Adakah Anda Subur |
MITOS: Jika haid teratur, maka saya pasti subur
FAKTA : Masalah haid yang tidak teratur disebabkan pelbagai masalah seperti Sindrom Polistik Ovarium (PCOS) atau stres. Oleh itu, jika haid anda teratur, ini tidak menjamin anda bebas daripada masalah kesuburan. Masalah kesihatan lain juga boleh menjadi penghalang kesuburan anda. Antaranya tiub falopio tersumbat, masalah tulang rahim dan sebagainya.
MITOS : Jika saya menjaga kesihatan, maka kesuburan saya turut terjaga
FAKTA : Diet sihat, pola pemakanan yang baik dan gizi seimbang serta olahraga secara teratur sememangnya disarankan agar mudah untuk anda mengandung. Tetapi ia tidak bermakna tubuh anda berada di dalam keadaan terbaik untuk mengandung dengan mudah. Masalah dalaman mungkin juga menjadi penyebab anda tidak subur.
MITOS : Jika saya pernah punya bayi, maka saya tidak punya masalah jika ingin hamil lagi
FAKTA : Semakin meningkat usia seorang wanita, maka boleh dikata ia juga mempengaruhi tahap kesuburannya dan kemampuannya untuk mengandung. Jadi, tidak boleh dipastikan bahawa anda mampu mengandung dengan mudah atau sebaliknya walaupun anda pernah punya anak sebelumnya.
MITOS : Ketidaksuburan merupakan masalah kaum wanita saja.
FAKTA : Ketidaksuburan terjadi kepada semua kaum, baik wanita, mahupun lelaki. Jadi, jika pasangan sukar memiliki anak, maka ada beiknya keduanya berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.
MITOS : Usia mempengaruhi kesuburan
FAKTA : Benar, tingkat kesuburan seorang wanita mula menurun ketika usianya memasuki 30 tahun. Namun begtiu, masih ada yang mampu mengandung ketika usia menjangkau 40 tahun secara semula jadi dan ada juga yang menggunakan teknologi. Usia terbaik untuk mendapatkan anak adalah sebelum 30 tahun.
MITOS : Kitaran haid yang teratur adalah 28 hari
FAKTA : Salah. Tidak ada kitaran haid yang tepat. Tubuh setiap manusia berbeza-beza. Ada yang mengalami kitaran haid yang panjang dan ada yang pendek. Tetapi kiraan haid 28 hari merupakan kitaran yang biasanya dialami oleh wanita.
Set Kesuburan Wanita
Set Kesuburan Wanita
Set Kesuburan Lelaki
Set Lelaki Perkasa |
Sila baca DISCLAIMERAnda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:Nurul Fazreen bt OthmanSMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)email: awesomevitaminsever@gmail.comCOD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*
No comments:
Post a Comment