Manusia telah mencapai kemajuan yang luar biasa dalam dekad lalu. Manusia kini hidup lebih lama dan melalui proses penuaan dengan lebih baik dan selesa. Penyakit-penyakit yang dulunya menundukkan nenek moyang kita seperti polio, batuk kering dan kusta, sebahagian besarnya telah dihapuskan.
Ironinya, musuh terbesar zaman ini muncul dalam saiz nano, iaitu dalam bentuk bakteria dan virus yang tampil ekoran gaya hidup seharian masa sekarang. Penyakit yang paling serius melanda masyarakat dunia adalah penyakit jantung - pembunh nombor satu di negara ini, dan ia mendahului penyakit-penyakit berjangkit dan kanser.
Tekanan darah tinggi berkait lansung dengan insiden penyakit jantung, dan perkara ini telah pun bermula menjadi satu kelaziman.
Apa yang membimbangkan ialah satu pertiga daripada penduduk malaysia mempunyai tekanan darah lebih tinggi dari biasa, dan lebih buruk lagi, separuh daripada mereka tidak menyedari akan hal ini. Ia adalah pembunuh tegar dalam senyap, menyentap nyawa 10 atau 20 tahun lebih awal dari yang sepatutnya.
Sebenarnya, mencegah penyakit jantung adalah satu perkara yang agak mudah. Anda hanya perlu mempraktikkan gaya hidup sihat seperti tidak merokok, memantau pengambilan lemak dan garam, memastikan saiz hidangan yang berpatutan dan kerap bersenam.
Namun disebabkan ramai yang tidak dapat mempraktikkan petua-petua ini, penyakit jantung menjadi fenomena yang begitu berleluasa, amat sukar dikawal dan mencetus perbelanjaan penjagaan kesihatan yang telah meningkat sehingga berjumlah berbilion-bilion ringgit di seluruh dunia.
Pencegahan penyakit jantung memerlukan perubahan dalam gaya hidup - sesuatu yang dianggap sangat sukar untuk dilakukan. Walaupun masih belum terlewat, kita biasanya menyedari perlu berubah setelah semuanya sudah terlambat dan kerosakan pada kesihatan sudah berlanjutan.
Hipertensi |
Punca Tekanan Darah Tinggi
Tekanan darah tinggi, atau lebih dikenali sebagai hipertensi, adalah satu keadaan apabila saluran darah atau arteri dalam badan terdedah kepada tekanan tinggi yang berterusan. Ramai yang mungkin tertanya-tanya bagaimana perkara ini berlaku. Jawapan mudah yang sering kali didengar adalah 'pengambilan garam tinggi', 'ia sudah wujud dalam gen anda', atau juga 'kamu terlalu gemuk'.
Hakikatnya bagaimana hipertensi berlaku terletak kepada pergerakan molekul hormon yang amat kompleks; ia memberi isyarat dan laluan reaktif yang menyebabkan saluran darah mengecut. Setiap individu akan mengalami kenaikan tekanan darah tinggi secara berkala pada siang hari.
Tekanan darah yang meningkat adalah suatu perkara normal apabila seseorang bersenam, berasa gusar atau berada di situasi mental yang penuh stres. Beberapa jenis makanan tertentu seperti jumlah kafein dan tanin dari teh yang tinggi meniru hormon stres badan, dan ia menyebabkan kenaikan darah.
Apabila sesuatu yang jarang berlaku menjadi satu perkara lumrah, di sinilah timbulnya masalah. Ia menjadi sebati dengan gaya hidup kita dan seterusnya, memudaratkan kesihatan.
Stres tinggi, pengambilan kopi yang banyak, kesesakan lalu lintas, kerja yang tiada berkesudahan, kurang tidur, tiada masa untuk bersenam, merokok, tabiat makan, nasi lemak, hidangan makanan yang besar, menghadiri perkahwinan, alkohol parti dan barisan senarai yang tidak penghujungnya, menyumbang kepada suatu keadaan di mana badan sentiasa berada dalam tekanan yang berterusan, ia juga mengakibatkan tekanan darah tinggi.
Bayangkan hos getah air biasa di mana paip air terbuka tetapi sebahagian daripada hos getah tersebut kelihatan terlipat. Tekanan dalam hos getah tersebut akan naik dan lambat laun, kita dapat melihat percikan air yang bocor dari lain-lain sudut hos tersebut, dan lama-kelamaan hos getah menjadi tidak berguna.
Tubuh badan kita adalah satu ciptaan luar biasa dan kita bernasib baik kerana saluran darah kita tidak mudah bocor semudah itu. Pasti ia menjadi bencana ngeri sekiranya setiap orang mengalami pendarahan di dalam kepala atau pada bahagian badan lain. Sebaliknya, saluran darah kita bertindak balas kepada tekanan tinggi berterusan dengan menjadi lebih pekat.
Radikal Bebas & Lemak
Situasi ini boleh bertahan lama sekiranya kita tidak mengambil kira akan faktor kolesterol dan radikal bebas. Apabila elemen-elemen ini digabungkan, kemudaratan yang berat terjadi dalam badan. Perkara yang berlaku dalam saluran darah adalah sebuah proses yang dipanggil aterosklerosis atau pengerasan saluran darah.
Radikal bebas merosakkan dinding saluran darah dan ini menyebabkan dinding tersebut menjadi melekit kepada kolesterol yang bergerak bebas. Hasilnya? Pelbagai lapisan lemak seumpama jeli memenuhi saluran darah dan menyebabkan ia kelihatan seperti sebuah jalan yang penuh dengan bonggol dan lubang.
Dengan peredaran masa, lapisan lemak ini menyempitkan lagi saluran. Darah tidak dapat mengalir dengan mudah dan beredar secara lembap. Pada bahagian otak, darah yang mengalir perlahan dalam arteri sempit boleh menyebabkan sel otak tidak berfungsi dan mati sehinggalah berlakunya demensia.
Kadangkala, aliran perlahan turut menyebabkan darah membeku dan menyebabkan strok trombotik. Kadang-kadang, apabila tekanan naik terlampau cepat, saluran tidak berupaya menjadi pekat sehingga darah membocorkan dinding dan menyebabkan pendarahan dalam otak atau strok hemoragik.
Apabila kita melihat imbasan khas atau MRI otak pesakit hipertensi, ia adalah sesuatu yang menakjubkan. Imbasan tersebut seringkali menunjukkan strok senyap telah berlaku kerana terdapat kerosakan dan darah beku di kawasan otak yang tidak melibatkan keupayaan motor dan fizikal seseorang.
Fenomena yang sama berlaku dalam saluran darah jantung. Ia menjadi sempit dan penuh dengan kolesterol umpama jeli yang terlekat pada dinding saluran darah. Ada di kalangan mereka yang bertuah kerana hanya mengalami sesak nafas - simptom yang menandakan kekurangan bekalan darah mengalir ke otot jantung.
saluran darah tersumbat pada jantung |
Sakit Dada Teruk
Situasi ini turut dikenali sebagai angina. Selebihnya mungkin mengalami sakit dada teruk sehingga berpeluh dengan banyak. Rasa ketakutan menguasai pesakit dan keadaan ini menyukarkan pernafasan. Inilah serangan jantung di mana saluran darah telah tersumbat sepenuhnya akibat kolesterol umpama jeli atau darah beku. Biasanya, dalam situasi sebegini, proses sten diperlukan.
Kini, jenis-jenis sten Logam Terdedah (Bare Metal Stent), Sten Ubatan Pelarut Mon-Terapi (Mon-Theraphy Drug Eluting Stent), Sten Bio-kejuruteraan (Bio-engineered Stent) dan Sten Dwi Terapi (Dual Theraphy Stent).
Separuh daripada jumlah pesakit yang menderita daripada manifestasi serangan jantung seumpama ini biasanya meninggal dunia. Bagi mereka yang terselamat, kehidupan mereka bergantung sepenuhnya kepada kehendak mereka, iaitu hidup dengan ubat-ubatan atau hidup tanpa garam dan stres. Kedua-dua opsyen tersebut tidaklah menarik.
Hari ini, agak mustahil sekiranya kita tidak mengenali sebarang pesakit yang menderita daripada penyakit jantung. Ia kini dikenali sebagai penyakit mereka yang berumur pertengahan, dan mengecam mereka yang sering kali berhadapan dengan krisis hidup umur pertengahan.
Perkara yang cukup menakutkan adalah hakikat bahawa lebih ramai rakyat Malsysia yang menderita daripada penyakit jantung pada usia yang lebih muda berbanding negara-negara jiran dan Barat!
sakit dada yang teruk disebut angina |
sten |
Cara Mencegah Hipertensi
Bagaimana untuk mengelakkan diri daripada menjadi sebahagian daripada statistik pesakit jantung? Mengambil langkah pertama adalah paling sukar. Anda telah pun membaca artikel ini sehingga ke tahap ini dan ia juga menunjukkan bahawa mungkin anda telah bersedia untuk membuat perubahan atau anda telah pun berubah. Bagaimanapun, langkah yang pertama adalah untuk membuat perubahan-perubahan kecil
- Kawal pengambilan nasi anda. Karbohidrat menyumbang penyakit diabetes dan obesiti, yang secara langsung meningkatkan peluang anda mendapat tekanan darah tinggi
- Dapatkan tidur yang secukupnya. Sekiranya anda berdengkur berkemungkinan besar menderita dari apnea tidur, dan penyakit ini berkaitan dengan tekanan darah tinggi
- Elakkan membawa kerja pejabat pulang ke rumah atau di tempat tidur. Matikan tablet, telefon, televisyen dan lain-lain peralatan kerana ia boleh menyebabkan kualiti tidur yang rendah
- Rendahkan stres anda dengan mengawal kehidupan anda. Belajar untuk mengurus stres. Ini adalah kehidupan anda. Hiduplah dengan sepenuhnya.
- Suka garam? Ia tidak baik untuk kesihatan anda. Mula beri perhatian dan baca label yang tertera pada pembungkusan makanan diproses. Bahan-bahan perasa kering juga tidak baik untuk anda. Anda selamat dengan mengambil 6g garam sehari - lebih kurang satu sudu makan. Ajinomoto? Lebih baik ia dielakkan langsung
- Tidak boleh berhenti merokok? Rokok elektronik yang diuar-uarkan dulu kini banyak menerima publisiti buruk kerana ia juga mengandungi bahan-bahan toksik, walaupun tidak sebanyak rokok buasa. Cara terbaik adalah untuk berhenti membeli rokok. Dapatkan sebatang, dua daripada kawan-kawan. Lambat laun anda akan berhenti juga.
Mengambil langkah pertama adalah yang paling sukar. Bila ia telah diambil, yang selebihnya akan menyusul. In Shaa Allah. Kalau kita tidak mencuba, kita tidak akan tahu bukan?
Antara Vitamin yang disyorkan untuk mengelakkan hipertensi/tekanan darah tinggi
Omega Guard
- Omega 3 telah diuji dan dibuktikan untuk mengurangkan hipertensi (tekanan darah tinggi).
- Bertindak melancarkan saluran darah, membuang kolestrol . Kolestrol yang tidak terkawal menjadi bapa kepada penyakit darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.
- Menurut kajian terbaru dari American Heart Association Journal telah menguji 5000 orang. Mereka mengenalpasti sejarah kesihatan dan mengukur tekanan darah pada awal kajian. Ia menunjukkan kebaikan Omega 3 merendahkan tekanan darah berbanding orang yang tidak mengambilnya.
Garlic Complex
- membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan paras kolestrol
- menggalakkan kesihatan kardiovaskular
- menurunkan kolestrol LDL, trigliserida dan kelikatan dara
Coq10
- Beberapa kajian klinikal yang melibatkan jumlah beberapa individu di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa CoQ10 boleh mengurangkan tekanan darah.
- Walau bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa 4 – 12 minggu untuk melihat apa-apa perubahan .
- Dalam satu analisis, selepas membuat 12 kajian klinikal, penyelidik membuat kesimpulan bahawa CoQ10 berpotensi untuk menurunkan tekanan darah sistolik sehingga 17 mm Hg dan tekanan darah diastolik sebanyak 10 mm Hg, tanpa kesan sampingan yang ketara.
Maklumat lanjut tentang vitamin ini, Sila KLIK
Vivix
Phytocol-ST
Vivix
- Menggalakan penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
- Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
- Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
- Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
- Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
- Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk - merawat azhameir
- Membantu merawat penyakit parkinson
- Membantu memulihkan penyakit strok - angin ahmar
- Meningkatkan kesihatan imun badan
- Menggalakan kesihatan keseluruhan
Maklumat lanjut tentang vitamin ini, Sila KLIK
Phytocol-ST Shaklee |
PHYTOCOL-ST mengandungi fitosterol berasal dari minyak tumbuhan yang boleh membantu halang penyerapan kolestrol.
Antara kelebihan nya :
- Memperbaiki fungsi imun (sel imun T)
- Seimbangkan tindakbalas imun
- Prostat yang membengkak boleh kurang
- Boleh membantu pesakit-pesakit diabetes.
Rasa malu nak call saya atau macam tak sempat nk call, anda boleh juga membuat pembelian terus, semuanya hanya di hujung jari anda. Klik-klik, buat pembayaran then barang pun terus sampai depan rumah. Mudahkan!!
Happy Shopping!!
Sila baca DISCLAIMER
Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan
*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*
No comments:
Post a Comment