memainkan peranan. Walau bagaimanapun, sikap masyarakat adalah paling penting.
90% kes denggi boleh dielakkan atau dicegah dengan mengamalkan kebersihan. Tapi ramai yang kurang peka. Isu ini bukan sahaja berlegar di kalangan mereka yang kurang celik maklumat tetapi turut ‘menyerang’ golongan terpelajar.
“Denggi ini berkait dengan kebersihan persekitaran. Tapi sikap orang ramai menganggap menjaga kebersihan persekitaran adalah tanggungjawab pihak berkuasa. Tanggapan ini salah kerana kalau di persekitaran rumah, kita sendirilah yang perlu membersihkannya. Takkan orang luar yang harus bersihkan.
Apabila kita tidak menjaga kebersihan, ia akan menyumbang secara langsung kepada peningkatan kes denggi. Kebanyakkan sampah mengandungi bekas-bekas yang boleh menakung air (memandang kitar semula belum diamalkan sepenuhnya menyebabkan kurang agihan bekas-bekas plastic dan kaca dengan betul sehingga semuanya dicampur). Apabila hujan, air bertakung. Ini ‘memanggil’ nyamuk aedes untuknya bertelur dan menetas dalam masa tujuh hari kemudian.
Sudahlah enggan menjaga kebersihan, membayar wang untuk penyelenggaraan juga satu masalah. Senario ini sering dilihat di pangsapuri-pangsapuri yang mencakar langit. Banyak Badan Pengurusan Kerjasama (JMB) yang tidak aktif kerana kekurangan dana disebabkan penghuni terutama para penyewa enggan membayar kos penyelenggaraan.
“Kesannya ibarat satu rangkaian. Ada yang pernah kami jumpa, longkang dalam bangunan rosak menyebabkan air bertakung. Bila ditanya mengapa tidak diambil tindakan mereka menjawab tiada peruntukan.
Ini cerita di luar rumah. Faktor yang terdapat di dalam rumah juga penting untuk diambil kira. Menjadi tanggungjawab anda 100%, antara hot spot ialah dalam kolah air, bekas pasu bunga hidup dan pam tandas yang rosak yang dibuka penutupnya. Kalau ingin bercuti panjang, inilah tempat yang seharusnya diberi perhatian.
Kenal Pasti Simptom Denggi
Selain pengetahuan mengenai mencegah tempat nyamuk aedes, anda juga seharusnya mempersiapkan diri dengan info symptom demam denggi. “Kita nasihatkan kalau demam, hari ketiga perlu dapatkan rawatan. Jangan ambil ubat saja, kerana virus denggi tidak mati dengan mengambil ubat.
“Rawatan adalah berdasarkan symptom. Kalau demam, doctor akan bagi ubat demam. Jika sakit otot doctor akan bagi ubat meredakan sakit otot. Tetapi virus tidak akan mati kerana ubat. Rawatan yang diberikan hanya bertujuan meningkatkan ketahan tubuh untuk menentang serangan virus.
“Sehingga kini belum lagi ditemui vaksin antivirus denggi kerana ia terdiri daripada empat jenis serotype virus iaitu Den 1, Den 2, Den 3, Den 4 yang mana menyukarkan penemuan antivirus. Paling penting, segera dapatkan rawatan. Kalau lambat ia akan menjadi sukar.
Sekiranya anda diserang demam denggi, jangan mendedahkan diri kepada gigitan nyamuk. Kalau boleh gunakan kelambu atau ubat (penghalau atau repelent) nyamuk. Kaedah ini juga wajib diaplikasikan oleh individu sihat bagi mengelakkan digigit nyamuk. Nyamuk aedes menggigit sepanjang masa tetapi aktif dari jam 6-8 pagi dan 6-8 petang. Selain alat dan bahan perlindungan diri, bagi mengelakkan gigitan nyamuk pakailah baju lengan panjang atau seluar panjang.
Penyakit Orang Bandar
Bukan tidak ada kes-kes dicatatkan dikampung tetapi ia cukup ketara di Bandar. Itulah hakikatnya. Bukan menidakkan orang yang tinggal di Bandar, kerana yang menjadi masalah ialah sikap dan mentality yang ditunjukkan.
Istilah hot Spot merujuk kepada satu kawasan di mana wabak denggi berterusan lebih 30 hari yang mana sepatutnya dua minggu sudah tiada lagi kes. Antara ciri-ciri hot spot ialah kebersihan persekitaran kurang diberi perhatian, ramai warga asing di kawasan tersebut dan kebanyakkannya membabitkan pangsapuri.
Kesimpulannya, kebersihan akan menjamin kesihatan yang lebih sempurna bagi menjalankan tugas seharian kita. Jadi renung-renungkanlah. Selamat Beramal!!
Happy Shopping!!
Bertindaklah sekarang. Selamatkan nyawa orang yang anda sayangi kerana denggi membunuh!
Rasa malu nak call saya atau macam tak sempat nk call, anda boleh juga membuat pembelian terus, semuanya hanya di hujung jari anda. Klik-klik, buat pembayaran then barang pun terus sampai depan rumah. Mudahkan!!
Happy Shopping!!
Jika anda berminat untuk mendapatkan vitamin ini boleh hubungi saya melalui :
Sila baca DISCLAIMERAnda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:Nurul Fazreen bt OthmanSMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)email: awesomevitaminsever@gmail.comCOD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, 7Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*
No comments:
Post a Comment