Sesetengah individu sangat beruntung kerana memiliki kadar ketinggian yang baik dan ideal. Malah, menjadi tinggi dan langsing dilihat menepati trend pada hari ini. Jika anda tinggi, anda bakal mendapat banyak manfaat daripadanya seperti dipilih sebagai calon dalam pertandingan ratu cantik, dapat menyertai syarikat permodelan, bekerja sebagai pramugari, menjadi terkenal dan banyak lagi kelebihan yang dimiliki.
Antara selebriti terkenal di luar yang memiliki susuk tubuh yang tinggi ialah Arnold Schwarzenegger, 183cm, Samuel Jackson, 188cm. Di Malaysia pula kita ada Erra Fazira dengan ketinggian 168cm, Farid Kamil, 176cm (sekadar menyebut beberapa nama).
Melihat antara nama-nama yang dinyatakan di atas seolah-olah menyokong bahawa untuk menjadi ‘terkenal’ atau ‘dikenali’ perlu mempunyai tubuh yang tinggi. Ini kerana, mereka dipandang lebih oleh orang luar berbanding individu yang bertubuh rendah. Maka, tidak hairanlah ramai yang mahu menjadi tinggi hari ini.
Tidak dinafikan trend menunjukkan semua mahu kelihatan tinggi. Jika tidak secara fizikal, fesyen dan postur badan juga boleh membuatkan seseorang itu kelihatan tinggi. Terdapat banyak factor yang mempengaruhi kadar pertumbuhan seseorang individu itu. 65 hingga 701 peratus sebab adalah disebabkan oleh factor genetic.
“Ia juga berkait dengan gangguan tertentu seperti kerdil, kelewatan dalam pertumbuhan, kemiskinan, kurang bersenam, diet yang tidak betul dan lain-lain yang membawa kepada 30 hingga 35 peratus. Secara purata pula, anak lelaki atau anak perempuan masih boleh mendapat manfaat sekiranya salah seorang daripada ibu bapa adalah tinggi.
“Untuk meningkatkan ketinggian, adalah penting untuk memahami pertumbuhan mana-mana tulang. Sebarang tulang panjang dalam tubuh manusia mempunyai plat pertumbuhan epifisis yang terletak pada hujung tulang. Plat ini biasanya akan bersambung pada usia 23 hingga 25 tahun. Ini bermakna, sebarang pertumbuhan tulang hanya mungkin akan berlaku sehingga umur 23-25 tahun sahaja.
“Petumbuhan maksimum berlaku semasa akil baligh di mana lelaki biasanya mencapai waktu tersebut semasa usia 11 hingga 12 tahun manakala perempuan lebih awal iaitu pada umur 10-11 tahun.
“Telah terbukti secara saintifik 35% daripada ketinggian seseorang individu itu terdapat pada tulang belakangnya. Oleh sebab itu, jika kita boleh membetulkan masalah tulang belakang dan membetulkan postur badan, kita boleh mendapatkan dua hingga empat inci serta merta. Ia mengambil masa untuk membetulkannya terutamanya bila anda mempunyai postur badan yang tidak betul selama ini. Ini hanya salah satu daripada banyak lagi rahsia bagaimana anda boleh menjadi tinggi.
“Namun begitu, selepas seseorang individu itu mencapai umur 25 tahun, semua pertumbuhan akan berhenti dan tiada lagi pemanjangan tulang akan berlaku. Jika ada yang mendakwa ketinggian boleh meningkat selepas umur 25 tahun, anda mungkin sudah tertipu. Malah, mengikut sebab-sebab perubatan juga, ia adalah sesuatu yang mustahil kerana pemberhentian pertumbuhan akibat gabungan plat pertumbuhan tadi.
Supplemen Untuk Ketinggian : Perlu atau Tidak?
Dalam peringkat awal umur, supplemen hormone pertumbuhan mungkin memberi kesan dan manfaat. Ini kerana hormone pertumbuhan manusia memainkan peranan besar dalam menentukan ketinggian anda. Oleh itu, sambil mencari jawapan kepada bagaimana untuk meningkatkan ketinggian, anda mungkin perlu mempertimbangkan berjumpa doctor anda untuk mendapatkan maklumat mengenai paras hormone pertumbuhan manusia anda.
“Jika kepekatan hormone anda rendah, anda tidak dapat mencapai ketinggian yang sepatutnya. Bagi individu tertentu, terdapat beberapa supplemen yang boleh digunakan untuk meningkatkan paras hormone pertumbuhan anda sehingga ke tahap yang normal.
“Seperkara yang perlu anda sedar, hormone ini hanya digunakan sebagai ikhtiar terakhir anda kerana ia boleh meningkatkan risiko kanser, penambahan berat badan, pertumbuhan yang tidak seimbang, komplikasi kardiovaskular dan sebagainya. Maka ia perlu dilakukan di bawah penyeliaan perubatan yang ketat.
“Apa sahaja makanan tambahan bersumberkan herba pula boleh diambil pada peringkat seterusnya tetapi dengan berhati-hati serta di bawah seliaan doctor.
Hampir semua inginkan tinggi yang ideal. Tetapi tidak bermakna anda perlu berasa rendah diri dan malu kerana bertubuh kecil dan rendah. Masih ada lagi kelebihan yang anda miliki berbanding mereka yang tinggi.
Antaranya ialah:
1) Lebih panjang umur
Kajian terbaru di Sardinia dan yang diterbitkan di Jurnal Sains Kehidupan individu rendah cenderung untuk hidup 2 tahun lebih lama berbanding mereka yang tinggi
2) Lebih Subur
Menurut penyelidik Belanda, wanita yang lebih rendah cenderung mempunyai anak yang lebih banyak daripada wanita yang tinggi. Sebabnya masih belum jelas, tetapi penyelidik kajian tersebut mengandaikan wanita bertubuh rendah menggunakan banyak tenaga semasa
bersetubuh.
3) Lebih Kelakar
Penulis buku Short:Walking Tall When You Are Not Tall menyatakan bahawa mereka yang rendah bekerja lebih keras, bertanggungjawab dan mempunyai selerahumor yang tinggi.
4) Kurang Risiko Kanser
Penyelidik yang diterbitkan di The Lancet Oncology menyatakan wanita bertubuh pendek menanggung risiko kanser lebih sedikit berbanding wanita bertubuh tinggi. Bahkan, penyelidik turut mendapati risiko kanser naik 16 peratus bagi setiap kenaikan 4% tinggi badan wanita.
5) Pemain Bola Juga Rendah
Jika anda seorang lelaki, jangan bimbang. Lihat pemain bola sepak yang lincah seperti Lionel Messi. Dia bertubuh rendah, tetapi berupaya meledak gold an menggelecek bola dengan baik. Messi ramai peminat bukan?
[ sumber majalah isihat ]
[ sumber majalah isihat ]
Sila baca DISCLAIMER
Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, 7Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*
Ye, yang penting berkongsi kebaikan kepada semua :)
ReplyDeletehttp://www.lovehutladyvitamin.com
Ye btol3x
Delete