Tuesday 7 October 2014

A.V.E : 4 Mitos Berkaitan Tubuh Manusia


Siapa kata membaca dalam gelap merosakkan mata? Bernarkah banyak makan lobak merah akan menyihatkan mata? Selamatkah menggelapkan tubuh secara indoor? Bukan semua mitos itu benar. Dengan masa, kepercayaan yang sebelum ini dipegang boleh berubah menjadi sebaliknya. Teruskan membaca artikel ini kerana, anda tidak akan menjangkakan jawapannya.

Membaca dalam gelap rosakkan mata


baca dalam gelap rosakkan mata


Tabiat membaca dalam gelap tidak akan merosakkan mata, sebaliknya menyukarkan anda untuk membaca. Mata anda terdiri daripada dua fotoreseptor (dalam retina) iaitu rod dank on. Kon membenarkan anda membaca dan melihat warna. Manakala rod mengesan pergerakan menerusi pandangan sisi dan membenarkan anda melihat dalam cahaya rendah. 

Satu sebab tidak boleh membaca menggunakan pandangan sisi kerana anda menggunakan retina periferi, yang kebanyakkannya adalah rod. Apabila lampu dipadamkan, mata akan mengubah daripada kon kepada rod. Rod tidak begitu efektif digunakan untuk membaca, tetapi ia tidak membahayakan selain daripada ketegangan mata anda.

Makan lobak merah membantu sihatkan mata


lobak merah sihatkan mata


Melainkan anda kekurangan vitamin A, makan lobak merah tidak membuatkan fotoreseptor (sel dalam retina) bekerja dengan lebih baik. Bagaimanapun, diet yang sihat mengandungi lobak merah didapati mengurangkan perkembangan penyakit macular degenerasi – punca utama buta di kalangan mereka yang berusia 60 tahun ke atas. Selain beta karotena, lobak merah mengandungi lutein dan zeaxanthin, antioksida yang penting untuk kesihatan mata.

Membersihkan plak akan merenggangkan gigi


plak renggangkan gigi


Realitinya apabila anda membiarkan plak pada gigi, ia akan berubah menjadi tartar. Yang mana jika dibiarkan, boleh membuatkan anda kehilangan gigi. Tartar yang tidak pernah dibersihkan atau terbiar lama, ia akan meninggalkan ruang atau merenggangkan gigi sebaik sahaja dikeluarkan. Ia membuatkannya menjadi longgar. Atau dalam kes yang lebih teruk, tartar yang melekat antara kedua-dua batang gigi boleh menyebabkan anda kehilangan kedua-dua gigi sekali gus.

Menyembunyikan sendi akan menyebabkan arthritis


artritis


Menyembunyikan sendi sebaik bangun tidur atau setelah duduk agak lama, memang cukup melegakan. Namun di sebalik rasa lega yang dirasai, meletupkan sendi dipercayai boleh menyebabkan arthritis. Bagaimana pun usah khuatir kerana, ia mitos semata-mata kerana bunyi yang terhasil daripada udara yang terdapat pada sendi atau ligament dan tendon yang menyokong pergerakan sendi. Sekiranya anda menghidap arthritis, amalkan untuk melakukan regangan lembut pada bahagian sendi untuk melegakannya.

[ sumber majalah isihat ]


Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, 7Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan

*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

No comments:

Post a Comment