Saturday 17 January 2015

A.V.E : Epal jenis Gala, Granny Smith disekat masuk ke Malaysia


gala & granny smith apple
Gala & Granny Smith Apple


Epal jenis Gala dan Granny Smith disekat masuk ke negara ini kerana didapati tercemar dengan bakteria Listeriosis yang mengakibatkan kematian dan ramai sakit di Amerika Syarikat (AS) serta Kanada.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya telah menerima notis daripada Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) AS tentang perkara berkenaan dan sekatan itu dibuat bagi mengelakkan orang ramai terdedah kepada bahaya kesihatan dengan pengambilan buah tersebut.

“Perkara ini melibatkan soal pemakanan yang berada di bawah Kementerian Kesihatan. Saya percaya kementerian itu akan mengeluarkan arahan dan nasihat kepada orang ramai agar tidak membeli dua jenis epal ini.
Advertisement

“Di pihak kita, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) akan menyekat kemasukannya,’’ katanya selepas merasmikan Program Servis Motosikal Pasca Banjir Parlimen Bera di Kampung Guai di sini hari ini.

[sumber pakdin.my]



Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, 7Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan



*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

No comments:

Post a Comment