Tuesday 13 January 2015

A.V.E : Awasi Masalah STD

Penyakit kelamin boleh disebarkan melalui perhubungan seks. Ia juga dikenali sebagai sexually transmitted disease (STD) atau venereal disease (VD). Organisma yang menyebabkan penyakit kelamin adalah terdiri daripada bacteria, virus atau fungus. Penyakit kelamin merebak melalui perhubungan seks dan juga berdampingan secara fizikal dengan individu yang telah dijangkiti.

Beberapa jenis penyakit kelamin boleh merebak melalui pemindahan cecair badan (air mani dan cecair dari faraj) daripada individu yang telah dijangkiti. Contohnya HIV, Hepatitis B, NGU dan gonorea.

Sementara itu, jangkitan penyakit kelamin seperti sifilis, herpes dan warts boleh merebak melalui sentuhan kulit. Penyakit sifilis, Hepatitis B dan HIV juga boleh merebak melalui ibu yang telah dijangkiti virus tersebut kepada bayinya ketika di dalam rahim atau sewaktu dilahirkan, penagih berkongsi jarum, atau pemindahan darah yang dijangkiti.

Di sinilah, peri pentingnya pemeriksaan darah sebelum berkahwin bagi memastikan diri sendiri dan pasangan bebas daripada penyakit ini!

[sumber majalah isihat]


Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, 7Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan



*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

No comments:

Post a Comment