Saturday 3 January 2015

A.V.E : Mahu Teruskan Atau Elak Kahwin…?


pasangan berkahwin
Pasangan Bercinta

Setiap orang mengimpikan perkahwinan yang indah dan bahagia. Ada yang sanggup berhabis berpuluh ringgit semata-mata mahukan majlis perkahwinan yang gilang gemilang walaupun terpaksa berhutang.

Selain persiapan material, ada satu lagi persediaan penting yang perlu anda dan pasangan lakukan sebelum melangsungkan perkahwinan iaitu menjalani ujian kesihatan. Ujian ini membantu mengenal pasti masalah kesihatan dan risiko yang bakal dihadapi pasangan dan anak-anak mereka kelak. Ujian kesihatan pra perkahwinan membolehkan seseorang untuk:

1) Mengetahui status kesihatan diri sendiri dan pasangan serta belajar cara untuk menjaga atau mengekalkan kesihatan mereka

2) Mengesan sekiranya mereka menghidapi penyakit tertentu termasuklah Hepatitis B dan penyakit kelamin (STD)

3) Mengesan penyakit keturunan yang boleh memberi kesan kepada kesihatan anak-anak contohnya talasemia, hemophilia, anemia dan kekurang G6PD.

4) Mengetahui kesediaan bakal pengantin wanita daripada segi kesihatan untuk mempunyai anak. Persediaan ini termasuklah suntikan vaksin Rubela, mengetahui kumpulan darahnya (dan kesesuaian dengan darah suami) serta anemia.

Ujian kesihatan pra perkahwinan bukanlah bertujuan menghalang atau menyekat mana-mana individu untuk berkahwin, sebaliknya memberi peluang kepada mereka mengetahui status kesihatan diri sendiri dan pasangan.

Ini akan membolehkan pasangan membuat tindakan wajar. Sama ada mahu teruskan hasrat untuk berkahwin atau memilih pasangan lain, pilihan ada di tangan mereka selepas membuat pertimbangan semasak-masaknya. Sebagai persediaan menuju kehidupan berumah tangga dan tanda kasih sayang anda kepada pasangan, jalanilah segera ujian kesihatan demi masa depan anda berdua dan anak-anak yang bakal lahir.

[sumber majalah isihat]

Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, 7Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan



*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

2 comments:

  1. memang betul tuh, ujian kesihatan tu penting bagi bakal pengantin

    ReplyDelete
  2. Betu3x...so bakal pengantin jgn takut2 nk bt ujian kesihatan. Bkn apa, utk kebaikan uolls jgk kan?

    ReplyDelete