Rasa seakan terbakar di dada atau tekak yang dipanggil pedih ulu hati atau senak bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Masalahnya, pedih ulu hati boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.
Di Amerika Syarikat, lebih daripada 60 ribu rakyatnya dibelenggu dengan masalah ini. Kajian yang dilakukan juga menunjukkan saban tahun. Berkongsi pandangan mengenai pedih ulu hati, pesakit biasanya akan mengalami sakit dada seperti terbakar terutamanya selepas pengambilan makanan berat. Pedih ulu hati merupakan gejala biasa yang berlaku. Dianggarkan 30% rakyat Malaysia dan dunia mengalaminya. Sekiranya terjadi sekali sekala ia tidak perlu dirisaukan. Namun ada sesetengah yang kerap mengalaminya, tidak kurang juga setiap hari.
Kekerapan ini boleh menyebabkan masalah yang lebih serius dan memerlukan perhatian perubatan. Kerap mengalami masalah pedih ulu hati sebenarnya adalah gejala Gastro Esophageal Reflux Disease (GERD).
“Ramai yang beranggapan symptom yang dialami itu merupakan sakit gastric yang biasa. Gastrik berbeza dengan pedih ulu hati disebabkan oleh asid perut mengganggi kawasan bawah esophagus.
“Ia terjadi kerana injap di bahagian atas perut dikenali sebagai lower esophageal sphincter (LES) tidak tertutup atau sudah longgar. Asid memasuki esophagus yang tidak mempunyai lapisan penebat bahan kimia. Keadaan ini sering kali menyebabkan ketidakselesaan kepada mana-mana individu dan secara tidak langsung ia akan menyebabkan rasa seakan terbakar di dada.
“Bukan hanya terjadi kepada golongan dewasa, ia turut berlaku kepada kanak-kanak. Kesannya kanak-kanak yang mengalami masalah ini akan mudah termuntah setiap kali selepas minum susu. Sebaiknya perhatikan perubahan anak-anak anda. Segera dapatkan nasihat doctor jika anak menunjukkan tanda-tanda muntah berpanjangan.
“Namun begitu, bagi pesakit dewasa, anda boleh mencuba untuk melakukan rawatan bermula dengan mengubah gaya hidup dan mengamalkan cara hidup sihat. Selain itu, doctor juga akan membekalkan kepada anda ubat-ubatan tanpa preskripsi doctor bagi membantu melegakan kesakitan. Tetapi sekiranya ia semakin teruk, ubatan ini mungkin hanya membantu untuk sementara waktu. Jika anda mengalami GERD anda mungkin memerlukan ubatan lain untuk mengurangkan gejala.
“Gejala pedih ulu hati boleh terjadi dalam pelbagai jenis termasuk rasa terbakar di dada di bawah tulang dada. Pesakit juga sering sakit dada selepas tunduk, berbaring dan selepas makan. Ada segelintir pesakit merasa terbakar dan kepanasan di dalam tekak atau, cecair panas masam, masin di belakang tekak, sendawa, batuk yang teruk, suara menjadi serak dan pernafasan berbunyi seperti serangan asma.
Tukar Tabiat Makan
Bagi pesakit yang mengalami pedih ulu hati yang teruk anda boleh mengawalnya dengan menukar tabiat pemakanan anda. Mengamalkan diet yang sihat serta tidak terlalu gopoh ketika makan. Mengenal pasti dan mengelakkan makanan yang sangat memberi kesan kepada anda. Elakkan makanan pedas dan berempah terutamanya kari, minuman berkabonat dan makanan yang diawet.
Selain itu, elakkan pengambilan makanan bergoreng dan berlemak. Kembung biasanya terjadi akibat memakan makanan berlemak. Lemak akan melambatkan proses pencernaan dan menambahkan rasa perut yang penuh. Tidak kurang juga bagi anda yang merokok. Berhenti merokok sangat membantu perut.
“Sekiranya pedih ulu hati yang teruk, anda memerlukan diagnose gastroesophageal reflux, Barrets esophagus, peptic ulser atau kanser. Berjumpalah doctor anda untuk mengesan diagnose tersebut. Komplikasinya termasuklah oesophagitis, strictures dan barret’s oesophagus.
Tip Kurangkan Pedih Ulu Hati
- Makan dalam jumlah yang sedikit dengan lebih kerap berbanding hanya dua atau tiga kali jumlah yang banyak.
- Elakkan makan dua hingga tiga jam sebelum tidur.
- Tinggikan aras kepala empat hingga 6 inci ketika tidur bagi mengelakkan asid naik ke kawasan esophagus
- Makan perlahan-lahan, kunyah makanan dan elakkan dari terus menelan. Sekiranya anda mempunyai masalah, letakkan sudu dan garfu setiap kali suapan.
- Jangan makan ketika merasa bimbang, cemas atau kecewa. Makanlah dalam keadaan tenang dengan perlahan-lahan. Makan ketika dalam tekanan akan menyebabkan ketidakhadaman dalam perut.
- Berhenti merokok. Menghisap rokok boleh menambahkan jumlah udara yang tertelan dan ketidakcernaan
[Sumber majalah isihat]
[Sumber majalah isihat]
Sila baca DISCLAIMERAnda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:Nurul Fazreen bt OthmanSMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)email: awesomevitaminsever@gmail.comCOD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, 7Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*
No comments:
Post a Comment