Sunday, 1 June 2014

A.V.E : Menyusu Badan Dalam Bulan Ramadhan

Assalamualaikum semua

Perlukah saya berpuasa semasa menyusu badan?

Jika anda menyusu badan, anda tidak diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadan. Kebanyakan sarjana Islam percaya bahawa wanita yang menyusukan, seperti juga wanita yang tidak sihat atau sedang bermusafir, dibenarkan untuk tidak berpuasa. Malah, ramai yang mengatakan adalah salah untuk tidak menghiraukan kelonggaran ini dengan berpuasa jika anda tidak perlu berbuat begitu. 



Namun begitu, keputusan samada hendak berpuasa atau tidak bergantung kepada beberapa perkara, dan usia bayi adalah pertimbangan utama. Memang ada perbezaan di antara bayi yang masih kecil dan hanya menyusu, dengan bayi berusia satu tahun yang sihat dan sudah makan makanan lain dan menyusu hanya pada waktu malam. Berbincanglah dengan ibu-ibu lain dalam keluarga anda mengenai apa yang mereka lakukan dan pengalaman mereka dalam hal itu. Hubungi doktor, perunding penyusuan atau ahli agama untuk mendapat lebih keyakinan dalam membuat keputusan. 


Adakah berpuasa semasa menyusukan akan membahayakan bayi saya?


Tidak. Berpuasa tidak membahayakan bayi kerana badan anda masih boleh menghasilkan susu semasa anda berpuasa. Kurang pengambilan kalori sepatutnya tidak menjejaskan jumlah susu yang dihasilkan. 



Malah, walaupun wanita yang menyusu badan itu tidak makan apa-apa selama 24 jam, ia masih tidak menjejaskan kuantiti dan nilai nutrisi susu mereka. Jika terdapat kesan berpuasa terhadap badan anda, anda pasti sudah merasainya terlebih dahulu dan tentu sekali anda perlu menghentikan puasa sebelum kesan itu menjejaskan penghasilan susu. 


Adakah perubahan dalam susu badan akan memberi kesan ke atas bayi saya?


Perubahan dalam susu badan anda tidak akan memberi kesan ke atas bayi. Dia sudahpun dapat menerima perubahan-perubahan kecil pada susu anda bergantung kepada apa yang anda makan dan berapa banyak dia perlu menyusu. Kajian menunjukkan bahawa walaupun si ibu berpuasa selama 24 jam, kandungan lemak dalam susunya tidak akan berubah. 



Jika anda makan terlalu sedikit dan berat badan mula turun, jenis lemak dalam susu anda mungkin berubah, tetapi jumlahnya tidak berubah. Walaupun payudara itu sendiri boleh menghasilkan lemak susu, jenis-jenis lemak yang lain akan diperolehi daripada simpanan lemak dalam badan anda sekiranya ia tidak diperolehi melalui pemakanan anda. 


Adakah berpuasa semasa menyusukan membahayakan saya?


Badan anda biasanya dapat bertahan jika anda berpuasa. Dalam satu kajian, ujian darah dilakukan terhadap sekumpulan kecil wanita yang berpuasa sepanjang bulan Ramadan. Wanita yang menyusu badan didapati mempunyai imbangan kimia dalam darah yang agak sama dengan mereka yang tidak menyusu badan atau yang sedang hamil. 



Walau bagaimanapun, menyusu badan membuatkan anda sangat dahaga. Jika anda ternyahhidrat, anda akan rasa tidak sihat. Anda boleh mengagak bahawa anda sedang ternyahhidrat apabila:


  • anda rasa sangat dahaga;
  • air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat;
  • anda rasa seperti hendak pitam, lemah atau lesu;
  • anda mula sakit kepala atau mengalami kesakitan lain.

Jika anda mula sedar akan tanda-tanda ini, anda harus berbuka dengan meminum air dan berehat. Selepas setengah jam, jika anda masih rasa tidak sihat, hubungilah doktor anda. 



Minum banyak air semasa berbuka dan terutamanya semasa sahur. Ahli panel pakar BabyCenter dan kaunselor penyusuan badan, Jennifer Hor, menyarankan anda makan makanan yang mempunyai indeks glicemik (glycemic index - GI) yang rendah. GI ialah unit pengiraan bagi kesan karbohidrat pada tahap gula dalam darah. Karbohidrat yang terurai dengan cepat semasa penghadaman mempunyai GI yang tinggi manakala karbohidrat yang terurai lebih lambat dan melepaskan glukosa secara beransur-ansur ke dalam darah mempunyai GI yang rendah. Makanan yang rendah GI termasuk banyak jenis sayur-sayuran dan kekacang, kacang pis, mi dan nasi.

Jangan sekadar minum sahaja. Penting untuk anda mendapatkan nutrien, kalori dan serat daripada makanan. Jika sukar untuk anda makan secukupnya pada waktu malam dan anda berat badan anda mula turun, bincanglah dengan doktor anda. Anda juga mungkin perlu untuk tidak berpuasa. 

Walau bagaimanapun, jika anda sihat dan tidak kisah berat badan anda turun sedikit, penurunan sehingga 1kg seminggu sepanjang bulan Ramadan sepatutnya tidak menjejaskan penghasilan susu. 

[sumber www.babycenter.com.my]


Antara vitamin yang disyorkan untuk anda yang sedang menyusu/hamil bagi persediaan awal bulan puasa

Mighty 3 Gems Shaklee. Info lanjut tentang vitamin ini. Sila KLIK

triple mighty gems
Menyusu Badan Dalam Bulan Ramadhan

Pakej Triple Energy Ramadhan ini sesuai untuk seisi keluarga dengan harga yang LEBIH MENARIK. Anda akan lebih bertenaga sepanjang hari! Gandakan tenaga anda sepanjang Ramadhan ini agar aktiviti setahun sekali dapat dilaksanakan dan dipermudahkan olehNya. In Shaa Allah..

Performance Drink

  • Ia adalah minuman atlet yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehidrasi, seperti fungsi minuman isotonik namun ia rendah kandungan gula dan tidak berkarbonat. Kanak-kanak pun boleh minum!
  • Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina. ENERGY BOOSTER 
  • bukan milk booster atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan. 
  • ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. 
  • Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah. 
  • fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam. 
  • sedap, kanak-kanak pun sukakannya 
  • Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang berkerja di tengah panas serta yang gemar bersukan. 
  • anak-anak yang belajar berpuasa memang digalakkan mengambil minuman ini untuk kekal aktif dan bertenaga sepanjang hari
  • bagi kanak-kanak yang mengalami demam juga disarankan mengambil minuman ini untuk mencegah dehidrasi. 
Fungsi ESP semasa berpuasa adalah:
  • Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten serta tahan berjam-jam
  • Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian
  • Bagi ibu menyusu, ESP membantu menghasilkan susu dengan lebih cepat. I'm a MILK BOOSTER
  • ESP juga membantu menghasilkan susu ibu yang lebih pekat dan berkrim kesannya bayi akan cepat kenyang dan kurang meragam.
  • Bagi ibu mengandung, ESP membekalkan asid amino yang bertindak untuk otot dan organ bayi.
  • ESP membantu pertumbuhan plasenta, uterus, dan untuk membantu aliran darah ibu yang sentiasa bertambah semasa mengandung.
  • Membantu dalam pertumbuhan fetus dalam kandungan serta menyediakan ibu mengandung ke arah penyusuan
  • Sangat membantu ibu-ibu yang mengalami morning sickness kerana ESP membekalkan tenaga yang hilang.
  • Masalah kulit kering dan tidak bermaya juga disegarkan dengan pengambilan ESP kerana kandungan proteinnya yang berkualiti
Meal Shakes
Meal Shakes ia juga menambah tenaga anda sepanjang hari hanya dengan satu sudu besar. Anak-anak pasti sukakannya terutama ketika kurang berselera untuk bersahur. Jom tengok pula kelebihan Meal Shakes yang menjadi kegemaran kanak-kanak berusia setahun ke atas dan seisi keluarga ini:

  • Boleh menjadi instant sahur meal/ breakfast sekeluarga
  • Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral serta kalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak. 
  • Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
  • Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
  • Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
  • Meningkatkan selera makan anak
  • Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
  • Sedap dan membuka selera
Rasa malu nak call saya atau macam tak sempat nk call, anda boleh juga membuat pembelian terus, semuanya hanya di hujung jari anda. Klik-klik, buat pembayaran then barang pun terus sampai depan rumah. Mudahkan!!

Happy Shopping!!


 Order Now
Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan

*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*



No comments:

Post a Comment