Tuesday 30 December 2014

A.V.E : Servis dulu Sistem Peranakan

tingkatkan kesuburan
Tingkatkan kesuburan lelaki & wanita


Sejak bertahun, pakar telah memberi amaran kepada kita tentang isu pertumbuhan penduduk di dunia yang semakin berkurangan. Malah, kajian menunjukkan satu dalam enam pasangan di Britain mengalami kesulitan untuk hamil. Bilangan pasangan yang mencari bantuan perubatan untuk mempunyai zuriat juga telah meningkat secara mendadak!

Malaysia tidak ketinggalan menghadapi masalah ini. Kita dikatakan berdepan dengan risiko bilangan penduduk yang mengecut berikutan kadar kelahiran bayi semakin menurun. Menurut pakar, penurunan ini dikaitkan dengan banyak factor, termasuk masalah ketidaksuburan yang dialami penduduk Negara ini. Tekanan juga merupakan antara factor terpenting yang menyumbang kepada angka tersebut.

Kehidupan zaman moden dan teknologi yang semakin mencabar dan cepat membuatkan kebanyakan pasangan mudah mengalami stress. Stres boleh mengganggu fungsi subur lelaki dan wanita di mana ia menjadikan kualiti telur dan sperma lelaki menjadi kurang memuaskan. Bagi wanita pula, tekanan membuatkan kitaran haid tidak teratur dan apabila ini berlaku, hormone wanita akan turut terganggu.

Masalah seperti sista, fibroid dan endometriosis juga dilihat semakin biasa berlaku di kalangan wanita pada hari ini. Kedudukan fibroid boleh menghalang kandungan dalam rahim manakala endometriosis boleh memusnahkan ovary dan telur. Bagi mengatasi masalah ini, pembedahan merupakan pilihan terbaik untuk dilakukan.

Selain itu, jika anda mendapati kitaran haid tidak teratur, segeralah mendapatkan rawatan dan pandangan pakar juga. Ini kerana, kitaran haid yang teratur dan lancar merupakan penanda kepada tahap kesuburan yang baik bagi seorang wanita.

Bagi seorang wanita yang telah berkahwin, kitaran haid yang teratur menjadi petunjuk utama untuk merancang kehamilan mahupun menentukan sama ada kehamilan telah terjadi ataupun belum. Ia diukur melalui kedatangan haid yang lewat pada bulan-bulan di mana mereka merancang untuk mendapatkan zuriat.

Walau bagaimanapun, tidak semua wanita bernasib baik mempunyai kitaran haid yang teratur. Sesetengah wanita mungkin tidak datang haid setiap bulan, atau didatangi haid yang terlalu panjang pada sesetengah bulan. Ia tentunya menimbulkan kerisauan khususnya yang sedang merancang untuk hamil mahupun yang ingin mendirikan rumah tangga.

Hilang Upaya Seksual

Isu kesuburan sebenarnya bukan berkisar pada wanita sahaja. Lelaki tidak ketinggalan mempunyai masalah juga. Pakar perubatan menjelaskan bahawa 30% masalah ini disebabkan oleh lelaki dan 30% lagi disebabkan wanita. 25% daripada kes ketidakseuburan pula tidak diketahui puncanya dengan jelas.

Walau bagaimanapun, setiap pasangan yang ingin berkahwin supaya menjalani pemeriksaan kesihatan yang lebih meluas, terutama seksual seperti tahap kesuburan dan sebagainya, bagi mengelak sebarang masalah pada masa depan. Ini kerana fenomena pasangan baru berkahwin tetapi tidak mampu berbuat apa-apa berikutan ketidakupayaan dari segi seksual semakin membimbangkan.

Masalah ini mampu menghadirkan masalah kronik di dalam masyarakat kerana kegagalan menanganinya berikutan sikap malu dan ego untuk berjumpa pakar dan mengakibatkan kemusnahan rumah tangga yang didirikan.

Perlu diingatkan, mengambil ujian darah di makmal tanpa penerangan daripada doctor hanya sia-sia dan lebih membimbangkan ialah salah tafsiran sehingga menyebabkan masalah besar di kemudian hari. Pakar juga mencadangkan mana-mana lelaki yang kurang pasti atau berasa ada sesuatu yang tidak kena pada organ seksual mereka berjumpa pakar sakit tuan atau doctor untuk mengemukakan soalan dan mendapatkan kepastian. Pengendalian kesihatan tidak boleh dilakukan secara menelefon atau surat menyurat.

Misalnya, jika individu itu berasa anggota sulitnya tidak normal dari segi saiz dan ukuran, perkara ini perlu mendapat kepastian doctor. Begitu juga dengan lelaki yang menjalani ujian air mani dan disahkan ada kekurangan sesuatu, dia perlu rujuk kepada doctor, bukan sekadar makan ubat atau makanan tambahan berdasarkan ‘cakap dengar’ daripada mereka yang tidak mempunyai kepakaran.

[Sumber majalah isihat]

Antara vitamin yang disyorkan untuk kesuburan lelaki dan wanita



Vitamin E – berfungsi menyuburkan organ reproduksi. Untuk lelaki, ia berfungsi untuk meningkatkan kelakian, memekatkan air mani & menghasilkan sperma yang berkualiti yang sihat & aktif

Zinc Complex – Berfungsi unttuk menghasilkan sperma yang sihat & berkualiti supaya dapat hidup lebih lama di dalam uterus isteri. Ia juga menghasilkan sperma yang kuat & mampu berenang dengan laju dalam proses mencari ovum isteri

Vivix – Membaiki DNA & sel dalam badan, khususnya organ peranakan supaya testis mampu menghasilkan sperma yang berkualiti

set kesuburan lelaki
Set Kesuburan Lelaki



Vitalea – Membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh

Vitamin C – Berfungsi sebagai antioksidan dan meningkatkan system imun badan serta membantu meningkatkan kesuburan.

B-Complex – Membantu mengelakkan anemia yang mana ia boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin.

Alfalfa complex – Membantu atasi masalah keputihan, masalah haid tidak teratur atau senggugut.

GLA complex – Membantu menstabilkan hormone dan memastikan kitaran haid teratur.

set kesuburan wanita
Set kesuburan wanita


Add On

Zinc Complex – Membantu melindungi sperma dan melawan bacteria dalam vagina

zinc complex
Zinc complex


ESP – Membina sel baru, membekalkan protein serta memberi tenaga. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan pensenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain.

ESP
ESP


Kita hanya berusaha. Apa yang penting selalulah berdoa kepada Allah mohon dikurniakan zuriat. In Shaa Allah. 

Waullahualam.

_________________________
Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, 7Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan



*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

No comments:

Post a Comment