Showing posts with label PHYTOCOL-ST. Show all posts
Showing posts with label PHYTOCOL-ST. Show all posts

Thursday, 27 July 2017

A.V.E Menurunkan Kolesterol Dalam Tubuh Dengan Makanan Berserat Tinggi

Bismillah...

pengambilan serat untuk menurunkan kolesterol


Apakah serat Anda sudah lengkap dengan baik? Banyak orang tidak suka mengambil sayur dan buah, mungkin termasuk Anda. Padahal kedua kelompok makanan ini adalah sumber serat yang baik bagi tubuh. Bahkan, keperluan serat yang baik dapat membantu Anda dalam menurunkan kolesterol. Tentu ini sangat bermanfaat bagi Anda yang mempunyai kolesterol tinggi, di mana kolesterol tinggi dapat meningkatkan risiko Anda terhadap penyakit jantung. Lalu, bagaimana serat mampu membantu menurunkan kolesterol?

Terdapat dua jenis serat

Serat merupakan kandungan dalam makanan yang tidak dapat dicerna atau diserap tubuh. Kandungan ini berbeza dengan kandungan makanan lainnya, seperti karbohidrat, protein, dan lemak yang dapat diserap tubuh. Serat hanya lewat di tubuh Anda, tapi ternyata manfaatnya sangat banyak bagi kesehatan.
Anda mungkin sudah tahu bahawa sayuran dan buah-buahan merupakan sumber serat bagi tubuh. Tapi, tahukah Anda tahu bahawa terdapat dua jenis serat yang berbeza iaitu:-
  • Serat larut air. Jenis serat ini larut dalam air sehingga terbentuk seperti gel. Serat inilah yang dapat membantu Anda dalam menurunkan kolesterol dalam darah. Anda boleh dapati jenis serat larut air ini dalam buah epal, pir, buah sitrus (seperti limau), oat dan kekacang.

  • Serat tidak larut air. Sebaliknya, jenis serat yang tidak larut air. Ia boleh membantu Anda dalam melancarkan pencernaan. Contoh makanan yang mengandung serat jenis ini adalah tepung gandum, kentang dan jenis-jenis kekacang.
Sebahagian besar makanan  seperti kekacang mengandungi serat larut air dan juga serat tidak larut air. Namun, kandungan masing-masing jenis serat ini mungkin berbeza pada makanan yang kita ambil.

Bagaimana serat membantu menurunkan kolesterol?

Serat larut air terbukti dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Sehingga, jika Anda mempunyai kadar kolesterol tinggi, Anda disarankan untuk mengambil banyak serat larut air.
Menurut sebuah penelitian yang dipublikasikan dalam Nutrition Journal, orang yang makan sereal oat yang mengandung serat sebanyak 3-4 gram selama empat minggu dapat menurunkan kolesterol jahat (low-density lipoprotein/LDL) dalam darah sebesar 4-6%.
Makanan dengan kandungan serat larut air tinggi dapat memengaruhi asam lemak rantai pendek di saluran darah. Menurut Linda V. Van Horn, PhD, RD, profesor dari Northwestern University’s Feinberg School of Medicine, serat larut air mempunyai kesan yang baik pada metabolisme lemak (Everyday Health).
Serat larut air dapat membantu menyerap lemak tepu atau jenis lemak jahat lainnya yang berbahaya dalam tubuh. Serat akan melalui usus kecil dan serat akan dapat menempel pada partikel kolesterol seterusnya ia dapat mengawal kolesterol masuk ke saluran darah. Kemudian, kolesterol bersama serat ini akan keluar dari tubuh melalui proses pencernaan.
Hal ini kemudian dapat meningkatkan profil lemak secara keseluruhan, sehingga menyebabkan peningkatan kadar kolesterol yang lebih sehat serta menurunkan kadar trigliserida dalam darah. Beginilah cara serat menurunkan kolesterol.
Di samping itu, makanan yang mengandungi serat larut air juga cenderung mengandungi lemak yang lebih rendah daripada makanan yang tidak mengandungi serat. Dengan itu, penyerapan lemak yang lain tidak akan berada dalam tubuh badan kita,

Berapa keperluan serat sehari yang harus Anda penuhi?

Keperluan serat yang disarankan untuk orang dewasa adalah sebanyak 25-35 gram. keperluan serat ini boleh anda ketahui dari kandungan sayuran dan buah-buahan, setidaknya sebanyak 5 portion sehari. Sebuah penelitian menunjukkan bahawa kandungan serat larut air sebanyak 30 gram sehari dapat menurunkan kadar kolesterol jahat sebesar 18%.
Jika selama ini Anda masih kurang pengambilan serat, sebaiknya tingkatkan kandungan serat Anda secara perlahan. Meningkatkan kandungan serat secara drastik dapat membuat kanAnda mengalami perut bergas dan sakit perut.
[credit to hellosehat.com]

Jom Detox dengan set detox Shaklee!!

set detox shaklee

Konsepnya untuk detox seluruh badan.

■ Vivix membaiki sel & memberi tenaga ke seluruh badan.

■ Alfalfa Complex untuk detox darah.

■ DTX Complex untuk detox hati.

■ Herblax untuk detox usus.

■ Peppermint ginger untuk buang angin & lancarkan pencernaan.

Phytocol-ST


PHYTOCOL-ST mengandungi fitosterol berasal dari minyak tumbuhan yang boleh membantu halang penyerapan kolestrol.

Antara kelebihan nya :
  • Memperbaiki fungsi imun (sel imun T)
  • Seimbangkan tindakbalas imun
  • Prostat yang membengkak boleh kurang
  • Boleh membantu pesakit-pesakit diabetes.
Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan, Mutiara Rini, Mutiara Mas.



Tuesday, 6 June 2017

A.V.E Atasi Bahaya Darah Tinggi

Bismillah...

Pejam celik pejam celik sudah seminggu lebih kita berpuasa. Alhamdulillah kita masih lagi diberikan kesihatan untuk menulis blog pada kali ini. Dalam kita menjalani ibadat puasa, suka diingatkan untuk menjaga pemakanan kita setiap hari. Walaupun kita berpuasa,, kita tidak dikecualikan untuk menghadapi tekanan darah tinggi ketika berpuasa. Kadang-kadang kita tidak menyedari makanan yang kita ambil ketika berbuka akan menyebabkan kita mudah mengalami tekanan darah tinggi.

Simptom seperti ini akan berlaku pada sesiapa sahaja tidak mengira usia tua atau muda. Di sini saya ingin berkongsi sedikit info bagi mengatasi masalah tekanan darah tinggi. Pesakit sebenarnya boleh mengawal darah tinggi dengan mengubah cara hidup dengan senaman dan makanan yang betul setiap hari. Tedapat kajian yang dijalankan Institut Kebangsaan Kesihatan, Amerika Syarikat pada tahun 1997 yang menunjukkan pengawalan darah tinggi boleh dilakukan dengan mengawal pemakanan.

Kajian ini dipanggil Pendekatan Pemakanan untuk Mengawal Darah Tinggi atau DASH yang bermaksud ' Dietary Approach to Stop Hypertension'.

Dengan kaedah DASH ini pengambilan makanan yang rendah lemak, terutama lemak tepu (dari sumber haiwan) dan berkolesterol tinggi di samping itu makan makanan yang tinggi dengan buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan hasil tenusu (dairy) rendah lemak.

Hasil kajian ini mendapati tekanan darah dapat diturunkan dengan baik seakan-akan makan ubat darah tinggi. Ia akan mula dilihat selepas dua minggu mengamalkan pemakanan dengan cara ini dan kesannya sehingga lapan minggu tanpa mengira jantina, kaum atau tekanan darah asal.

Pemakanan dengan kaedah DASH ini memberikan serat yang tinggi, zat kalsium, magnesium dan potasium yang terbukti dengan kajian lain membantu menurunkan tekanan darah. Ia juga rendah dengan lemak tepu dan lemak 'trans'. Kaedah DASH ialah dengan makan lapan ke sepuluh hidangan buah-buahan seperti epal, oren, pear yang digabungkan dengan makan sayuran-sayuran seperti saleri, kobis bunga, brokoli, kacang buncis, salah dan asparagus.

Minum susu rendah lemak dua hingga tiga gelas sehari atau produk tenusu. Mengurangkan gula dalam makanan dan minuman. Elakkan makanan segera yang lain seperti roti putih, mi segera, jajan, kerepek dan sebagainya.

Makan makanan berserat tinggi seperti roti gandum penuh, oat, beras perang dan lain-lain sehingga tujuh ke lapan hidangan sehari.

Makan daging dikurangkan sehingga dua hidangan sehari dan utamakan sumber makanan protein putih seperti ayam (tanpa kulit) atau ikan, udang, sotong selain makan kekacang, kuaci atau biji-bijian empat ke lima hidangan seminggu.


Antara Vitamin yang disyorkan untuk mengelakkan hipertensi/tekanan darah tinggi

set darah tinggi


Omega Guard
  • Omega 3 telah diuji dan dibuktikan untuk mengurangkan hipertensi (tekanan darah tinggi). 
  • Bertindak melancarkan saluran darah, membuang kolestrol . Kolestrol yang tidak terkawal menjadi bapa kepada penyakit darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.
  • Menurut kajian terbaru dari American Heart Association Journal telah menguji 5000 orang. Mereka mengenalpasti sejarah kesihatan dan mengukur tekanan darah pada awal kajian. Ia menunjukkan kebaikan Omega 3 merendahkan tekanan darah berbanding orang yang tidak mengambilnya.

Garlic Complex
  • membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan paras kolestrol
  • menggalakkan kesihatan kardiovaskular
  • menurunkan kolestrol LDL, trigliserida dan kelikatan darah

vivix

Vivix
  • Menggalakan penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
  • Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
  • Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
  • Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
  • Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk - merawat azhameir
  • Membantu merawat penyakit parkinson
  • Membantu memulihkan penyakit strok - angin ahmar
  • Meningkatkan kesihatan imun badan
  • Menggalakan kesihatan keseluruhan


PHYTOCOL-ST mengandungi fitosterol berasal dari minyak tumbuhan yang boleh membantu halang penyerapan kolestrol.

Antara kelebihan nya :
  • Memperbaiki fungsi imun (sel imun T)
  • Seimbangkan tindakbalas imun
  • Prostat yang membengkak boleh kurang
  • Boleh membantu pesakit-pesakit diabetes.


Sila baca DISCLAIMER


Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan, Mutiara Rini, Mutiara Mas.

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

Monday, 10 April 2017

A.V.E Sayangi Jantung Anda

​
Phytocol & Omega Guard

Basicnya kena ingat 2 items ni.

● Phytocol - halang kolesterol baru dari makanan
● Omega - utk turunkan kolesterol terkumpul dalam badan

Selain 2 items ni boleh suggest garlic atau vivix.

Phytocol-ST ni fungsinya untuk HALANG / BLOCK KOLESTEROL daripada makanan yang kita 
makan, supaya tak dapat masuk dalam salur darah badan kita.

Bila kolesterol tinggi ni boleh sebabkan:
1) Saluran darah jadi sempit sbb terbentuknya plak kolesterol dalam salur darah.
    Korang bayangkan macam getah paip lama kat rumah kita yang kat dalam nya ada lumut/kotoran.
    air paip yang keluar pun kecil je kan sebab laluan sempit. Kolesterol dalam badan kita pon boleh
    mendap dalam saluran darah. Lama-lama makin sempit. Darah tidak boleh nak lalu dengan lancar.

2) Jantung terpaksa bekerja keras untuk pam darah ke seluruh badan melalui salur darah yang sempit 
     tadi. Lama kelamaan jantung penat dan jadi lemah. Tak larat dah nak mengepam darah ke seluruh 
     badan.

3) Salur darah sempit boleh menyebabkan tekanan darah naik tinggi.

4) Bila tekanan darah tinggi melampau boleh menyebabkan saluran darah kecil di dalam otak mudah 
pecah. Ini menyebabkan seseorang terkena stroke. Nampak kan AKIBAT berpunca dari kolesterol.

Bagaimana PHYTOCOL bekerja ?

Struktur phytocol ni shaklee buat bentuknya hampir sama dengan struktur kolesterol.
Jadi bila kita makan phytocol siap-siap sebelum lunch & dinner, phytocol ni akan ambik tempat laluan 
kolesterol masuk dalam salur darah kita.
Phytocol akan block/halang terus lemak-lemak serta kolesterol yang ada dalam badan. 
Jadi bila kita makan kolesterol dlm makanan kita makan tadi tidak dapat nak 
masuk dlm saluran darah kita lagi. Penyerapan di bahagian dinding usus kita.Dengan cara ni kita dpt 
kawal jumlah kolesterol yg NAK MASUK dari luar (makanan yg kita makan)
Untuk kawal atau turunkan kolesterol yang SEDIA ADA dalam badan pula kenalah makan 
OMEGA GUARD banyak-banyak.
Jadi kalau ada kawan ke family ke atau diri sendiri nak kawal kolesterol amalkan dua benda ni.

🌹 PHTOCOL ST

Kolesterol tinggi bukan berlaku pd orang gemuk sahaja tau. Orang kurus pun ramai yang sudah 
kena kolesterol tinggi.

Semuanya berpunca daripada gaya pemakanan harian kita.

Sekarang sudah tahu kan cara hendak mengawal selain daripada mengawal makanan sendiri, 
amalkan 2 vitamin ni. 👍 In Shaa Allah. Mencegah itu lebih baik dari mengubati.







Sila baca DISCLAIMER


Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan, Mutiara Rini, Mutiara Mas.

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*


Thursday, 7 August 2014

A.V.E : Adakah Anda Seorang 'Kaki Makan'

PhytocolST untuk ‘Kaki’ Makan

turunkan paras kolesterol


Celik mata sahaja pelbagai makanan yang enak boleh dinikmati. Sebut sahaja apa yang diinginkan daripada nasi lemak, nasi kerabu, roti canai, the tarik dan sebagainya pasti akan tersedia. Tengah hari pula cukup mewah dengan pelbagai lauk pauk nasi campur diikuti sebelah malam hinggalah ke tengan malam.

Selagi tidak tidur, selagi itulah kita akan makan! Betapa mewah dan ‘bertuahnya’ tinggal di Malaysia! Makanan tidak akan habis. Lebih happening, seandainya kita tinggal di Bandar besar seperti Kuala Lumpur yang menyediakan restoran 24 jam.

Fenomena ini merangsang ‘kaki’ makan untuk mencuba makanan di sana sini dan sukar buat mereka mengawal pemakanan. Di sebalik ‘untungnya’ kita mampu menikmati semua ini, pernahkah kita sedar betapa banyaknya lemak dan kolesterol yang telah bertimbun di dalam tubuh? 

Semasa makan pastinya semuanya lazat namun tiada siapa pula yang sanggup menanggung kesan sampinyannya. Mahu meninggalkan semua makanan sedap yang telah menjadi kelaziman pula pastinya sesuatu yang mustahil!

Buat individu sihat, Persatuan Jantung Amerika menyesyorkan pengambilan kolesterol tidak melebihi 300mg sehari manakala tidak lebih 200mg buat mereka yang menghidap penyakit jantung.

Namun rata-rata masyarakat kita tidak sedar ataupun berpura-pura tidak sedar bahawa mereka telah mengambil hampir tiga kali ganda jumlah yang disyorkan. Dan pastinya ia memberi ‘laluan mudah’ untuk mereka mendapat pelbagai penyakit.

Antaranya meningkatkan risiko serangan jantung sehingga 15.6 peratus, angin ahmar sehingga 11 peratus dan penyakit lain seperti penyakit hati berlemak dan pelbagai masalah ketidakseimbangan hormone yang mampu menjejaskan fungsi seksual!


2000 MG FITOSTEROL SEHARI

Berita baik buat pencinta makanan, Shaklee baru-baru ini melancarkan supplemen Phytocol-ST yang cukup istimewadi mana ia merupakan rumusan mantap bebrapa jenis fitosterol di mana fungsi utamanya adalah untuk mengawal paras kolesterol dalam tubuh.

Menurut Dr. Bruce Daggy, Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Sains Shaklee Corporation, fitosterol yand dirujuk sebagai sterol dan sterol tumbuhan wujud secara semula jadi dalam kandungan yang sedikit dalam sumber makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, biji-bijian, legume, bijirin dan minyak sayuran.

Tambahnya lagi, kajian terhadap sterol tumbuhan oleh The European Food Safety Authority (EFSA) dilihat mampu mengurangkan kolesterol dalam darah dan boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Ia juga sangat penting untuk menjaga fungsi normal bagi membran sel badan kita menjalankan tugasnya di dalam tubuh. 

"Struktur fitosterol adalah hampir sama dengan kolesterol dan dengan memgambil fitosterol ia akan bersaing dengankoleaterol untuk tapak penyerapan dalam sistem penghadaman.

"Hasilnya penyerapan kolesterol dihalang dan ia akan disingkir keluar bersama-sama fitosterol. Ini bermaksud apabila kita mengambil jumlah fitosterol yang tinggi semakin kurang pula kolesterol yang akan diserap tubuh dan semakin tinggi peluang untuk menurunkan paras kolsterol LDL. 


200 BATANG LOBAK MERAH SEHARI

"Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika mengesyorkan pengambilan 2000mg fitosterol dalam diet harian bagi menurunkan paras kolesterol secara semula jadi. Tentunya satu jumlah yang amat besar dan sukar untuk kita melakukannya. 

"Siapa di kalangan kita yang mampu makan 200 batang lobak merah, 70 keping roti gandum atau 425 biji tomato setiap hati? Namun dengan hanya pengambilan Phytocol 2 kali sehari mampu memberikan anda jumlah fitosterol yang dicadangkan.

"Para pengguna tidak perlu risau dengan keselamatan produk ini kerana ia telah melalui lebih 80 kajian klinikal dan penerbitan saintifik telah dilakukan melaporkantentang keberkesanan produk ini.

[Sumber majalah isihat]


kombinasi jantung sihat



Anda juga boleh membuat pembelian secara ONLINE!! Dengan beberapa langkah yang mudah, barang anda terus boleh sampai depan rumah. 

Jangan lupa selepas membuat pembelian secara ONLINE, anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara ekslusif dari saya.


Happy Shopping!!

 Order Now

Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:




Nurul Fazreen bt Othman
PM : www.facebook.com/awesomevitaminsever
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

Friday, 13 June 2014

A.V.E : Apakah Punca Bintik-Bintik Putih Di Sekitar Mata

Pernah tak anda perasan ada bintik bintik putih di sekitar mata anda?? Jika ya, bermakna kesihatan anda dalam BAHAYA sebab paral kolesterol anda tinggi..tak caya cuba pergi buat pemeriksaan kolesterol di klinik.

punca masalah kolesterol
Bintik-bintik putih pada mata



Bagaimana mengatasi bintik bintik putih di sekitar mata ni ? 



1. Elak makanan berlemak dan berminyak Kolesterol puncanya dari makanan. So kita kena elakkan mengambil makanan yang mengandungi tinggi kolesterol. Sebenarnya susah nak terang apa makanan yang tinggi kolesterol, Mudahnya semua makanan yang berminyak dan berlemak. 



2. Bertukar ke masakan tidak bergoreng dan bertumis Cuba anda ajar diri dan lidah anda makan masakan rebus dan bakar. Minimumkan masakan goreng. Sekarang ni dah banyak resepi sedap-sedap rebus dan bakar ni. Cari buku resepi dan belajar. Masalah masyarakat Malaysia dah diajar masakan kena tumis dan goreng. Cuba anda pergi kedai makan dan tilik satu persatu masakan rakyat Malaysia. Apa yang tidak goreng dan tumis. Ulam je kot. Prinsipnya lagi berminyak lagi sedap. 



3. Jangan goreng berulang Kalau perlu menggoreng, pastikan minyak gorengan itu tidak diguna ulang. Sebab minyak yang diguna semula itu lagi tinggi kolesterolnya 



4. Guna minyak sihat untuk tumis Minyak Naturel yang paling rendah kadar lemaknya setakat yg saya pastikan. Ini satu lagi yang saya amalkan. Nak elak dari tumis masakan mungkin susah, so saya gunakan minyak masak yg lebih sihat seperti minyak jagung, matahari, zaitun. Masalahnya minyak ni mahal sikit. Jadi tak ekonomi nak buat goreng cucur. Setakat tumis ok.



5. Makan oat Ini satu strategi yang berkesan. Oat memang disahkan dapat kurangkan tahap kolesterol dalam badan. Masalah yang timbul ialah oat ni tak sedap , tawar. Sebab tu ramai yang tak suka. Orang Malaysia ni masih letakkan sedap dihadapan,, sihat dibelakang.Tapi sekarang ni dah macam-macam produk ada berasaskan oat. Pilih yang mana satu sesuai dengan anda dan amalkan. Jangan hangat-hangat taik ayam. 



6. Makan makanan yang berserat tinggi High fiber juga dapat mengurangkan kolesterol.Sayur-sayuran, buah-buahan, adalah sumber serat yang baik. kalau tak suka makan sayur atau buah boleh ambil product high fiber. Sekarang ni macam-macam ada. Tapi satu saja saya nak bagitau, saya tengok banyak produk ni harganya terlalu mahal. Tak pada dengan content. Selalunya mereka kata produk mereka campuran pelbagai sayur dan buah jadi serbuk. Sebenarnya anda boleh ambil sendiri saja, lagi jimat, kesan hebat. 



7. Kurang makan daging merah, lebih makan ikan Ini satu tip mudah. Kurang makan daging merah seperti daging lembu sebab daging ni ada bersamanya lemak. Banyakkan makan ikan, makanlah banyak mana pun takpa. Apa yg saya buat dalam seminggu, dua hari makan daging lima hari makan ikan. 



8. Jangan lupa bersenam Ini perkara yang amat penting kalau nak turunkan kadar kolesterol badan. Semua lemak yang masuk dalam badan kena dibakar supaya tak tersimpan dalam badan. Bukanlah bersenam tu perlu pergi gim. Syaratnya mudah, bersenam sampai berpeluh dan nadi laju dalam 100 kali. Cukup. Buatlah apa pun aktiviti. 



9. Gantikan santan atau guna santan rendah lemak Santan tak boleh dipisahkan dengan masakan rakyat Malaysia. Gulai, rendang, mee kari, lontong (terliur plak) semuanya guna santan. Santan ni tinggi lemaknya So cadangan saya ganti santan dengan susu. Tapi kalau dah tak boleh ganti sangat, gunalah santan rendah lemak. bagaimana pula dengan suplemen Shaklee yang boleh mengatasi bintik bintik putih di sekitar mata ni?



Santan tidak boleh dipisahkan dengan masakan rakyat Malaysia.  Gulai, rendang, mee kari, lontong, semuanya guna santan.  Santan ni tinggi lemaknya.  So cadangan saya ganti santan dengan susu. Lagi baik susu yang rendah lemak.  Tapi kalu dahn tak boleh ganti sangat, gunalah santan rendak lemak.



Bagaimana pula dengan supplement Shaklee yang boleh mengatasi bintik-bintik putih di setikar mata ni?


♥ Pengambilan asid lemak Omega-3 seperti DHA ada AHA boleh mengurangkan risiko                 penyakit jantung koronari
♥ Asid lemak Omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping 
   memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal

♥ Kesihatan Jantung

♥ Kanser

♥ Diabetes
♥ Kesihatan gigi
♥ Kesihatan mental
♥ Pengurangan berat
♥ kesuburan Lelaki
♥ Pengurangan kolesterol

♥ Menggalakan penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
♥ Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
♥ Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
♥ Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
♥ Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
♥ Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk - merawat azhameir
♥ Membantu merawat penyakit parkinson 
♥ Membantu memulihkan penyakit strok - angin ahmar
♥ Meningkatkan kesihatan imun badan
♥ Menggalakan kesihatan keseluruhan

♥ Memperbaiki fungsi imun (sel imun T)
♥ Seimbangkan tindakbalas imun
♥ Prostat yang membengkak boleh kurang
♥ Boleh membantu pesakit-pesakit diabetes.

bintik-bintik putih pada mata-kolesterol
Kombinasi Jantung Sihat

♥ Membantu mengekalkan paras kolesterol dan tekanan darah yang normal
♥ Menggalakkan kesihatan kardiovaskular
♥Menurunkan kolesterol, LDL, Trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan blood colt
♥Meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari

♥ Vitamin E merupakan sejenis antioksidan yang kuat yang boleh larut dalam lemak di mana ia menyokong kesihatan jangtung, otot prostat disamping meningkatkan fungsi paru-paru, kolon dan sistem imun badan

♥ Pemecah lemak dan kolesterol
♥ Lecithin bertindak sebagai pembersih salur darah
♥ Membantu mengemulsi lemak, kolesterol dan trigliserid da dalam tubuh.
♥ Menghalang tekanan darah tinggi kerana menggalakkan peredaran darah 

[sumber]

Rasa malu nak call saya atau macam tak sempat nk call, anda boleh juga membuat pembelian terus, semuanya hanya di hujung jari anda. Klik-klik, buat pembayaran then barang pun terus sampai depan rumah. Mudahkan!!
Happy Shopping!!
 Order Now


Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan

*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*